You are on page 1of 6

isu Filem Seram, Tahyul dan Ganas [Memorandum]

- April 22, 2017


Kepada : Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Daripada : Pertubuhan Pencinta Seni
Tajuk : Bantahan Terhadap Lambakan Filem Seram, Tahyul dan Ganas di Negara Kita.

1.0 Pendahuluan
Akhir-akhir ini wujud satu trend baharu iaitu kita disogokkan dengan filem yang berunsur
seram, tahyul dan ganas. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan impak yang negatif
terhadap remaja dan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, golongan yang suka menonton
filem yang bercorak sedemikian ialah golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah
dipengaruhi oleh unsur-unsur seram, tahyul dan ganas yang terdapat dalam adegan filem
tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak atau agensi yang bertanggungjawab amat
penting untuk menangani permasalahan ini.

2.0 Penyataan Masalah


Berhubung dengan masalah di atas, kami sebagai ibu bapa yang prihatin daripada
Pertubuhan Pencinta Seni ingin melahirkan rasa kebimbangan kami ini agar mendapat
perhatian dan pertimbangan yang wajar daripada pihak Kementerian Penerangan,
Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan
berterusan kerana kesannya akan mempengaruhi remaja yang akan menjadi pemimpin
negara kita pada masa akan datang. Salah satu punca yang dikenal pasti menyebabkan
remaja menggemari filem yang bercorak sedemikian ialah filem itu berupaya untuk
menghiburkan dan memberikan kepuasan kepada mereka yang menontonnya.

3.0 Bantahan Terhadap Perkara Tersebut

3.1 Mempengaruhi emosi remaja


Kami, ahli-ahli Pertubuhan Pencinta Seni bersepakat dan bersatu hati ingin menyatakan
bantahan kami terhadap filem-filem yang bercorak seram, tahyul dan ganas yang sering
disiarkan di pawagam dan di televisyen. Perkara ini tentunya akan mempengaruhi emosi
remaja yang belum matang. Emosi mereka akan terganggu dan menyebabkan masalah
ketidakstabilan emosi akibat pengaruh filem tersebut.

3.2 Menjejaskan akidah dan kepercayaan


Filem-filem yang bercorak sedemikian juga boleh menjejaskan akidah dan kepercayaan
mereka terhadap agama. Kemungkinannya mereka akan mempercayai unsur-unsur yang
terdapat dalam filem itu melebihi kepercayaan mereka terhadap Allah. Perkara ini akan
menghakis keimanan dan kepercayaan mereka terhadap keesaan Tuhan. Kesan seterusnya,
pegangan mereka terhadap agama akan menjadi longgar dan mereka mungkin mempercayai
kuasa lain yang melebihi kekuasaan Allah.

3.3 Tidak menyumbang ke arah kemajuan


Unsur-unsur daripada filem yang bercorak sedemikian yang ditonton oleh remaja
terutamanya tidak menyumbang ke arah kemajuan. Hal ini demikian kerana, pengaruh
daripada filem itu tidak mendatangkan kesan atau impak yang baik untuk dicontohi,
malahan mereka lebih cenderung untuk mencuba perkara yang negatif. Mereka akan
percaya dan menyebabkan mereka leka dengan unsur-unsur yang terkandung dalam filem
tersebut. Seterusnya, perkara ini mengundang bahaya kerana mereka mempercayai perkara-
perkara mistik dan keganasan dalam kehidupan seharian.

3.4 Melahirkan masyarakat yang ganas dan mempercayai kepercayaan karut


Pengaruh daripada filem itu berupaya atau berpotensi untuk membentuk masyarakat yang
ganas dan mempercayai kepercayaan karut. Hal ini demikian kerana, para remaja mudah
terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat dalam filem-filem tersebut. Mereka yang masih
belum matang akan meniru aksi, gaya, atau perlakuan pelakon-pelakon filem tersebut. Gaya
atau aksi ganas dalam filem itu akan diaplikasikan terhadap rakan-rakan di sekolah.
Seterusnya perkara ini akan berakar umbi dalam hati dan jiwa mereka hinggalah mereka
dewasa.

4.0 Cadangan Tindakan

4.1 Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat


Dengan berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut, kami
menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser
filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif tersebut daripada menular dalam jiwa
para remaja yang menontonnya. Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang
perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan
remaja. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan
pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem.

4.2 Mengenakan denda atau hukuman yang berat


Kami mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat
kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini dirasakan
penting untuk mengelakkan para remaja kita daripada impak negatif filem-filem tersebut.
Denda dan hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem
yang lain untuk melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya,
pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman
penjara mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang sama.

5.0 Penutup
Sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang prihatin, kami perlu mencegah perkara ini
daripada menjadi lebih serius. Perkara ini penting kerana filem seram dan ganas itu
memberikan impak yang besar dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai murni dan jati diri
para remaja. Oleh itu, kami menggesa semua pihak yang bertanggungjawab agar
mempertimbangkan permasalahan ini dan bertindak dengan tegas terhadap pengeluar filem
yang tidak mematuhi spesifikasi yang telah digariskan. Unsur-unsur seram, tahyul, dan ganas
yang berlebihan perlulah ditapis terlebih dahulu oleh agensi yang bertanggungjawab dalam
penapisan filem ini.

Mohamad HaziqTarikh : 20 Januari 2012


(MOHD HAZIQ SYAKIR)
Pengerusi Pertubuhan Pencinta Seni
Teluk Intan, Perak
BELAKANGAN ini, banyak filem seram yang ditayangkan di pawagam seperti Evil Dead Arise,
Sewu Dino, Khazab, The Ghost Station dan pelbagai lagi pilihan di aplikasi penstriman seperti
Netflix dan seangkatannya.

Babak-babak yang memaparkan darah dan pembunuhan luar biasa yang melibatkan jentera
seperti yang ditayangkan dalam filem Saw merupakan antara elemen yang digunakan dalam
pembikinan filem seram.
Selain itu, sinematografi, kesan bunyi dan lagu juga memainkan peranan penting untuk
menimbulkan rasa seram, gementar dan ketakutan.

Walaupun ada yang berasa takut dan mengelak daripada menonton cerita-cerita seram, ada
juga yang seronok menikmati rasa terkejut dan takut ketika menonton filem sebegitu. Tidak
salah jika menonton filem genre ini sekali sekala, tetapi jika terlalu obses, ada juga
keburukannya.

Siapa di antara anda yang gemar menonton cerita seram? Silakan duduk dan baca artikel ini
dengan lanjut untuk mengetahui bagaimana menonton terlalu banyak filem seram, thriller
dan gore memberi kesan kepada kesihatan.

Kesan fisiologi

Filem seram mengandungi helah psikologi yang mencipta ilusi ketegangan dan bahaya
melalui pemanipulasian imej, bunyi dan cerita. Walaupun otak anda sedar bahawa ancaman
itu bukan kenyataan, badan anda pada masa yang sama menterjemah keadaan itu seolah-
olah ia benar berlaku.

Seorang pakar psikologi, Sally Winston menerangkan bahawa ketika menonton filem seram,
jantung anda berdegup kencang, peningkatan adrenalin dan paras perhatian semakin
menjadi semakin rendah, meskipun mempunyai kesedaran bahawa anda berada di rumah
atau teater dan tidak diancam dalam dunia realiti.
Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Disebabkan filem seram
dihasilkan untuk menimbulkan ketegangan, ketakutan, tekanan dan kejutan, ia juga boleh
menyebabkan pembebasan hormon seperti norepinephrine, kortisol dan adrenalin daripada
sistem saraf autonomi.
Anda mungkin dapat melihat tindak balas fisiologi daripada hormon ini melalui pembeliakan
anak mata, peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.

Kesan kepada kualiti tidur

Meskipun adrenalin menyumbang kepada pengalaman keseluruhan filem, jika dirembeskan


dalam kadar yang tinggi yang tinggi ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Pengarah Media Psychology Research Center, Dr. Pamela Rutledge berkata euphoria atau
keseronokan yang dirasakan selepas menonton filem seram menyebabkan emosi dan tenaga
badan menjadi lebih aktif, bukan menenangkan.
Justeru itu, meskipun mereka menikmati naik turun emosi dan saspens, ia akan
menyebabkan kesukaran untuk tidur. Mendapatkan tidur malam yang nyenyak dan
mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.

Kesan kepada kesihatan mental

Kekurangan tidur pula akan menyebabkan kesihatan mental lebih teruk kerana ia akan
menjejaskan cara otak memproses emosi pada hari berikutnya dan boleh meningkatkan
emosi negatif.

Kajian juga membuktikan bahawa jika tidak tidur atau mengalami kesukaran untuk tidur
selama tiga malam atau lebih berturut-turut boleh mengakibatkan kesukaran untuk
membezakan realiti dan ilusi, khayal serta halusinasi.
Bagi individu yang lebih sensitif, mereka cenderung mencampur-adukkan imej atau babak
dalam filem ke dalam mimpi. Ini bermakna seram pada skrin boleh mencetuskan mimpi
ngeri, yang terbukti boleh mengganggu tempoh tidur nyenyak dan menyebabkan tidur
terganggu atau tidak berkualiti.

Jika filem seram membuat anda terjaga pada waktu malam, mungkin berbaloi untuk
mempertimbangkan semula pilihan tontonan anda.

Kesan positif
Walaupun penuh dengan elemen geli, jijik dan menjengkelkan, filem seram juga boleh
memberi kesan positif kepada penonton. Secara amnya, orang yang menonton filem seram
cenderung untuk menikmatinya atas pelbagai sebab, jadi bagi kebanyakan penonton, ia
adalah kesan positif.

Menonton filem seram juga boleh menjadi peluang untuk mengatasi ketakutan seseorang
kerana mereka perlu menahan perasaan seram.

Selain itu, ia juga bagus untuk individu yang mempunyai masalah kerisauan (anxiety) dan
Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Walau bagaimanapun, dapatkan pendapat doktor
atau ahli psikologi dahulu sama ada ia akan memberi kesan positif atau tidak.

Akhir kata, tidak salah jika anda suka menonton filem genre ini tetapi jangan keterlaluan.
Tetapkan had dalam beberapa filem atau drama seram yang anda dibenarkan untuk
menonton dalam sebulan.

You might also like