You are on page 1of 12

Anjuran:

Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan
Kesenian

Kelolaan:
Sekolah Seni
Malaysia Johor
PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 |

1. MATLAMAT
Pertandingan Filem Pendek Sekolah-Sekolah Menengah KPM Peringkat
Kebangsaan Tahun 2021 bertujuan bagi mencungkil bakat dan kreativiti murid
dalam bidang penghasilan produksi filem pendek disamping menyebarkan nilai-nilai
murni dan mesej pengajaran ke arah kemenjadian murid.

2. RASIONAL
2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah menengah mengenai
penghasilan produksi filem pendek.

3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan ruang yang lebih besar di peringkat kebangsaan kepada
murid-murid sekolah mempamerkan bakat masing-masing dalam bidang
seni lakonan;
3.2 Menyediakan ruang dan peluang bagi setiap sekolah untuk
mempersembahkan karya masing-masing di peringkat kebangsaan;
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
penghasilan filem pendek; dan
3.4 Menggalakkan ramai murid mempelajari penghasilan produksi rakaman
Filem bagi penyediaan sebagai pelapis industri kreatif.

4. MOD PROGRAM
4.1 Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
4.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat negeri
ke peringkat kebangsaan.
4.3 Secara dalam talian
4.4 Penghantaran penyertaan filem di peringkat kebangsaan adalah melalui
pautan Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola.Pihak
penyelaras di JPN hendaklah melengkapkan Google Form dan
melampirkan salinan pautan Google Drive wakil negeri.

5. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN


5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting.
Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan dan Kolej
Vokasional.
5.2 Jumlah penyertaan setiap negeri melibatkan 3 orang sahaja termasuk
pelakon dan krew produksi.
5.2.1 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran; dan
5.2.2 Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum.

1
5.2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada
sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

6. FORMAT RAKAMAN
6.1 Setiap JPN wajib menghantar tiga (3) filem pendek untuk bertanding di
peringkat kebangsaan
6.2 Wakil kepada Bahagian (Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan
Malaysia) wajib menghantar dua (2) rakaman filem pendek untuk bertanding
di peringkat kebangsaan
6.3 Filem pendek perlu dirakam dikeberadaan masing-masing mengikut
Standard Operation Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Garis Panduan Pembukaan Sekolah 2.0
yang dibaca sekali bersama Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti
Kokurikulum.
6.4 Setiap rakaman Filem pendek boleh disunting dalam bentuk kolaj dan
dimurnikan secara kreatif.
6.5 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 (HP)
dan maksima 1080 (HP) dan view landscape.
6.6 Di akhir filem pendek hendaklah dipaparkan slogan #SeniUntukSemua bagi
menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat;
6.7 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama sekolah dalam rakaman
filem yang dihantar;
6.8 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut
kesesuaian watak.
6.9 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan Istilah yang sopan
6.10 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan
menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman,
politik dan pemimpin.
6.11 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.

7. FORMAT PENGHANTARAN
7.1 Peserta boleh memuat turun maklumat dan borang
pertandingan menggunakan QR Code.
7.1.1 Borang Penyertaan
7.1.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
7.1.3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu
7.1.4 Borang Sinopsis Filem Pendek
7.2 Peserta perlu memuat naik semua bahan berkaitan penyertaan yang berikut
ke Google Drive dan kongsi pautan dengan JPN mengikut cara yang
ditetapkan oleh JPN. Tarikh akhir penghantaran adalah pada
5 SEPTEMBER 2021.
Bahan yang perlu dimuat naik ke Folder Google Drive ialah:
7.2.1 Borang – borang dan maklumat asas yang lengkap
(7.1.1 hingga 7.1.4)
7.2.2 Rakaman Filem Pendek
7.2.3 Skrip Dalam Bentuk PDF

7.3 JPN melengkapkan Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola
dan lampirkan pautan (share link) wakil negeri dan menghantar kepada
pengelola. Tarikh akhir penghantaran kepada pengelola adalah pada
13 SEPTEMBER 2021 sebelum jam 5 Petang.

8. TEMA DAN KONSEP


8.1 Tema dan tajuk konsep bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat
Kebangsaan bagi 2021 adalah :
#KITAJAGAKITA
8.2 Genre terbuka seperti drama, komedi dan dokumentari.
8.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah:
8.1.1. Menepati tema yang telah ditetapkan;
8.1.2. Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
8.1.3. Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat
patriotik yang boleh dicontohi;
8.1.4. Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa mengandungi
unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan,
unsur lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

9. TERMA DAN SYARAT


9.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli.
9.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ diciplak
9.3 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana
pertandingan penghasilan filem pendek
9.4 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan
akan dibatalkan.
9.5 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan
akibat pelanggaran hasil hak cipta.
9.6 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk
tujuan promosi.
9.7 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu
mendapat persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan
Menggunakan Gambar/Imej Individu (Lampiran 3).
9.8 Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak
dibenarkan dipaparkan di dalam filem pendek.
9.9 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah
perkataan dalam borang yang disediakan.Format sinopsis
menggunakan Font Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing
(lampiran 4)
9.10 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan
filem pendek .
9.11 Semua penyertaan hendaklah dihantar ke JPN untuk peringkat
saringan negeri.
9.12 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

10. MASA PERSEMBAHAN


10.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 ke 5 minit sahaja.
Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.

11. PAKAIAN / PROPS


11.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan.
11.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

12. TUNTUTAN HAK CIPTA


12.1 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil
karya yang dihasilkan.

13. PEMARKAHAN
PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN
 Ketepatan Tema: 10 markah
#kitajagakita
 Keaslian Karya 10 markah
 Nilai dan Pengajaran 10 markah
KREATIVITI
 Pengarahan 20 markah
 Lakonan 20 markah
KUALITI
 Sinematografi 10 markah
 Suntingan 10 markah
 Audio 10 markah
Jumlah 100 markah
14. PENGHAKIMAN
14.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
14.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

15. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 5 – 22 SEPTEMBER 2021
Tempat : Secara Dalam Talian;

HADIAH / SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa Plak dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa Plak dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa Plak dan sijil

a. ANUGERAH INDIVIDU
 Pelakon Lelaki Terbaik
 Pelakon Wanita Terbaik

b. TEKNIKAL
 Anugerah Penata Seni Terbaik
 Anugerah Penata Bunyi Terbaik
 Anugerah Kostum/Busana Terbaik
 Anugerah Sinematografi Terbaik
 Anugerah PenyuntinganTerbaik
 Anugerah Skrip Terbaik
 Anugerah Pengarah Terbaik
 Anugerah Khas Juri

 Cadangan hadiah tambahan atau anugerah tambahan bergantung kepada budi bicara tuan rumah
yang dilantik.
UNTUK RUJUKAN

GARIS MASA PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2021

TARIKH PERKARA TINDAKAN

5 SEPT 2021 PENGHANTARAN FILEM PENDEK KEPADA PESERTA


JPN/BSKK /SEKOLAH

13 SEPT 2021 PENGHANTARAN FILEM PENDEK KEPADA JPN / BSKK


PENGANJUR

20 - 21 SEPT PENJURIAN PERINGKAT KEBANGSAAN PENGANJUR


2021
22 PENGUMUMAN KEPUTUSAN / MAJLIS PENGANJUR
SEPTEMBER ANUGERAH PERTANDINGAN FILEM
2021 PENDEK SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
BORANG SEMAKAN PENGHANTARAN FILEM PENDEK SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan
2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej
Individu
4 Borang Sinopsis Filem Pendek

KARYA MURID

1 Rakaman Filem Pendek


2 Skrip Dalam Bentuk PDF

PENGHANTARAN

1 Borang iringan dari JPN bagi sekolah-sekolah harian

2 Borang iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni


Malaysia & Sekolah Sukan Malaysia

3 Memuat naik semua bahan berkaitan ke Google


Drive dan kongsi pautan dengan JPN mengikut cara
yang ditetapkan oleh JPN.
4 JPN Melengkapkan Google Form yang disediakan
oleh pihak pengelola dan lampirkan pautan (share
link) dan menghantar kepada pengelola.

Unit Pembangunan Dan Kecemerlangan


Seni Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan
Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN 1

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PENYERTAAN

TAJUK FILEM PENDEK :

NAMA : NO KAD PENGENALAN:

1.
2.
3.

Alamat Sekolah :

Telefon Sekolah : Telefon bimbit:

Email :
Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru) TARIKH :

Pengesahan Pengetua : Cop rasmi sekolah :


PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 |

LAMPIRAN 2

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya (Ibu,Bapa,Penjaga)
No. Kad Pengenalan membenarkan anak
jagaan saya
No. Kad Pengenalan menyertai
Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.
Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh :

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian


9
PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2021 |
LAMPIRAN 3

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2021

BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GAMBAR / IMEJ INDIVIDU

Saya (Ibu,Bapa,Penjaga) No. Kad

Pengenalan bersetuju bahawa gambar / imej saya

untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah

Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh :

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

10
LAMPIRAN 4

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT


KEBANGSAAN TAHUN 2021

SINOPSIS FILEM PENDEK

TAJUK FILEM PENDEK :

DURASI FILEM PENDEK :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN SINGLE
SPACING

PENGARAH :
SEKOLAH :

You might also like