You are on page 1of 1

MUHAMMAD AMIRUL NAAIM BIN ALIAS (B1810081) BBAMGT 7

BMK 4093: TUGASAN VIDEO JACK MA

Berdasarkan video yang telah ditonton, isu yang berlaku ialah tiada perkara
yang mudah dan percuma. Semua perkara yang dilakukan memerlukan usaha dan
komitmen untuk mencapai sesuatu kejayaan. Dalam konteks ini, dapat juga dilihat
bahawa Jack Ma telah berusaha dengan keras untuk memperkembangkan
perniagaan syarikat Alibaba yang telah beroperasi selama 18 tahun. Selain itu,
beliau juga mengutarakan isu mengikut cara orang lain di mana seseorang itu
hendak mengikut Bill Gates, bersetuju dengan idea orang lain tanpa berfikir dahulu.

Cadangan saya untuk menangani isu ini ialah sebagai remaja yang akan
meningkat ke peringkat dewasa, kita perlu berusaha keras untuk mencapai matlamat
tersendiri. Antaranya ialah menetapkan sasaran atau goal ketika melakukan sesuatu
perkara serta disiplin dengan diri sendiri agar mengelakkan diri daripada menjadi
malas.

Contoh situasi yang boleh dilihat sebagai kategori budaya ialah budaya malas
berfikir seperti tidak menyumbangkan idea kepada syarikat untuk berkembang.
Selain itu, budaya memberi alasan untuk melepaskan diri daripada masalah dalam
tempat kerja seperti tidak mengaku kesalahan yang dilakukan, sentiasa merungut
dan tidak berpuas hati dengan sistem tempat kerja. Di samping itu, budaya mengikut
trend kerja yang tidak produktif atau negatif seperti mengikut rakan sekerja dating
lewat ke tempat kerja, meminta pekerja lain tandakan kehadirannya ke tempat kerja
sedangkan pekerja tersebut di luar tempat kerja.

Secara kesimpulannya, budaya yang baik perlu diterapkan dalam apa jua
situasi kerana budaya boleh menjadi trend kepada orang lain tidak kira dalam atau
luar negara. Oleh itu sebagai rakyat dan bangsa yang berbudaya baik, kekalkan
amalan budaya positif di mana budaya tersebut akan dipuji oleh orang lain seperti
budaya orang Jepun yang sangat produktif dan sihat serta budaya tersebut menjadi
trend di negara lain termasuk Malaysia.

You might also like