You are on page 1of 11

Tujuan Kajian

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang
ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya] di Malaysia. Beliau ialah
Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal
Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC) Beliau seorang yang suka berahsia serta
pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84
bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005
hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara,
selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga
pekerja.

1|Page
Pengenalan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951 dan kini berusia
67 tahun. Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah,
bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand.
Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan
menetap di Alor Setar, Kedah.

Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar
mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar
hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di
Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah.

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau
berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di
Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed
Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau
tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang
yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung
apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Beliau diasuh oleh ibunya sejak
kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang
miskin.

Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed
Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan
Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.

2|Page
Pada 10 Januari 2008, Syed Mokhtar diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah
2008/1429H peringkat kebangsaan. Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang
tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut hadir di majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah
Mansor.

Objektif Kajian
Penulis menjadikan objektif kajian sebagai garis panduan dalam menjalankan kajian. Antara
objektif-objektif penulis dalam menghasilkan kajian adalah :

• Menganalisis Biodata mengenai Syed Mokhtar

• Mempelajari ciri ciri yang perlu ada pada setiap usahawan

• Mengetahui peranan untuk setiap usahawan di Malaysia

3|Page
Kandungan
 Ciri – ciri Keusahawanan
1) Kreatif

Mempunyai kebolehan mencipta, meghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk


atau idea baru `dan asli.

Seperti contoh, Beliau mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain iaitu, gula.
Beliau diberikan kotrak untuk membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan jugak
minyak sapi kepada kerajaan.

Beliau menubuhkan Bukhary Shipping yang bertindak sebagai broker kapal dibawah
polisi CABOTAGE. Bukan itu sahaja, Tan Sri Syed Mokhtar juga melibatkan diri dalam sektor
pembangunan hartanah dan memulakan projek perumahan dibawah syarikat Bukhary
Development.

2) Invotif

Kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau


memperbaiku mutu sesuatu produk.

Seperti contoh, beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun 1970-an dengan perniagaan
binatang ternakan bapanya. Walaupun perniagaan tersebut mengalami kemerosotan beliau
tidak pernah berputus asa dan beliau kembali memulakan perniagaan beliau dengan menjual
daging secara kecil-kecilan. Beliau berjaya dalam perniagaan tersebut dan kejayaan tersebut
menambahkan lagi keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

3) Berani Mengambil Risiko

Mesti berani menanggung risiko akibat ketidaktentuan permintaan ke atas barang yang
dikeluarkan atau perniagaan yang dijalankan.

Seperti contoh, Tan sri mokhtar yang sikapnya yang berani mengambil risiko telah
mempertingkatkan taraf hidup keluarga. Beliau memulakan perniagaan dengan menjalankan
perniagaan binatang ternakan bapanya. Beliau kemudiannya mula menjual daging secara kecil-
kecilan. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau
bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Beliau kemudianya menubuhkan syarikat usaha
sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan beliau

4|Page
kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada sesuatu yang lain, iaitu gula. Usahanya
membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh,
tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya
diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Jadi dapat kita ketahui walaupun menempuh banyak
cabaran dan kegagalan itu tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Contohi sikap dan
keperibadian Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang tidak pernah merasai kegagalan itu
mematikan perjuangan hidupnya dalam mencari rezeki. Sikap yang suka mencuba dan berani
mengambil risiko itulah yang membuatkan beliau berjaya meletakkan dirinya di dalam
kelompok 10 orang terkaya di Malaysia.

4) Bijak Merebut Peluang

Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh
seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan.

Seperti contoh, Beliau telah mengambil peluang yang ada dengan memulakan
perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah
lori Kelas A. Beliau juga mengambil peluang dengan membuat bantuan pinjaman berjumlah
RM110,000 daripada pihak MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Kini,
syarikat terbabit mempunyai lebih daripada 40 buah lori.

5) Berpandangan jauh

Memiliki wawasan yang jauh kehadapan, melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain
dan menjangka apa yang tidak dijangka oleh orang lain.

Seperti contoh, antara contoh kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dapat
dikaitkan dengan ciri pemerhatian adalah kejayaan beliau dalam menubuhkan syarikat usaha
sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee
adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang
52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32% dan 16 %. Syarikat usahasama
ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di
Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd, beliau memulakan perniagaan gula dan kini
mencecah RM250 juta. Hal ini disebabkan beliau membuat pemerhatian berdasarkan
kekurangan gula yang pernah dialami oleh negara kita pada ketika itu. Disebabkan pemerhatian
tersebut beliau berjaya membina sebuah syarikat utama dalam membekalkan serta
mengeksport produk gula yang masih kekal hingga ke hari ini.

5|Page
 Peranan Keusahawanan

1- Menyumbangkan Idea Dan Pembaharuan

Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber


utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik,
peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk
memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.

Seperti contoh, Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan
kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan
budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama
Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri
daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu
bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed
Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-bukhary hanya
membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim
miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

2- Merancang

Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik


harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan
apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal
harus menyusul.

Seperti contoh, pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan
Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri
Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi
melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

6|Page
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging
yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya
kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya
dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri
dalam dunia perniagaan.

3- Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko

Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau


perkhidmatan. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang
usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan dan perkhidmatan,
ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik
mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak
dan kadang-kadang tidak terduga bila timbulnya, adalah tanggungan usahawan.

Seperti contoh, daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya


kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary
Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan


Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan
kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera.
Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang
yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

4- Menyumbangkan Kebajikan Dan Kepimpinan

Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbangkan ke arah peningkatan


kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga
merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan
sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam
dunia perniagaan semata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam
pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.

7|Page
Seperti contoh, Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75
juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di
serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan
Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan
Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan tolenrasi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan
kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga
terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang
bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan
Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan
projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang
mampu.

5- Peluang untuk mengawal nasib sendiri

Peluang memiliki perniagaan sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang
bergelar usahawan. Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan
dalam usaha untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira dia ingin berjaya dalam hidupnya, dia
boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang memerlukan
tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya dia boleh bekerja lebih masa atau menjual
barang dengan harga yang lebih murah supaya dia mendapat jualan yang banyak dan
keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai cara dapat dilakukan oleh beliau untuk
mengawal nasibnya sendiri.

Seperti contoh, disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri
Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan
keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai
di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan
memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu

8|Page
menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta
api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja
itu.

9|Page
Penutup / Kesimpulan
Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia
iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia
dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.
Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan
logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi
kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa
‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau
membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar
Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-
kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak
merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh
merosakkan diri kita, ” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari .

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga
merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah
memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa
keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi
semua pihak.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah
kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah
(D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

10 | P a g e
Rujukan

WEBSITE

 http://budakdutdepanpintu.blogspot.com/2013/01/sumbangan-tan-sri-syed-mokhtar-
al.html
 http://usahawanuum2016.blogspot.com/2016/10/sifat-dan-ciri-usahawan-yang-ada-
pada.html
 https://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-
al-bukhary.html/
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
 http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/2008/02/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-tan-
sri.html?m=1
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
 http://sheera223231.blogspot.com/2014/09/peranan-sebagai-usahawan.html?m=1
 http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/

BUKU

11 | P a g e

You might also like