You are on page 1of 1

STAIL PENGURUSAN JIMMY CHOO

2. Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang
pereka kasut tetapi juga seorang pengurus yang bertanggungjawab membawa jenama Jimmy Choo
melonjak di persada antarabangsa. Dianugerahkan dengan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang atas
kejayaannya dalam bidang fesyen.

Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo
Ltd. Beliau juga menubuhkan syarikat daripada hasil titik peluh beliau sendiri. Sebagai pereka kasut dan
beg tangan,beliau juga bijak memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-
rekaan terbarunya. Sebagai seorang tunggak dalam syarikat beliau, Datuk Jimmy Choo akan melaksanakan
tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya Jimmy Choo
melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut
citarasa Puteri Diana. Kerana itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang amat diminati oleh
Puteri Diana semasahayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

Datuk Jimmy Choo Kan mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran terbaru butiknya, membuat
promosi,menawarkan diskaun,memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat
pelanggan. Beliau juga akan mengeluarkan kenyataan di media-media massa samada media eletronik dan
media massa mengenai barang keluarannya.Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya
juga,beliau akan mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Datuk Jimmy Choo
juga pernah mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada permaisuri
England,Queen Elizaberth II. Dalam sebuah temuramah, Datuk Jimmy Choo menceritakan dia membaca
perutusan daripada Queen Elizaberth untu menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar-ketar.
Namun hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau yakin untuk
menerima anugerah tersebut.

Datuk Jimmy Choo adalah seorang usahawan dan beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk
syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan
rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Jika ekonomi merosot beliau
akan memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber
iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana samada ke bahagian pemasaran ataupun
ke bahagian pengurusan dan bahagian – bahagian lain. Beliau akan berunding dengan pihak-pihak luar
mengenai citarasa mereka untuk menghasilkan rekaan terbaik. Beliau turut memberikan pendapat kepada
pelanggannya mengenai pilihan rekabentuk kasut tang bersesuaian dengan mereka. Kini jenama Jimmy
Choo dikaitkan dengan gaya,kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata
dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu USD.

[Diubahsuai dari http://www.usahawan .com.”Kisah Kejayaan Jimmy Choo”]

Berdasarkan situasi kes di atas

i. Terangkan peringkat pengurusan bagi Datuk Jimmy Choo di dalam Jimmy Choo Lt [4]
ii. Berdasarkan jawapan di dalam 2(i) di atas , jelaskan kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Datuk
Jimmy Choo [16]
iii. Jelaskan peranan Datuk Jimmy Choo Sebagai seorang pengurus mengikut Teori Mintzberg [15]

You might also like