You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN

PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN


BERTULIS BAHASA MELAYU SJKC DAN SJKT
PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI

PERINGKAT NEGERI KEDAH


2021
(SECARA DALAM TALIAN)

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
KEDAH

TUNJANGAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM, DAN KESENIAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN SJKC & SJKT PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
PERINGKAT NEGERI KEDAH 2021

1.1 SYARAT PERTANDINGAN

1.2 Secara umumnya objektif dan syarat pertandingan masih berdasarkan Kertas
Konsep Utama Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT yang
disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal Syarahan Kebangsaan, Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi
semakan 2021.

1.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan melayu warganegara Malaysia
yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil Bantuan Kerajaan
di Seluruh Malaysia.

1.4 SEORANG PESERTA dari setiap sekolah yang boleh menyertai pertandingan di
peringkat negeri.

1.5 Format pertandingan syarahan dijalankan dalam DUA bahagian iaitu Bahagian
Pertama (Rakaman Video) dan Bahagian Kedua Spontan (Secara Dalam
Talian) untuk 10 PESERTA YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR SAHAJA.

1.6 Tajuk Syarahan Bahagian Pertama [5 minit]

1.6.1 Tajuk bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada isu - isu semasa
tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:

i. Perpaduan dan muhibah


ii. Kesopanan dan kesusilaan
iii. Integrasi kaum
iv. Patriotisme
v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

1.6.2 Markah maksimum sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap
juri kepada peserta yang TIDAK menggunakan tajuk bertemakan
PERPADUAN pada syarahan Bahagian Pertama.

1.7 Tajuk Syarahan Bahagian Kedua (SPONTAN) [3 minit]

1.7.1 Tajuk syarahan spontan akan disediakan oleh pihak urus setia
pertandingan negeri.
1.7.2 Tajuk syarahan spontan berdasarkan tema yang terkandung dalam
sukatan pelajaran (DSKP) BM SJKC dan SJKT serta boleh diolah
mengikut tema-tema tersebut.
1.7.3 Tajuk bertemakan perpaduan tidak akan dikemukakan lagi pada
syarahan Bahagian Kedua spontan.
1.8 Kupasan isi syarahan pada bahagian Pertama dan Bahagian Kedua TIDAK
BOLEH menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang
isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera,
individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman
yang agresif, negatif dan sensitif.
1.9 Syarat dan Peraturan Penyertaan;

1.9.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar;


1.8.1.1 Satu salinan sijil lahir atau mykid atau mykad
1.8.1.2 Satu skrip pertandingan yang disertai

i. dalam format Microsoft Word


ii. nama penuh peserta dan tajuk syarahan

1.9.2 Skrip yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip


MUKTAMAD.

2.1 PERATURAN RAKAMAN VIDEO


2.2 Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam mesti asli tanpa
sebarang ubah suai suara dengan bantuan alat elektronik dan berlatar belakang.
Saiz video: FHD 1920 X 1080 (30fps).
2.3 Rakaman video penuh yang menampakkan peserta dari bahagian kepala
hingga ke kaki.
2.4 Rakaman dimulakan dengan paparan nama penuh dan tajuk syarahan sahaja.
Seterusnya persembahan pusingan pertama.

2.5 Tidak boleh meletakkan maklumat atau identiti sekolah dan daerah pada
paparan video dan skrip pertandingan.

2.6 Rakaman video dijalankan mengikut tempat yang bersesuaian dan tidak
melibatkan ramai orang berkumpul serta mematuhi SOP yang ditetapkan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.7 Video tidak boleh diedit dan tiada sokongan latar belakang seperti gambar,
muzik dan sebagainya. Latar belakang yang digalakkan warna hijau epal
(apple green), merah darah/pekat, putih, atau biru langit (sky blue).

2.8 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai


imej perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah khas.
2.9 Pihak peserta perlu menghantar video pusingan pertama (youtube) dengan
memasukkan link youtube ke Google Form yang telah disediakan oleh pihak
penganjur semasa pendaftaran pada peringkat negeri.

2.10 Video peserta tidak akan dinilai oleh hakim sekiranya gagal mematuhi syarat
pertandingan.
3.1 MASA PERTANDINGAN

3.2 Tarikh muat naik video pertama : 29 hingga 30 Ogos 2021


3.3 Penjurian pusingan pertama : 1-8 September 2021
3.4 Pengumuman 10 peserta akhir : 9 September 2021
3.5 Tarikh spontan dalam talian : 20 September 2021

4.1 HADIAH

4.2 Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


4.3 Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
4.4 Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian
4.5 Tempat ke - 4 dan 5 : Piala dan Sijil Pencapaian
4.6 Semua peserta yang menyertai pertandingan diberi Sijil Penyertaan.

5.1 PANDUAN KEPADA PANEL JURI/HAKIM

5.2 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan
persembahan.
5.3 Panel juri/hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca
nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan
tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana
satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
5.4 Panel juri/hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN
BORANG MARKAH.

6.1 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

6.2 Markah peserta syarahan dari setiap sekolah ini akan digabungkan dengan
markah peserta ujian bertulis sekolah masing-masing untuk menentukan Juara
Keseluruhan
6.3 20% markah peserta syarahan dan 80% peserta ujian bertulis (empat orang
peserta terbaik setiap sekolah) akan digabungkan untuk JUMLAH MARKAH
SEKOLAH MASING-MASING.

6.4 Juara keseluruhan turut dinamakan sebagai JOHAN PIALA PERPADUAN


PERINGKAT NEGERI.

7.1 Keputusan panel Hakim adalah MUKTAMAD.


PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI BAHASA
MELAYU SJKC DAN SJKT PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2021

1. OBJEKTIF

1.1 Menggalakkan murid-murid SJK(C) dan SJK(T) menguasai serta


mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.
1.2 Menggalakkan murid-murid SJK(C) dan SJK(T) bertutur dalam Bahasa Melayu.
1.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(C) dan SJK(T) di Malaysia.
1.4 Menanam semangat perpaduan dan muhibah.
1.5 Menanamkan semangat “Cintailah Bahasa Melayu”.
1.6 Membiasakan murid-murid SJK(C) dan SJK(T) menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

2. KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

2.1 Semua murid tahap 2 WARGANEGARA MALAYSIA bukan Melayu di SJK(C)


dan SJK(T) dan bahasa ibunda bukan Bahasa Melayu layak mengambil
bahagian.
2.2 Peserta-peserta yang telah memenangi johan dan naib johan peringkat
kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.
2.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

3. BILANGAN PESERTA

3.1 Setiap sekolah layak menghantar maksima LIMA (5) orang peserta sahaja
untuk menyertai pertandingan di peringkat negeri ini.

4. MEDIUM PERTANDINGAN

4.1 Dijalankan secara maya menggunakan sistem komputer

5. SOALAN-SOALAN

5.1 Soalan-soalan untuk Ujian Bertulis peringkat negeri akan disediakan oleh satu
panel yang dilantik khas oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

5.2 Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan pelajaran


Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Antara yang akan diuji termasuklah
pemahaman, peribahasa, tatabahasa, antonim, sinonim dan lain-lain bidang
yang termaktub dalam sukatan pelajaran.

5.3 Jumlah soalan ialah seratus (100).

5.4 Masa untuk menjawab ialah 1 jam.


6. CARA PENGHAKIMAN

6.1 Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah
seratus (100).

6.2 Peserta-peserta yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Bagi
peserta yang mendapat markah yang sama, maka kedudukan mereka
berdasarkan markah yang diperolehi, mengikut susunan aspek-aspek seperti
berikut:

a) Kefahaman
b) Peribahasa termasuk simpulan Bahasa dan bandingan semacam
c) Sinonim
d) Antonim
e) Kata adjektif
f) Kata kerja
g) Penjodoh bilangan
h) Kata sendi
i) Kata ganti nama
j) Kata ganda
k) Lain-lain aspek

6.3 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

7. PAKAIAN PESERTA

7.1 Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

8. MASA PERTANDINGAN

8.1 Pertandingan ujian bertulis akan dijalankan secara serentak seperti maklumat
berikut :

Tarikh : 9 September 2021


Masa : 10.00 pagi-11.00 pagi
Tempoh : Satu jam
Kaedah Ujian : Menjawab menggunakan sistem komputer

9. HADIAH-HADIAH

9.1 Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


9.2 Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
9.3 Tempat ke-3 : Piala dan Sijil Pencapaian
9.4 Tempat ke-4 & ke-5 : Piala dan Sijil Pencapaian
9.5 Semua peserta yang menyertai pertandingan akan diberi sijil penyertaan.
10. PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

10.1 Daerah yang mendapat jumlah markah tertinggi untuk syarahan dan ujian
bertulis bagi tempat pertama hingga ke 5 peringkat negeri akan digelar juara
keseluruhan.

10.2 Sekiranya ada persamaan jumlah markah, pasukan yang dapat markah yang
paling tinggi dalam syarahan spontan akan jadi juara keseluruhan.

10.3 Keputusan panel hakim atau juri adalah MUKTAMAD

You might also like