You are on page 1of 8

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

EDME 3103
‘Pengurusan Perniagaan Kecil & Sederhana’

Assessment/ “Penilaian”

Garis Panduan Tugasan


Tajuk tugasan:

PKS pasca pandemik Covid-19: Dilema, Cabaran dan Penyelesaian

1. Latar belakang PKS

Noraini’s Cookies merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan rangkaian


biskut yang premium dan mengkhususkan dalam pembuatan biskut perayaan
resipi buatan sendiri.

2. Sejarah penubuhan (proses yang dilalui oleh usahawan dari peringkat


memulakan perniagaan hingga ke keadaan semasa).

Pemiliknya Hjh Noraini Ahmad dan suaminya telah melancarkan firma mereka
pada tahun 1984. Perniagaan ini pada mulanya adalah membuat makanan
tradisional Melayu untuk kantin di sekolah dan pejabat. Dengan motosikal
untuk penghantaran dan kilang belakang rumah kecil untuk pengeluaran,
semuanya bermula. Syarikat itu berkembang pesat dengan memasukkan hotel
dan katering kelas atasan di sekitar Lembah Klang.

Selain itu, Noraini juga mengeluarkan produk tepung adunan segera dengan
harga mesra rakyat dan memulakan perkhidmatan Original Equipment
Manufacturer (OEM) membuat biskut. Menurutnya “Modal bukanlah segala-
galanya tetapi kalau ada ia satu bonus. Walaupun begitu, dalam perniagaan kena
banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilih
perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu
keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi”.

Tambahan pula, adalah menjadi hasrat syarikat untuk menghasilkan dan


memasarkan produknya ke seluruh dunia dan menjadikan Noraini’s Cookies
nombor satu yang menjual biskut resipi buatan sendiri premium di Malaysia.
Bagi melakukan ini, matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk mencapai
kawalan kualiti standard yang tinggi dan membina imej jenama yang tinggi.

3. Berdasarkan cerita tersebut, (dalam ii), kenal pasti ciri-ciri peribadi, isu dan
cabaran yang dihadapi oleh usahawan semasa beliau melalui proses mengurus
perniagaan.

NORAINI AHMAD merupakan usahawan wanita yang saya maksudkan.


Syarikat beliau diberi nama Noraini's Enterprise.
Beliau merupakan anak kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor.
Beliau mempunyai tiga orang anak dan berumur dalam lingkungan 50an.

Saya memilih beliau untuk dimasukkan di ruangan ini kerana Puan Noraini
bukanlah insan biasa namun beliau merupakan usahawan contoh. Hal ini
demikian kerana, beliau mempunyai idea-idea yang bernas sebagai usaha
mengembang dan membangunkan perniagaan yang diusahakan dari semasa ke
semasa. Kekuatan beliau bersandarkan minat dan juga kemahiran yang dimiliki
beliau dalam bidang memasak. Beliau dilahirkan di dalam keluarga yang
mempunyai kepakaran dalam memasak. Tambahan pula, beliau telah diterapkan
dengan bidang masakan ini sejak di usia 8 tahun. Mungkin ada yang
menganggap bidang masakan ini merupakan perkara biasa yang boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja namun sekiranya kita tahu menggunakan
kepakaran yang dimiliki selain tidak mudah berputus asa seperti Puan Noraini,
kita juga mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya....
MENELUSURI KISAH PEMBABITAN NORAINI AHMAD DI DALAM
DUNIA PERNIAGAAN

Puan Noraini telah mula berkecimpung di dalam dunia perniagaan seawal beliau
masih bekerja biarpun secara kecil-kecilan. Pada ketika itu, beliau menjual kain
ela dan pinggan mangkuk. Walau bagaimanapun, beliau nekad berhenti kerja
disebabkan oleh ketiadaan pembantu rumah. Namun begitu, beliau tidak betah
untuk duduk diam sebaliknya beliau sentiasa tercari-cari kerja untuk dilakukan
bagi mencari sumber pendapatan. Beliau mula membuat nasi lemak, bihun
goreng dan kuih- muih untuk dijual di pejabat suami beliau. Usaha beliau tidak
sia-sia kerana seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor meminta
beliau membawa contoh kuih yang dibuat selepas salah seorang rakan suami
beliau telah memberi rasa kuih tradisional yang dibuat oleh beliau kepada chef
tersebut.

Pada 1984, Syarikat yang diberi nama " Noraini;s Enterprise telah ditubuhkan
dengan membekalkan kuih-muih kepada 14 buah hotel di sekitar Lembah
Klang. Beliau telah mengambil 14 orang pekerja sewaktu itu dengan kawasan
pengoperasian hanya di belakang rumah beliau. Setelah masuk tahun ke 10,
timbul rasa penat dan pada masa yang sama beliau terpaksa menghadapi
pelbagai kerenah pekerja tempatan dan pekerja asing. Beliau sentiasa berfikir
jalan penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada tahun 1992, beliau telah
mengubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya. Apabila melihat kepada
perkembangan penjualan kuih raya yang amat memberansangkan, beliau telah
mengajak empat orang pekerja untuk cuba membuat kuih muih itu sendiri.
Beliau bermula dengan menghasilkan dua jenis biskut dan akhirnya terus
mempelbagaikan biskut kerana mendapat tempat di hati pelanggan. Beliau lebih
memilih untuk berhijrah kepada perniagaan berasaskan biskut kerana beliau
sedar risiko yang besar terpaksa dihadapi kerana kuih basah tidak boleh diagak
dari segi pengeluarannya serta tidak tahan lama. Beliau telah mendaftarkan
"Noraini's Enterprise Sdn Bhd" bagi mengembangkan lagi perniagaan dengan
memasarkan biskut ke pasaraya- pasaraya selain membina keyakinan pelanggan
terhadap perniagaan beliau. Beliau turut memasarkan biskut ke pasar malam
dan pasar Ramadhan. Apabila gawat melanda negara, Puan Noraini telah beralih
kepada penjualan kuih bahulu, kek dan tapak pertama mereka ialah di Angsana,
Johor Bahru yakni pada akhir 1998, dengan menubuhkan "Noraini's Fresh
Bake". Pada akhir 2000, beliau telah membuka tapak kedua di Plaza Masalam.
Beliau telah mempelbagaikan menu yang meliputi roti jala, aneka laksa, mee,
nasi lemak dan akhirnya bertukar menjadi kafe kecil.

Ternyata, Puan Noraini amat kreatif dalam membangunkan perniagaan


kerana beliau telah mengilhamkan "Noraini's Laksa Paradise". Beliau telah
menghasilkan 11 produk yang terdiri daripada asam pedas, kari ikan,sambal
tumis, rending, aneka laksa, mee bandung dan mee kari. Beliau
mengembangkan perniagaan ini dengan menghantar produk tersebut ke Jepun
dengan membuat pengubahsuaian ke dalam bentuk pes kepada serbuk. Pada
tahun 2004, Puan Noraini menubuhkan satu lagi syarikat yang diberi nama
Noraini's Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Tambahan lagi, beliau telah dipelawa
oleh seorang ahli perniagaan dari Kazakhtan untuk membuka perniagaan hab
halal di sana semasa beliau menyertai pameran Mihas 2006. Oleh itu, beliau
telah menerima pelawaan tersebut setelah melihat kesungguhan dari pihak
terbabit. Anak kedua beliau sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer
untuk menjalankan perniagaan di sana. Perniagaan beliau di sana amat
memberangsangkan kerana telah mempunyai enam kilang di Kazakhtan iaitu
yang menyediakan sosej, spaghetti, mee segera dan pizza. Anak pertama beliau
juga mengikut langkah yang sama dengan meninggalkan bidang kedoktoran
semata-mata untuk aktif dalam dunia perniagaan. Seterusnya, Puan Noraini
tidak lekang dengan idea-idea perniagaan. Beliau telah menubuhkan Noraini's
Farm House Sdn. Bhd. yang memberi fokus kepada pengeluaran produk rempah
campuran. Perniagaan ini terus berkembang apabila beliau mempelbagaikan
pengeluaran dengan mengusahakan lading seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam
dengan serai, lengkuas dan banyak lagi.
.............CABARAN.............

Kekuatan fizikal dan mental amat penting dalam menghadapi cabaran dan jatuh
bangun dalam dunia perniagaan. Setiap individu yang menjalankan perniagaan
tidak terlepas menhadapi jerih perih dalam membangunkan perniagaan sehingga
mereka mencapai tahap yang diinginkan untuk bergelar usahawan berjaya.
Kegawatan ekonomi merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
Puan Noraini. Ditambah pula apabila kontena biskut yang dihasilkannya tidak
terjual...

Menurut Puan Noraini, dalam menjalankan perniagaan, kita perlu banyak


bersabar, kreatif dan fokus dengan apa yang dilakukan, Soal modal bukanlah
segala-galanya tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai modal, itu
merupakan bonus kepada mereka. Sentiasa memantapkan diri dengan ilmu-ilmu
keusahawanan amat penting katanya.

4. Penyelesaian. Keputusan dalam menentukan strategi yang sesuai untuk


mengembangkan perniagaan, serta bantuan dan sokongan yang diterima setakat
ini daripada kerajaan.

Menurut Puan Noraini, dalam menjalankan perniagaan, kita perlu banyak


bersabar, kreatif dan fokus dengan apa yang dilakukan, Soal modal bukanlah
segala-galanya tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai modal, itu
merupakan bonus kepada mereka. Sentiasa memantapkan diri dengan ilmu-ilmu
keusahawanan amat penting katanya.

5. Kesimpulan
6. Rujukan

**Sokong hujah anda dengan fakta & angka yang relevan.

Penyerahan:

15 Ogos 2023

Assignment Guidelines

Assignment title:

SME post pandemic Covid-19: Dilemma, Challenges and Solution

1. The background of the SMEs


2. The history of the establishments (the process of which the entrepreneur gone
thru from the stage of starting the business to the current state).
3. Based on the story, (in ii), identify the personal characteristics, issues and
challenges faced by the entrepreneur during his/her time going thru the
process in managing the business.
4. Solution. The decision in determining the appropriate strategy to grow the
business, as well as the assistance and support received so far from the
government.
5. Conclusion
6. References
**Support your argument with relevant facts & figures.

Submission:

ASSIGNMENT GUIDELINES

Assignment Specification:

 The project should be neatly typed in Font 11 Arial with 1.5 spacing on A4 size
papers.
 On the cover page, students are expected to include the assignment topic, the
semester, student’s name & matric no., course code and name, date of
submission and lecturer’s name
 The assignment should have the table of content
 Report can be written in English or Bahasa Melayu
 Report must be submitted in 15-20 pages excluding appendices.
 Students are expected to use APA (American Psychological Association) referencing
style for their assignment.

Late Submission Penalty Clause

Deadline for submission of assessment item(s) is to be strictly adhered to. No extension of


time will be allowed except in extenuating circumstances, e.g. medical reasons. Students who
wish to apply for extension of time for submission of assessment item(s) after the due date
shall put in writing the request together with validated documentary evidence to support the
application to his/her class lecturer. The lecturer may consider and grant such extension of
due date for the assessment item(s) based on the reason(s) provided.

Any assessment item required by the Coursework Assessment which is submitted after the
due date, without an approved extension, will be penalized. A penalty of 10% reduction of
the maximum mark applicable to the assessment item(s) will be levied for each day of late
submission. Weekends and Public Holidays are counted as one (1) day late. Assessment
item(s) submitted more than seven (7) days after the due date will be awarded with zero (0)
marks.

Plagiarism

Plagiarism is defined as the submission or presentation of work, in any form, which is not
one's own, without acknowledgment of the sources. If a student obtains information or ideas
from an outside source, that source must be acknowledged. Another rule to follow is that any
direct quotation must be placed in quotation marks and the source immediately cited.

Plagiarism is also defined as copy of all or part of the work of another student(s) of current or
previous batch of this University or another higher learning institution.

The University's degree and other academic awards are given in recognition of the candidate's
personal achievement. Plagiarism is therefore considered as an act of academic fraudulence
and as an offence against University discipline.

Fieldwork Clause (where applicable)

Students are reminded of the importance to consider their personal safety when conducting
research in the field. You will be exposing yourself in new situations and meeting with
people who are unknown to you. It is important that you are aware of potential dangers and
take the necessary safety steps. You have to be extra careful and cautious if you are going to
interview or conduct survey with small, unknown organizations or individuals 'on site'.

You should ensure you have the full details (full name, job title, organization name, address
and telephone numbers) of anyone or organization you intend to conduct the field research.
You should establish the credibility of these respondents before your groups visit them. The
field research should be made in groups not alone. Leave word with your fellow classmates
on your field visit (details of place, contact numbers, person you are interviewing or
conducting survey with, expected time of return, etc). The field work should be at office
hours.

You might also like