You are on page 1of 4

KERTASKONSEPPERTANDINGANSYARAHANBAHASAMELAYUDALAMTALIAN KEMPEN

PIALAPERPADUANPERDANAMENTERIPERINGKATKEBANGSAAN2021 BAHASAMELAYU

PELAKSANAAN PERTANDINGAN SYARAHAN


BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN SJKC &
SJKT PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI

PERINGKAT KEBANGSAAN KE-38


2021

(SECARA DALAM TALIAN)

ANJURAN:

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


TUNJANGAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM, dan KESENIAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

_____________________________________________________________________

1.0 SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Secara umumnya objektif dan syarat pertandingan masih berdasarkan Kertas Konsep
Utama Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT yang disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal Syarahan Kebangsaan, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi semakan 2021.

1.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil Bantuan Kerajaan di Seluruh Malaysia.

1.3 SEORANG PESERTA dari setiap negeri yang boleh menyertai pertandingan di
peringkat kebangsaan.

1.4 Format pertandingan syarahan dijalankan dalam DUA bahagian iaitu Bahagian
Pertama (Rakaman Video) dan Bahagian Kedua Spontan (Secara Dalam Talian).

1
KERTASKONSEPPERTANDINGANSYARAHANBAHASAMELAYUDALAMTALIAN KEMPEN
PIALAPERPADUANPERDANAMENTERIPERINGKATKEBANGSAAN2021 BAHASAMELAYU

1.5 Tajuk Syarahan Bahagian Pertama [5 minit]

1.5.1 Tajuk bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada isu - isu semasa tetapi
masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
i. Perpaduan dan
muhibah ii. Kesopanan dan
kesusilaan iii. Integrasi kaum
iv. Patriotisme

v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

1.5.2 Markah maksimum sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap juri
kepada peserta yang TIDAK menggunakan tajuk bertemakan PERPADUAN
pada syarahan Bahagian Pertama.

1.6 Tajuk Syarahan Bahagian Kedua (SPONTAN) [3 minit]

1.6.1 Tajuk syarahan spontan akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan
kebangsaan.

1.6.2 Tajuk syarahan spontan berdasarkan tema yang terkandung dalam sukatan
pelajaran (DSKP) BM SJKC dan SJKT serta boleh diolah mengikut
tematema tersebut.

1.6.3 Soalan bertemakan perpaduan tidak akan dikemukakan lagi pada


syarahan Bahagian Kedua spontan.

1.7 Kupasan isi syarahan pada bahagian Pertama dan Bahagian Kedua TIDAK BOLEH
menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu
sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa,
negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan
sensitif.

1.8 Syarat dan Peraturan Penyertaan;

1.8.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar;


1.8.1.1 Satu salinan sijil lahir atau mykid atau mykad
1.8.1.2 Satu skrip pertandingan yang disertai

2
KERTASKONSEPPERTANDINGANSYARAHANBAHASAMELAYUDALAMTALIAN KEMPEN
PIALAPERPADUANPERDANAMENTERIPERINGKATKEBANGSAAN2021 BAHASAMELAYU

i. dalam format Microsoft Word


ii. nama penuh peserta dan tajuk syarahan
1.8.2 Skrip yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip MUKTAMAD.

2.0 PERATURAN RAKAMAN VIDEO


2.1 Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam mesti asli tanpa sebarang
ubah suai suara dengan bantuan alat elektronik dan berlatar belakang. Saiz video:
FHD 1920 X 1080 (30fps)

2.2 Rakaman video penuh yang menampakkan peserta dari bahagian kepala hingga ke
kaki.

2.3 Rakaman dimulakan dengan paparan nama penuh dan tajuk syarahan sahaja.
Seterusnya persembahan pusingan pertama.

2.4 Tidak boleh meletakkan maklumat atau identiti sekolah, daerah dan negeri pada
paparan video dan skrip pertandingan.

2.5 Rakaman video dijalankan mengikut tempat yang bersesuaian dan tidak melibatkan
ramai orang berkumpul serta mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan
Malaysia.

2.6 Video tidak boleh diedit dan tiada sokongan latar belakang seperti gambar, muzik
dan sebagainya. Latar belakang yang digalakkan warna hijau epal (apple green),
merah darah/pekat, putih, atau biru langit (sky blue).

2.7 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai


imej perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah khas.

2.8 Pihak peserta perlu menghantar video pusingan pertama dengan memuat ke
Google Drive yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pada peringkat
kebangsaan.

2.9 Video peserta tidak akan dinilai oleh juri/hakim sekiranya gagal mematuhi syarat
pertandingan.

3
KERTASKONSEPPERTANDINGANSYARAHANBAHASAMELAYUDALAMTALIAN KEMPEN
PIALAPERPADUANPERDANAMENTERIPERINGKATKEBANGSAAN2021 BAHASAMELAYU

3.0 MASA PERTANDINGAN

3.1 Tarikh muat naik video pertama : 2-3 Oktober 2021


3.2 Penjurian pusingan pertama : 4 Oktober 2021
3.3 Tarikh spontan dalam talian (rakaman) : 5 Oktober 2021
3.4 Penjurian spontan : 6 Oktober 2021

4.0 HADIAH
4.1 Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
4.2 Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
4.3 Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian
4.4 Tempat ke - 4 dan 5 : Piala dan Sijil Pencapaian
4.5 Semua peserta yang menyertai pertandingan diberi Sijil Penyertaan.

5.0 PANDUAN KEPADA PANEL JURI/HAKIM

5.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan
persembahan.

5.2 Panel juri/hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca
nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan
tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

5.3 Panel juri/hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM MARKAH.

6.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI

6.1 Markah peserta syarahan dari setiap negeri ini akan digabungkan dengan markah
peserta-peserta ujian bertulis negeri masing-masing untuk menentukan Juara
Keseluruhan Piala Perpaduan Perdana Menteri.

6.2 25% markah peserta syarahan akan digabungkan markah ketiga-tiga peserta ujian
bertulis sebanyak 75% untuk JUMLAH MARKAH KONTIJEN NEGERI MASING-
MASING.

7.0 Keputusan panel Hakim MUKTAMAD.

You might also like