You are on page 1of 27

PERBINCANGAN

Bab ini akan membincangkan maklumat-maklumat yang telah dianalisis berdasarkan kepada

tindakbalas peserta kajian terhadap temubual yang telah dijalankan. Peserta kajian terdiri

daripada empat orang usahawan berjaya dan empat orang usahawan Mara. Usahawan Mara

(UM) 1 hingga UM4, manakala Usahawan Berjaya (UB) juga turut dinamakan sebagai UB1

hingga UB4. Secara keseluruhannya, bab ini akan menghuraikan secara terperinci kesimpulan

yang telah dibuat dan cadangan untuk kajian pada masa akan datang.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik berkaitan dengan Amalan

Nilai-nilai Islam Keusahawanan, terdapat beberapa aspek yang boleh dibincangkan bagi

menjelaskan dapatan kajian. Peserta kajian merupakan empat orang Usahawan Mara (UM1)

hingga (UM4) dan empat orang Usahawan Berjaya (UB1) hingga (UB4). Kesemua mereka

mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan. Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah

temubual yang dijalankan untuk mengukuhkan data temubual tersebut. Semua maklumat telah

dikelompokkan dibawah tiga tema utama yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu cara nilai-

nilai Islam tersebut diamalkan oleh usahawan, masalah dan cabaran dalam melaksanakan nilai-

nilai Islam tersebut dan faktor-faktor yang mendorong usahawan dalam melaksanakan nilai

Islam tersebut.
1.0 NILAI-NILAI ISLAM YANG DIAMALKAN OLEH USAHAWAN BERDASARKAN

3 DIMENSI AKHLAK IBN MISKAWAIH

Maksud al-Hikmah adalah seperti keadilan iaitu untuk mencegah seseorang daripada perbuatan

zalim. Berdasarkan kepada analisis temubual separa berstruktur menunjukkan bahawa dapatan

yang menjelaskan lagi dibawah dimensi al-Hikmah iaitu nilai kecerdasan dalam kalangan

responden ialah usahawan peka dengan masalah yang bakal mereka hadapi, dimana terdapat dua

orang responden bersetuju bahawa mereka peka dengan masalah yang bakal mereka hadapi.

Maksud al-Hikmah adalah seperti keadilan iaitu untuk mencegah seseorang daripada perbuatan

zalim. Antara contoh dalam aspek keusahawanan dimana usahawan tersebut setiap masalah yang

timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan, kita hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan

cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan cerdas bukannya dengan berputus asa

kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya.

Selain itu, didapati juga terdapat peniaga yang bersetuju bahawa memerlukan kecerdasan minda

untuk mencipta idea baru dalam perniagaan mereka dan meningkatkan lagi perusahaan mereka.

Seterusnya, melalui dapatan temubual separa berstruktur menunjukkan bentuk amalan nilai Islam

yang diamalkan oleh usahawan adalah mudah ingat pelanggan. Dimana hampir kesemua peserta

bersetuju dan memberikan jawapan yang sama dan menyokong iaitu ketika setiap pelanggan

yang selalu datang membeli, usahawan akan ingat pelanggan tersebut. Maksud ingatan

merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian

mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti

menyelesaikan masalah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Contoh
dalam aspek keusahawanan adalah amalan ingat boleh disama ertikan dengan tidak mudah lupa

daratan. Usahawan yang berjaya adalah mereka dari golongan yang tidak lupa diri di mana

mereka ketika belum berjaya. Sifat rendah diri adalah satu karakteristik yang sememangnya

perlu ada dalam kalangan usahawan yang berjaya. Mereka akan terus ingat bagaimana kehidupan

mereka yang dahulu dan mereka akan teruskan dengan cara hidup yang bersederhana tanpa

menjadi orang yang sombong dalam kehidupan ini.

Selanjutnya, berdasarkan kepada analisis temubual menunjukkan bahawa amalan nilai pintar

dalam kalangan usahawan. Antara bentuk amalan nilai pintar dalam kalangan usahawan ialah

cepat dapat tangkap dalam urusan perniagaan, terdapat tiga orang usahawan bersetuju dengan

amalan ini dan perlu diamalkan oleh setiap usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan

mereka. Maksud cepat mengerti adalah mudah memahami sesuatu perkara dengan baik. Individu

ini mudah untuk maju kehadapan dengan cepat. Apa yang dipelajari atau diperolehi seseorang itu

akan mudah belajar. Memahami sesuatu perkara adalah satu perkara yang penting dalam diri

manusia. Jika seseorang itu sukar untuk memahami maka ianya sukar untuk mendapat atau

mengetahui sesuatu perkara itu dengan berkesan. Contoh dalam keusahawanan adalah usahawan

yang berjaya perlu ada sikap seperti ini untuk memajukan perniagaan mereka. Hal ini kerana

untuk merebut peluang dalam perniagaan dengan cepat. Jadi usahawan tidak akan ketinggalan di

belakang bahkan peniaga-peniaga lain saling berlumba merebuat peluang yang ada. Selain itu,

usahawan juga perlu memahami sikap atau tingkah laku pekerjanya agar mempunyai hubungan

yang baik antara majikan dan pekerja. Hal ini supaya tidak wujudnya persengketaan atau

pergaduhan antara majikan dan pekerja.


Berdasarkan kepada analisis temubual, dimensi nilai bawah al-Iffah antara amalan yang

dilakukan oleh usahawan untuk menghilangkan rasa malu dalam perniagaan mereka ialah

dengan membiasakan diri dengan perkara tersebut. Hal ini demikian kerana, perasaan malu

sememangnya ada dalam diri setiap individu, namun individu tersebut kena pandai

mengawalnya. Para peniaga bersependapat bahawa perasaan malu wujud dalam diri mereka

sebagai seorang usahawan, namun mereka berjaya hadapinya.

Hasil daripada temubual yang dialankan berkaitan dengan bentuk amalan nilai oleh usahawan

iaitu tenang pembawaan dalam menghadapi pesaing-pesaing yang boleh menggugat perniagaan

mereka dimana dapat digambarkan melalui kata-kata oleh beberapa orang usahawan. Tenang

pembawaan bermaksud pembawaan diri yang menunjukkan tingkah laku dan tutur kata yang

tidak angkuh, tidak sombong dan berbahasa dengan bahasa yang lembut. Dalam konteks

perniagaan ni

Seterusnya, berdasarkan analisis temubual separa berstruktur mendapati bentuk amalan nilai

pemurah yang diamalkan oleh usahawan ada ditunjukkan seperti memberi sumbangan kepada

majlis tahlil di kawasan yang terdekat, derma kepada masjid dan surau, beri makan kepada anak-

anak yatim dan sebagainya. Hal ini terbukti berdasarkan temubual yang dijalankan kepada

peserta, ramai usahawan yang suka memberikan derma, sumbangan dan lain-lain. Dalam konteks

keusahawanan pula, sifat pemurah juga sangat diperlukan. Ini adalah kerana, jika kita sebagai

seorang peniaga, kita akan rasa bermurah hati untuk membantu pelanggan-pelanggan kita dalam

pelbagai cara.
Melalui dapatan temubual separa berstruktur menunjukkan bentuk amalan nilai sopan santun

dalam kalangan usahawan ialah melayan pelanggan dengan mesra atau mesra pelanggan

walaupun pelbagai karenah yang perlu dihadapi, terdapat tiga orang peserta yang suka

menyantuni pelanggan dengan memberi layanan yang baik. Menurut sumber daripada Bacaan

Madani (2017), sopan santun adalah berbicara lemah lembut serta bertingkah laku halus dan

baik.

Selain itu, amalan nilai yang dipraktikkan oleh usahawan untuk menjadikan premis mereka

selesa adalah dengan memberikan susun atur perabot dengan baik dan tersusun, labelkan produk

yang disediakan di premis, cat premis supaya nampak lebih menarik. Oleh itu, ia akan

memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan untuk berkunjung ke premis untuk

sekian kalinya.

Nilai Islam yang diamalkan oleh usahawan berdasarkan dimensi nilai berjiwa besar, dimana

usahawan masing-masing mempunyai target dalam perniagaan mereka untuk terus maju dan

berjaya, ingin kembangkan lagi perniagaan, tambah cawangan dan lain-lain. Menurut Islam,

kekayaan jiwa merupakan “jiwa besar” yang sebenarnya yang seharusnya dimiliki oleh setiap

orang muslim. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, artinya; Bukanlah yang dinamakan kaya,

kerana mempunyai banyak harta kekayaan, namun kaya yang sebenarnya adalah ‘kaya jiwa’.

(Bukhari dan Muslim).


Amalan nilai lain iaitu pernah gagal dalam perniagaan yang menyebabkan usahawan tersebut

berani dalam menghadapi bahaya dalam meneruskan perniagaan mereka. Namun, usahawan

tersebut tidak berputus asa dan membangunkan semula perniagaannya di tempat baru dan

diterima oleh ramai pelanggan. Selain itu, usahawan lain juga turut mengatakan bahawa mereka

pernah gagal dan tidak berputus asa. Terdapat beberapa orang peserta bersetuju dengan amalan

ini perlu diamalkan oleh setiap usahawan.

Selain itu, nilai berani hadapi bahaya diamalkan oleh usahawan iaitu berani hadapi risiko

kegagalan. Terdapat contoh dalam aspek keusahawanan yang berkaitan dengan berani

menghadapi bahaya dimana usahawan tersebut seorang yang berani menanggung risiko, di mana

beliau berpegang kepada prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar,

maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan. Seterusnya, contoh kajian

oleh Ahmad Firdause Md Fadzil & Mohd Rafi Yaacob (2014), dimana usahawan e-dagang ini

perlu mempunyai kesediaan dalam menghadapi risiko dalam perniagaan tersebut. Selain itu,

perlu menanggung segala kemungkinan yang berlaku diluar jangkaan usahawan.

Terdapat beberapa orang usahawan menyatakan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya

perlu adanya semangat cita-cita yang tinggi. Antara amalan nilai bercita-cita tinggi dalam diri

usahawan iaitu perlu kekalkan dan konsisten prestasi perniagaan. Seterusnya, terdapat contoh

dalam aspek keusahawanan yang berkaitan dengan bercita-cita tinggi iaitu usahawan tersebut

mengatakan bahawa cita-cita adalah lebih penting berbanding minda. Hal ini demikian kerana,

jika anda mempunyai cita-cita yang kuat, maka anda mampu peroleh minda yang mantap. Antara
contoh kajian bercita-cita tinggi oleh adalah Ahmad Firdause Md Fadzil & Mohd Rafi Yaacob

(2014), dimana usahawan yang keenam (P6) yang mana beliau mempunyai cita-cita yang tinggi

bagi memasarkan produk beliau untuk ke peringkat yang lebih tinggi dan jauh lagi sehingga ke

pasaraya besar dalam dan juga luar negeri melalui perniagaan secara e-dagang kini. Kebanyakan

usahawan sedar tentang potensi besar mengenai perniagaan secara e-dagang di Malaysia

terutamanya untuk memasarkan produk ke serata dunia. Oleh itu, mereka memasang cita-cita

yang tinggi untuk memajukan lagi perniagaan supaya lebih berdaya saing dalam merebut

peluang perniagaan secara e-dagang di Malaysia yang dikatakan masih baharu lagi.

Nilai tabah yang diamalkan oleh usahawan iaitu dengan ketabahan dalam menangani karenah

pekerja dan pelanggan yang bermacam ragam, tabah dalam menjaga kedai dari siang hingga

malam, dan lain-lain. Oleh itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan yang tinggi dalam

menghadapi pelbagai ragam pelanggan untuk meneruskan perniagaan mereka. Terdapat contoh

dalam aspek keusahawanan iaitu usahawan tersebut tetap bersifat cekal dan juga yakin untuk

meneruskan perusahaan atau perniagaannya ini. Hal ini demikian kerana, dalam keadaan syarikat

yang mempunyai masalah dan bergolak, beliau mengatasinya dengan baik dan lancar di bawah

pengurusan beliau. Antara contoh kajian oleh Ahmad Zabani Morad (2014), dimana seorang

usahawan hendaklah bersedia untuk bekerja lebih kuat daripada biasa untuk berjaya, mengagih

sumber, cekap dalam pengurusan masa, dan juga ketekunan dalam bekerja yang akan

mendatangkan hasil yang berbaloi dan juga lumayan dengan hasil kerja yang dilakukan.
Antara jawapan peserta menunjukkan amalan nilai sabar yang diamalkan sepanjang perniagaan

mereka dalam bentuk sabar menghadap pekerja yang pelbagai karenah, sabar dan positif dengan

orang yang memperlekehkan perniagaan yang dijalankan. Terdapat lima orang usahawan

bersetuju bahawa usahawan perlu ada sifat sabar dalam diri untuk berniaga yang sentiasa

berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan, pembekal dan lain-lain. Contoh dalam aspek

keusahawanan dimana menurut usahawan tersebut sabar adalah separuh daripada iman dan

begitu juga kesabaran dalam perniagaan. Di mana seseorang usahawan perlu banyak banyak

bersabar dalam banyak perkara, tidak mudah melenting dan juga tidak gopoh. Hal ini demikian

kerana, dalam perniagaan terdapat banyak cabaran dan rintangan untuk berjaya kerana

perniagaan ada turun naiknya. Oleh itu, turun naik sesuatu perniagaan ini akan menjadi sukar

bagi mereka yang tidka mempunyai kesabaran terutama ketika turun yang banyak dan selalu, dan

naiknya adalah sedikit. Contoh kajian oleh Wan Sabri Wan Hussin (2003), seorang usahawan

yang ingin berjaya perlu mempunyai sifat sabar dalam diri. Dimana sabar ialah sifat diri terpuji

yang paling banyak dikumpul dari Al-Quran.

Berdasarkan kepada analisis temubual yang dijalankan menunjukkan bahawa nilai ketahanan

mental yang diamalkan oleh usahawan iaitu sedia menghadapi tuduhan daripada pelanggan dan

berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada. Hal ini terbukti berdasarkan temubual yang

dijalankan, peserta bersetuju perlunya ketahanan mental bagi usahawan. Contoh dalam aspek

keusahawanan dimana usahawan tersebut tidak pernah berputus asa dan tidak lemah mental

walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Seterusnya, kajian

oleh Ahmad Zabani Morad (2014), faktor kejayaan usahawan iaitu tidak mudah putus asa dan

sentiasa cekal dalam menghadapi cabaran semasa menjalankan perniagaan. Oleh itu, dalam
kajian ini, usahawan menunjukkan bahawa mereka mempunyai sikap tidak mudah mengalah atau

tidak mudah putus asa yang mendorong kejayaan mereka. Malah, faktor kejayaan ini juga turut

dinyatakan di dalam kajian yang dinyatakan oleh Khairuddin (1996) yang menerangkan bahawa

salah satu faktor kejayaan usahawan adalah yakin terhadap keupayaan diri usahawan itu sendiri.

Akhir sekali, ketahanan fizikal perlu bagi usahawan dimana para usahawan mampu untuk

bertahan dalam menjaga kedai seharian. Antara yang diamalkan oleh usahawan dimana

mempunyai ketahanan tubuh badan yang kuat untuk membuka kedai dari pagi hingga petang dan

malam sehinggan berjam-jam lamanya. Terdapat contoh dalam aspek keusahawanan iaitu Tokoh

usahawan yang mempunyai daya tahan tubuh yang kuat adalah Siti Khadijah yang merupakan

isteri kepada baginda Rasulullah SAW. Perkembangan Islam sejak awal perjuangan Rasulullah

SAW sudah menunjukkan kepada bahawa pentingnya soal kemantapan ekonomi bagi menjana,

menjamin dan meneruskan kelangsungan perjuangan. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh

Alaudin Sidal (2014), terdapat usahawan wanita yang berjaya menghadapi cabaran-cabaran

tersebut, mempunyai daya tahan yang tinggi dan mempamerkan prestasi yang baik dalam

perniagaan. Penemuan kajian ini memperlihatkan bahawa usahawan wanita ini adalah mereka

yang memiliki keutuhan dan keupayaan dalam empat elemen iaitu mempunyai motivasi diri dan

komitmen yang tinggi, kebolehan kognitif, pengetahuan dan kemahiran, keupayaan mengurus

sumber seperti kewangan, pekerja dan bahan mentah, serta kemampuan menguasai pasaran

meliputi promosi, pemasaran dan penjenamaan.

2.0 BAGAIMANA CARA NILAI-NILAI ISLAM TERSEBUT DIAMALKAN


Berdasarkan temubual yang telah dijalankan terdapat 3 nilai Islam yang telah diamalkan iaitu

nilai Al-Hikmah, Al-Iffah dan juga As-Syajaah. Setiap nilai tersebut mempunyai pecahan-

pecahan sikap yang telah diamalkan oleh setiap usahawan yang telah ditemubual oleh pengkaji.

Sikap yang pertama ialah kecerdasan yang mana mana sikap kecerdasan ini diamalkan oleh

setiap usahawan untuk mengawal dan memajukan perniagaan mereka. Mereka berpendapat

bahawa sebagai seorang usahawan, kecerdasan merupakan satu elemen yang sangat penting. Hal

ini adalah kerana, melalui kecerdaan ini, mereka akan dapat menguruskan dan mengaturkan

perniagaan mereka sebaik mungkin dan ianya juga dapat memajukan lagi perniagaan mereka.

Kecerdasan dalam Bahasa Inggeris disebut intelligence dan Bahasa Arab di sebut al-dzak’.

Menurut Bahasa pula, pemahaman, kecepatan dan kesempurnaan sesuatu. Dalam erti,

kemampuan (al-qudrab) dalam memahami sesuatu secara cepat dan sempurna. Ibnu Sina,

seorang falsafah psikologi menyatakan bahawa kecerdasan sebagai kekuatan intuitif (Abdul

Mujib, 2002). Kemudian, J.P Chaplin merumuskan terdapat tiga definisi kecerdasan iaitu

pertama, kemampuan menghadapi dan menyesuaikan diri terhadap situasi baru dengan cepat dan

efektif. Kedua, kemampuan menggunakan konsep abstrak secara efektif yang meliputi empat

unsur seperti memahami, berpendapat, mengawak dan mengkritik. Ketiga, kemampuan

memahami hubungan-hubungan dan cepat belajar.

Di dalam konteks perniagaan, masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan,

keuntungan, kerugian dan muflis. Hal ini kerana, perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan

yang memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak
bijak megambil peluang. Sebagai contoh, pada tahun 2005, seorang usahawan kelahiran German

yang bernama Lampberger telah mengalami kerugian apabila produk keluarannya tidak begitu

laris di Malaysia. Hal ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang bebas daripada

pencemaran udara pada tahun 2005 dan ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak kepentingan

untuk membeli produk keluarannya. Dalam hal ini, Lampberger telah melakukan kesalahan dari

segi strategi pemasarannya dan sekali gus mengundang kepada masalah. Tetapi beliau tidak takot

atau gentar, beliau telah memasarkan produknya ini ke Indonesia dan hasilnya sangat

menguntungkan.

Perkara ini dilihat sebagai mana seorang usahawan yang mengalami masalah di awal

perniagaannya tidak berputus asa dan cuba memikirkan pendekatan lain yang memberikannya

keuntungan dengan melihat peluang-peluang perniagaan di tempat lain. Oleh yang demikian,

dapat dinyatakan di sini ialah setiap masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan,

kita hendaklah sentiasa tenang dan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak

dan cerdas bukannya dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya.

Selain itu juga, mereka turut menitik beratkan hal berkaitan ingatan dalam urusan perniagaan.

Dari aspek ingatan pula, ianya turut dianggap penting sebagai seorang usahawan. Usahawan

yang ditemubual menyatakan bahawa cara mereka menekankan aspek ingatan adalah melalui

mengingati setiap pelanggan yang telah datang ke premis perniagaan mereka.


Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan

kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti

menyelesaikan masalah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Menurut

Atan Long (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan

penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

Kemudian, Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemerosesan maklumat yang diterima

dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Ingatan juga merupakan bentuk menyimpan

maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan (Vermon,

1980).

Kemampuan mengingat merupakan suatu hal yang sering kita anggap mudah namun

kenyataannya, mengingat merupakan kegiatan otak yang melalui beberapa proses yang bukan

sederhana. Kemampuan mengingat pada setiap individu itu berbeza-beza. Hal ini disebabkan

beberapa factor yang mempengaruhinya

Selain itu, melalui nilai Al-Iffah pula, mereka mengamalkan sikap tenang pembawaan. Sikap ini

mereka amalkan apabila mereka menghadapi masalah semasa menjalankan urusan perniagaan

seperti ketika berhadapan dengan pesaing yang terlalu ramai dalam perniagaan dan sebagainya.

Dalam konteks ini, peniaga akan berhadapan dengan pelanggan yang berbagai ragam yang

seharusnya dilayan dengan keadaan yang tenang pembawaan. Hal ini adalah kerana, apabila

berhadapan dengan pelbagai ragam daripada pelanggan akan menyebabkan peniaga mungkin

akan menjadi penat dan sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya permasalahan
seperti bertutur kata secara kasar, pergaduhan dan sebagainya sekiranya peniaga tidak

mempunyai sikap tenang pembawaan. Sikap tenang pembawaan ini akan menyebabkan perkara-

perkara negatif yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku.

Seterusnya mereka juga turut mengamalkan sikap bersopan santun. Sikap bersoapan santun ini

diamalkan apabila mereka berhadapan dengan pelanggan mereka dengan cara memberikan

layanan yang baik kepada setiap pelanggan mereka. Menurut mereka sebagai seorang melayu

kita memang tidak akan lepas dari sikap malu, namun perlu dibuang sikap malu tersebut unutk

melayan pelanggan mereka dengan soapan santun dan sebaiknya.

Sikap sopan santun adalah perlu dalam berniaga. Seorang peniaga haruslah sentiasa bersoapan

santun dalam melayani kerenah setiap pelanggannya. Hal ini adalah kerana pelanggan

merupakan sumber rezeki utama bagi peniaga. Oleh itu, peniaga haruslah melayan pelanggan

dengan sebaik-baik layanan. Peniaga yang tidak bersopan santun tidak akan disukai oleh para

pelanggannya. Hal ini akan menyebabkan perniagaannya tidak akan mendapat keuntungan dan

berkemungkinan sumber rezekinya juga akan turut terputus. Contohnya, apabila terdapat seorang

pelanggan yang agak cerewet memasuki premis perniagaan, kita sebagai seorang peniaga,

perlulah bersopan santun dalam melayani pelanggan tersebut walaupun pada hakikatnya kita

tidak menyukai dengan sikapnya.

Seterusnya ialan nilai As-Syajaah yang diamalkan oleh setiap usahawan yang telah ditemubual.

Melalui nilai ini, mereka mengamalkan sikap sabar. Sabar yang dimaksudkan dalam urusan
perniagaan ini ialah sabar dalam melayani kerenah pelanggan yang bermacam ragam, dan juga

sabar melayani kerenah pekerja dan juga pesaing mereka. Namun mereka dengan sehabis baik

mampu bersabar dalam memastikan perjalanan urusan perniagaan berjalan lancar.

Dalam kajian yang bertajuk “Ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif Al-Quran”,

pengarangnya adalah Wan Sabri Wan Hussin (2003). Seorang usahawan yang ingin berjaya

perlu mempunyai sifat sabar dalam diri. Dimana sabar ialah sifat diri terpuji yang paling banyak

dikumpul dari Al-Quran. Oleh itu, dalam menempuh arus kehidupan, manusia semestinya

terpaksa mengharungi pelbagai ujian seperti ketakutan, kesempitan rezeki, bencana, kelaparan

dan banyak lagi. Maka, Allah menyeru manusia supaya bersabar dalam menghadapi ujian-ujian

tersebut. Seterusnya, orang-orang yang berjaya adalah terdiri daripada orang yang banyk

bersabar. Dimana ia terbukti bahawa usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mempunyai

darjah ketabahan atau kesabaran yang paling tinggi di dalam menghadapi kesukaran dan juga

kepayahan masa hadapan yang tidak pasti, seterusnya ia akan terus berusaha dengan gigih

seolah-olah ia tidak menghadapi sebarang masalah.

Selain itu juga, para ushawan ini turut mengamalkan sikap berkiatan dengan ketahanan mental

dan juga ketahan fizikal. Dari aspek ketahanan mental, mereka amalkan apabila mereka berdepan

dengan situasi apabila pernigaan mereka diperlekehkan oleh individu lain dan juga pesaing-

pesaing mereka. Apabila berhadapan dengan siuasi-situasi ini, mereka tidak mudah melatah dan

hanya berserh kepada Allah SWT.


Menurut Hazrul Hizam Karim (2014), dalam bukunya yang bertajuk “Anda Nak, Anda Dapat”,

tidak lemah mental dan juga boleh dipanggil sebagai kekuatan mental bermaksud kekuatan yang

lahir dari minda untuk menyelesaikan apa jua yang telah kita mulakan dan juga akan terus

berusaha sehingga berjaya, walaupun terdapat pelbagai rintagan dan halangan yang ditempuhi

sepanjang perjalanan tersebut. Hal ini demikian kerana, sesuatu kejayaan tidak akan tercapai

sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan dan ketahanan mental yang kuat. Kekuatan mental

yang dimiliki ini akan membawa kita hingga ke akhirnya iaitu untuk mencapai matlamat yang

telah ditentukan oleh diri sejak dari awaal lagi walau sesukar manapun halangan yang menimpa.

Dalam kajian yang bertajuk “Usahawan berjaya dan peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha

Niaga (TEKUN) di Negeri Kedah (2014), pengarangnya adalah Ahmad Zabani Morad. Hasil

daripada dapatan kajian ini dimana faktor kejayaan usahawan iaitu tidak mudah putus asa dan

sentiasa cekal dalam menghadapi cabaran semasa menjalankan perniagaan, dalam kajian ini skor

min adalah 3.08, yang menyokong pandangan Wan Liz Ozman Wan Omar dan Sulzari

Mohamed (2002). Malah kajian yang lain juga menyokong pandangan faktor kejayaan usahawan

yang tidak putus asa dan cekal hadapi cabaran iaitu pandangan (Usahawan Sukses (2002), yang

menyatakan bahawa faktor kejayaan usahawan adalah mempunyai ketahanan mental yang tinggi,

tidak takut pada perubahan dan cekal menghadapi cabaran. Oleh itu, dalam kajian ini, usahawan

menunjukkan bahawa mereka mempunyai sikap tidak mudah mengalah atau tidak mudah putus

asa yang mendorong kejayaan mereka. Malah, faktor kejayaan ini juga turut dinyatakan di dalam

kajian yang dinyatakan oleh Khairuddin (1996) yang menerangkan bahawa salah satu faktor

kejayaan usahawan adalah yakin terhadap keupayaan diri usahawan itu sendiri.
Seteurusnya dari aspek ketahan fizikal pula, mereka amalkan pengambilan makanan kesihatan

bagi mengekalkan mereka sentiasa cergas untuk bertahan menjalankan perniagaan selama

berjam-jam di premis perniagaan. Pengambilan makanan kesihatan ini juga diambil adalah untuk

mereka mendapatkan kecergasan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

pelanggan-pelanggan mereka.

Terdapat nilai-nilai yang perlu ada bagi usahawan yang mempunyai ketahanan fizikal menurut

Ibn Miskawaih (Tahun…) seperti tetap meneruskan perniagaan walaupun berhadapan dengan

masalah kesihatan, walaupun keadaan kerja yang teruk tetapi ia tidak menjejaskan pengurusan

perniagaan, sentiasa menjaga kecergasan fizikal supaya aktiviti perniagaan berjalan dengan

lancar, sentiasa menjaga amalan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan kecerdasan untuk

meneruskan perniagaan, dan usahawan mampu bekerja dalam tempoh masa yang lama.

Satu kajian yang dijalankan oleh Alaudin Sidal (2014), yang bertajuk “Taksonomi keupayaan

usahawan wanita melayu”. Berdasarkan dapatan kajian ini dimana kajian-kajian lalu

menunjukkan bahawa usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) wanita seringkali

menghadapi pelbagai masalah dan kekurangan sehingga sebahagiannya mengalami kegagalan.

Namun begitu, terdapat usahawan wanita yang berjaya menghadapi cabaran-cabaran tersebut,

mempunyai daya tahan yang tinggi dan mempamerkan prestasi yang baik dalam perniagaan.

Justeru, kajian ini telah menganalisis taksonomi keupayaan usahawan Industri Asas Tani (IAT)

wanita melayu. Penemuan kajian ini memperlihatkan bahawa usahawan wanita ini adalah

mereka yang memiliki keutuhan dan keupayaan dalam empat elemen iaitu mempunyai motivasi
diri dan komitmen yang tinggi, kebolehan kognitif, pengetahuan dan kemahiran, keupayaan

mengurus sumber seperti kewangan, pekerja dan bahan mentah, serta kemampuan menguasai

pasaran meliputi promosi, pemasaran dan penjenamaan.

3.0 PERMASALAHAN DAN CABARAN DALAM MELAKSANAKAN NILAI-NILAI

DALAM PERNIAGAAN

Dapatan kajian juga mengenalpasti beberapa masalah dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan

dalam melaksanakan nilai dalam perniagaan mereka. Antara permasalahan yang dikenalpasti

adalah wujudnya perasaan malu dalam mengendalikan perniagaan. Dalam hal ini usahawan

menjeaskan memang wujudnya perasaan malu pada awal-awal memulakan perniagaan kerana

kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan berikut petikan temubual dengan UM2 “…

mak cik mula-mula malu sebab tak penah berhadapan dengan orang ramai. Lepas mula berniaga

mak cik mula ada ramai kawan sebab dok jumpa pelanggan tiap-taip hari..”. Petikan ini juga

disokong oleh UB3 “…memang kalau bisnes first time memang perasaan malu tu tinggi, yang

kita tak biasa.. pahtu lama-lama okay.”. Seperti yang dipetik dalam Majalah Niaga (2017),

penulis menyatakan bahawa “Ternyata dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan

memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tetapi

adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita”. Kemudian,

menurutnya lagi, “Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakan salah satu karier

yang dijalankan oleh Nabi Muhammad saw sendiri. Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan

dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di

seluruh pelusuk tanah arab. Dari situ, Rasulullah belajar seok-belok perniagaan sehingga baginda
mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan Sunnah

Rasulullah?” (Majalah Niaga, 2017).

Permasalahan lain yang dihadapi oleh usahawan adalah melayan kerenah pelangan dan pekerja.

Menurut usahawan, sebagai usahawan kena banyak bersabar dengan kerenah pelanggan. Sentiasa

kena pandai mengawal emosi supaya pelanggan tidak mudah cari kelemahan kita sebagai

penjual. Hal ini dapat dilihat hasil temubual dengan UB3“… haa.. banyak saya jumpa pelbagai

kerenah pelanggan. Sebab dalam bisnes kita boleh tengok pelbagai kerenah masyarakat. Ada

yang jenis gelojoh, mudah bersangka buruk tapi ada juga pelanggan yang baik. Sebab tu kita

kena pandai kawal emosi kita..”. Menurut Yusuf Al-Qaradhawi (2014), dalam bukunya yang

bertajuk “Mukjizat Sabar dalam Al-Quran”, sabar merupakan salah satu daripada ciri-ciri akhlak

yang diberi perhatian dalam Al-Qurab, sama ada dalam surah Makkiyyah mahupun Madaniyyah.

Kemudian, usahawan juga suka membanding-bandingkan dengan perniagaan yang lain

terutamanya dari segi harga. Kadang-kadang pelanggan tidak tahu mengenai bagaimana

pengurusan dalam perniagaan jual beli barang yang memerlukan modal. Pelanggan hanya

mahukan harga yang murah sahaja. Dari segi permasalahan kerenah pekerja juga turut diperolehi

hasil daripada tembual dengan usahawan muda yang menyatakan bahawa terdapat pekerja yang

malas dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak datang kerja. Hal ini menunjukkan tahap

kesabaran memang perlu sebagai seorang majikan untuk menghadapai pelbagai kerenah

pelanggan dan pekerja. Berdasarkan kenyataan oleh Abu Ismail al-Harawi, pengarang kitab

Manazil As-Sairin menyatakan bahawa “Sabar ialah menahan diri dalam menghadapi hal-hal

yang tidak disenangi dan menahan lisan agar tidak mengeluh, dan sabar yang paling lemah ialah

sabar kerana Allah SWT (M. Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah, 2009). Dengan adanya
sifat sabar dalam diri, maka seseornag usahawan akan lebih cenderung untuk mencapai kejayaan

dalam perniagaannya.

Seterusnya permasalahan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan ialah pesaing atau

pelanggan yang memperlekehkan perniagaan. Dalam hal ini ketahanan mental seseorang

usahawan perlu kuat. Usahawan perlu jadikan masalah tersebut sebagai batu loncatan dalam

perniagaan. Sentiasa perlu ambil perkara-perkara yang positif untuk maju ke hadapan. Sebagai

usahawan jangan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif malah sentiasa

menanam nilai-nilai yang positif dalam diri. Perkara ini selari dengan Hazrul Hizam Karim

(2014), di mana dalam bukunya yang bertajuk “Anda Nak, Anda Dapat”, tidak lemah mental dan

juga boleh dipanggil sebagai kekuatan mental yang bermaksud kekuatan yang lahir dari minda

untuk menyelesaikan masalah apa jua yang telah kita mulakan dan juga akan terus berusaha

sehingga berjaya. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang ditempuhi sepanjang

perjalanan tersebut.

Selain itu, kegagalan dalam perniagaan merupakan asam garam bagi setiap peniaga. Dengan cara

ini yang mematangkan seseorang usahawan untuk berusahaa memajukan perniagaannya lagi.

Oleh hal demikian, membuat usahawan berani untuk menghadapi kegagalan lagi di masa

hadapan. Berani untuk menanggung risiko dalam perniagaan. Jika dalam perniagaan tidak ada

cabaran dan permasalahan sukar untuk usahawan mengetahui apa kelemahan dalam perniagaan

yang dijalankan. Permasalahan dan cabaran ini memberi peluang peniaga untuk menambah baik

dan memulihkan perniagaan mereka supaya menjadi perniagaan yang lebih maju. Usahawan
perlu bijak dalam memilih jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah yang berlaku dalam

perniagaan mereka. Hal ini selari dengan kenyataaan Farhana (2013) iaitu usahawahan adalah

seseorang yang mengambil berani mengambil risiko semasa memulakan atau menunbuhkan

perniagaan atau perusahaan. Ringkasnya lagi, usahawan adalah peneroka kepada kejayaan

perniagaan dan memiliki kepekaan terhadap peluang, panduan untuk pembaharuan serta

memiliki keupayaan untuk penyelesaian sesuatu masalah.

4.0 MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN

DALAM MELAKSANAKAN NILAI ISLAM TERSEBUT.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong usahawan dalam menerapkan nilai dan akhlak

terhadap pelanggan diantaranya ialah faktor ramah mesra dan bertegur sapa dengan pelanggan

daripada usahawan yang melakukan sesi temubual pada masa dan waktu yang berlainan dimana

ia bersesuaian dengasn nilai dan akhlak yang diamalkan dalam pekerjaan seharian oleh

usahawan. Dalam usahawan harian ia perlu menitik beratkan tentang kecerdasan yang tinggi

yang mana setiap usawan perlu pergerakan yang pantas dan cepat dalam mengendalikan

perniagaan, ia juga perlulah mempunyai ingatan yang pintar dalam menguruskan halatuju

perniagaan yang baik dan teratur dimana ia melibatkan perkembangan rohani dan pembentukan

sikap yang positif dan nilai murni.

Ketiga-tiga usahawan turut menyatakan bahawa faktor lain yang mendorong usahawan untuk

melaksanakan nilai dan akhlak dalam perniagaan adalah berani menyahut cabaran, cita-cita

tinggi dan tabah mengharungi segala rintagan dan halangan di dalam perniagaan yang mana

usahawan perlu memberanikan diri dalam memajukan perniagaan mereka. Usahawan juga perlu
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ialah ilmu pengetahuan dimana usahawan perlu

melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan kemahiran dalam menguruskan perniagaan.

Ilmu tentang perniagaan perlu dipecahkan kepada dua peringkat iaitu mengenai industry secara

umum dam menegenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara khusus. Pengetahuan

dan kemahiran tentang menguruskan perniagaan pula melibatkan pengetahuan tentang aspek-

aspek pengurusakn kewangan, pemasaran,jualan dan perkhidmatan selepas jualan, pengeluaran

dan sumber manusia.

Seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang boleh menjadikan

berdisiplin , cekal, serta sentiasa memikirkan sesuatu untuk terus berdaya saing dan berdaya

maju mengikut nilai dan akhlak. Faktor ini mungkin atau secara semulajadi pada usahawan atau

perlu diperolehi dan dibentuk. Usahawan sendiri yang perlu menetukan sama ada ingin memiliki

faktor ini atau tidak dalam perniagaan mereka. Oleh itu kita dapat melihat kebanyakkan faktor

yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada diri

usahawan itu sendiri. Faktor ini terletak pada kemampuan usahawan untuk mengawal dan

memperbaiki dan tidak menyalahkan mana-mana pihak apabila menemukan kegagalan.

Usahawan perlulah sentiasa melihat kepada diri sendiri yakin dan bersedia memperbaiki apa jua

kelemahan yang ada. Usahawan adalah sama seperti mengejar kecermerlangan dalam apa jua

bidang lain yang mana tiada jalan piñatas dan penganti bagi usaha yang gigih dan tekun.

Kajian ini (kajian siapa ini…nama penulis dan rujukan) hanya terbatas kepada golongan belia

yang berasal dan tinggal di Parit Raja sahaja. Kajian ini akan difokuskan kepada faktor-faktor

yang memberi cabaran kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain itu,

kajian ini juga tertumpu kepada kajian latar belakang responden, sikap dan minat terhadap
bidang keusahawanan serta kemahiran yang diperlukan yang disediakan oleh pihak kerajaan

dalam membantu menceburi bidang keusahawanan.

Sikap yang positif memainkan peranan dalam mempengaruhi seseorang itu untuk menjadi

usahawan dan kebanyakan sikap-sikap positif ini lahir daripada individu itu sendiri (Osman

2007). Selain itu, beliau juga menjelaskan belia perlu mempunyai sikap dan keinginan untuk

merealisasikan idea sendiri, tidak mahu menjadi pekerja, mendapatkan wang dan tidak

bergantung pada orang lain. Apabila ditanya tentang cabaran yang mungkin dihadapi oleh

golongan siswazah untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan, seorang peserta menceritakan

pengalaman mengambil graduan sebagai rakan kongsi. Beliau mendapati bahawa graduan

tersebut mempunyai mentaliti untuk bekerja makan gaji (Zainal Abidin 2009).

Sikap dan minat jelas menunjukkan peranan yang penting dalam menjadi pendorong bagi

seseorang yang bergelar belia menceburi bidang keusahawanan. Sikap dan minat golongan belia

di parit raja akan diselidik bagi mengetahui pengaruhnya dalam menarik minat untuk menceburi

bidang keusahawanan. Berdasarkan persekitaran di kawasan Parit Raja yang sedang berkembang

pesat dengan terdapatnya institusi pendidikan tinggi dan juga kawasan perindustrian, ia

sememangnya dilihat menjanjikan peluang perniagaan yang menarik untuk diceburi dan

menjanjikan pulangan yang lumayan.

Negara bukan sahaja perlu mewujudkan masyarakat Malaysia yang menjadi pengguna teknologi,

tetapi juga sebagai penyumbang kepada perkembangan pengetahuan saintifik dan teknologi pada
masa depan. Saranan ini membuktikan kepentingan dan mewujudkan 20 masyarakat berbudaya

keusahawanan yang mampu mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang dalam usaha

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti (Osman 2007).

Kementerian Pembangunan Keusahawanan telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan

Skim Usahawan Siswazah (SUS) pada tahun 1998. Skim ini bertujuan memberikan pendedahan

kepada siswazah supaya mereka boleh memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan.

Melalui skim ini, peserta yang memerlukan pengalaman perniagaan diberikan latihan

keusahawanan dan sangkut kerja di beberapa buah syarikat swasta yang dipilih. Skim ini juga

menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan melalui Tabung Usahawan Siswazah yang

memberikan pinjaman antara RM20 000 sehingga RM100 000 (Osman 2007). Bermula dari

ambilan Julai 2007 dan seterusnya, Kementerian Pengajian Tinggi telah mewajibkan semua

pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengambil mata

pelajaran keusahawanan sebagai satu mata pelajaran wajib (Utusan Malaysia : 2 Julai 2007). Ini

adalah salah satu contoh inisiatif yang diambil oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi sebagai

satu perkenalan kepada para pelajar di samping menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri

pelajar. Selain itu terdapat juga insentif lain yang disalurkan khas untuk golongan mahasiswa di

pusat pengajian tinggi. Sebagai contoh, Program inkubator usahawan siswazah adalah

merupakan satu usaha sama di antara Bank Pembangunan dan 22 Infrastruktur Malaysia Berhad

(SME Bank) dan 17 buah universiti tempatan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan

dan Koperasi. Menerusi program ini, siswazah yang berminat akan menerima bimbingan dan

juga akan diberi khidmat nasihat mengenai jenis perniagaan yang berpotensi untuk mereka

ceburi (Utusan Malaysia, 26 April 2005).


KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian ini telah menjawab persoalan-persoalan kajian yang ingin

dikenalpasti. Penerokaan yang mendalam melalui sesi temubual dengan usahawan Berjaya dan

usahawan muda serta pemerhatian yang dijalankan telah memberikan gambaran yang jelas

tentang penerapan amalan nilai Islam dalam keusahawanan. Dapatan kajian telah menjelaskan

secara terperinci tentang nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh usahawan berdasarkan 3 dimensi

nilai akhlak Ibn Miskawaih. Di samping itu, dapatan kajian juga telah mengenalpasti bagaimana

cara nilai-nilai Islam tersebut diamalkan oleh usahawan. Kemudian, permasalahan dan cabaran

dalam melaksanakan nilai-nilai Islam tersebut dalam bidang usahawan turut dijelaskan dalam

dapatan kajian ini. Seterusnya, dapatan kajian juga telah mengenalpasti factor-faktor yang

mendorong usahawan dalam melaksanakan nilai-nilai Islam tersebut.

CADANGAN

Scara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik ini telah dapat

mengumpulkan beberapa maklumat tentang amalan nilai-nilai Islam dalam bidang

keusahawanan di sekitar Changlun, Jitra dan Alor Setar Kedah. Maklumat-maklumat ini amat

berguna sebagai panduan para usahawan di luar sana. Namun begitu terdapat penambahbaikan

yang boleh dilakukan nagi memastikan keberkesanan amalan nilai-nilai Islam ini terhadap

usahawan.
Antaranya adalah usahawan perlu sentiasa bersedia menghadapi segala masalah dan cabaran

yang akan datang dalam perniagaan mereka. Ketahanan mental usahawan perlu kuat kerana jatuh

bangun dalam perniagaan merupakan lumrah dalam bidang keusahawanan. Justeru itu, amalan

nilai-nilai Islam penting untuk diamalkan oleh usahawan supaya mereka sanggup menghadapi

segala apa jua rintangan dan dugaan dalam perniagaan mereka.

Kemudian, usahawan juga perlu menghadiri kursus-kursus motivasi untuk menerapkan nilai-nilai

yang positif dalam diri mereka untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Hal ini turut

dinyatakan dalam kajian Shabir Hyder dan Robert N. Lussier (2016) telah menghuraikan sama

bagaimana kejayaan dan kegagalan ke atas usahawan di Pakistan. Dengan menggunakan kaedah

model Lussier sebagai model kajian menerusi penggunaan sampel ke atas 143 usahawan

perniagaan kecil-kecilan. Kajian mereka ke atas usahawan mendapati dalam memastikan peluang

untuk meningkatkan kejayaan sesuatu perniagaan itu, seorang usahawan perlu ada modal

perniagaan yang mencukupi, sentiasa memastikan rekod kewangan sentiasa stabil dan

mempunyai kawalan ke atas kewangan. Usahawan juga hendaklah ada pengalaman pengurusan

dalam industri, mempunyai pelan yang spesifik, menggunakan nasihat daripada orang yang

berpengalaman, mempunyai pengetahuan pendidikan, serta mempunyai masa untuk pengurusan

pekerja, masa ekonomi dan pengetahuan dalam pemasaran.

Selain itu, penyelidik juga berharap agar kajian-kajian pada masa depan dapat membuat

perbandingan diantara usahawan-usahawan lain di kawasan yang lain dalam melihat persamaan

dan perbezaan aspek amalan nilai-nilai Islam yang diamalkan oleh usahawan kita di Malaysia

dan juga di luar negara. Ia dapat menjadi satu penanda aras kepas pihak usahawan lain dan juga

kepada pihak kerajaan untuk memberi inisiatif kepada usahawan-usahawan baru.


PENUTUP

Adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak untuk dijadikan

bahan rujukan berkaitan amalan nilai-nilai Islam dalam bidang keusahawanan. Penyelidik juga

berharap supaya kajian ini dapat dikemaskini dan dimantapkan lagi dengan informasi dan data-

data terperinci dan terkini agar menjadi panduan berguna kepada usahawan, usahawan baru dan

pihak kerajaan.

RUJUKAN

Alauddin Sidal. (2014). Taksonomi keupayaan usahawan wanita melayu. Journal of Human
Capital Development, 7(2). Muka surat??
Al Karam..Sifat Pemurah. (2012) daripada capaian
http://applerosejournal.blogspot.my/2012/09/al-karampemurah.html
Ahmad Firdause Md Fadzil & Mohd Rafi Yaacob. (2014). Faktor individu sebagai komponen
menyumbang kepada penciptaan perniagaan baharu usahawan e-dagang. Prosiding
PERKEM ke-9. 451-458.
Ahmad Zabani Morad. (2014). Usahawan berjaya dan peranan tabung ekonomi kumpulan usaha
niaga (TEKUN) di Negeri Kedah. Prosiding PERKEM ke-9. 459-466.
Bacaan Madani (2017), Pengertian Santun, Dalin Naqli tentang Sikap Santun, Contoh
danManfaat Sikap Santun daripada capaian
http://www.bacaanmadani.com/2017/08/pengertian santun-dalil-naqli-tentang.html.
dimuat turuan pada……….
Hasbul Aqil. (2017). Kenapa Malu Unutk Berniaga dan Berjumpa Pelanggan. Majalah Niaga
daripada capaian http://www.majalahniaga.com/kenapa-perlu-malu-untuk-berniaga.html
dimuat turuan pada……….

Ibn Miskawaih (…….)….perlu lengkapkan


Kamus Dewan (1994). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan (2010). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

M. Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah. (2009). Ensiklopedia Tasawuf Imam Al-Ghazali.
Jakarta: Hikmah (PT Mizan Publika).
Usahawan Sukses. (2002). Datuk Maznah unggul terajui perniagaan. Pustaka Wira Sdn Bhd.
Wan Sabri Wan Hussin. (2003). Ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif Al-Quran. Jurnal
Usuluddin,18: 81-110.
Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed. (2002). Memperkasakan usahawan. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Yusuf Al-Qaradhawi. (2014). Mukjizat Sabar Dalam Al-Quran. Selangor: PTS Darul Furqan
Sdn. Bhd.

You might also like