You are on page 1of 18

1

1.0 PENGENALAN

Perniagaan kosmetik dapat ditafsirkan melalui aktiviti jual beli beli barangan kosmetik

antara peniaga dan pelanggan yang berorientasikan keuntungan. Dunia perniagaan

barangan kosmetik ini kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan rakyat

Malaysia belakangan ini. Industri perniagaan barang kosmetik kaum wanita ini

melahirkan ramai jutawan di negara ini dan juga di seluruh dunia antaranya ialah Dato

Seri Vida, pengasas Qu Puteh Beauty Sdn. Bhd., Safiey Illias, pengasas Perlaking Beauty

Sdn. Bhd dan Dato Aliff sebagai pengasas dan pengarah urusan syarikat DHerbs

Healthy Holdings Sdn. Bhd.

Kajian ini telah difokuskan kepada sejarah latar belakang Dato Aliff,

pencapaiannya dalam bidang perniagaan dan usaha-usahanya dalam membangunkan

Syarikat DHerbs Holdings Sdn. Bhd dari tahun 2006 hingga 2016. Kajian juga berkisar

tentang keupayaan beliau sebagai ahli perniagaan kosmetik yang menggunakan peluang

untuk terlibat dalam pembangunan syarikatnya. Penulis juga telah meninjau dengan

sendiri ke wisma milik Dato Aliff Syukri iaitu Wisma DHerbs yang terletak di Kota

Damansara, Selangor.

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah latar

belakang Dato Aliff Syukri dan juga untuk mengenal pasti pencapaian beliau dalam

dunia perniagaan kosmetik dari tahun 2006 hingga 2016.


2
2.0 LATAR BELAKANG DIRI, KELUARGA DAN PENDIDIKAN

Dato Aliff Syukri bin Kamarzaman dilahirkan pada tanggal 3 April 1987 bersamaan hari

Jumaat di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak kepada pengasas

syarikat kosmetik Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita binti Ibrahim. Beliau lebih dikenali

dengan gelaran Abang Terlajak Laris atau OhAbangKosmetik! dalam kalangan

masyarakat. Beliau merupakan seorang usahawan yang giat dalam dunia perniagaan

kosmetik iaitu Syarikat DHerbs Healthy Holdings Sdn. Bhd. Kebolehan beliau dalam

mempunyai kemahiran berniaga dan berurusan jual beli telah memberi banyak kelebihan

kepada beliau. Minat beliau dalam perniagaan menjadikan karier sebagai usahawan

sebagai darah daging beliau yang turun temurun daripada ibundanya1.

Sifat peribadi beliau ialah beliau seorang yang tabah dan cekal dalam menjalani

kehidupan seharian. Beliau telah mencapai pelbagai pencapaian dalam kariernya sebagai

usahawan kosmetik. Sebagai ahli perniagaan yang berjaya, liku dan kesusahan kehidupan

beliau juga banyak dipenuhi ranjau dan duri yang dihadapinya. Beliau telah diuji

kesabaran apabila ibu bapanya bercerai dan kakanda tersayangnya pergi

meninggalkannya untuk selamanya ketika beliau berumur 7 tahun. Namun begitu,

perkara ini tidak mematahkan semangat beliau dalam usaha untuk keluar daripada

kepompong kemiskinan yang dialaminya2.

Berpewatakan sangat lucu dan riang, tokoh perniagaan ini mudah didekati oleh

masyarakat dan ahli perniagaan lain. Beliau merupakan tokoh yang memiliki kehidupan

yang mewah atas usaha beliau dan perit jerih yang dilaluinya. Beliau selesa mengenakan

pakaian formal berserta jam tangan mahal apabila ke pejabatnya di Wisma D Herbs. Hal

ini kerana, beliau perlu menjaga penampilan kerana beliau acap kali akan bertemu dengan
3
rakan perniagaan dan media. Namun begitu, beliau lebih selesa mengenakan baju

pagoda apabila berada di rumah bersama isteri dan anak-anaknya. Beliau juga seorang

yang mempunyai jati diri dan visi yang jauh dalam apa yang ingin dikecapinya. Hal ini

menyebabkan beliau disegani dan dihormati oleh masyarakat di sekeliling.

Dato Aliff Syukri Kamarzaman dilahirkan di Felda Kechau Kuala Lipis, Pahang.

Beliau merupakan anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Adik beradik beliau yang

lain ialah Yati. Ibu beliau, Puan Rozita binti Ibrahim merupakan pengasas kepada syarikat

kosmetik Sendayu Tinggi Sdn. Bhd. suatu masa dulu.

Dato Aliff Syukri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai

Besar, Selangor pada tahun 1994. Beliau telah menetap bersama nenek dan kakandanya

Kak Yati dan Kak Ani di Sungai Nibung, Sabak Bernam. Seterusnya, beliau berpindah

ke Klang dan mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Telok Gadong,

Klang Selangor. Ketika beliau berada di tingkatan dua, oleh sebab ibu dan bapanya

mementingkan pendidikan agama, mereka telah menghantar beliau untuk mendapatkan

pendidikan di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Beliau telah berada di sana

selama tiga tahun daripada tingkatan dua hingga tingkatan empat. Bidang ilmu yang

dipelajari adalah seperti Bahasa Arab, Sastera Arab, Fiqah, Tauhid dan Tajwid. Beliau

juga telah mempelajar ilmu-ilmu kehidupan yamg mempunyai nilai kemanusiaan yang

mengajar beliau dalam menyemai sikap menyanyangi bahkan mensyukuri erti kesusahan.

Menurut beliau, perasaannya ketika berada di sekolah pondoh tersebut adalah dalam

pemberontakan kerana dipaksa namun keberadaanya di sekolah tersebut telah menjadi

satu kenangan manis yang diabadinya sepanjang kehidupannya. Kemudian, beliau

berpindah ke Sekolah Intergrasi As-Syakirin Shah Alam, Selangor ketika beliau berada
4
di tingkatan lima. Namun begitu, beliau tidak dapat menduduki peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia(SPM) atas kekangan kewangan yang dialaminya3.

Pada tanggal 10 Ogos 2007 ketika beliau berumur 20 tahun, Dato Aliff telah

mendirikan rumah tangga bersama rakan sekerjanya iaitu Datin Nur Shahida binti Mohd

Rashid yang berusia 22 tahun pada waktu itu. Hasil daripada perkahwinan tersebut

mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Anak-anak beliau ialah Ahmad

Rayyan, Khatijah El Zahra dan Ibrahim Adham. Kesemua anak beliau masih kecil dan

ketiga-tiganya masih bersekolah di sekolah agama mahupun di homeschool oleh guru

yang dijemput datang ke rumah.

Foto: Dato Aliff bersama anaknya


5
3.0 PERANAN DATO ALIFF DALAM DUNIA PERNIAGAAN KOSMETIK

Dato Aliff Syukri yang merupakan seorang yang terkenal dengan sifat iltizam yang

tinggi telah menubuhkan Syarikat DHerbs Holdings Sdn. Bhd. Syarikat DHerbs telah

berjaya ditubuhkan oleh Dato Aliff sendiri pada tahun 2010 hasil kegigihannya. Menurut

Dato Aliff, beliau telah menubuhkan syarikat tersebut hasil daripada keyakinan rakan-

rakannya yang diperoleh dalam melabur untuk mendapat modal permulaan dengan

menjanjikan pulangan keuntungan daripada pelaburan mereka. Langkah bijak Dato Aliff

tersebut telah membuahkan hasil apabila beliau memperoleh sejumlah RM100,000

sebagai modal permulaan yang seterusnya telah mengubah hidupnya. Tambahan pula,

pinjaman bank yang dimohon Dato Aliff semasa permulaan ditolak atas faktor institusi

kewangan tidak meyakini potensi dan idea yang Dato Aliff ketengahkan. Antara barisan

produk yang dipasarkan sewaktu awal penubuhan adalah seperti bedak asas muka, produk

pelangsingan, minman kesihatan wanita dan lipstick rawatan bibir. Lipstick kolagen yang

diperkenalkan Dato Aliff sewaktu itu merupakan lipstick pertama kolagen yang berada

di pasaran produk kosmetik di Malaysia4.

Sewaktu sebelum penubuhan Syarikat DHerbs, Dato Aliff bermula dengan

berniaga dan menjual jamu-jamu di pasar malam ketika berusia 16 tahun. Menurutnya,

minat dalam bidang perniagaan timbul seawal usia tujuh tahun lagi. Semasa beliau

berumur tujuh tahun, Dato Aliff telah menjual jeruk dari kelas ke kelas bagi mencari duit

poket harian ke sekolah. Hasil daripada perniagannya di pasar-pasar malam, beliau

berjaya mengumpulkan sejumlah wang bernilai RM400.00. Dengan wang itu, beliau

sedikit demi sedikit mengumpul wang dan telah membuka sebuah kedai jamu yang kecil

ketika beliau berusia 18 tahun5.


6
Dalam tempoh beliau masih mempelajari selok belok perniagaan dan masih

menabung untuk menubuhkan syarikat, Dato Aliff telah melakukan pelbagai pekerjaan

lain seperti menjadi model dan bekerja sebagai pegawai demi meraih pendapatan

sampingan dan dalam waktu yang sama menimba pengalaman.

Foto: Dato Aliff bergambar dihadapan papan tanda Syarikat DHerbs beliau

Foto: Dato Aliff memberi pandangan di dalam pejabat peribadinya


7
4.0 USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN DATO ALIFF DALAM

MEMBANGUNKAN SYARIKAT DHERBS

Dato Aliff dalam usaha membangunkan Syarikat DHerbs ke pasaran produk kosmetik

dalam negara mahupun luar negara, beliau telah melaksanakan pemasaran secara besar-

besaran. Beliau telah muncul dalam program Wanita Hari Ini di siaran TV3 setiap tengah

hari bagi mempromosikan produk DHerbs. Dato Aliff merupakan jurucakap merangkap

model kepada produk yang dihasilkannya. Gelagat kecoh dan kepoh yang ditunjukkan

beliau telah menarik minat dan perhatian penonton dan netizen untuk membeli

produknya. Menurut beliau, tindakan tersebut adalah bagi tujuan pemasaran. Dato Aliff

Syukri menurutnya telah menghabiskan dan melaburkan sebanyak RM2 juta ringgit

sebulan untuk tujuan pengiklanan di media masssa seperti televisyen, surat khabar,

majalah dan radio. Demi mengekalkan momentum perniagaanya, beliau telah membayar

RM60,000 bagi tempoh dua minit untuk muncul di kaca TV bagi mempromosikan

produknya6.

Selain itu, Dato Aliff telah menggunakan khidmat selebriti terkenal seperti

Bienda dan Watie Elite dalam mempromosikan dan menaikkan produknya. Produk

DHerbs telah banyak muncul dalam iklan di majalah mahupun akhbar yang terlaris di

Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni dan Harian Metro. Produk

DHerbs juga telah diiklankan di corong-corong platform radio nasional seperti Era FM

dan Hot FM seterusnya usaha ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bagi menaikkan lagi nama DHerbs di mata masyarakat, Dato Aliff telah menjadi

penaja rasmi kepada program realiti televisyen seperti Akademi Fantasia, Bintang

Mencari Bintang dan Gempak Supertar yang bersiaran di Astro dan TV3. Hasil daripada
8
strategi pemasaran ini, hasil jualan produk DHerbs kian memberangsangkan. Juga, untuk

menarik ramai lagi minat orang ramai, pengarah urusan DHerbs Holding, Dato Aliff

sendiri menggunakan tagline iaitu TERLAJAK LARIS! agar orang ramai akan

mengenalinya. TERLAJAK LARIS ini kebiasaanya akan diucapkan Dato Aliff apabila

beliau telah habis mempromosikan produknya dalam iklan mahupun semasa bertemu

dengan kliennya. Menurut beliau lagi, sewaktu itu beliau hanya tinggal RM25,000 dalam

akaun Amanah Saham Bumiputera dan itu merupakan harga pengiklanan selama 5 minit

yang ditawarkan pengurus pemasaran stesyen TV3. Pengurus tersebut mengatakan

kepada beliau take it or leave it. Ternyata dengan nilai pelaburan yang dilaburkan Dato

Aliff telah mengubah hidupnya. Hal ini dapat membuatkan para pelanggan akan

mengekalkan kesetiaan para pelanggan terhadap produk beliau7.

Foto: Dato Aliff dalam menaja program realiti televisyen terbitan Astro iaitu

Gempak Superstar
9
5.0 PENCAPAIAN DATO ALIFF DALAM DUNIA PERNIAGAAN KOSMETIK

Pada tahun 2012, Syarikat DHerbs di bawah naungan label syarikat Sendirian Berhad

telah mengembangkan perniagaan mereka dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat di

Kota Damansara. Dato Aliff telah membeli bangunan tersebut dengan berharga RM30

juta ringgit di mana bangunan tersebut dinamakan sebagai Wisma DHerbs. Wisma

tersebut menjadi pusat jualan utama bagi produk-produk yang dipasarkan dan

memuatkan pejabat rasmi Dato Aliff dan pejabat urusan. Dengan perpindahan Syarikat

DHerbs ke wisma ini, syarikat mampu meyakinkan semua stokes dan pengedar untuk

menjual dan memasarkan produk DHerbs dengan lebih meluas dan berkembang maju8.

Dato Aliff juga telah membuka beberapa anak syarikat seperti Megah Perawan

Sdn. Bhd, Aliff Syukri Properties Sdn. Bhd. Aliff Manufacturing Sdn. Bhd. dan Aliff

Syukri Homme Sdn. Bhd. Antara fungsi penubuhan Megah Perawab Sdn. Bhd adalah

untuk menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan hanya berurusan dengan seorang

stokes tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah

Perawan Sdn. Bhd. di seluruh Malaysia9. Dato Aliff juga telah berjaya membina dan

menubuhkan sebuang kilang pembuatan produknya yang tersendiri, iaitu Aliff Herbs

Manufacturing Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Rahman Putra, Selangor. Antara fungsi

kilang ini ialah ianya khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan

DHerbs ataupun syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di

bawah syarikat ini. Aliff Herbs Manufacturing menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk

penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan

yang menggunakan khidmatnya10.


10
Pada tahun 2015, pengarah urusan DHerbs Holding ini telah dicalonkan Putra

Brand Awards dalam kategori kesihatan. Anugerah Putra Brand Awards ini adalah

anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di

Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama. Beliau telah dinobatkan sebagai

pemenang Putra Brand Awards Bronze (gangsa) dalam kategori perniagaan kesihatan dan

berdiri sama taraf dengan syarikat-syarikat besar seperti Dettol, Panadol, dan Scotts.

Kemenangan ini telah memberi peluang kepada Dato Aliff untuk meluaskan lagi

empayarnya dan dapat memberi keyakinan kepada pelanggan DHerbs11.

Pada tahun 2016 pula, Dato Aliff telah berjaya memiliki 45 buah cawangan

kosmetik dan 30,000 orang agen produk DHerbs di seluruh Malaysia. Beliau juga telah

memiliki bangunan perniagaan sendiri di Thailand, Cambodia dan Indonesia. Tambahan

pula, produk DHerbs telah berjaya menembusi pasaran Singapura, Brunei, Thailand dan

Indonesia. Dato Aliff juga memiliki dua buah spa di Selangor dan Negeri Sembilan bagi

perkhidmatan kecantikan. Aliff Syukri Properties Sdn. Bhd. yang ditubuhkan beliau telah

memiliki 200 hartanah di seluruh Malaysia13.

Seterusnya, Dato Aliff pada tahun 2016 telah menjadi penerima anugerah

iMilennium Leadership Award 2016 bagi kategori Movers & Shakers, Small and

Medium Enterprise daripada Ahli Dewan Negara, Senator Abdul Halim Abdul Samad.

Menurut beliau, anugerah tersebut merupakan pemberian inspirasi kepada usahwan muda

yang baru menyertai bidang dan dunia perniagaan14.


11
6.0 KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian ini, penulis boleh membuat satu kesimpulan bahawa kajian

ini mampu menjadi suatu medium yang wajar digunakan bagi memperkenalkan tokoh

usahawan Dato Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan mengkaji dan mengenal pasti

sejarah latar belakang, peranan, usaha dan pencapaian yang dikecapi beliau sepanjang

tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, melalui kajian ini juga penulis dapat mengetahui

sejarah hidup tokoh dan menjadikannya sebagai suatu inspirasi bagi penulis serta

pembaca untuk mencapai kejayaan sendiri pada masa hadapan. Penulis juga ingin

mengemukakakan cadangan iaitu kajian sebegini harus dijalankan dengan lebih kemas

dan mantap pada masa akan datang oleh pengkaji-pengkaji lain bagi mendapatkan

keputusan yang lebih baik dan jitu.


12
NOTA HUJUNG
1
Norashikin Mohamed Zain, 53 tahun, Suri Rumah.

Junaidah Ahmad Ghazali, Slogan Terlajak Laris Bukti Kehebatan Produk D Herbs,
2

dalam Dewan Ekonomi (Bandar Baru Bangi: Pejuang Media Sdn. Bhd, 2013), 34.
3
Noorizan Ariffin,Dato Aliff Syukri dan isteri, Isi jiwa anak dengan agama agar mereka

tidak keliru genggam dunia dalam Keluarga (Shah Alam: Grup Majalah Karangkraf

Sdn. Bhd, 2015), 62.


4
Rosie Haslinda Nasir, Dato Aliff Syukri Terlajak Laris: Jutawan Melayu yang Bermula

Dari Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, http://intrend.com.my/personaliti/temu-bual-

eksklusif/aliff-syukri-terlajak-laris-bisnes (diakses pada 20 Februari, 2017).


5
Noraniza, Kisah Menyayat Hati Dato Aliff Syukri Sebelum Bergelar Hartawan,

http://www.ohbulan.com/kisah-menyayat-hati-dato-aliff-syukri-sebelum-bergelar-

hartawan/ (diakses pada 20 Februari, 2017).


6
Azhan, Biodata Dato Aliff Syukri, Raja Kosmetik Malaysia,

http://www.azhan.co/biodata-dato-aliff-syukri-raja-kosmetik-malaysia/ (diakses pada 20

Februari, 2017).
7
Al Falah, Biodata Dato Aliff Syukri Kamarzaman & latar belakang Syarikat DHerbs,

http://alfalah-entrepreneurs.blogspot.my/2015/11/biodata-dato-aliff-syukri-

kamarzaman.html (diakses pada 21 Februari, 2017).


8
Raja Intan Dianna Raja Azaham, Aliff Syukri Kumbang Antara Bunga,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-

antara-bunga (diakses pada 21 Februari, 2017).


9
Oh! Semput, Rahsia Kejayaan Dato Aliff Dalam Membina Empayar,

http://babab.net/out/rahsia-kejayaan-dato-aliff-dalam-membina-empayar.html (diakses

pada 21 Februari, 2017).


13
10
Nik Dian Amir, Dato Aliff Syukri (DHerbs),

http://diannikamir.blogspot.my/2016/03/dato-aliff-syukri-dherbs.html (diakses pada 21

Februari, 2017).
11
Megat Ishak Maamunor Rashid, Empayar Terlajak Laris Dato Aliff Syukri

Kamarzaman, dalam SHOUT! (Kuala Lumpur: Forum Pengguna Komunikasi dan

Multimedia Malaysia, 2016), 3.

Siti Nur Umirah Idris, Dato Aliff Syukri Kamarzaman Pengarah Urusan DHerbs
12

(Terjalak Laris), http://htagonline.blogspot.my/2014/11/dato-aliff-syukri-kamarzaman-

pengarah.html (diakses pada 21 Februari, 2017).


13
Noor Ainulyakin Ishak, Aliff Syukri terima anugerah kepimpinan,

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/aliff-syukri-terima-anugerah-kepimpinan-

1.585030 (diakses pada 22 Februari, 2017).


14
Dewi Abdul Rahman dan Sarah Zahirah Razali, Aliff Syukri Pantang Mundur Teguh

Berjuang, dalam Prospek Usahwan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016),
14
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

Temubual

Nama : Norashikin binti Mohamed Zain

Tempat Lahir : Sabak Bernam, Selangor

Umur : 53 tahun

Pekerjaan : Suri Rumah

Pengalaman : Pernah menjual barangan kosmetik

Tempat temubual : No 20 Jalan Desa 8/5 Bandar Country Homes Rawang

SUMBER SEKUNDER

Al Falah. Biodata Dato Aliff Syukri Kamarzaman & latar belakang Syarikat

DHerbs. http://alfalah-entrepreneurs.blogspot.my/2015/11/biodata-dato-aliff-syukri-

kamarzaman.html.

Azhan. Biodata Dato Aliff Syukri, Raja Kosmetik Malaysia.

http://www.azhan.co/biodata-dato-aliff-syukri-raja-kosmetik-malaysia/.

Dato Aliff Syukri Kamarzaman. Dato Aliff Syukri: Bermula Sebuah Kisah. Kuala

Lumpur: Kristal Publishing PLT, 2016.

Dewi Abdul Rahman dan Sarah Zahirah Razali, Aliff Syukri Pantang Mundur Teguh

Berjuang. Prospek Usahawan Malaysia (Kuala Lumpur), Januari 2016, Isu 1, 15.

Dr Hajah Siti Hawa Mohd, Mydin: The Untold Story. Shah Alam: MPH Group

Publishing Sdn. Bhd. 2012.

Junaidah Ahmad Ghazali, Slogan Terlajak Laris Bukti Kehebatan Produk D Herbs.

Dewan Ekonomi (Bandar Baru Bangi), Disember 2013, 34.


15
Maamunor Rashid, Megat Ishak. Empayar Terlajak Laris Dato Aliff Syukri

Kamarzaman. SHOUT! (Kuala Lumpur), 27 Disember, 2016, Edisi Pertama, 2.

Nik Dian Amir. Dato Aliff Syukri (DHerbs).

http://diannikamir.blogspot.my/2016/03/dato-aliff-syukri-dherbs.html.

Noraniza. Kisah Menyayat Hati Dato Aliff Syukri Sebelum Bergelar Hartawan.

http://www.ohbulan.com/kisah-menyayat-hati-dato-aliff-syukri-sebelum-bergelar-

hartawan/.

Noorizan Ariffin, Dato Aliff Syukri dan isteri, Isi jiwa anak dengan agama agar

mereka tidak keliru genggam dunia, Keluarga (Shah Alam), Januari 2015, Bilangan

241, 62.

Oh! Semput. Rahsia Kejayaan Dato Aliff Dalam Membina Empayar.

http://babab.net/out/rahsia-kejayaan-dato-aliff-dalam-membina-empayar.html.

Raja Intan Dianna Raja Azaham. Aliff Syukri Kumbang Antara Bunga.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121104/ke_04/Aliff-Syukri-Kumbang-

antara-bunga.

Siti Nur Umirah Idris. Dato Aliff Syukri Kamarzaman Pengarah Urusan DHerbs

(Terjalak Laris). http://htagonline.blogspot.my/2014/11/dato-aliff-syukri-

kamarzaman-pengarah.html.
16
LAMPIRAN

Gambar: Pengkaji di lokasi kajian di Wisma DHerbs di Kota Damansara

Gambar: Wisma DHerbs di Jalan Pekaka, Kota Damansara


17

Gambar: Dato Aliff menerima anugerah iMillennium Leadership Award 2016

Gambar: Dato Aliff Syukri sebagai penerima Anugerah Ikon Seleberiti bersama

pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa


18

You might also like