You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN SILAT ( SENI TEMPUR) PUTERA


SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT DAERAH
KUCHING 2022

ANJURAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING

PENGELOLA:
PERTANDINGAN SILAT ( SENI TEMPUR) PUTERA SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKO
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SILAT ( SENI TEMPUR ) PUTERA
KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT DAERAH KUCHING TAHUN 2022

‘KARNIVAL e-MANSANG ANAK SARAWAK 3.0 (eMAS 3.0)’

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM)


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING

1.0 LATAR BELAKANG

Bagi tahun 2022, aktiviti pertandingan Kokurikulum e-Mansang Anak Sarawak III (eMAS III)”
masih dijalankan secara dalam talian. Karnival eMAS III menjadi satu platfom menghimpunkan semua
pertandingan yang melibatkan program Kokurikulum Koakademik, Sains, Teknologi, Kejuruteraan,
Matematik (STEM), Kesenian dan Kebudayaan, Pasukan Badan Beruniform (PBB) serta Kelab dan
Persatuan

2.0 RASIONAL

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching telah membuat perubahan dalam pelaksanaan pertandingan-
pertandingan mengikut kesesuaian semasa. Pelaksanaan karnival ini diharap dapat
memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid
dalam aktiviti pembangunan bakat murid di samping membuka ruang dan peluang kepada murid untuk
mendapat markah yang lebih tinggi dalam PAJSK.

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan ini berfokuskan kemahiran murid secara


individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan
keupayaan mereka dalam menghasilkan projek atau karya.

2
3.0 OBJEKTIF AKTIVITI

3.1 Menyemai dan mengukuhkan rasa cinta serta menguji tahap pencapaian dan
penghayatan murid terhadap warisan budaya bangsa;
3.2 Menerapkan nilai-nilai murni falsafah persilatan kepada generasi muda
terutamanya murid sekolah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan;
3.3 Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan ahli persatuan silat
sekolah;
3.4 Memastikan budaya persilatan (budaya Melayu) dapat disuburkan oleh generasi
muda (murid sekolah).

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sebanyak satu pertandingan untuk Pasukan Badan Beruniform (Silat) akan dilaksanakan untuk
peringkat sekolah Daerah Kuching bagi Tahun 2022 iaitu Pertandingan Silat ( Seni Tempur ) Putera.
Hanya tiga (3) penyertaan sahaja setiap sekolah untuk setiap kategori yang dipertandingkan di
peringkat daerah. Peserta boleh mendaftar penyertaan dan menghantar video yang dihasilkan kepada
pengelola yang dilantik oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah melalui pautan Google Form secara dalam talian yang akan disediakan oleh pihak
urus setia untuk dikumpulkan dan dinilai di peringkat daerah. Jabatan tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkaitan.
Pertandingan ini melibatkan acara individu sahaja. Tiada acara berkumpulan dilaksanakan.

5.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

Berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang akan ditawarkan kepada murid-murid


sekolah:

5.1 Sekolah Menengah

5.1.1 Pertandingan Silat ( Seni Tempur ) Putera Sekolah Menengah

3
6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Setiap peserta dikehendaki mempamerkan salah satu kategori silat sahaja iaitu
Seni Tempur Silat

6.2 Peragaan silat oleh peserta hendaklah diiringi oleh muzik secara audio sahaja.
Persembahan dengan iringan permainan alat muzik adalah tidak dibenarkan;

6.3 Durasi paparan keseluruhan video hendaklah tidak melebihi 3 minit (penilaian sehingga
minit ke 3 sahaja) dan persembahan silat hendaklah secara berterusan. Pengeditan dan
cantuman video tidak dibenarkan. (Format MP4, resolusi minimum 720p, aspect ratio
16:9);

6.4 Video bersaiz maksimum 1 GB hendaklah dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan;

6.5 Peserta hendaklah berpakaian silat lengkap yang bersesuaian dengan persembahan;

6.6 Aspek penilaian;

6.6.1 Seni Tempur Silat

Bil Item / Markah


WIRAGA Perkara
a Kekayaan gerak tari 20 markah
.b Kematangan dan keindahan tari 20 markah
.c Kaedah seni silat 10 markah
.d Kelengkapan pakaian 10 markah
.
WIRASA
e Penghayatan dan ekspresi 10 markah
.f Tertib persembahan 10 markah
.
KUALITI
g Kualiti audio visual 10 markah
.h Pematuhan durasi 10 markah

Jumlah 100 markah

4
7.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

7.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD
masing- masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms pendaftaran;

7.2 Setiap sekolah akan menghantar tiga (3) penyertaan bagi setiap kategori.

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Hakim/penilai dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuching semasa


pertandingan ini berjalan.

8.2 Sistem Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid,
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan sekolah pengelola

8.3 Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan
dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

5
9.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

1 Johan : Sijil Pencapaian dan


2 Naib Johan : hadiah
Sijil Pencapaian dan
3 Tempat Ketiga : hadiah
Sijil Pencapaian dan
4 Tempat ke-4 : hadiah
Sijil Pencapaian dan
5 Tempat ke-5 : hadiah
Sijil Pencapaian dan
6 Tempat ke-6 hingga ke-10 : hadiah
Sijil Penyertaan dan
7 Tempat ke-11 hingga seterusnya : hadiah
Sijil Penyertaan

10.0 TARIKH PERTANDINGAN

11 Julai 2022

11.0 GARIS MASA

Berikut adalah garis masa (Timeline) pengurusan Pertandingan Silat ( Seni Tempur )
Putera Peringkat Daerah Kuching 2022.

BI PERKARA TARIKH CATATAN


L
1 Hebahan 14 Jun 2021
. kepada semua
Sekolah
2 Pendaftaran dan 26 – 30 Julai - Sekolah membuat pendaftaran di
. penghantaran 2021 pautan Google Forms yang
karya disediakan (Pautan akan
10 julai 2022 dihebahkan ke Sekolah melalui
telegram / whatsapp)
- Sekolah memuat naik video
rakaman di pautan Google Forms
yang disediakan.yang disediakan.
3 Penilaian
. karya 11-20Julai 2022
peringkat
daerah
4 Pengumuman Akan dimaklumkan kemudian
. pemenang
peringkat daerah

6
12.0 AM

12.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak;

12.2 Pautan pertandingan akan dihebahkan melalui – poster pertandingan, Facebook pages
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Facebook pages Unit Koku JPN Sarawak dan
hebahan melalui whatsapp etc.

13.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk terus
mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video) ekoran
pengawalan aktiviti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak
kerjaaan bagi menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam
pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan
iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping mempraktikkan ilmu kemahiran pasukan badan
beruniform mereka.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

ACHMAED CKHALIFH ALAMIEN


Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473650

MOHD ZULKERIA BIN SAIDI


Pegawai Teknikal Negeri (Silat)
SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching
012-8932055

You might also like