You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

PINDAAN JULAI 2022

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

PINDAAN JULAI 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas
dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap,
rima dan sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil
sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu.
Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan
isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu khususnya puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh JPN dengan


kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan)
peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah
yang terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi antara tiga (3)
hingga tujuh (7) minit sahaja. Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada markah keseluruhan.

5.5 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun
(single shoot), hanya menggunakan latar belakang sedia ada dan tidak
boleh melalui sebarang proses suntingan. Video tersebut hendaklah
memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta (paras kepala
hingga lutut) dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI
atau MP4 dengan resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

5.6 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan


zum dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video
dibuat.

5.7 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan


atau grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.

5.8 Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.

5.9 Tema di peringkat negeri akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN). Manakala tema di peringkat kebangsaan akan diberikan 30 hari
sebelum pertandingan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

5.9 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu
menepati tema yang ditetapkan.

5.10 Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

3
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

5.11 Penggunaan latar belakang (layar hijau) dalam video rakaman adalah
dibenarkan tetapi mestilah imej statik (tidak bergerak) sahaja dan tiada
membawa sebarang markah.

5.12 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak
yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh JPN (peringkat negeri)
atau KPM (peringkat kebangsaan). Sajak tersebut mestilah berkualiti dan
layak dipertandingkan pada peringkat kebangsaan.

6.2 Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama rakaman yang telah dibuat.

6.3 Peserta perlu menyatakan secara lisan nama tajuk dan nama penulis sajak
dalam tanpa paparan pada rakaman video.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang
berikut:

7.1.1 Vokal 20 markah


7.1.2 Intonasi 15 markah
7.1.3 Nada 10 markah
7.1.4 Artikulasi 15 markah
7.1.5 Kelancaran 10 markah
7.1.6 Kawalan suara 10 markah
7.1.7 Penghayatan/Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah
7.1.8 Penampilan/Ketertiban 10 markah

Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat negeri dan kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk
ketua hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

4
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan


Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

5
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PENYERTAAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap :
Tajuk :
Pautan video dan teks :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan guru
:
besar/pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PEMARKAHAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

PINDAAN JULAI 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
7
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PEMARKAHAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Vokal 20
Intonasi 15
Suara (Peralihan Suara)
(70%) Nada 10
Artikulasi 15
Kelancaran 10
Kawalan suara 10
Gaya dan Penghayatan/Mimik 10
Teknik Muka/Bahasa Tubuh
(30%) Penampilan/Ketertiban 10
Penalti
(Tempoh penyampaian melebihi masa 5
7 minit)

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

8
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

9
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
Agregat/ Keputusan
peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

10
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

11

You might also like