You are on page 1of 6

MME3022 KEUSAHAWANAN BERSEPADU

ASSIGNMENT 1: CASE STUDY

NAMA: ERENIE SAOUL ANAK ISA

NO.MATRIK: D20172080612

KUMPULAN: E

NAMA PENSYARAH: DR.NOR SYAZWANI MAT SALLEH


A. Nama usahawan
- Puan Kebang Anak Jagu

B. Gambar Usahawan:
C. Biodata Usahawan:

Beliau merupakan usahawan kraftangan berbangsa Iban yang berasal dari Ulu
Sebauh Bintulu, berumur dalam lingkungan 70-an. Puan Kebang tinggal di kawasan
perkampungan Sungai Tebas Silas, Ulu Sebauh. Beliau mempunyai 4 orang anak
yang kesemuanya telah mempunyai pekerjaan masing-masing. Anak kelahiran Ulu
Sebauh ini memulakan perniagaannya sejak tahun 2019 lagi dengan hanya
bermodalkan sejumlah wang yang sedikit. Puan Kebang kini tidak lagi tinggal di
kampung tetapi menetap di bandar bersama dengan anak-anaknya.

D. Idea Keusahawanan

Menurut Puan Kebang, idea asal penghasilan kraftangan anyaman datang


daripada aktiviti harian ataupun hobi yang sememangnya dilakukan oleh orang-orang
kampung pada waktu lapang. Masa-masa yang terluang digunakan untuk
penghasilan kraftangan yang menarik seperti bakul anyaman, bekas penampi yang
dikenali sebagai capan bagi masyarakat iban serta beg anyaman. Selain itu, beliau
juga mengatakan idea penghasilan kraftangan yang sebegini adalah bersumber
inspirasikan dari trend-trend yang terkini. Penggunaan corak serta ragam hias yang
menarik diolah dan divariasikan mengikut permintaan pelanggan. Jika dlihat, produk
kraftangan yang dihasilkan oleh Puan Kebang mengandungi unsur-unsur estetik dan
logika maka ianya senang diterima oleh masyarakat setempat. Menurut Puan
Kebang lagi, beliau tidak pernah menyangka bahawa hasil kraftangannya meraih
pujian serta mendapat permintaan dari pelanggan. Sejak dari itu, beliau mula
menjinakkan diri dalam bidang keusahawaan secara kecil-kecilan.
E. Kejayaan Usahawan

Jika dahulunya Puan Kebang hanya tinggal di kampung sambil membuat


kraftangan, kini beliau menetap dan tinggal bersama anak-anaknya di bandar. Hal ini
memudahkan beliau untuk melakukan proses jual beli barangan kraftangan hasil
beliau. Menurut Puan Kebang, suatu dia berada dan tinggal di kampung suatu ketika
dahulu, permintaan kraftangan anyaman agak tidak memberansangkan. Hal ini
kerana, majoriti penduduk-penduduk di kampung Ulu Sebauh mempunyai kemahiran
dalam menganyam produk yang sama. Perbezaan penghasilannya hanyalah dari
segi kualiti serta ragam hiasan. Berikutan perkara ini, Puan Kebang sukar untuk
memasarkan hasil kraftangan beliau di kampung. Namun kesukaran serta
kesusahan yang dihadapi bukanlah penghalang beliau untuk terus berkarya. Puan
Kebang telah memutuskan untuk tinggal bersama anaknya di bandar. Maka
bermulalah satu kejayaan bagi Puan Kebang. Beliau telah berjaya memasarkan
produk anyaman serta mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Seperti
yang sedia maklum, produk kraf anyaman yang dihasilkan oleh Puan Kebang
mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan seharian. Maka tidak hairanlah jika
pelanggan menginginkan produk kraftangan berkenaan.

F. Bincangkan apakah faktor yang menyumbang kejayaan dan kegagalan


seorang usahawan?

Seseorang usahawan yang memulakan perniagaan sememangnya akan


melalui proses kegagalan dan kejayaan. Terdapat beberapa faktor yang menjurus
kepada kegagalan dan kejayaan seseorang usahawan tersebut. Untuk mencapai
sesuatu kejayaan, seseorang usahawan itu perlulah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang bidang yang diceburi. Pengetahuan melibatkan tentang aspek-
aspek pengurusan kewangan, ilmu berkaitan dengan ekonomi, pemasaran, jualan,
pengeluaran dan sumber manusia. Seterusnya, kejayaan akan wujud sekiranya
seseorang itu mempunyai minat, sikap berdikari dan tidak mudah mengalah apabila
menghadapi sebarang cabaran dalam dunia perniagaan. Usahawan perlu bijak
dalam merancang bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi. Di
samping itu, para usahawan perlu mempunyai sikap yang tidak mudah putus asa,
proaktif, keyakinan diri yang tinggi, inovatif dan sebagainya untuk lebih berjaya.
Usahawan juga harus mewujudkan jaringan sosial dan kerjasama yang kukuh di
kalangan rakan perniagaan dan masyarakat sekeliling. Mereka digalakkan untuk
menambahkan ilmu berkaitan pemasaran dengan menghadiri seminar atau program
yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.

Faktor seterusnya adalah faktor kegagalan dalam perniagaan. Seseorang


usahawan yang gagal mempunyai pengurusan perniagaan yang lemah. Contohnya,
strategi pemasaran yang tidak berkesan untuk menarik pelanggan membeli produk
jualan. Pelanggan akan lebih tertarik dengan pesaing yang mempunyai strategi
pemasaran yang jauh lebih berkesan dan efektif. Seterusnya, usahawan itu akan
mengalami kegagalan jika sentiasa mempunyai sikap yang negatif dalam
menjalankan perniagaan, sebagai contoh menyimpan hasad dengki dengan pesaing,
tamak, sentiasa berprasangka buruk dan individualistik. Minat dalam bidang
keusahawanan amat diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Tanpa
adanya sikap minat maka tiadalah kesungguhan yang maksimum seterusnya akan
menyebabkan perniagaan yang dirancang gagal. Seseorang individu yang gagal
dalam bidang keusahawanan tidak cuba berusaha untuk mendalami perniagaan
yang diceburi sedalam yang mungkin. Selain itu, kekurangan modal kewangan juga
akan menggagalkan sesuatu perniagaan. Permulaan perniagaan tanpa modal yang
mencukupi akan menyukarkan usahawan untuk berkembang dan bersaing dengan
usahawan- usahawan lain.

Kesimpulannya, usahawan-usahawan yang menerokai bidang perniagaan,


ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang menemui kegagalan. Usahawan
seperti Puan Kebang dapat ditakrifkan sebagai usahawan yang berjaya. Meskipun
beliau pada awalnya agak sukar untuk memulakan perniagaan kerana perlu
mengeluarkan modal, tetapi beliau tidak mudah berputus asa dan sentiasa
memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk terus berniaga dan berkarya.
Beliau juga seorang yang berfikiran jauh, global dan futuristik. Perkembangan
semasa pelbagai aspek perniagaan tidak dipandang endah oleh beliau.
G. Pandangan Diri Sebagai Usahawan

Seseorang usahawan perlu mempunyai sifat, sikap dan karakter yang kuat dalam
menceburi bidang perniagaan. Kekuatan yang ada pada diri untuk menjadi seorang
usahawan adalah mempunyai disiplin yang tinggi. Displin yang baik mencerminkan
seorang usahawan yang professional. Sifat disiplin yang tinggi ada dalam diri
menjadikan sesuatu perkerjaan atau tugasan tidak ditunda dan ditangguhkan.
Seterusnya, saya juga memiliki nilai kreatif dan inovatif sebagai seorang usahawan.
Kreatif adalah suatu sifat untuk sesuatu pembaharuan manakala inovatif adalah sifat
yang sentiasa mengolah sesuatu benda asal kepada yang baharu. Dengan
menciptakan produk yang baharu berbeza dari produk pesaing, maka perniagaan
akan mempunyai nilai yang tinggi. Akhir sekali, sifat tidak mudah berputus asa.
Seseorang usahawan sudah semestinya harus memiliki jiwa yang tidak menyerah
kalah. Setiap permasalahan yang dihadapi dalam dunia perniagaan dapat diatasi
dengan adanya usaha yang berterusan. Sifat-sifat yang sebegini memungkinkan
saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari kelak.

H. Adakah anda ingin menceburi bidang keusahawanan kelak? Kenapa?

Ya. Hal ini kerana bidang keusahawanan merupakan antara salah satu
industri yang menjana ekonomi pendapatan negara. Bidang keusahawanan melalui
proses kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan
yang diperlukan untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat. Di dalam
menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, usahawan akan mencari jalan
serta kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan
pembaziran daripada berlaku. Seterusnya, perkembangan dalam bidang
keusahawanan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat
sekaligus mengurangkan kadar pengangguran rakyat. Menceburi bidang
keusahawanan juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat dan
merupakan salah satu strategi membasmi kemiskinan rakyat. Di samping itu, bidang
keusahawanan membantu para usahawan untuk belajar berkomunikasi dengan lebih
lancar dengan cara yang betul. Kesimpulannya, keusahawanan adalah bidang yang
banyak membuka peluang kepada masyarakat melayakkan diri untuk bersaing serta
membangunkan kemajuan diri. Manfaat yang diperolehi daripada menceburi bidang
keusahawanan harus disedari semua masyarakat setempat.

You might also like