You are on page 1of 2

Datuk Jimmy Choo (tukang kasut malaysia)

Datuk Jimmy Choo memang bercita cita besar sewaktu menolong ayahnya yang juga seorang tukang kasut, tetapi dia tidak menjangkakan kejayaan yang bakal diperolehinya mencapai tahap yang dikecapinya pada masa ini. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya. Dilahirkan di Pulau Pinang, Jimmy Choo mendapat pendedahan dengan teknik pembuatan kasut daripada ayahnya seorang tukang kasut sepenuh masa. Jimmy mencipta kasutnya yang pertama ketika beliau berumur 11 tahun. Demi cita citanya yang tinggi, beliau menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoren dan juga di kilang kasut. Selepas tamat pengajian, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun ke-4, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan mi segera. Selepas 4 tahun berlalu lagi, nasibnya berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit.

Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu ribu US dollar. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz). Jimmy dianugerahkan dengan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, dan diikuti dengan anugerah gelaran Profesor oleh London Institute atas sumbangannya dalam bidang fesyen. Kemuncak kepada pencapaian beliau ialah anugerah OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II menjadikannya rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah tersebut. Anugerah tersebut juga meletakkan nama Jimmy Choo setaraf dengan nama nama terkenal seperti Richard Branson dan Sean Connery. Dalam sebuah temuramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Datuk Jimmy Choo bersara pada tahun 2006 dan telah menjual syarikatnya dengan harga lebih US1 billion. Walaupun bersara, namanya tetap terpahat di dunia fesyen dan tidak mungkin dilupakan. Jadi tukang kasut tak boleh capai kejayaan besar? Jika anda berfikir demikian, sentiasa ingat akan Jimmy Choo. Nilai-nilai yang terdapat: Bercita-cita tinggi Tidak putus asa Tidak bergantung pada orang lain Bertanggungjawab dengan menanggung pelajaran sendiri Mestilah creative Jangan pandang rendah terhadap diri sendiri =]

You might also like