You are on page 1of 101

Sesuai Dibaca Di Telefon Pintar

Sesuai dibaca di telefon pintar

1
.

.
Koleksi Kisah Inspirasi
Jatuh Bangun Orang Bisnes
(2016 - 2021)
.

2
TAJUK-TAJUK EBOOK BISNES LAIN

Klik di sini.

3
1
DITIPU SETENGAH JUTA NAMUN TETAP JALAN
TERUS

Ditipu dalam bisnes memang perkara lumrah,


namun apabila ditipu hampir setengah juta,
tidak semua mampu menerimanya dan terus
bertahan.

Itulah yang dialami oleh pengasas lipstik Lerve,


Puan Azlin Hilda Abdul Latif.

Ketika masih bekerja sebagai penjawat awam


pada tahun 2014, beliau menjalankan
bisnesnya secara dalam talian dengan menjual
produk orang lain. Beliau bergerak seorang diri
dan kesemuanya dilakukan sendiri

4
termasuklah membungkus hingga 100 barang
sehari.

Pada waktu rehat semasa waktu kerja pula,


beliau mencuri masa untuk membuat
penghantaran barang di pejabat pos.

Selepas berjaya mengumpul modal sebanyak


RM7,000.00 beliau tekad untuk berhenti kerja
dan berbisnes sepenuh masa. Beliau
mengeluarkan produk makanan jenamanya
sendiri iaitu Bellesa dan ketika produk itu
mendapat mula sambutan, rakannya
menipunya sehingga kerugian RM500,000.00.

Enggan mengalah dan bersedih dengan ujian


yang dihadapinya, Puan Azlin memaafkan
rakannya.

Tanpa membuang masa, beliau bangkit semula


dan mengatur strategi menghasilkan produk
kosmetik. Kali ini beliau bekerjasama dengan
penyanyi Datin Alyah untuk menghasilkan
gincu berjenama Lerve.

Dengan populariti yang dimiliki oleh Datin


Alyah, 5,000 gincu berjaya dijual dalam masa

5
dua hari sebaik sahaja dipromosikan di dalam
Instgram penyanyi tersebut.

Dari situ, Puan Azlin tidak menoleh ke


belakang lagi.

Daripada bekerja seorang, beliau melantik


pekerja untuk membantunya dan
menumpukan fokusnya pada pemasaran dan
penghasilan produk baru.

Untuk memperluaskan lagi jaringan jualan


produknya, Puan Azlin melantik lebih 20 orang
stokis di seluruh negara. Kebanyakkannya
terdiri dari suri rumah yang memang beliau
pilih untuk membantu mereka menjana
pendapatan sampingan bagi membantu suami.

Sekarang, beliau bukan sahaja gembira apabila


melihat bisnesnya berjaya. Malah beliau lebih
gembira melihat suri-suri rumah ini mampu
mempunyai wang sendiri untuk berbelanja
tanpa perlu bergantung pada suami.

[ Sumber : Harian Metro ]

6
2
8 RESEPI RAHSIA KEJAYAAN SECRET RECIPE

Secret Recipe merupakan satu jenama yang


tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti mana
AirAsia, Secret Recipe merupakan satu lagi
jenama tempatan bertaraf global yang boleh
dibanggakan.

Cawangannya kini boleh didapati Singapore,


Indonesia, Thailand, China, Brunei, Myanmar
dan Maldives.

Diasaskan oleh Steven Sim (Datuk), ia bermula


dengan hanya satu kafe di SS2, Petaling Jaya
pada tahun 1997.

7
Apakah resipi rahsia Steven Sim, seorang
usahawan yang ‘low profile’, dalam
membangunkan jenama Secret Recipe hingga
mencapai tahapnya sekarang?

1. Pilih produk yang tepat untuk pasaran

Steven Sim memilih kek sebagai produk


utamanya kerana walau pun ia berasal dari
Barat, ia merupakan makanan universal dan
terdapat dalam setiap kebudayaan, bangsa
dan negara.

Ia merupakan produk yang mudah dan juga


tergolong dalam kategori produk yang
menyeronokkan, serta diminati setiap orang
tidak kira kanak-kanak, remaja, orang muda
mahupun orang tua.

2. Perkenalkan konsep yang unik dan baru

Steven Sim mengambil keputusan untuk


menceburi bisnes ini apabila mendapati
terdapat kekurangan yang ketara, dalam
konsep kafe yang menawarkan suasana
menikmati hidangan yang kasual dan santai
pada ketika itu.

8
Pada waktu itu, konsep kedai makan adalah
lebih kepada restoran, warung atau restoran
makanan segera bagi pasaran pelanggan
berpendapatan sederhana, dan hotel atau
restoran mewah bagi pasaran pelanggan
berpendapatan tinggi.

Steven Sim mengenalpasti kekosongan ini


sebagai peluang, dan mengambil risiko
memperkenalkan konsep menikmati hidangan
dalam suasana kasual, santai namun elegan.

3. Bina pasukan kerja yang berkemahiran

Pada peringkat awal, Steven Sim bekerjasama


dengan tiga orang anak saudaranya untuk
memulakan bisnes. Ketiga-tiga anak
saudaranya mempunyai kemahiran dalam
bidang pembuatan kek, dan membangunkan
produk-produk baru yang mampu menarik
perhatian dan selera pelanggan.

Manakala Steven pula mempunyai kemahiran


dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan
khidmat pelanggan.

9
4. Hasilkan perancangan yang jelas

Pada peringkat awal, Steven Sim memfokuskan


pada strategi membina jenamanya untuk
membezakan Secret Recipe dengan pesaing.
Ini termasuklah mencipta logo, memilih warna
korporat bisnes, memperincikan strategi
pemasaran, menghasilkan uniform pekerja,
merekabentuk paparan menu hidangan,
menetapkan hiasan dalaman (interior design)
kafe, dan mewujudkan standard bagi khidmat
pelanggan.

Menurut Steven Sim, membina jenama yang


berjaya dan bertahan lama memerlukan
usahawan mengenalpasti kekuatan yang ada
pada jenamanya, memfokuskan strategi pada
kekuatan tersebut, dan membinanya secara
konsisten.

Sejajar dengan kemajuan bisnes yang


mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000,
Steven Sim menawarkan pula francais kepada
usahawan yang berminat kerana beliau yakin,
itu merupakan strategi terbaik untuk
mengembangkan bisnesnya.

10
5. Sesuaikan produk dengan ‘selera’
tempatan

Sebelum memasuki sesuatu pasaran di negara


baru, Steven Sim akan melakukan kajian
pasaran berkaitan gaya hidup, pembezaan
budaya, jenis makanan utama dan budaya
pemakanan masyarakat di negara tersebut. Ini
bagi memastikan produk Secret Recipe mudah
diterima oleh masyarakat tempatan tersebut.

Contohnya, produk Secret Recipe bagi pasaran


Thailand dan Indonesia lebih pedas,
berbanding di Malaysia. Manakala bagi
pasaran China, Secret Recipe
memperbanyakkan menu berasaskan mee
seperti char kuey teow, mee Hokkien dan mee
Kantonis.

6. Jaga kualiti produk

Sebagai sebuah jenama yang mempunyai


kehadiran di pelbagai negara, cabaran paling
besar yang dihadapi oleh Steven Sim adalah
memastikan kualiti produk yang konsisten, di
setiap cawangan terutamanya rasa bagi setiap
menu (kecuali menu yang perlu diubahsuai
berdasarkan citarasa tempatan).
11
Untuk tujuan ini, Steven Sim mewujudkan
sistem pengurusan seperti mewujudkan
pasukan pengurus-pengurus francais, yang
bertanggungjawab memeriksa tahap kualiti
produk secara kerap, di setiap cawangan dan
menjalankan latihan pekerja.

Pasukan pengurusan ini hanya


dipertanggungjawabkan untuk fokus dalam
membantu setiap cawangan francais, untuk
memastikan setiap darinya mencapai tahap
kualiti yang ditetapkan.

7. Berfikiran besar

Walaupun telah mempunyai 15 cawangan


pada tahun 2000, termasuk satu di Singapura,
Steven Sim tidak berpuas hati dengan hanya
mencapai tahap itu. Pada tahun yang sama
beliau mengorak langkah untuk membina
Secret Recipe menjadi jenama global, dengan
meneroka pasaran Thailand.

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kini


terdapat 270 cawangan Secret Recipe di mana
80 darinya terletak di luar negara.

12
8. Percaya pada diri sendiri

Sebelum menjadi usahawan, Steven Sim


pernah memegang beberapa jawatan tinggi
seperti pengarah urusan Modern Mum Sdn
Bhd, pengarah Tony & Guy Hairdressing dan
pengarah pemasaran Tigi Asia Pty Ltd dengan
gaji mencecah lima angka.

Walaupun telah selesa dengan kedudukannya


ketika itu, beliau percaya dengan kemampuan
dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya,
dengan menjadi kreatif dan mencipta sesuatu
yang disukai orang ramai.

Steven Sim percaya antara kriteria penting


untuk menjadi usahawan adalah mempercayai
rasa hatinya, dan perlu mengelakkan diri
dipengaruhi oleh pendapat orang sekeliling.
Bagi beliau, apabila kita telah yakin dengan
apa yang kita mahu lakukan, terus lakukannya
tanpa bertangguh.

[ Sumber : majalahniaga.com ]

13
3
USAHAWAN KARAMEL JAGA KUALITI

Kebiasaannya apabila kita baru memulakan


bisnes kecil dengan modal yang terhad, segala-
galanya akan dilakukan sendiri. Kitalah yang
mencari produk, membungkusnya, menjawab
Whatsapp, membuat penghantaran,
mengemaskini Facebook dan seribu satu lagi
tugas.

Dalam kesibukan itu, kita akan berhadapan


dengan risiko terlepas pandang sesetengah
perkara yang penting.

Salah satunya kualiti produk yang kita jual.

14
Bagaimana kita boleh mengelakkan kualiti
produk jualan terjejas walaupun kita
menguruskan bisnes bersendirian?

Usahawan solo dari Ampang, Selangor, tuan


Ahmad Farid Ismail, melakukannya dengan
menghadkan jumlah pengeluaran harian
produk jualannya iaitu karamel.

Beliau mula berniaga karamel pada tahun 2007


selepas usahanya menjual sandwich tidak
berhasil akibat ditipu. Bisnesnya dilakukan
secara separuh masa pada waktu malam
kerana beliau masih bekerja di hotel ketika itu.

Memandangkan karamelnya mendapat


sambutan hingga mendapat pesanan untuk
majlis-majlis, beliau menjalankannya secara
sepenuh masa mulai tahun 2014.

Namun kerana masih tidak mempunyai


pembantu, beliau melakukan segala-galanya
dari membeli bahan, memasak, membungkus
dan membuat penghantaran. Setiap hari,
beliau akan membuat karamel dari jam 9
malam hingga 2 pagi. Pada sebelah pagi dan
petang, beliau membuat penghantaran.

15
Kerana itu beliau hanya menghadkan
pembuatan kepada hanya 400 bekas sehari. Ini
mebolehkan beliau menjaga kualiti karamelnya
kerana semuanya perlu dilakukan dalam
tempoh 4 atau jam sahaja.

Sebarang pesanan tambahan akan ditolak.

Resepi karamel itu dihasilkannya sendiri dan


pelanggan menyukai karamelnya kerana ianya
tidak hanyir dan air gulanya tidak berasa pahit.
Karamelnya boleh disimpan hingga sebulan di
dalam peti sejuk.

Karamelnya dijual dengan menggunakan


jenama Mr. Caramell dan hanya dijual melalui
instagramnya @mr.caramell.

[ Sumber : Harian Metro ]

16
4

BIAR KECIL ASAL BERJAYA

Ada dua cara untuk memulakan bisnes.

Cara pertama, mulakan secara besar dengan


mengambil pinjaman untuk mengeluarkan
produk, menyewa kedai, membeli peralatan
dan sebagainya.

Cara kedua, mulakan dengan apa yang ada di


tangan terlebih dahulu. Jika tiada pengalaman,
cari ilmu dengan cara bekerja dengan orang
lain. Apabila bisnes sudah ada sambutan,
kembangkan ia sedikit demi sedikit mengikut
kemampuan.
17
Usahawan produk roti canai sejuk beku, tuan
Zahar Mohd Nor mengikut cara kedua.

Beliau bermula daripada bawah.

Sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Rendah


Pelajaran (SRP), tuan Zahar terus mencari
kerja. Pada usia muda itu, beliau sudah mula
mempunyai perancangan untuk mencari
pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin
dalam bidang perniagaan makanan dengan
berkuli dengan orang lain terlebih dahulu.

Tuan Zahar tidak perlu menunggu lama,


seorang pemilik kedai makanan di Kuala Keru,
Negeri Sembilan menawarkan beliau pekerjaan
sebagai tukang buat air.

Sambil melakukan pekerjaan membuat air,


beliau mengambil kesempatan dan peluang
untuk mempelajari cara-cara membuat roti
canai. Peluang yang ada juga digunakannya
untuk mempelajari selok-belok mengendalikan
perniagaan makanan.

Dengan ilmu dan pengalaman yang


diperolehinya, tuan Zahar mengorak langkah
awal menghasilkan roti canainya sendiri. Beliau
18
tidak membuka kedai makanan sendiri terlebih
dahulu tetapi sebaliknya beroperasi secara
kecil-kecilan di rumah.

Produk roti canai tersebut dijenamakan


sebagai Jojo Roti Canai dan dijual dari
rumahnya.

Namun, tuan Zahar tidak berniat untuk


berniaga secara kecil-kecilan, sebaliknya
mempunyai perancangan untuk
membesarkannya sedikit demi sedikit.

Beliau menyertai program 2 Years Exit Policy


Programme dan memperolehi bantuan untuk
meningkatkan pengeluaran. Sebelum itu beliau
merupakan peserta di bawah e-Kasih di bawah
Program Pembasmi Kemiskinan Bandar di
bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan
JKM.

Menurut beliau, “Melalui program ini, saya


mempunyai mesin membancuh tepung. Setiap
hari, saya uli serta tebar 500 keping roti canai
serta martabak untuk dijual di kedai dan sejuk
beku.

19
Dan kini, produk Jojo Roto Canainya telah mula
dieksport ke Abu Dhabi hasil bantuan seorang
saudaranya yang bekerja di negara tersebut.

[ Sumber : Sinar Harian ]

20
5
ARTIS INI PERNAH BUAT KESILAPAN LAZIM
PENIAGA BARU

Buat bisnes tanpa perancangan, itulah yang


dikatakan langgar terus. Ibarat kita melintas
jalan tanpa memandang dahulu ke kiri dan ke
kanan.

Ramai yang melakukan kesilapan ini apabila


baru mula hendak buat bisnes. Kita merasakan
bila ada produk mesti ada orang beli.

Kalaulah bisnes semudah itu, sudah ramai yang


kaya.

21
Seorang artis, Zara Zya, berkongsi
pengalamannya memulakan bisnes secara
langgar terus yang disiarkan di dalam akhbar
Sinar Harian.

Sebagai permulaan, Zara meminjam duit


ibunya sebanyak RM30,000 sebagai modal.

Duit itu digunakan untuk menghasilkan produk


kosmetik untuk wanita dengan menggunakan
jenamanya sendiri.

Pada waktu itu, beliau merasakan populariti


dirinya sebagai seorang artis sudah cukup
untuk melariskan produknya di laman sosial.

Zara langsung tidak menyediakan sebarang


pelan perniagaan dan hanya bergantung harap
pada apa yang ada di depan mata.

Selepas beberapa bulan dipromosikan,


produknya masih tidak mendapat sambutan.

Dipendekkan cerita, produknya tersadai begitu


sahaja dan tiga puluh ribu modal yang
dipinjamnya pun lebur begitu sahaja.

22
Tiada langsung pulangan yang diperolehi
beliau.

Walaupun ‘yuran’ pengajaran yang perlu


‘djbayarnya’ sangat mahal, ia tidak menjadikan
Zara berputus asa.

Zara menyusun kembali bisnesnya.

Cuma kali ini beliau membuat perancangan.


Mengambil iktibar dari kesilapannya yang lalu,
Zara membuat kajian untuk mengetahui
produk yang dimahukan pelanggan.

Berdasarkan hasil kajian pasaran itu, beliau


merangka strategi bisnes untuk mengeluarkan
produk bedak asas, losyen dan juga tudung.

Perancangan dan usahanya terbaru Zara


menjadi dan produk terbarunya mula
mendapat sambutan.

Sehingga kini, produknya masih mendapat


sambutan dan beliau sudah mempunyai
perancangan jangka panjang untuk membuka
sebuah butik.

[ Sumber : Harian Metro ]


23
6
USAHAWAN BELON INI BERKONGSI 11 KISAH
MENARIK BISNESNYA

Bisnes jual belon ?

Berbanding bisnes tudung, pakaian dan


kosmetik, bisnes pengusaha belon bukanlah
pilihan bagi mereka yang ingin memulakan
bisnes sendiri.

Glowing Party House adalah salah sebuah


syarikat pembekal kelengkapan perhiasan
majlis dan belon yang diasaskan oleh Puan
Mastura Muhamad. Beliau berusia 36 tahun
dan mempunyai kelulusan dalam bidang Sains
Komputer dari Universiti Putra Malaysia.

24
Terdapat 11 perkara menarik mengenai
penglibatan beliau dalam bisnes ini :

1. Puan Mastura memulakan bisnes menjual


belon pada November 2012 secara kecil-
kecilan melalui online.

2. Mendapat idea untuk memulakan


perniagaan belon apabila syarikat tempat dia
bekerja sukar mencari penyedia khidmat
dekorasi belon untuk majlis anjuran syarikat
tersebut.

3. Beliau mengambil kursus jangka pendek


untuk belajar selok-belok perniagaan belon
dan pengurusan dekorasi kerana tidak
mempunyai pengalaman dalam bidang
perniagaan terutamanya mengenai belon.

4. Percaya bisnes menjual belon di Malaysia


boleh menjadi industri berpotensi besar
kerana mendapat permintaan yang
memberangsangkan dan di Malaysia khidmat
profesional penjualan belon serta dekorasi
majlis masih belum diterokai sepenuhnya.

25
5. Bermula dengan online, cawangan kedai
Glowing Party House kini ada di Bangi, Kajang
dan Subang Jaya.

6. Ingin menjadi contoh kepada usahawan


baharu yang ingin menceburi bidang sama.

7. Perlu membuat kajian tentang sumber belon


yang berkualiti kerana berniaga belon ia bukan
sekadar mengisi angin tetapi memerlukan
beberapa langkah pengurusan bergantung
kepada jenis, bentuk dan saiz.

8. Bekalan belon dibeli daripada pengeluar


utama di luar negara iaitu dari Itali, Columbia
dan Amerika Syarikat.

9. Selain menjual belon, Puan Mastura juga


mengajar teknik penjagaan belon yang dibeli
supaya kualiti belon tidak terjejas selepas
diserahkan kepada pelanggan.

10. Glowing Party House turut mengadakan


kempen kesedaran keselamatan orang ramai
terhadap belon kerana terdapat juga belon
tiruan lebih nipis, mengandungi banyak bahan
kimia, mudah meletup serta ada pengusaha

26
yang mengisinya dengan gas nitrogen yang
membahayakan orang ramai.

11. Membantu usahawan kelengkapan majlis


dan belon di seluruh Semenanjung melalui
kumpulan Jemaah Party Network Bumiputera
kerana percaya setiap peniaga perlu saling
membantu dan pada masa sama memberikan
perkhidmatan serta produk berkualiti kepada
pengguna.

27
7
18 PERKARA MENARIK TENTANG LEATHER BIZ

Terdapat dua jenis bisnes yang boleh kita pilih


untuk dimulakan.

Pertama, bisnes untuk pasaran umum iaitu


untuk orang kebanyakkan. Kedua, bisnes untuk
pasaran khusus atau untuk golongan kaya.

Leather Biz adalah salah satu bisnes yang


memenuhi keperluan pasaran khusus iaitu
membaiki dan memulihara barangan kulit
berjenama mewah bagi pelanggan-pelanggan
kaya.

28
Bisnes Leather Biz dimulakan oleh Clifford Tan
pada usia 58 tahun, iaitu usia di mana
kebanyakan dari kita merancang untuk
menghabiskan masa untuk berehat bersama
keluarga.

Sebaik sahaja bersara dari pekerjaannya


sebagai pengurus projek pada 2010, Tan
mendapat idea untuk memulakan bisnes
Leather Biz yang mengkhusus dalam
pembaikian dan pemuliharaan barangan kulit
berjenama.

Selepas tahun beroperasi, beliau berkongsi 18


perkara yang boleh kita pelajari dari beliau :

1. Leather Biz dimulakan dengan modal


sebanyak RM100,000.

2. Tan mendapat idea untuk menceburi bisnes


ini apabila ternampak bahan-bahan kulit di
sebuah kedai yang membuat barangan kulit
untuk kereta.

3. Beliau bermula secara kecil dengan


membaiki beg tangan berjenama milik
rakannya.

29
4. Internet menjadi satu-satunya sumber
rujukan Tan untuk belajar teknik membaiki
barangan kulit. Beliau memulakan bisnes tanpa
sebarang kemahiran asas.

5. Selain Internet, Tan memperbaiki


kemahirannya dengan mempelajari ciri-ciri
bahan kulit yang berbeza sambil membaikinya.

6. Untuk memastikan pelanggannya tidak


meletakkan harapan dan jangkaan yang terlalu
tinggi terhadap hasil kerjanya, Tan akan
menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh
dibaiki pada barangan kulit tersebut.

7. Bayaran yang dikenakan adalah antara


RM250 hingga RM6,000.

8. Sehingga kini, lebih dari 5,000 barangan kulit


berjenama telah dibaiki oleh Leather Biz.

9. Antara barangan kulit termahal yang pernah


dipuliharanya adalah beg tangan kulit Hermes
yang diperbuat dari kulit buaya berharga
RM300,000. Kerja memulihara beg tangan
tersebut bukan sahaja rumit malah mengambil
masa selama setahun untuk disiapkan.

30
10. Selain pelanggan tempatan, pelanggannya
turut datang dari Switzerland, Australia,
Indonesia, Hong Kong dan China.

11. Sehingga kini, Leather Biz tidak mempunyai


laman web ataupun laman media sosial.
Kebanyakkan pelanggannya tahu tentang
perkhidmatannya dari pelanggan-pelanggan
lain yang berpuas hati dengan kualiti kerjanya.

12. Dua kunci kepada mencapai hasil kerjanya


yang berkualiti adalah pertama, memahami
setiap jenis bahan kulit yang berbeza
dihasilkan di kilang dengan cara yang
berbeza. Kedua, tahu bagaimana barangan
kulit itu rosak atau kotor untuk memastikan
bahan dan kaedah yang sesuai digunakan
apabila membaiki barangan kulit tersebut.

31
13. Isteri dan anaknya turut membantu
menguruskan bisnes yang beroperasi di Sri
Hartamas, Kuala Lumpur dengan 7 orang
pekerja.

14. Dalam tempoh 6 tahun, Tan telah melatih 2


dari pekerjanya menjadi pakar barangan kulit.

15. Leather Biz turut menawarkan program


latihan selama 4 bulan dalam bidang
pembaikian dan pemuliharaan barangan kulit
dengan yuran sebanyak RM60,000. Matlamat
Tan adalah untuk memberi kemahiran kepada
mereka yang berminat untuk memulakan
bisnes ini secara kecil-kecilan dari rumah.

16. Antara pelan jangka masa panjang


bisnesnya, Tan ingin menjadikan Leather
Biz sebagai model bisnes ’one stop centre’
bagi perkhidmatan membaiki dan memulihara
barangan kulit.

17. Seterusnya, Tan merancang untuk


mengeksport model bisnesnya ke luar negara
luar dengan mempunyai rakan kongsi di
negara tersebut.

32
18. Cabaran terbesar yang pernah dihadapi
Tan dalam bisnesnya adalah untuk mencari
pekerja yang bagus iaitu pekerja yang
mempunyai sikap atau attitude yang betul.

[ Sumber : The Star dan Malaymail ]

33
8
RAHSIA IDEA, INOVASI & KEJAYAAN WALT
DISNEY (BAHAGIAN 1)

Walaupun bisnes Walt Disney adalah menjual


kegembiraan tetapi kejayaan pengasasnya
yang juga bernama Walt Disney tidak bermula
dengan kisah gembira dengan serta merta.

Pada tahun 1928, ketika beliau berusia hanya


26 tahun dan bekerja sebagai pakar animasi
kartun, beliau telah berjaya menghasilkan
karakter kartun yang menjadi popular pada
waktu itu, Oswald the Lucky Rabbit.

Urutan dari kejayaan karakter kartun tersebut,


beliau mengambil keputusan untuk pergi ke

34
bandar New York bagi membawa siri kartun
tersebut pergi lebih jauh dengan berkerjasama
dengan Universal Studio.

Namun beliau mendapati dirinya terperdaya


apabila Universal Studio secara licik
memperoleh hakcipta kartun tersebut
daripada beliau.

Apa yang lebih mengejutkan beliau, para


pekerja studio beliau yang bekerja bersamanya
untuk menghasilkan siri kartun tersebut turut
diambil alih oleh Universal Studio.

Dengan perasaan kecewa, beliau pulang ke


California dengan menaiki keretapi. Namun,
jauh di dalam jiwanya, beliau tidak mengalah
dan patah semangat.

Dalam perjalanan pulang tersebut, sambil


duduk Walt Disney melakar di atas sekeping
kertas tanpa sebarang idea yang jelas. Ketika
asyik membuat lakaran-lakaran tersebut, tiba-
tiba beliau terperasan lakaran tersebut
menyerupai bentuk seekor tikus.

35
Beliau terus memperbaiki lakaran tersebut dan
apabila tiba rumah beliau menunjukkan
lakaran tersebut isterinya Lilly, dan bertanya:

“Bagaimana jika ia dinamakan dengan nama


Mortimer Mouse?”. Isterinya mengerutkan
dahi dan menjawab, “Mortimer? Bagaimana
dengan nama Mickey?”

Bermula dari situ, Walt Disney tidak menoleh


ke belakang dan berusaha keras
membangunkan kartun Mickey Mouse yang
sehingga kini dikenali oleh setiap kanak-kanak.

Di dalam buku The Man Behind the Magic: The


Story of Walt Disney, isterinya mengatakan
Walt Disney tidak pernah sesekali
membenarkan pemikirannya dikuasai dengan
perasaan yang beliau telah diatasi oleh orang
lain.

Ketabahan yang beliau miliki membolehkan


beliau menghasilkan pencapaian yang terhebat
dalam industri animasi kartun. Sepanjang
kareernya selama lebih 4 dekad, studio
miliknya bukan sahaja telah berjaya
menetapkan standard atau piawai yang
menjadi ikutan pemain-pemain lain dalam
36
industri animasi kartun, malah memenangi 48
Academy Awards.

Karakter Walt Disney banyak dipengaruhi oleh


ibunya yang penyayang dan ayahnya yang kuat
bekerja. Sewaktu zaman kanak-kanaknya,
beliau akan mengambil setiap kesempatan
yang ada untuk melukis walaupun di atas tisu
tandas dan ibu bapanya menggalakkannya.

Di sekolah, apabila diberi peluang oleh


gurunya, beliau akan melukis di papan hitam
sambil bercerita.

Semasa Perang Dunia Pertama, Walt Disney


bekerja untuk salah satu unit di bawah Red
Cross Ambulance Corps di Perancis dan beliau
menajamkan lagi kemahiran melukisnya,
dengan menghias jaket rakan-rakannya
dengan lukisan pingat-pingat anugerah yang
palsu dan juga mewarnakan helmet perang
mereka.

Salah seorang ahli unitnya, Ray Kroc (pengasas


McDonald’s Corp) mengatakan Walt Disney
merupakan seorang yang pelik. Ini kerana
ketika rakan-rakannya yang lain pergi berhibur

37
di kelab-kelab malam pada waktu rehat, beliau
akan tinggal di kem dan melukis.

Kerajinannya berlatih melukis tanpa mengira


masa dan tempat membuahkan hasil apabila
pada usia 18 tahun, beliau telah mempunyai
keyakinan diri untuk menubuhkan studio
penerbitannya yang pertama pada tahun 1919
di bandar Kansas.

Walaupun studionya hanya mampu bertahan


selama setahun,akibat kekurangan ilmu dan
pengalaman, namun ianya telah menetapkan
hala tuju Walt Disney yang seterusnya.

Pada tahun 1920, beliau bekerja sebagai


animator untuk sebuah studio penerbitan
kartun. Sambil bekerja, beliau akan
memikirkan jalan untuk menambahbaik teknik
penghasilan kartun.

Untuk menguji idea-ideanya, Walt Disney akan


memujuk ketuanya untuk membenarkannya
meminjam kamera rakaman filem milik studio.
Beliau akan membawa pulang kamera tersebut
dan mengunakannya untuk menguji idea-idea
baru beliau dalam teknik rakaman kartun di
garaj rumah ayahnya.
38
9
RAHSIA IDEA, INOVASI & KEJAYAAN WALT
DISNEY (BAHAGIAN 2)

Tiga tahun selepas itu iaitu pada tahun 1923,


sekali lagi beliau memulakan studionya sendiri
yang diberi nama Disney Bros. Studio. Kali ini
Walt Disney menguruskan studionya bersama
abangnya, Roy.

Walt Disney mempunyai pendekatan yang


berlainan dalam menerbitkan siri-siri
kartunnya. Beliau akan menggunakan setiap
sumber yang ada untuk menghasilkan siri
kartun yang benar-benar berkualiti, dan
sempurna hingga adakalanya ia menyebabkan
studionya berada di ambang penutupan
kerana kekurangan modal.

39
Malah keuntungan yang dikumpul dari
penerbitan siri-siri kartunnya akan dilaburkan
kembali dalam studio untuk meningkatkan
kualiti kartunnya, dengan memasukkan suara
dan tidak lama kemudian menghasilkan kartun
yang berwarna.

Setelah menyaksikan siri-siri kartunnya


mendapat sambutan yang hangat dari
kalangan penonton, Walt Disney mula
merancang untuk pergi lebih jauh dengan
menghasilkan siri animasi kartun penuh, yang
mempunyai jalan cerita yang lebih panjang.

Namun ideanya tidak dipersetujui oleh


pengedar siri-siri kartunnya dan ahli
keluarganya. Pengedar tersebut berpendapat
Walt Disney perlu terus menghasilkan siri
kartunnya dengan formula yang sedia ada,
kerana ia terbukti berjaya dan
menguntungkan.

Ahli keluarganya pula bimbang jika


keuntungan yang diraih selama ini akan
bertukar menjadi kerugian jika ideanya gagal.

Namun Walt Disney langsung tidak


menghiraukan pandangan-pandangan negatif
40
tersebut malah dengan tegas beliau
mengatakan kepada mereka;

“Jika studio ini ingin meneruskan


penerbitannya maka kita perlu memastikan ia
pergi lebih jauh dari pencapaiannya sekarang.”

Dan pada tahun 1937, terhasillah siri animasi


Snow White and the Seven Dwarfts yang terus
mendapat sambutan yang hangat sebaik ianya
ditayangkan.

Menurut penulis buku bibliografi Walt Disney:


A Bio-Bibliography, animasi kartun tersebut
menjadi amat berjaya sehinggakan majoriti
penonton termasuk artis-artis terkenal pada
masa itu, yang menghadiri tayangan perdana
animasi tersebut mengalirkan air mata
sewaktu menontonnya.

Malah siri animasi Snow White tersebut terus


bertahan dan popular di seluruh dunia
sehingga tahun 2007.

Kejayaan yang dicapai ini menyerlahkan satu


lagi kualiti diri Walt Disney iaitu menganggap
setiap kritikan sebagai cabaran untuk
membuktikan kemampuan diri serta ideanya.
41
Dalam tahun 1934, terdapat kritikan yang
mengatakan para penonton tidak akan dapat
bertahan lama menonton siri animasi kartun
yang mempunyai jalan cerita yang panjang.

Bagi menjawab kritikan tersebut, beliau


mengumpulkan para pengkritik untuk
menerangkan plot siri animasi Snow White.
Dengan bantuan beberapa orang pelakon,
Walt Disney melakonkan sendiri setiap watak
di dalam siri animasi tersebut dengan penuh
penghayatan sehinggakan para pengkritik
tersebut yakin pada idea penerbitannya itu.

Mereka yang mengenali Walt Disney


mengatakan rahsia sebenar kejayaan beliau
terletak pada prinsipnya yang tidak
meletakkan keuntungan sebagai matlamat
utama dalam penghasilan siri-siri kartunnya.

Walt Disney percaya apabila kita menghasilkan


sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan
sebaik mungkin, pelanggan akan menyukainya
dan akhirnya keuntungan pasti akan terhasil
dengan sendirinya. Salah seorang pekerjanya
mengatakan;

42
“Beliau hanya mempunyai satu peraturan iaitu
apa sahaja yang kita lakukan, ianya perlu lebih
bagus daripada apa yang dihasilkan oleh orang
lain.”

Memandangkan Walt Disney tidak pernah


membenarkan dirinya berpuas hati dengan
kejayaan yang telah dicapai, beliau seterusnya
meletakkan visi untuk membuka sebuah taman
hiburan yang akan ‘menghidupkan’ setiap
watak dalam siri-siri kartunnya sebelum ini.

Walaupun digelar gila oleh pemilik taman-


taman hiburan yang lain pada masa itu, Walt
Disney tetap berpegang teguh pada kepada
kepercayaan bahawa idea taman hiburannya
itu akan berjaya mendapat sambutan dari
pengunjung.

Pada sekitar tahun 1950-an, untuk


merealisasikan visinya itu beliau mengumpul
modal dengan membuat pinjaman sebanyak
USD100,000.00 dengan mencagarkan
simpanan polisi insuran nyawanya, menjual
rumah percutiannya di Palm Spring, California
dan mengumpul hasil bayaran penerbitan siri

43
televisyen Disneyland di rangkaian televisyen
ABC.

Kesungguhan dan kepercayaannya itu


menyaksikan taman hiburan Disneyland bukan
sahaja dapat bertahan hingga sekarang malah
dibuka di Hong Kong, Paris dan Jepun.

Walaupun Walt Disney tidak hidup lama untuk


menyaksikan kejayaan studio dan taman
hiburannya, namun idea, inovasi dan
ketabahannya membolehkan sehingga kini
berjuta-juta orang menikmati kegembiraan
menerusi siri-siri kartun dan taman
hiburannya.

Tetapi bagi mereka yang mengenalinya, apa


yang membuat Walt Disney lebih diingati
adalah kerana komen beliau mengenai seorang
pekerjanya;

“Sekiranya beliau merasa tidak gembira


dengan keadaannya sekarang, maka beliau
tidak boleh bekerja di sini kerana kita menjual
kegembiraan.”

[ Sumber : majalahniaga.com ]

44
10
BAGAIMANA JM BARIANI BERTAHAN
HARUNGI EKONOMI MERUDUM

Jika diselak suratkhabar dan media sosial,


sekarang ada banyak program keusahawanan
yang dilancarkan oleh kerajaan, GLC dan
beberapa syarikat individu.

Semuanya dengan objektif untuk mengalakkan


lebih ramai orang kita berbisnes dan juga
sebagai alternatif kepada kekurangan
pekerjaan pada waktu ini.

Namun bagaimana pula dengan program


untuk mempersiapkan bisnes-bisnes sedia ada
45
dalam menguruskan strategi syarikat
menghadapi suasana ekonomi yang semakin
suram ?

Pelanggan semakin kurang berbelanja, kos


barang makin meningkat dan pada masa yang
sama gaji pekerja masih perlu dibayar dan
sewa masih perlu dilunaskan.

Hanya segelintir usahawan berkongsi


keperitan yang bisnes mereka sedang hadapi
sekarang.

Salah seorangnya adalah pemilik JM Bariani


House, Datuk Zulkarnain Mustapa.

Daripada 23 cawangan yang dibuka secara


francais, kini yang bertahan adalah sebanyak
15 cawangan.

Datuk Zulkarnain tidak malu mengakui


kesilapannya tidak membuat persiapan
menghadapi kelembapan ekonomi hari ini.

Memandangkan restorannya tergolong dalam


kategori restoran berharga mahal, jumlah
pelanggan semakin berkurangan kerana
sekarang ramai yang berjimat.
46
Pendapatan bisnesnya jatuh sebanyak 30
peratus, kos makin meningkat dan keuntungan
yang ada tidak cukup untuk menampal
kerugian yang berlaku.

Kenaikan harga minyak masak botol sahaja


menyebabkan mereka bertambah sebanyak
RM12,000 sebulan. Itu belum dicampur lagi
dengan kerugian akibat kos beras dan mentah
lain yang meningkat.

Secara purata JM Bariani kini perlu


menampung kenaikan kos sebanyak RM55,000
setiap bulan.

JM Bariani tidak boleh beralih menggunakan


bahan-bahan mentah yang murah kerana ia
akan menjejaskan kualiti dan rasa
makanannya. Contohnya, mereka
menggunakan madu premium menggantikan
gula untuk memberi rasa sedap pada
makanan.

Begitu juga dengan minyak masak.


Penggunaan minyak masak dalam peket akan
mengurangkan rasa kesedapan makanan.

47
Jika Datuk Zulkarnain sewenang-wenangnya
menggunakan bahan mentah murah,
pelanggan-pelanggan tetap sedia ada akan
komplen dan JM Bariani berisiko kehilangan
mereka.

Sebagai salah satu strategi mengekalkan bisnes


JM Bariani, beliau akan memperkenalkan
menu dengan harga murah untuk, sekitar
RM10.00 memberi pilihan pada pelanggan.

Jualan dari menu harga murah ini diharap akan


dapat menampung sebahagian dari penurunan
jualan menu harga mahal mereka.

Mereka juga telah memperkenalkan konsep


trak makanan bagi mereka yang berminat
membuka bisnes JM Bariani pada kos yang
lebih rendah berbanding membuka restoran
yang boleh menelan kos lebih dari RM100 ribu.

48
Pemilik food truck hanya perlu mengambil
makanan dari dapur berpusat JM Bariani di
Subang Jaya dalam jumlah yang mencukupi
dan bergerak ke lokasi-lokasi strategik untuk
berniaga.

Dan sebagai strategi jangka panjang, JM


Bariani sedang merancang untuk membuat
pelaburan untuk mempelbagaikan rangkaian
produk makanannya dengan memperkenalkan
produk makanan sejuk beku.

49
11
2 BERADIK INI BERJAYA RAIH RM20 JUTA
HANYA MELALUI KICKSTARTER

Pada usia 20-an, Matas Jakutis dan Daniellius


Jakutis merupakan dua adik beradik di
Lithuania yang berjaya mencipta rekod di
Kickstarter apabila projek penghasilan jam
tangan mewah mampu milik mereka (Filippo
Loreti) berjaya mendapat tempahan sekitar
RM5 juta dari 6 ribu orang pembeli.

Sasaran tempahan asal mereka hanyalah


RM80 ribu.

Dan mereka berjaya mencapainya walaupun


langsung tidak mempunyai sebarang

50
pengalaman dalam bidang penghasilan jam
tangan.

Syarikat mereka ditubuhkan pada tahun 2014


dengan matlamat untuk membolehkan
penggemar jam memiliki jam tangan yang
berkualiti tinggi setanding dengan jenama-
jenama terkenal pada harga yang jauh lebih
rendah.

Mereka berdua mendapat idea ini selepas


mendapati harga jam tangan mewah
permulaan (entry level) yang ada berharga
RM4,000 semasa mereka hendak membelinya.
Jam tangan mewah rekaan mereka dijual
antara harga RM1,200 hingga RM2,500 sahaja.

Setiap model hanya dihasilkan sebanyak 1641


unit dan dihasilkan dengan tangan (hand
made).

Selepas kejayaan projek Kickstarter pertama,


mereka memecahkan lagi rekod dengan
mendapat tempahan sebanyak kira-kira RM20
juta bagi koleksi kedua jam mereka.

Kedua adik beradik ini menggariskan 5 sebab


utama mereka berjaya mencapai kejayaan ini :
51
1. Berkomunikasi terus dengan pelanggan
untuk mengetahui produk yang bagaimana
yang pelanggan mahukan.

Dengan melancarkan projek jam tangan


mereka di Kickstarter, maklumbalas dan
pandangan pembeli dapat diperolehi sebelum
pengeluaran dimulakan.

Proses yang sama diulang untuk penghasilan


koleksi kedua dan hasilnya pembeli koleksi
pertama turut membelinya (pembelian
berulang).

2. Memberi fokus kepada sasaran yang telah


mereka tetapkan: membesarkan bisnes
dalam tempoh 18 bulan pertama.

100% fokus diberikan pada projek ini dan


mereka bekerja hampir 14 jam sehari untuk
menjayakannya. Cara kerja Elon Musk banyak
mempengaruhi mereka berdua.

Tidak seperti anak muda lain, Matas dan


Daniellius mengorbankan masa dari melakukan
aktiviti-aktiviti peribadi yang biasa dilakukan
oleh anak-anak muda seperti bersosial.

52
Apa sahaja aktiviti yang tidak menyumbang ke
arah pencapaian sasaran mereka akan
diabaikan. Mereka mengisi masa terluang
dengan membaca buku serta menonton video-
video berkaitan bisnes dan belajar dari mereka
yang sudah lama terlibat dalam industri jam
tangan.

3. Tidak menggunakan orang tengah.

Mereka mendapati harga jam tangan mewah


sedia ada di pasaran adalah 10 hingga 40 kali
dari kos sebenar untuk menghasilkan jam
tangan tersebut. Antara sebabnya adalah
kerana ia dijual melalui orang tengah seperi
pengedar dan peruncit.

Jadi Mattis dan Daniellius mengambil


keputusan menjual terus kepada pelanggan
secara online.

53
4. Mengawal sepenuhnya rangkaian
pembekalan (supply chain) bahan mentah
produk.

Sekali lagi, mereka mengelakkan orang tengah


dan membeli terus bahan-bahan untuk
menghasilkan jam tangan mereka terus dari
pengeluar. Dengan cara ini bukan sahaja kos
dapat diturunkan malah mereka sendiri boleh
memantau kualiti bahan-bahan tersebut.

5. Menggunakan hanya bahan-bahan yang


perlu yang praktikal.

Tidak seperti sesetengah pengeluar jam


mewah yang menggunakan bahan-bahan
seperti titanium dan batu berlian, Mattis dan
Daniellius memilih untuk menggunakan hanya
bahan-bahan berkualiti yang bersesuaian
untuk standard jam tangan mewah permulaan.

Ini membantu memastikan harga jam tangan


Filippo Loreti rendah dan mampu dimiliki.

[ Sumber : Forbes/WatchPro/Huffington Post ]

54
12
TRADISI UNIK KELUARGA BILIONAIR
DHOLAKIA

Keluarga Dholakia merupakan salah satu


keluarga terkaya di India dan empayar bisnes
berlian mereka dinilaikan sebanyak RM4 bilion.

Keluarga ini turut dikenali dengan sifat


pemurah dalam memberi perhargaan kepada
para pekerjanya pada setiap tahun. Pada tahun
lalu sahaja, sebanyak 400 rumah flat dan 1,260
kereta dihadiahkan kepada 1,700 pekerja yang
cemerlang.

55
Tetapi apa yang lebih menarik, keluarga ini
mempunyai satu tradisi yang diamalkan sejak
bertahun-tahun lalu. Setiap waris lelaki
keluarga ini diwajibkan untuk merasai sendiri
perit getir kehidupan rakyat biasa India selama
sebulan agar mereka mempunyai rasa rendah
diri.

Anak-anak lelaki mereka akan dihantar ke


mana-mana bandar atau pekan di India dan
selama sebulan mereka perlu mencari duit
bagi menampung perbelanjaan harian dengan
melakukan sebarang kerja yang dilakukan oleh
rakyat biasa yang miskin.

Setiap minggu mereka perlu melakukan kerja


yang berlainan. Hanya wang poket sebanyak
500 rupee (RM33) dibekalkan dan telefon
bimbit tidak dibenarkan untuk dibawa.

Tempat tinggal juga perlu dicari sendiri.

Sepanjang tempoh tersebut juga mereka perlu


menyamar dan dilarang menggunakan
kelayakan pendidikan, nama keluarga atau
kenalan untuk mencari kerja.

56
Salah seorang dari waris keluarga tersebut,
Dravya Dholakia, 21 tahun menceritakan
pengalamannya,

“Semasa saya pulang bercuti dari pengajian


MBA di US, saya terkejut apabila diberitahu
yang saya perlu melakukannya.

Saya dihantar ke bandar Kochi dan selama 5


hari saya tidak mendapat pekerjaan dan
tempat tinggal. Sebanyak 60 kali usaha saya
untuk mendapatkan kerja tidak berjaya.

Memang saya rasa amat kecewa tetapi


sekarang saya tahu bagaimana rasanya apabila
ditolak dan betapa bernilainya sebuah
pekerjaan itu.

Selama sebulan saya bekerja di kedai bakeri,


pusat panggilan, kedai kasut dan McDonald
dengan menyamar sebagai anak petani yang
miskin dari Gujerat. Sebanyak 4,000 rupee
saya perolehi sepanjang tempoh tersebut.

Sebelum ini saya tidak pernah perlu risaukan


tentang duit. Tetapi di sini, hidup untuk
mendapatkan sesuap nasi sehari yang
berharga 40 rupee pun amat sukar. Dan itu
57
belum lagi dikira tempat tinggal yang perlu
saya bayar 250 rupee sehari.”

58
13
DUA USAHAWAN MULAKAN BISNES TANPA
BERHUTANG

Mulakan bisnes dengan apa yang ada di


tangan.

Di Ranau, Sabah seorang anak muda berumur


27 tahun, Jubair Juhinin, menjadikan hobi
memelihara arnabnya sebagai bisnes.

Dengan modal kurang dari RM5,000 dan tanah


seluas 0.2 hektar dengan kemudahan yang
sangat asas, beliau membuka ‘Arnab Village’
yang mempunyai 400 ekor arnab dari 8 jenis
spesis, kebanyakkannya dari luar negara.

59
Harga tiket yang dikenakan adalah antara
RM3.00 hingga RM10.00.

Pada tahun pertama beroperasi (2016), bisnes


Jubair mencatat jualan tiket sebanyak
RM300,000.00 dan ia dijadikan modal untuk
menaiktaraf kemudahan dengan menambah
tandas, meluaskan taman dan kandang arnab
dan membina kedai cenderahati.

Pada tahun 2017 ini, Jubair menyasarkan


bisnesnya untuk menjana pendapatan
sebanyak RM500,000.00 dan ia akan
digunakan untuk membina restoran serta
kedai aksesori pemeliharaan arnab.

Di Klang pula, seorang seorang surirumah,


Zubaidah Abdullah, menjual kereta Honda
CRVnya untuk dijadikan modal bagi
memulakan bisnes taman air mini untuk
kanak-kanak di tanah milik beliau.

60
Hasil jualan kereta sebanyak RM18,000 itu
digunakan untuk membeli satu set ‘Supa Dupa
Inflatable Pool Slide’ dari China yang turut
disewakan kepada penganjur-penganjur acara
di luar.

Bisnesnya berjaya balik modal hanya dalam


masa seminggu beroperasi.

Modal yang sama kemudiannya digunakan


untuk membeli satu set lagi ‘Supa Dupa’ dan
sekarang taman air mini air beliau mempunyai
sebanyak 11 jenis permainan.

[ Sumber : HMetro / MalayMail ]

61
14
KRITIKAN BAPA DORONG BUKA 15
CAWANGAN RESTORAN

Adakalanya, dalam usaha kita untuk mencapai


impian, pengkritik terbesar kita datang dari
kalangan mereka yang terdekat.

Bagi pengasas rangkaian Restoran D’Tandoor,


Datuk Abdul Malik, bapa beliau merupakan
pengkritik utamanya.

Pada masa remajanya, Datuk Abdul Malik,


pernah bekerja di restoran untuk membantu
keluarganya yang miskin. Selepas 6 bulan
bekerja, beliau berjaya menggandakan jualan
restoran tersebut.

62
Ini mendorongnya untuk membuka restoran
sendiri bersama dua rakannya. Tetapi ayahnya
menganggap ideanya itu tidak masuk akal. Ini
kerana tiada siapa dalam keluarga mereka
pernah berniaga sebelum ini.

Walaupun niatnya itu menyebabkan


pertengkaran dalam keluarga, beliau tetap
berdegil dan meninggalkan Pulau Pinang pada
usia 20 tahun untuk mencapai impiannya.

Bisnes restoran pertamanya, Restoran Shikara


dibuka pada tahun 1985 dan tidak sampai
setahun ia terpaksa ditutup akibat masalah
dengan rakan kongsi beliau.

Datuk Abdul Malik dibebani hutang yang


banyak dan tidak cukup dengan itu, ayahnya
turut mengkritiknya kerana tidak mendengar
kata sebelum ini.

Tidak lama selepas itu beliau berkahwin dan


berpindah ke Sydney, Australia bagi bekerja
dan mengumpul wang untuk membayar
hutang-hutangnya. Datuk Abdul Malik turut
menimba pengalaman dalam industri F&B di
sana dan mencari idea-idea baru.

63
Sepanjang tempoh yang sukar dan penuh
tekanan itu, Datuk Abdul Malik bersyukur
kerana ditemani oleh seorang isteri yang
sanggup bersama bekerja keras dengannya
dan sentiasa memberi galakan serta semangat.

Beliau berjaya membayar kesemua hutangnya


pada tahun 1990 dan pulang ke Malaysia pada
tahun 1993 untuk membuka restoran
D’Tandoor yang pertama di Petaling Jaya.

Selepas 21 tahun, beliau berjaya membuka 15


cawangan termasuk di Australia, New Zealand,
Arab Saudi dan Kemboja.

Dan dari sepanjang tempoh tersebut, Datuk


Abdul Malik dapat menyimpulkan 3 sebab
utama mengapa bisnes restoran boleh gagal :

1. Mengambil jalan mudah dengan mengambil


sesiapa sahaja untuk mengurusnya. Bisnes
restoran bukannya mudah dan amat penting
untuk mendapatkan pekerja yang mahir untuk
mengurusnya.

2. Tidak mempunyai nyalarasa atau passion


dalam bidang makanan dan membuka

64
restoran dengan niat untuk membuat untung
besar dengan cepat.

3. Tidak memahami 5 faktor penting yang


perlu ada dalam memastikan sesuatu restoran
itu mendapat sambutan : lokasi, makanan,
harga, suasana dalam restoran dan servis.

[ Sumber : The Star ]

65
15
KAFE KOPI MODAL USD15 RIBU JADI BISNES
USD500 JUTA

15 tahun lalu, James Freeman memulakan


bisnes memproses dan menjual serbuk kopi
dari bangsal kecil di Oakland. Kopi yang
dipesan oleh pelanggan akan dihantar ke
rumah menggunakan kereta wagon Peugeot
miliknya.

Freeman memastikan setiap pelanggan


menerima kopi tersebut dalam tempoh 48 jam
selepas ia ditempah bagi memastikan mereka
dapat menikmati rasa kopi segar.

Selain itu, Freeman turut menjual kopinya di


pasar tani.

66
Bisnesnya itu dimulakan dengan modal
sebanyak USD15,000.00 yang diperolehi
sebagai pampasan dari syarikatnya apabila
syarikat tersebut ditutup.

Sehingga tahun 2008, Freeman menggunakan


wangnya sendiri serta kredit kad untuk
memastikan bisnesnya mampu bertahan.
Sepanjang tempoh ini, beliau berjimat sehabis
mungkin sehinggakan penyeduk kopinya
dibuat sendiri dari bekas jag susu.

Malah, semua pekerjaan dilakukan sendiri.

Selepas 8 tahun beroperasi bermula secara


kecil-kecilan, beliau mendapatkan sedikit
modal dari pelabur kecil untuk membuka kafe
kopi premium hipsternya yang pertama dan
diberi nama Blue Bottle Coffee.

Untuk mempromosi kafe kopinya, Freeman


melakukan pemasaran dari mulut ke mulut
dan juga mendapatkan khidmat seorang
wartawan makanan untuk menulis artikel
mengenai kafenya.

Artikel tersebut disiarkan di akhbar The New


York Times pada hari pertama ia dibuka.
67
Hanya selepas tahun 2012, beliau menerima
suntikan pelaburan sebanyak USD120 juta dari
pelabur. Dalam tempoh hanya 5 tahun
berikutnya, kafe Blue Bottle Coffee
berkembang kepada 40 cawangan yang
terletak di San Franscisco, Los Angeles, New
York, Washington DC dan Tokyo.

Menjelang akhir tahun 2017, 25 lagi kafe akan


dibuka dan Freeman menyasarkan
peningkatan jualan sebanyak 70%.

Sesuai dengan identitinya sebagai kafe kopi


premium, Freeman bukan sahaja
menggunakan serbuk kopi yang terbaik, malah
peralatan membancuh kopinya diimport dari
68
Jepun. Setiap pembancuh kopi atau barista di
Blue Bottle Coffee pula bukan sahaja diberi
latihan, malah Freeman memastikan
baristanya gembira kerana beliau percaya
barista yang gembira akan menghasilkan kopi
yang lebih baik.

Di Jepun, selepas 4 bulan dibuka pada tahun


2015, pelanggan masih sanggup menunggu 4
jam untuk mencuba kopi Blue Bottle Coffee.

Untuk membezakan Blue Bottle Coffee dengan


kafe kopi premium lain seperti Starbucks dan
Gloria Jean’s Coffee, Freeman bukan sahaja
mementingkan rasa air kopinya dan proses
membancuh kopi tersebut.

Pengalaman yang dirasai oleh pelanggan


sebaik sahaja masuk ke kafenya turut
dititikberatkan.

Pelanggan yang masuk ke Blue Bottle Coffee


akan merasai suasana yang sama seperti di
dalam kedai Apple dengan rekaannya dalaman
yang minimalis, moden dan luas.

Untuk mencapai tujuan ini, Freeman menggaji


seorang bekas pekerja Apple.
69
Setiap butiran kecil berkaitan susun atur kafe
tersebut diberi perhatian seperti berapa jauh
pelanggan dari barista apabila mereka masuk
dan adakah pelanggan selesa dengan
pemegang pintu kafe apabila memegangnya.

Penggunaan perabot, hiasan dan peralatan


diminimumkan sebanyak mungkin bagi
mengurangkan gangguan visual kepada
pelanggan. Dengan ini, sebaik pelanggan
melangkah masuk, mereka tahu yang mereka
akan merasa gembira, akan dilayan dengan
baik dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

70
Selain kafe, kini Blue Coffee turut menjual
produk serbuk kopinya dalam talian dan
menghasilkan air kotak kopinya sendiri.

Pada bulan September 2017, Nestle membeli


68% pegangan saham Blue Bottle Coffee yang
dimiliki oleh pelabur-pelabur awal pada harga
USD500 juta. Baki 32% lagi akan dipegang oleh
Freeman dan pekerja-pekerja Blue Coffee
Bean.

71
16
LELAKI INI TUKAR MINAT MEMANDU JADI
EMPAYAR BAS PELANCONGAN

25 tahun lalu di Jepun, seorang anak muda


berusia 26 tahun terpaksa dimasukkan ke
hospital selama sebulan akibat keletihan
melampau gara-gara bekerja siang dan malam
tanpa rehat sebagai penghantar barang.

Namanya Kimi Takura. 8 tahun sebelum itu


beliau terpaksa berhenti sekolah kerana bisnes
ayahnya bankrap dan tidak mampu untuk
menanggung persekolahannya lagi.

72
Selepas keluar dari hospital, beliau terus
mengambil keputusan untuk berhenti kerja
dan mengambil keputusan untuk menjalankan
bisnes bas pelancongan.

Ini kerana beliau minat memandu. Dan


seseorang memberitahu Takura, beliau patut
membuat duit dengan minatnya itu .

Bagi mendapatkan modal, beliau menjual satu-


satunya harta yang beliau beli hasil kerja
kerasnya sebagai penghantar barang, iaitu
kereta Jaguarnya. Di Jepun kereta Jaguar dijual
tanpa cukai dan harganya ketika itu hanya
sekitar USD26,000.00.

Dari hasil jualan kereta Jaguarnya, Takura


membeli sebuah bas. Dan dalam tempoh
setahun berikutnya, hampir setiap hari beliau
memandu bas membawa pelancong Taiwan
dari Tokyo ke Osaka dan Kyoto. Bisnes ini
dijalankannya bersendirian tanpa pekerja atau
rakan niaga. Dialah bos dan dialah kuli.

Selepas setahun beroperasi, Takura mula


memikirkan untuk menambah basnya kerana
tidak dapat memenuhi permintaan yang
semakin banyak. Tetapi beliau tidak
73
mempunyai modal. Tambahan lagi, ekonomi
Jepun sedang meleset ketika itu dan ini
menyukarkannya untuk mendapat sebarang
pinjaman.

Takura kemudiannya membuat keputusan


untuk bertemu dan berbincang dengan
seorang pemilik sebuah syarikat pelancongan
di Taiwan yang juga merupakan salah seorang
pelanggan utamanya. Sebelum itu beliau
terpaksa menolak tempahan dari pemilik
syarikat pelancongan tersebut.

Beberapa hari selepas itu, sebelum pulang ke


Jepun, mereka berjumpa sekali lagi dan
pemilik syarikat pelancongan itu terus
memberikan satu beg kertas yang
mengandungi wang sebanyak UDS180,000.00
74
dan memberitahu Takura untuk
menggunakannya bagi membeli bas lagi.

Dengan modal tersebut, Takura menambah


tiga buah lagi bas.

Selepas 25 tahun, syarikat Takura, Hensei


Entreprise Inc. kini menjadi sebuah empayar
bas pelancongan di Jepun dengan memiliki 400
bas pelancongan serta bas sekolah dan
membawa pelancong ke serata Jepun.

60% tempahannya datang dari tempahan


dalam talian dan dari 1996 hingga sekarang,
Hensei Entreprise berterusan mencatat
keuntungan dan mempunyai 800 orang
pekerja.

Selain dari bas pelancongan, Takura kini turut


menceburi bisnes rumah rehat di Tokyo dan
Osaka bagi mengambil peluang dari
peningkatan jumalah pelancong yang datang
ke Jepun. Terdapat 5 buat rumah rehat dan
kesemuanya beroperasi berdekatan stesen bas
bagi memudahkan pelanggannya datang.

75
17
ANAK MUDA INI KERJA 20 JAM SEHARI
UNTUK BINA BISNES

Elijah Yang merupakan anak muda Singapura


yang semasa remajanya mempunyai rasa ingin
tahu yang tinggi tentang bagaimana sesuatu
alat itu berfungsi.

Masanya banyak dihabiskan untuk meleraikan


dan memasang kembali peralatan yang beliau
ingin tahu dan menghasilkan sesuatu unik
dengan menggabungkan peralatan-peralatan
yang lain.

Pada masa yang sama beliau minat


menghasilkan muzik.
76
Minatnya ini akhirnya mendorong beliau untuk
mengambil risiko menjalankan bisnes
membuat panel akustik (panel penyerap
bunyi), bisnes yang agak pelik untuk dimulakan
oleh mana-mana anak muda kini.

Ketika itu tahun 2013 dan Elijah baru berusia


25 tahun. Syarikatnya dinamakan Aural Aid
dan beroperasi dari pejabat kecil berkeluasan
100 kaki persegi dengan sewa SD500 sebulan.

Elijah Yang tidak mempunyai sebarang ilmu


atau pengalaman bisnes, tetapi apa yang
beliau tahu beliau perlu melakukan segala-
galanya seorang diri untuk menjimatkan kos.
Ini termasuklah belajar membuat laman web
dan belajar skil pertukangan untuk membuat
panel akoustik.

Elijah mengambil masa mempelajari semua itu


selama 6 bulan dan dalam tempoh itu juga
beliau sentiasa bimbang jika produknya tiada
permintaan.

Tetapi pada bulan pertama Elijah memasarkan


sample produknya, sebanyak 50 tempahan
berjaya diterima dan memandangkan beliau
bekerja seorang diri, Elijah bekerja 7 hari
77
seminggu, 20 jam sehari selama sebulan untuk
menyiapkan tempahan.

Untuk menjimatkan masa daripada berulang


alik dari rumah ke pejabat, beliau tidur di
dalam stor tempat di mana beliau bekerja,
yang dialas hanya dengan plastik ‘bubble
wrap’. Elijah turut menambah lagi modal
sebanyak UD4,500 untuk membeli bahan
mentah dan peralatan bagi menyiapkan
tempahan tersebut.

Walaupun letih dan agak tertekan, Elijah lega


kerana jualan pada bulan pertamanya
membolehkan syarikatnya ‘break-even’ dan
bagi beliau ini adalah validasi yang produk
bisnesnya ada permintaan.

Pada usia 29 tahun, kini syarikat Elijah


mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan
dan komersil termasuk panggung wayang,
sekolah, hospital, pejabat dan rumah
persendirian. Antara pelanggan premiumnya
adalah Apple, Airbnb, Paypal, Dyson dan
Google yang mempunyai pejabat di Singapura.

Jualan tahunan syarikatnya pula mencecah


RM3.5 juta
78
Walaupun telah berjaya dan membeli pejabat
2 tingkat yang besar dan lengkap, Elijah masih
mengekalkan cara pengurusan seperti ‘lean
start-up’. Beliau amat berhati-hari dalam
perbelanjaan syarikat dan mengekalkan jumlah
pekerja yang kecil iaitu antara 4 hingga 10
orang sahaja, bergantung kepada jumlah
tempahan yang diterima.

Pekerja yang diambil pula perlu melalui tapisan


ketat, sesi temuduga dan kursus induksi
selama 2 minggu bagi memastikan mereka
yang benar-benar layak sahaja diambil.

Pejabat syarikat Aural Aid direkabentuk agar


sesuai dengan gaya bekerja generasi muda.

Selain hiasan dalaman yang berciri moden dan


hipster, ia dilengkapi dengan tempat tidur
berkonsep kapsul, tab mandi, pancuran air
‘rainforest’, bengkel pertukangan, mesin
pencetak 3D dan mesin CNC.

79
Ketika ditanya mengapa produknya digemari
berbanding pengeluar lain, Elijah memberi 2
sebab utama :

1. Produknya dihasilkan menggunakan


teknologi moden seperti percetakan 3D, ‘CNC
milling’ dan rekaan menggunakan perisian
komputer khas yang dipanggil ‘parametrik
modelling’. Pesaing-pesaingnya yang telah 20
tahun wujud masih menggunakan cara lama.

2. Mengoptimumkan penggunaan SEO (Search


Engine Optimision) agar pelanggan mendapat
maklumat mengenai perkhidmatan Aural Aid
terlebih dahulu apabila melakukan carian.

[ Sumber : Vulcan Post ]

80
18
USAHAWAN MUDA BINA BISNES RM75 JUTA
DALAM MASA 4 TAHUN

Sebelum mengasaskan restoran Boat Noddle,


Tony Lim menjalankan bisnes bengkel kereta.
Dia mula berbisnes sebaik sahaja menamatkan
pengajian di dalam bidang kejuruteraan.

Tony mendapat sokongan kedua ibubapanya


yang turut menjalankan bisnes pengangkutan.
Ibubapanya memberikan modal tetapi dengan
syarat, sekiranya bisnes bengkel tersebut tidak
berjaya dalam tempoh 2 tahun, Tony perlu
bekerja menguruskan bisnes keluarganya itu.

Bisnesnya gagal.

81
Puncanya kerana Tony lebih berfikir lebih
kepada seorang jurutera, bukannya seorang
ahli perniagaan sepertimana yang sepatutnya.
Malah, aliran tunai bisnes tidak diurus dengan
baik oleh beliau.

Selepas beberapa tahun menguruskan bisnes


keluarganya, Tony berhijrah ke Kemboja
membantu adiknya membangunkan bisnes
Chatime sebagai ‘master franchiser’ di sana. Di
sinilah beliau mendapat ilham untuk
memulakan bisnes F&B sendiri kerana beliau
banyak belajar cara membangunkan bisnes
tersebut.

Idea awal isterinya untuk membuka restoran


makanan Thai dengan menu yang
komprehensif ditolak kerana ia sukar untuk
dikembangkan nanti kerana terlalu rumit.

Kerana itu Tony memilih untuk membawa


konsep ‘boat noddle’ dari Thailand yang
ringkas serta mudah untuk disediakan dan
lebih praktikal untuk dikembangkan dengan
cara francais atau perlesenan.

82
Bagi memastikan keaslian menu yang
dihasilkan, Tony membayar RM5,000 hingga
RM8,000 untuk dapatkan menu-menu dari
pemilik-pemilik gerai di Thailand. Beliau turut
membuat perubahan dengan
mempermudahkan lagi cara penyediaan
menu-menu tersebut.

Tony membuka restoran pertama Boat Noddle


di Empire Damansara dengan modal
RM160,000.00.

Pada peringkat awal, beliau turut ‘turun


padang’ melakukan hampir semua kerja
termasuk menjadi krew di restoran. Menurut
Tony, beliau banyak melakukan pada waktu itu
kerana tiada siapa yang membimbingnya.
Antaranya, restoran pertamanya tidak
mempunyai sistem saliran air yang betul,
83
akibatnya ia menyukarkan kerja-kerja
pembersihan. Malah, beliau tidak terfikir untuk
mendapatkan hakcipta untuk logo dan nama
restorannya.

Di sebalik semua itu, pengalaman, ilmu dan


usaha kerasnya menyaksikan 9 cawangan Boat
Noddle berjaya dibuka hanya dalam tempoh
setahun pertama beroperasi.

Dalam tempoh 3 tahun berikutnya, Tony bukan


sahaja menambah cawangan Boat Noddle
kepada 26 buah termasuk di Brunei dan
Jakarta. Malah, beliau turut membuka 17 kiosk
Chill Chill yang menjual variasi minuman teh
susu Thai (minuman popular di Boat Noddle)
dan 4 kiosk C&C yang menjual minuman kopi
dan biskut cookies.

Minuman teh susu Thai yang dijual Chill Chill


adalah menu minuman yang asalnya dijual di
Boat Noddle. Memandangkan minuman itu
popular di kalangan pelanggan, Tony melihat
peluang untuk menjadikannya satu produk
berasingan dengan jenama sendiri.

Biskut cookies di C&C pula dijual dengan


konsep baru di mana pembeli boleh
84
mencampurkan pelbagai jenis biskut di dalam
pembungkus yang mempunyai saiz standard
pada harga tetap.

Ketiga-tiga jenama tersebut yang dibangunkan


sendiri dari bawah diuruskan di bawah
syarikatnya, Utara 5 Food & Beverage dengan
660 orang pekerja.

Pertumbuhan syarikatnya berjaya menarik


sebuah syarikat F&B Jepun untuk melabur
sebanyak RM30 juta dengan 40% pemilikan
saham pada tahun lalu. Ini menjadikan
syarikatnya bernilai sebanyak RM75 juta.

Untuk tahun 2017 ini, Tony, yang berusia 38


tahun, menyasarkan pendapatan syarikat
sebanyak RM76 juta.

Sebagai langkah untuk mengembangkan


bisnesnya, Tony merancang untuk menambah
lagi cawangan restoran dan kiosknya,
menambah satu lagi jenama F&B dan
menyenaraikan syarikatnya di bursa saham
pada tahun 2019.

Dan beliau berhasrat agar kesemua pekerjanya


yang turut bekerja keras membangunkan
85
bisnesnya nanti akan dapat turut memiliki
sebahagian dari pemilikan saham tersebut.

[ Sumber :The Star ]

86
19
KEMARAHAN LELAKI INI UBAH INDUSTRI
SUSHI JEPUN

40 tahun lalu, kemarahan seorang lelaki diikuti


dengan tindakan nekadnya telah berjaya
‘mengubah’ Jepun.

Pada tahun 1977, kerajaan Jepun


melaksanakan polisi pengawalan pengeluaran
padi untuk mengelakkan lebihan permintaan.
Petani-petani dibayar untuk tidak
mengusahakan bendang sawah.

Tetapi polisi ini menyebabkan seorang pemilik


kilang membalut gula-gula, Kisaku Suzuki,
marah.

87
Bagi Kisaku, kerajaan sepatutnya
bertanggungjawab mencari jalan bagi
meningkatkan permintaan penggunaan beras
kerana beras adalah makanan ruji rakyat Jepun
dan antara sumber pendapatan mereka yang
tinggal di luar bandar.

Kisaku ‘meluahkan’ kemarahan dengan


memikirkan idea bagaimana untuk
menghasilkan mesin membuat sushi dengan
menggunakan kemahirannya menghasilkan
mesin pembalut gula-gula.

Pada waktu itu, sushi adalah makanan yang


hanya dihidangkan pada majlis-majlis tertentu
dan dijual di restoran-restoran mewah. Ia
dihasilkan dengan tangan hanya oleh chef-chef
yang terlatih. Orang biasa tiada peluang untuk
merasainya kerana harganya yang sangat
mahal.

Bagi Kisaku, jika beliau dapat membuat mesin


yang dapat menghasilkan sushi dengan banyak
dan murah, maka semua rakyat Jepun dapat
menikmati sushi. Secara tidak langsung tidak
akan wujud lebihan permintaan beras kerana
sushi diperbuat dari beras.

88
Seperti biasa, setiap idea baru yang akan
mengubah sesuatu kebiasaan dalam
masyarakat akan mendapat tentangan.

Chef-chef sushi pada waktu sepakat menolak


usaha Kisaku. Bagi mereka menghasilkan sushi
adalah satu seni yang halus dan setiap chef
perlu melalui latihan selama 10 tahun untuk
mendapat kemahiran yang sempurna.

Dan kerana itu, mereka berpendapat tiada


mesin yang akan mampu menyamai kemahiran
chef-chef sushi yang ada.

Tapi Kisaku tidak mengendahkannya dan


percaya kepada keberkesanan ideanya. Beliau
menghasilkan mesin prototaip pertama dan
meminta pendapat chef-chef sushi tentang
mesin tersebut. Tapi maklumbalas yang
diterima semuanya negatif. Chef-chef sushi
mengatakan mesin itu sangat teruk.

Selama 3 tahun keadaan itu berlarutan dan


dalam tempoh itu banyak mesin prototaip
yang dihasilkan tidak menepati tahap piawai
chef-chef sushi yang tinggi. Syarikat Kisaku
hampir-hampir kehabisan wang untuk terus
menghasilkan mesin prototaip yang sempurna.
89
Pada saat itu Kisaku dan pasukannya mula
terfikir untuk berhenti berusaha dan
mengalah. Tetapi semangat dan iltizam
mereka membuatkan usaha ini diteruskan dan
2 tahun selepas itu barulah mesin prototaip
Kisaku diiktiraf oleh chef-chef sushi.

5 tahun yang dihabiskan hanya untuk


menghasilkan satu mesin prototaip sushi yang
sempurna itu membuahkan hasil yang sangat
berbaloi.

Selepas 4 dekad, kini lebih 70 ribu pelanggan


(restoran sushi dan kilang) di seluruh dunia
menggunakan mesin sushi keluaran syarikat
Kisaku, Suzomo Machinery Co.

90
Mesinnya menguasai 70% pasaran mesin sushi
di restoran.

Terdapat 28 jenis mesin sushi yang boleh


dipilih pelanggan.

Idea serta tindakan Kisaku ini juga telah


mewujudkan industri baru yang kini bernilai
USD6 billion di Jepun.

Tapi apa yang lebih penting lagi, sushi telah


dapat dinikmati oleh semua orang bukan
sahaja di Jepun, malah di seluruh dunia.

[ Sumber : The Edge ]

91
20
BISNES RM53 JUTA YANG BERMULA DENGAN
SEBUAH VAN TERPAKAI

Jika anda adalah peminat makanan ringan atau


ada anak yang suka makan makanan ringan,
jenama Miaow Miaow dengan logo muka
kucing tersenyum mungkin biasa anda lihat.

Walaupun jenama Miaow Miaow telah


dieksport ke lebih 40 buah negara dengan 7
juta peket pengeluaran setiap bulan, ia tidak
terus bermula dengan sebuah kilang
pengeluaran.

Bisnes keluarga yang diasaskan oleh Chink Poh


Cheng ini bermula hanya dengan sebuah van
terpakai di Batu Pahat, Johor, 42 tahun lalu.
Mereka bermula dengan bisnes trading,
92
menjual apa sahaja barangan keperluan yang
mereka boleh dapat termasuk ubat gigi dan
sabun.

Mereka hanya mula berniaga makanan ringan


apabila didapati ia lebih mudah untuk dijual
dan bekalannya mudah diperolehi.

Setelah beberapa tahun membina nama


sebagai pembekal makanan ringan, keluarga
Chink mula merancang untuk mengeluarkan
makanan ringan sendiri. Memandangkan
mereka tiada modal untuk membina kilang
sendiri dan juga tiada kepakaran teknikal
untuk melakukannya, keluarga Chink
memutuskan untuk mendapatkan kidmat
kilang lain bagi menghasilkan makanan ringan
mereka terlebih dahulu.

Hanya pada akhir tahun 1989, mereka benar-


benar bersedia untuk melakukannya sendiri
setelah skala pengeluaran yang ditetapkan
berjaya dicapai.

Chink memanggil kesemua ahli keluarga untuk


membincangkan perkara tersebut dan di
antara perkara yang dibincangkan adalah
jenama makanan ringan tersebut. Sebelum itu
93
makanan ringan mereka tidak berjenama
kerana tidak seperti zaman sekarang, pada
waktu itu kebanyakan produk keluaran sendiri
tidak mempunyai jenama kerana dilihat
sebagai tidak penting.

Chink menetapkan jenama produk mereka


perlu mengandungi perkataan berulang. Dan
jenama Miaow Miaow dipilih apabila tiba-tiba
salah seorang anak saudaranya memanggil
seekor kucing yang sedang melintas di
hadapannya. Tambahan lagi di dalam bahasa
Cina, Miaow bermaksud cemerlang.

Pada tahun 1999 atau 10 tahun selepas kilang


mereka beroperasi, barulah keluarga Chink
mengembangkan bisnes dengan mula
mengeksportnya ke luar negara. 60%
pendapatan bisnes mereka kini datang dari
jualan eksport dan antara negara utama
eksport produk Miaow Miaow adalah Arab
Saudi.

Menurut Chink, sepanjang bisnes keluarganya


beroperasi, ia tidak pernah menghadapi
sebarang masalah kewangan. Dengan dibantu
oleh abangnya yang pernah bekerja sebagai

94
pengurus kilang di syarikat Lee Rubber,
kewangan syarikat diurus dengan cara
konservatif atau ‘kedekut’ dalam bahasa biasa.
Setiap perbelanjaan dipantau dengan begitu
teliti dan pengurusan aliran tunai amat
dititikberatkan.

Hanya baru-baru ini, bisnes keluarga Chink ini


membuat pelaburan besar sebanyak RM1.6
juta bagi tujuan penjenamaan semula bagi
memposisikan produk keluaran mereka agar
setanding dengan jenama-jenama lain dari segi
pembungkusan dan kualiti makanan.

Kebanyakan ahli keluarga masih bekerja di


dalam bisnes ini dan dari segi jualan, tahun ini
ia mencecah RM53 juta (tahun kewangan
berakhir pada akhir Jun 2017).

[ Sumber : The Star / Vulcan Post ]

95
21
BAGAIMANA ANAK MUDA INI TRASFORMASI
BISNES KELUARGANYA 360 DARJAH

Kebanyakan bisnes milik bangsa Cina di


Malaysia sudah masuk ke generasi ketiga iaitu
generasi muda berusia 25 hingga 35 tahun.

Ada yang meneruskan bisnes keluarganya dan


membesarkannya lagi. Ada yang tidak
berminat dan bisnes itu terpaksa dijual atau
ditutup. Dan ada juga meneruskan tapi
akhirnya melingkupkan bisnes tersebut.

Bagi Ee Soon Wei, 37 tahun, cabaran yang


dihadapinya sedikit berbeza.

96
4 tahun lalu, beliau diamanahkan untuk
mengambil alih pengurusan bisnes pencetakan
keluarganya, Art Printing Works (APW), yang
dimulakan datuknya sejak tahun 1938.

Pada tahun 1980an dan 1990an, bisnes


keluarganya dikira sangat berjaya dengan
mencatat jualan tahunan hampir RM25 juta,
majoriti datang kontrak pencetakan buku teks.
Selepas kontrak itu tidak diperolehi lagi,
jualannya menurun demi sedikit.

Ketika Ee mengambilalih, jualan tahunannya


telah menurun ke RM12 juta setahun dengan
separuh darinya dalam bentuk hutang lapuk
yang tidak dibayar oleh rakan-rakan lama
keluarganya.

Memandangkan industri pencetakan Malaysia


semakin perlahan dan banyak kilang
pencetakan yang sudah ditutup kerana
kekurangan kerja, Ee melihat APW tidak boleh
dikembangkan lagi. Beliau merancang untuk
mengubah fokus bisnes keluarganya itu.

Tapi cadangannya tidak dipersetujui oleh ahli


keluarga lain yang lebih tua. Mereka masih

97
mempunyai rasa sentimetal terhadap bisnes
yang telah dibina semenjak sekian lama.

Ee sendiri berasa serba salah kerana


keluarganya membesar dengan kisah
kehebatan bisnes pencetakan tersebut selama
ini dan namanya akan tercatat di dalam buku
sejarah sebagai ahli keluarga yang
‘membunuh’ bisnes itu jika rancangannya
diteruskan.

Tapi Ee tidak mempunyai pilihan lain dan


meneruskan rancangannya. Langkah pertama
yang diambil adalah dengan memastikan
dirinya dilantik sebagai CEO dan beliau sendiri
turun berjumpa rakan-rakan lama keluarganya
seorang demi seorang untuk mengutip hutang
lapuk tersebut.

Separuh dari hutang lapuk berjaya dikutip dan


sebahagian besar mesin pula dijual. Operasi
pencetakan dikecilkan.

Hasilnya kilang pencetakan keluarganya di


Bangsar mempunyai ruang kosong yang luas.
Duit hasil kutipan hutang lapuk disimpan bagi
memulakan bisnes baru.

98
Bagi mendapatkan idea bisnes baru yang
hendak dimulakan, Ee mengembara ke luar
negara dan mendapati di Eropah, banyak
bangunan-bangunan lama yang diberi nafas
baru dengan diubah kegunaannya.

Dari sini, Ee mendapat idea untuk


menggunakan kawasan luas di kilang APW bagi
bisnes penyewaan ruang untuk penganjuran
sebarang acara.

Keseluruhan kawasan kilang dinaiktaraf


sepenuhnya dari segi luaran dan dalaman,
termasuk mewujudkan lanskap yang menarik.

Bagi meningkatkan imej ruang penyewaannya


yang terletak di kawasan industri, Ee pergi ke
Singapura untuk mendapatkan penyewa dari
kalangan pemain industri runcit F&B. Penyewa
99
pertama dari Singapura adalah kafe kopi butik
Pulp. Ini diikuti oleh kafe Breakfast Thieves dari
Australia, Agak-agak, Kaiju, Case Study dan
Proof.

Rekabentuk dan hiasan dalaman kilang yang


moden serta kehadiran kafe-kafe moden ini
berjaya meningkatkan imej ruang penyewaan
APW dan berjaya menarik pelanggan untuk
menyewa ruang bagi menganjurkan acara
pada kadar sewa yang tinggi.

Pada setiap minggu, pelbagai acara seperti


bazar, bengkel, persembahan dan pameran
diadakan di kilang APW.

Meskipun ahli keluarganya masih skeptikal


dengan ideanya tetapi Ee bertegas
meneruskankan perancangannya.

Pada tahun lepas pula, beliau mengubah


bahagian atas kilangnya menjadi ‘co-working
space’ yang dinamakan Uppercase. Ee
memfokuskan kepada ‘start-up’ dan
‘freelancer’ yang berasaskan bidang kreatif.

Impian beliau adalah untuk mewujudkan


kampus kreatif untuk golongan muda dan
100
kerana itu segala-galanya dirancang dan
direkabentuk bagi memenuhi keperluan gaya
hidup golongan ini.

Kejayaan perancangannya ini membuka


peluang-peluang bisnes lain kepada Ee.

Syarikat milik keluarganya kini mengenalpasti 3


bidang bisnes untuk diterokai; menjadi
konsultan bagi pemilik-pemilik kilang lain yang
ingin menggunakan konsep yang sama;
menjadi pengurus projek bagi pemilik kilang
yang tidak mahu menguruskannya sendiri dan
menjadi konsultan untuk mewujudkan hab
makanan seperti yang dibuka di APW.

[ Sumber : The Star ]

101

You might also like