You are on page 1of 2

Perkataan laser sebenarnya adalah singkatan daripada frasa kata yang panjang, iaitu Light

Amplification Stimulated Emission Radiation yang membawa maksud sumber cahaya yang

diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi. Teori cahaya laser telah

ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr Albert Einstein pada tahun 1920. Bagaimanapun

setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat dipraktikkan. Tiga ciri utama yang ada

pada cahaya laser ialah cahaya berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah. Ciri-ciri ini

juga merupakan faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden.

Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang.

Antaranya ialah dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan

untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negative)

berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu

kemudiannya dipindahkan keatas kertas menggunakan dakwat (toner).

Selain itu, cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan teknologi maklumat.

Perkembangan aplikasi laser amat digalakkan dalam bidang ini kerana ia dapat menghasilkan

kabel sebatian optic yang membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan

mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya membolehkan maklumat dihantar dalam

bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.

Di samping itu,cahaya laser juga memberi sumbangan dalam bidang perniagaan. Pengunaan

kod bar pada barangan atau produk dalam pasar raya besar juga laser. Garis-garis yang berbeza

jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser yang mengimbas kod bar tersebut dan

diterjemah kepada pelbagai maklumat. Antaranya adalah harga, jenis dank od barang tersebut.
Seterusnya, bidang keselamatan juga memerlukan cahaya laser. Ini kerana, pengunaan laser

amat diperlukan terutamanya bagi tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain.

Sebagai contoh, dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum

menembak musuh. Pihak Polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan

dengan menembak laser kearah kenderaan bergerak.

Cahaya laser telah memberi banyak sumbangan kepada manusia terutamanya dalam bidang

perubatan. Pengunaan laser dalam bidang perubatan adalah cukup sinonim dengan pembedahan

mata. Laser juga digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti

tahi lalat. Pesakit yang menghidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan menggunakan laser.

Ini kerana pancran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut.

Di Malaysia, penggunaan laser belum begitu popular kerana kos peralatan dan

penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga yang memiliki kepakaran dalam

mengendalikan peralatan laser juga kurang.

You might also like