You are on page 1of 5

TUGASAN FOLIO 1

Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Umur - 57 tahun (2009)

Pendidikan - SPM

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes
2007

Ke 7 terkaya di Malaysia

Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,

BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium
Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,

pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja
setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Maklumat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari


Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal
bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa
saham.
Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan
beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di
dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan
Business Economics, 2004.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah.
Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau
dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati
dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf
hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang
pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi
seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan
Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat.
Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang
telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan
terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar
telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun
Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera
dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar
AlBukhari.
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal
erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang
dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal
pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan
projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya
bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam
perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah,

menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah


diri dan tidak gemarkan publisiti.

Mengapa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari memilih kerjaya Usahawan :

Pada asalnya terlibat dalam perniagaan ini kerana tiada pilihan lain
Membantu bapanya menguruskan perniagaan
Mempunyai latar belakang keluarga yang miskin
Bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.
Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari untuk lebih bersemangat dan lebih bersungguhsungguh untuk berjaya serta mengembangkan lagi sumber perniagaan.

Maklumat yang dapat dikongsikan hasil bacaan mengenai Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhari

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah


mengenal erti kegagalan. Beliau sentiasa belajar dari apa juga
kesilapan yang dilakukan.
Sifat ini perlu dijadikan sumber inspirasi serta kekuatan sama ada dalam
perniagaan, pelajaran mahupun kehidupan seharian. Walau sukar atau
banyak rintangan yang perlu dihadapi, janganlah cepat melatah, mengalah
dan berputus asa kerana tidak ada jalan singkat untuk berjaya. Jika orang
lain mampu berjaya, mengapa mustahil untuk kita untuk sama-sama
mencapai kejayaan. Di dunia ini tiada perkara yang senang, yang ada cuma
manusia yang rajin atau pemalas. Untuk memajukan perniagaan, memang
kena banyak sabar dan kuat berusaha. Segala kesilapan yang dilakukan
jadikan pengajaran dan pengalaman serta kekuatan untuk menghadapi harihari yang akan datang.
Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai
terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan
penting dalam perniagaan.
Zaman sekarang ramai yang memikirkan kepentingan dan keuntungan diri
sendiri. Contohnya dalam perniagaan, mengenakan harga atau bayaran yang
tinggi untuk pelanggan sedangkan harga modal dikeluarkan jauh lebih
rendah. Sikap ini haruslah dihindari dalam perniagaan. Jujur dan ikhlas untuk
membantu antara satu sama lain terutamanya sesama melayu.
Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju.
Ya, saya sangat setuju dengan kata-kata beliau. Nak seribu daya, tak nak
seribu dalih. Perniagaan apa yang dilakukan jangan hanya sekerat jalan. Naik
turun kehidupan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Teruskan usaha

sehingga mencapai matlamat. Sesama melayu juga jauhilah sifat hasad


dengki dan cemburu serta bersainglah secara sihat.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang
dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan
nikmat Allah.
Sifat ini adalah sangat penting dan perlu diamalkan dalam kehidupan harian
kita dalam apa jua yang dilakukan. Sifat-sifat terpuji ini bukan sahaja
disanjung oleh manusia malahan disukai oleh Allah. Apabila berada dalam
keadaan senang, janganlah takbur dan sombong serta sentiasa mengingati
asal usul kita dahulu. Adakalanya kita di atas, ada masanya kita di bawah.
Rezeki dan kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha tetapi haruslah
ingat segala kebaikan yang datang adalah dari keredhaan Allah.

You might also like