You are on page 1of 2

PEMBETULAN JAWAPAN KARANGAN

Perkembangan positif ekonomi Malaysia membuka ruang kepada golongan pendatang tanpa
izin(PATI) ke Malaysia. Namun kehadiran mereka sering dikaitkan dengan peningkatan kes
jenayah. Usaha yang drastik perlu dipergiatkan dalam membendung masalah yang sering
dikaitkan dengan golongan PATI. Jelaskan.

Pertumbuhan positif ekonomi Malaysia mempengaruhi kedatangan PATI untuk bekerja


dalam pelbagai sektor terutamanya sektor peladangan,pembinaan dan perkilangan.Kemasukan
mereka telah menimbulkan pelbagai masalah dan pelbagai langkah drastik terpaksa dilaksanakan
bagi membendung masalah PATI ini.

Peningkatan PATI menyebabkan kejadian jenayah yang melibatkan kaum


pendatang.Kebanyakan PATI menjadikan Malaysia sebagai tempat perlindungan setelah
melakukan jenayah di negara asal.Mereka terlibat dalam kegiatan merompak, samun,
pembunuhan, pengedaran dadah dan rogol.Hal ini menimbulkan rasa tidak selamat dalam
kalangan masyarakat dan ini juga menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Seterusya,penyebaran penyakit berbahaya yang dibawah masuk oleh PATI.Kebanyakkan


PATI masuk ke Malaysia tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan yang sempurna.Penyebaran
penyakit berbahaya seperti AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan penyakit berbahaya lain
sukar dikesan.Pergaulan bebas dengan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung menyebarkan
penyakit.

Selain itu,masalah petempatan di Malaysia.PATI mendirikan kawasan perumahan secara


haram di tanah milikan kerjaan dan mewujudkan masalah setinggan dan kawasan hutn yang
berhampiran tempat kerja sebagai kawasan petempatan.Ini bukan sahaja menjejaskan imej
negara malah turut meninmbulkan masalah lain seperti peningkatan jenayah, masalah sosial dan
pencemaran alam sekitar.

Sewajarnya, memperkasakan penguatkuasaan .Semua pihak harus memainkan peranan


dalam mengatasi masalah ini.Kerajaan perlu memastikan hanya pekerja asing layak dan sah
sahaja bekerja di Malaysia.PDRM dan Imegresen perlu melaksanakan tugas dengan penih
tanggungjawab.Mereka perlu sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan di kawasan yang
disyaki.Ini ialah penting untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara.

Selain itu, memantapakan hukuman.Hukuman yang sewajarnya perlu dikenakan terhadap


majikan yang mengupah PATI sebagai pekerja.Sebagai contoh, hukuman denda da penjara harus
dikenakan kepada majikan yang masih ingkar arahan pihak berkuasa .Bukan itu sahaja,PATI
yang datang ke Malaysia harus dipenjarakan supaya menjadi pengajaran kepada PATI yang
lain.PATI yang sudah dibebaskan daripada hukuman perlu dihanta balik ke negara asal dan PATI
tersebut perlu disenaraikan /diharamkan daripada datang ke Malaysia.

Kesimpulannya,isu PATI perlu dipandang serius oleh semua pihak demi kesejahteraan dan
keharmonian negara disamping menjaga nama baik dan keselamatan negara.

You might also like