You are on page 1of 2

2.

6 Peranan masyarakat sejagat Institusi masyarakat turut berperanan dalam melahirkan suasana sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada rencaman pihak sama ada di luar mahupun di dalam sekolah.Apabila mengatakan selamat,terdapat dua jenis keselamatan iaitu keselamatan fizikal dan keselamatan sosial.Apa yang berlaku kini,sebahagian institusi masyarakat tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.Institusi masyarakat perlu menubuhkan satu jawatankuasa bagi menjaga keselamatan sekolah.Dalam hal ini,ibu bapa dan pihak seharusnya bergiat secara aktif dengan menjadi ahli jawatankuasa untuk menggerakkan pertubuhan tersebut. Pihak sekolah sewajarnya menyediakan buku panduan polisi untuk diedarkan kepada setiap ahli jawatankuasa supaya dapat bergerak mengikut

prosedur.Penubuhan jawatankuasa tersebut dapat mengelakkan gejala sosial sama ada di luar mahupun di dalam sekolah.Hal ini kerana ibu bapa dan institusi masyarakat akan menjaga keselamatan di luar sekolah.Para guru pula akan membantu menjaga keselamatan di dalam sekolah.Misalnya,sebelum sekolah bermula dan selepas habis sekolah;institusi masyarakat perlu menugaskan seseorang polis trafik bagi mengelakkan kemalangan jalan raya. Kemelut yang bekaitrapat dengan gejala sosial seperti kes buli,kes ponteng sekolah mahupun kes melepak dapat dibendung melalui menugaskan beberapa polis bantuan di sekitar kawasan sekolah. Keselamatan di sekolah pula perlu diawasi melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat tertentu yang akan dikawal oleh seseorang guru mengikut giliran masing-masing pada setiap hari.Sebagaimana yang kita

ketahui,aktiviti buli yang tidak dapat dilakukan di luar sekolah akan dilakukan dalam kawasan sekolah.Kes buli ini dipercayai bahawa boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami gangguan emosi dan boleh membawa kepada sakit jiwa.Masalah buli ini juga menerjah perkembangan intelek seseorang pelajar yang menyebabkan pelajar tersebut takut untuk hadir ke sekolah.

Oleh hal yang demikian,sebagai institusi masyarakat perlu melibatkan semua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah selamat.Semua polisi dan peraturan sekolah yang disediakan perlu disokong oleh masyarakat.Masyarakat juga berperanan memberi sumbangan material idea dan kepakaran dalam perkhidmatan kawalan sekolah.Jelaslah bahawa institusi masyarakat mempunyai peranan yang amat besar dalam memberi manfaat kepada perkembangan menyeluruh seseorang pelajar.

You might also like