You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Pengkaji akan menjalankan kajian tentang ciri, peranan dan cabaran usahawan dalam
menguruskan sebuah perniagaannya. Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji adalah
berkenaan dengan ciri-ciri peribadi usahawan, peranan usahawan dalam menjalankan
perniagaan dan cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan sepanjang menguruskan
perniagaannya.

Menurut tokoh Richard Cantillon(1934) yang merupakan ahli ekonomi Perancis


dan Irish perkataan usahawan dalam bahasa inggeris ‘enterpreneur’ berasal daripada
bahasa perancis. Maksud enterprendre ialah memikul tugas atau mencuba. Selain itu,
usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan manakala peniaga ialah
orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan terbitan iaitu secara
gambaran kegiatan perniagaan kecil-kecilan.. Di samping itu, usahawan juga ditakrifkan
sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga lebih bermotif kepada
keuntungan disamping mengamalkan amalan- amalan yang strategik.Tambahan pula,
usahawan juga dikenali sebagai ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran.

Selanjutnya, menurut Coulter (2000) ,usahawan adalah satu proses di mana


individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk
mencari peluang bagi mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Usahawan juga memerlukan inovasi dan keunikan dalam
membentuk produk yang dikeluarkan.Selain itu, usahawan juga merupakan seorang yang
mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.

1
Selain itu, tokoh Meredith, Nelson dan Neck (1982) mendefinisikan usahawan
sebagai orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan,
menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta mengambil
tindakan yang bersesuaian demi memastikan kejayaan. Keusahawanan juga dikatakan
sebagai tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang tidak bernilai (Jeffrey
A.Thomas dalam buku pengajian perniagaan penggal 3, 2005-2010). Menurut Gather
(2003), keusahawanan ialah proses penciptaan sesebuah organisasi.

Kajian yang dijalankan ini menggariskan empat objektif utama iaitu mengenal
pasti sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii yang berjaya, mengenal pasti kaedah
dalam memulakan perniagaan dan sumber pembiayaan serta kemudahan dan bantuan
perniagaan, mengenal pasti peranan usahawan dan menganalisis cabaran dalam
perniagaan.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan dengan ciri,
peranan dan cabaran usahawan Rahma Binti Tiling dalam menguruskan perniagaan Ema
Collection iaitu :

2.1 Mengenal pasti sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii yang berjaya.

2.2 Mengenal pasti kaedah dalam memulakan perniagaan dan sumber pembiayaan
serta kemudahan dan bantuan perniagaan Ema Collection

2.3 Mengenal pasti peranan usahawan Puan Rahma dalam melaksanakan fungsi
pengurusan perniagaan.Ema Collection.

2.4 Menganalisis cabaran dalam perniagaan Ema Collection.

3
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

kajian yang dijalankan ini menggariskan empat objektif utama yang akan dikaji oleh
pengkaji iaitu mengenal pasti sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii orang yang
berjaya, mengenal pasti kaedah dalam memulakan perniagaan dan sumber pembiayaan
serta kemudahan dan bantuan perniagaan, mengenal pasti peranan usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan perniagaan dan menganalisis cabaran dalam sebuah
perniagaan.

Objektif pertama iaitu mengenal pasti sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan
tabii orang yang berjaya merupakan perkara penting yang perlu ada pada seorang
usahawan. Sifat-sifat peribadi usahawan-usahawan tersebut wajib dicontohi oleh semua
individu yang bergelar usahawan dan seluruh rakyat di Malaysia bagi memastikan usaha
teroka dalam pelbagai bidang perniagaan yang dijalankan mencapai kejayaan pada tahap
yang membanggakan. Antara sifat-sifat peribadi usahawan adalah, mempunyai inisiatif
yang tinggi yang merujuk kepada kecenderungan untuk mengenal pasti dan menganalisis
semua situasi dan seterusnya mengambil tindakan secara proaktif. Seterusnya menurut
Koellinger et al (2007) usahawan yang berani mengambil risiko adalah mereka yang jelas
dan mengetahui setiap risiko yang diambil dan telah bersiap sedia jika perancangan yang
dibuat menghadapi halangan. Bukan itu sahaja setiap usahawan juga perlu berani
menanggung risiko dalam setiap tindakan yang diambil oleh mereka supaya dapat
memajukan perniagaan masing-masing.

Seterusnya, kreatif iaitu usahawan perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi
untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Menurut Lumpkin & Dess, (1996) inovatif
pula perlu ada pada usahawan supaya aktiviti mencipta idea-idea baharu dan membawa
pembaharuan yang,sudah dilakukan dan selanjutnya adalah sentiasa mencari dan merebut

4
peluang perniagaan yang wujud kesan daripada perubahan dalam persekitaran
perniagaan. Dalam hal ini mempunyai keyakinan diri dalam diri usahawan juga penting
supaya usahawan mudah untuk mempunyai peluang cerah untuk mencapai kejayaan pada
masa hadapan (Guzman & Santos, 2001).

Selain itu objektif kedua adalah mengenal pasti kaedah dalam memulakan
perniagaan dan sumber pembiayaan serta kemudahan dan bantuan perniagaan. Dalam
objektif kedua ini menerangkan tentang cara perniagaan itu dimulakan sama ada
memulakan sendiri atau memulakan perniagaan sedia ada yang dijalankan oleh usahawan
ini. Terdapat juga kemudahan dan bantuan perniagaan yang perlu diketahui dalam
sesebuah sama ada memulakan perniagaan dengan mendapat bantuan modal daripada
kerajaan atau memperoleh modal daripada simpanan sendiri atau daripada kelaurga
saudara-mara.

Di samping itu, objektif ketiga yang dikaji adalah mengenal pasti peranan
usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan sebuah perniagaan. Dalam kajian ini,
pengkaji perlu mengkaji peranan dan tanggungjawab seorang peniaga ke atas perniagaan
yang dijalankan. Perniagaan ini diuruskan sepenuh masa oleh peniaga atau di bantu
dengan tenaga kerja yang ramai. Bukan itu sahaja, pengkaji juga turut mengkaji
bagaimana sebuah perniagaan ini dikawal sepenuhnya oleh usahawan berjaya. Oleh hal
yang demikian, pengkaji juga dapat mengetahui segala perancangan perniagaan yang
ditentukan oleh usahawan melalui kajian yang dijalankan ini.

Selanjutnya, objektif yang keempat adalah menganalisis cabaran dalam sesebuah


perniagaan. Dalam menjalankan sesebuah perniagaan terdapat banyak cabaran yang akan
dihadapi oleh para usahawan untuk mendorong dan meningkatkan lagi kemampuan diri
dalam meneroka bidang perniagaan. Melalui pelbagai cabaran yang dihadapi yang teridiri
daripada faktor dalaman dan luaran . Cabaran dari faktor dalaman teridiri daripada
cabaran yang dihadapi organisasi perniagaan misalnya cabaran dalam memilih pembekal,

5
menhadapi pesaing dan mencari pelanggan. Manakala cabaran yang terdiri dari faktor
luaran adalah berdasarkan persekitaran luaran seperti penggunaan teknologi dalam
perniagaan, keadaan ekonomi semasa, sosiobudaya masyarakat dan kemudahan
prasarana.. Oleh hal yang demikian melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui
pelbagai cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam menguruskan perniagaannya.

Seterusnya, pemilik perniagaan Ema Bundle Collection ini bernama Rahma Binti
Tiling. Usahawan yang berusia 51 tahun ini telah berkecimpung dalam perniagaan bundle
sekitar 22 tahun. Puan Rahma menetap di kawasan bandar Tawau iaitu di Batu 3 1/2,
Jalan Apas Tawau Sabah. Puan Rahma ini telah melalui perjalanan hidup yang panjang
sebelum bangunkan perniagaan Ema Bundle Collection, iaitu memiliki pengalaman
bekerja pada usia 18 tahun, beliau mula bekerja di pasar raya untuk mencari sumber
pendapatan bagi menyara keluarganya, kemudian melanjutkan pekerjaan di kilang
elektronik pada usia 20 tahun.Apabila mencapai usia 23 tahun, Puan Rahma telah
melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang merupakan seorang peniaga
pakaian di kawasan kampung. Mereka telah mula berniaga pakaian terpakai dari rumah
ke rumah untuk mendapatkan pelanggan tetap.

Oleh sebab pakaian terpakai yang dijual oleh Puan Rahma dan suaminya
mempunyai kualiti yang masih bagus dan memiliki ramai pelanggan tetap menyebabkan
permintaan terhadap bahan terpakai meningkat.Hal ini telah menyebabkan perniagaan
Puan Rahma semakin berkembang dan mendorong beliau untuk membuka sebuah kedai
pakaian yang membolehkan lebih banyak jenis barangan terpakai yang boleh dijual yang
terletak di Batu 2, Bentol, Tawau Sabah. Namun seiring berlakunya perkembangan dalam
perniagaan Ema Bundle Collection menyebabkan beliau menambah beberapa cawangan
iaitu di Semporna dan Merotai Besar serta memiliki satu gudang di Batu 3 ½, Jalan Apas.
Bukan itu sahaja, Ema Bundle Collection juga telah menjadi pembekal kepada peniaga-
peniaga kecil yang turut menjalankan perniagaan yang sama iaitu perniagaan Bundle.

6
Ema Bundle Collection dapat menjadi pembekal besar kepada peniaga lain kerana
Puan Rahma memiliki sebuah Gudang Bundle Tawau yang terletak di Batu 3
berhampiran dengan Pasar Raya Instar. Barangan terpakai yang dijual dari Gudang ini
dijual dalam bentuk Bale mengikut kilogram yang berlainan harga. Perniagaan Ema
Bundle Collection mendapatkan barangan terpakai ini daripada pembekal Korea, Jepun
dan USA. Antara barang popular yang dibekalkan oleh Ema Bundle Collection ialah
seluar jeans, Kemeja Butang, seluar slack, T-shirt round neck, pakaian budak, pakaian
wanita, langsir, cadar tilam dan bantal dan pelbagai lagi.

Foto 1 : Bale pakaian terpakai

Sumber : Kajian Lapangan ( Diambil pada 14 Disember 2021 )

Perniagaan Ema Bundle Collection yang beroperasi di Merotai Besar Tawau,


turut menawarkan pelbagai barangan termasuk pakaian wanita, seluar sukan, pakaian
kanak-kanak, t-shirt lelaki, cadar tilam, seluar jeans, seluar slack, bag terpakai dan
sebagainya. Dalam hal ini, beliau juga dibantu oleh 2 orang pekerja dalam menjalankan
proses perniagaannya supaya berjalan dengan lancar. Puan Rahma menubuhkan
perniagaan Bundle di Kampung Merotai Besar kerana lokasi tersebut diyakini berpotensi
untuk menarik pelanggan lebih ramai untuk membeli bahan barangan terpakai. Hal ini
kerana terdapat ramai penduduk yang tinggal di kawasan tersebut amat gemar dalam

7
menggunakan barangan terpakai disebabkan harga yang lebih murah berbanding membeli
barangan baharu. Bukan itu sahaja, harga bagi setiap barangan yang ditawarkan dalam
perniagaan Ema Bundle Collection adalah berpatutan untuk semua pelanggan. Dengan
ini, pelanggan dapat menikmati pembelian yang lebih murah ketika membeli barangan
terpakai di kedai Ema Bundle Collection dengan kuantiti yang banyak.

Foto 2 : Kedai Ema Bundle Collection di Merotai Besar

Sumber : Kajian Lapangan ( Diambil Pada 15 Disember 2021 )

8
4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap
suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Kaedah kajian akan digunakan oleh
pengkaji untuk menganalisis dan mengumpul data bagi mencapai objektif yang
diinginkan. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji
dalam menjalankan kajian ini.

4.1 Kaedah Pengumpulan Data Primer


Data primer merupakan sumber yang diperoleh secara langsung dari sumber asli seperti
dari lapangan melalui kajian dan pemerhatian. Metod yang digunakan untuk
mendapatkan data primer adalah melalui kaedah temu bual dan pemerhatian.

4.1.1 Temu bual


Kaedah temu bual dilakukan ke atas sekumpulan peniaga terpilih yang dijadikan sebagai
sampel penyeidikan untuk mengumpul maklumat mengenai kajian yang dijalankan secara
lebih terperinci. Melalui temu bual ini juga, data yang diperolehi daripada pemerhatian
dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Temu bual yang dilakukan melibatkan dua orang
individu iaitu temu bual antara penyelidik dengan usahawan Rahma Binti Tiling yang
merupakan usahawan perniagaan Ema Bundle Collection yang ingin dikaji.

4.1.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang
dibina dan mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian yang dilakukan oleh
pengkaji adalah dengan membuat lawatan ke lokasi kajian, iaitu Kampung Jalan Tanah
Merah Merotai Besar, Tawau. Dalam proses pemerhatian, gambar-gambar yang relevan

9
dan bersesuaian telah diambil bagi memudahkan lagi proses kajian yang sedang
dijalankan. Gambar yang diambil juga secara tidak langsung boleh dijadikan bukti dalam
kajian pengkaji.

4.2 Kaedah Pengumpulan Data sekunder


Menurut Magbool dan Mohammad Abu Huzaifah (2012) data sekunder adalah data
yang diperoleh daripada pihak lain atau tidak langsung diperoleh oleh penelitian dari
subjek penelitian nya. Berdasarkan beberapa penelitian, sumber sekunder merupakan
bahan bertulis yang diperoleh daripada surat khabar, majalah, buku dan pamflet.
Pengkaji telah mengumpulkan maklumat melalui penggunaan data sekunder bagi
mendapatkan maklumat mengenai kajian yang ingin dikaji. Dalam kajian ini pengkaji
juga turut menggunakan kaedah laman sesawang dalam mengumpul maklumat.

4.2.1 Kaedah laman sesawang

Menurut Jameah (2012), laman sesawang bolehkan ditakrifkan sebagai satu pengantara
maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan
dengan teknologi internet dan multimedia. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam
bentuk HTML atau XHTML dan mempunyai pautan ke laman lain juga. Dalam kajian
ini, pengkaji menggunakan kaedah laman sesawang untuk mengumpulkan data sama
ada dalam bentuk kuantitatif mahupun kualitatif. Melalui penggunaan kaedah laman
sesawang pengkaji dapat memperoleh maklumat tambahan yang berkaitan dengan ciri,
peranan dan cabaran usahawan dalam menguruskan perniagaannya.

10
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai hasil dapatan kajian yang dilakukan ke atas
perniagaan Ema Bundle Collection bagi mengenal pasti ciri, peranan dan cabaran
usahawan Rahma Binti Tiling dalam menguruskan perniagaannya.

5.1 Mengenal pasti sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii yang berjaya.

Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti sifat-sifat peribadi yang
ada pada usahawan Rahma dalam menjalankan perniagaan Ema Bundle Collection serta
tabii yang berjaya yang dimiliki oleh beliau yang membolehkan perniagaan semakin
berkembang sehingga masa kini. Antara sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii
yang berjaya yang dimiliki oleh Puan Rahma adalah :

5.1.1 Mempunyai keyakinan diri

Menurut Majid Wahid Shaikh dan Kamarul Zaman Ahmad, (2018), keyakinan diri
difahami berperanan dalam membangunkan pemikiran dan tindakan seseorang dalam
komunikasi dan interaksi bersama struktur sosial dan fenomenologi tersebut mengikat
seseorang dengan seseorang yang lain. Justeru itu keyakinan diri dikatakan lebih bersifat
peribadi dan dinamik. Keyakinan diri juga ialah kepercayaan kepada diri sendiri. Dalam
erti kata lainnya dia akan yakin berjaya, yakin menang dan seribu keyakinan positif mesti
ada dalam hati (Adil, A.R. 2003). Tambahan pula, Keyakinan diri adalah percampuran
dari pemikiran dan perasaan keyakinan terhadap diri dengan erti kata lain merasakan
dengan baik akan keyakinan terhadap diri,atau berfikir dan bertindak atas dasar bahawa
diri sendiri mempunyai nilai dan berbagai pekerjaan (Al-Aqsar, Y. 2005).

11
Puan Rahma yang merupakan usahawan perniagaan Ema Bundle Collection
mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi sehingga beliau dapat terus memacu diri
untuk mengembangkan perniagaannya. Puan Rahma tidak bergantung pada nasib semata-
mata sebaliknya yakin terhadap usaha yang dilakukan dan bijak menilai kelemahan dan
kekuatan yang perlu ada untuk melebarkan sayap perniagaannya ke satu tahap yang lebih
tinggi. Walaupun Puan Rahma tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
dan tidak memiliki ilmu perniagaan yang banyak tetapi beliau memulakan perniagaan
dengan berbekalkan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam menjalankan
perniagaannya. Oleh sebab keyakinan yang ada pada diri Puan Rahma menyebabkan
berlaku kemajuan dalam perniagaan Ema Bundle Collection yang dijalankan d Kampung
Merotai Besar Jalan Tanah Merah misalnya peningkatan terhadap barang jualan bundle
serta peningkatan keuntungan setiap bulan.

Di samping itu, Puan Rahma juga turut mempunyai kepercayaan terhadap


kebolehan dan kemampuan diri untuk melakukan sesuatu. Dengan itu, segala perbuatan
yang dilakukan tanpa ragu-ragu disebabkan adanya keyakinan yang tinggi dalam diri
usahawan Rahma. Misalnya melalui keyakinan diri yang tinggi Puan Rahma telah berjaya
mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka cawangan baharu di Semporna,
Sabah. Oleh hal yang demikian, dapat dilihat bahawa Puan Rahma merupakan salah satu
usahawan berjaya yang mampu menanam keyakinan diri yang tinggi dalam kehidupan
sehariannya dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

5.1.2 Sanggup Berkorban

Sanggup berkorban bermaksud kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan


sesuatu. Dalam hal ini, salah satu perkara yang harus ada pada para peniaga adalah
sanggup berkorban. Ini kerana, sebagai seorang peniagaan atau usahawan banyak yang

12
perlu dikorbankan untuk memajukan perniaagaan. Sikap sanggup berkorban ini juga
mampu menjamin sebuah kejayan dalam sesuatu perkara yang sedang dilakukan.

Usahawan Rahma memiliki ciri-ciri usahawan yang sanggup berkorban dalam


menjalankan perniagaan Ema Bundle Collection. Hal ini dikatakan kerana terdapat
banyak perkara yang dikorbankan oleh beliau sepanjang mengurus perniagaannya. Salah
satu bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh Puan Rahma adalah sanggup berkorban
masa dalam mengurus perniagaan beliau. Hal ini dikatakan demikian kerana, Puan
Rahma tinggal di kawasan bandar iaitu di Batu 3 1/2 , Jalan Apas manakala lokasi
perniagaan Ema Bundle Collection beroperasi di Merotai Besar, Jalan Tanah Merah.
Oleh hal yang demikian, Puan Rahma terpaksa mengorbankan masa setiap hari untuk
datang ke kedai Ema Bundle yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan
dari bandar ke lokasi perniagaan bagi mengurus semua aktiviti perniagaan yang
dijalankan. Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup mengorbankan masa beliau sepenuhnya
untuk pelanggan tanpa mengira waktu sekiranya ada pelanggan yang ingin berjumpa dan
bertanya kepada Puan Rahma tentang perniagaan.

Selain itu, usahawan Rahma juga turut mengorbankan tenaga dalam menguruskan
perniagaan beliau. Hal ini kerana, sebelum mendapatkan pekerja beliau terpaksa
menguruskan perniagaan Ema Bundle Collection seorang diri. Beliau juga sentiasa
mempunyai tenaga yang kuat dalam memajukan perniagaannya. Buktinya Puan Rahma
sentiasa bekerja keras tidak kira siang dan malam dalam membangunkan Ema Bundle
Collection demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

5.1.3 Berdaya Saing

Menurut Lena Ellitan (2007) menyatakan bahwa definisi daya saing adalah kemampuan
suatu usaha (perniagaan) untuk memberi nilai lebih terhadap produknya dibandingkan

13
para pesaingnya dan nilai tersebut memang mendatangkan manfaat bagi pelanggan.
Berdaya saing juga dapat dilihat dalam diri usahawan yang mempunyai darjah persaingan
yang tinggi. Persaingan memerlukan keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap
usahawan akan bersaing untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, Puan Rahma mempunyai dua
pesaing yang beroperasi di kawasan lokasi perniagaan Ema Bundle Collection iaitu
Coboy Bundle dan Maslee Trading Bundle. Namun begitu, walaupun terdapat pesaing
yang menjual produk yang sama dengan Ema Bundle Collection, tetapi perkara tersebut
tidak mempengaruhi Puan Rahma untuk tidak berdaya saing sebaliknya beliau akan
sentiasa mencari jalan agar sentiasa relevan di dalam pasaran dan tidak ketinggalan
berbanding pesaingnya. Antara tindakan Puan Rahma dalam mengatasi pesaing-pesaing
perniagaannya adalah dengan meletakkan harga yang lebih rendah daripada harga yang
diberikan oleh pesaing tetapi masih berpatutan pada barangan terpakai yang di jual.
Dengan ini, Ema Bundle Collection dapat mengekalkan pelanggan tetap dan dapat
mengekalkan daya saing dalam pasaran.

Seterusnya, Puan Rahma juga dapat berdaya saing melalui cara pengurusan beliau
terhadap pelanggan yang cekap dan cepat. Dalam hal ini, untuk memastikan perniagaan
Ema Bundle Collection sentiasa memberikan layanan yang cukup baik kepada pelanggan
berbanding pesaing supaya sentiasa kekal di pasaran, Puan Rahma sentiasa cepat
bertindakbalas terhadap keperluan pelanggan.Ini kerana pelanggan menjadi keutamaan
dalam sebuah perniagaan. Oleh itu, Puan Rahma akan memastikan semua barangan
terpakai yang dijual kepada pelanggan dapat memenuhi citarasa dan permintaan
pelanggan sesuai dengan keinginan mereka.

5.1.4 Proaktif

14
proaktif merujuk kepada sikap yang diambil seseorang untuk mengatasi berbagai
keadaan, tidak hanya di tempat kerja tetapi juga dalam kehidupan peribadi setiap orang.
Menurut Stephan Covey (1989), seseorang yang bersikap proaktif mampu memberi jeda
(tempoh) antara datangnya rangsangan dengan keputusan untuk memberi tindak balas.
Pada saat jeda tersebut, seseorang yang proaktif dapat membuat pilihan dan mengambil
respon yang dipandang terbaik bagi dirinya. Usahawan Puan Rahma dikatakan
mempunyai sikap proaktif kerana beliau sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik
dalam mengatasi masalah dalam perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, Puan Rahma juga bersikap proaktif dalam menghadapi situasi
pandemik Covid-19 yang sedang melanda Malaysia pada masa kini di mana individu
yang paling terkesan akibat pandemik ini adalah para peniaga tempatan. Dalam hal ini,
Puan Rahma sentiasa mencari inisiatif yang terbaik bagaimana untuk memastikan
perniagaan Ema Bundle Collection tidak mengalami kerugian yang banyak dengan
melakukan lebih banyak kegiatan bersiaran langsung di media sosial seperti Facebook
untuk menjual bahan barangan terpakai. Dengan ini, kos dapat dijimatkan, pendapatan
dapat diperolehi dan masalah kerugian dapat diatasi.

5.1.5 Berstrategi

Strategi perniagaan adalah strategi yang dibingkai oleh pengurus perniagaan untuk
mengukuhkan prestasi keseluruhan perusahaan. Strategi ini boleh ditakrifkan sebagai
pelan bersepadu atau trik yang digunakan untuk mendapatkan kejayaan dalam urusan
tertentu. Dalam istilah perniagaan, strategi itu dilihat sebagai satu cara untuk mencapai
matlamat syarikat. Dalam perniagaan Ema Bundle Collection, Puan Rahma merupakan
individu yang akan membentuk strategi perniagaan supaya dapat berkembang pesat.

15
Antara strategi perniagaan yang dilakukan oleh Puan Rahma adalah dengan
menawarkan promosi harga jualan barang kepada pelanggan pada suatu masa tertentu
misalnya sempena Hari Menyambut Tahun Baru 2022. Melalui aktiviti promosi harga
yang dijalankan, perniagaan dapat menarik lebih ramai pelanggan yang tinggal di
kawasan Kampung Merotai Besar. Hal ini kerana, Puan Rahma sedia maklum bahawa
terdapat ramai pengguna yang akan mengunjungi kedai Ema Bundle Collection untuk
menikmati tawaran promosi harga yang diberikan. Dengan itu keuntungan perniagaan
dapat ditingkatkan. Oleh hal yang demikian dapat dilihat bahawa Puan Rahma
mempunyai strategi perniagaan yang kukuh dalam memajukan perniagaan nya.

16
5.2 Mengenal pasti kaedah dalam memulakan perniagaan dan sumber
pembiayaan serta kemudahan dan bantuan perniagaan Ema Bundle
Collection.

5.2.1 Memulakan Perniagaan Sendiri

Kaedah memulakan perniagaan sendiri memerlukan usahawan yang bersedia daripada


segi mental dan juga fizikal untuk membolehkan perniagaan yang ingin dijalankan
mampu berkembang pesat di pasaran.Dalam memulakan perniagaan sendiri, usahawan
perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin diceburi.Salah satu sebab
ramai usahawan memilih kaedah memulakan perniagaan sendiri ini kerana pemilik dapat
memiliki kebebasan untuk membuat keputusan mengenai perniagaan misalnya bebas
memilih lokasi perniagaan dan berpeluang membangunkan imej yang baik sejak awal
perniagaan ditubuhkan. Oleh itu, kaedah memulakan perniagaan sendiri ini sangat mudah
untuk dijalankan dan tidak memerlukan prosedur yang rumit untuk menubuhkan
perniagaan sendiri.

Pada awal permulaan perniagaan Ema Bundle Collection ditubuhkan di Merotai


Besar Jalan Tanah Merah, Puan Rahma telah menawarkan pelbagai bahan barangan
terpakai kepada penduduk di Merotai Besar. Antara produk yang ditawarkan pada awal
penubuhan perniagaan ini adalah pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, seluar slack dan
baju kemeja. Hal ini kerana, modal pada awal perniagaan hanyalah sedikit dan tidak
mampu untuk membeli banyak produk untuk dijual kepada pelanggan. Dalam hal ini,
salah satu faktor Puan Rahma memilih Kampung Merotai Besar Jalan Tanah Merah
sebagai lokasi perniagaan kerana beliau yakin terdapat ramai pengunjung yang akan
disasarkan untuk singgah di kedai Ema Bundle Collection. Bukan itu sahaja, sebelum

17
menubuhkan perniagaan ini juga, Puan Rahma telah menjalankan penyelidikan terlebih
dahulu mengenai seberapa banyak pelanggan yang gemar memakai barangan bundle ini.

Di samping itu, Puan Rahma juga terpaksa menyewa tapak perniagaan kepada
pemilik tanah yang bernama Ah Meng untuk menjalankan perniagaaan. Sewa bulanan
yang dikenakan oleh Encik Ah Meng kepada beliau adalah sebanyak RM1500 sebulan.
Namun begitu, setelah perniagaan Ema Bundle Collection mula dikenali oleh orang ramai
dan perniagaan mendapat sambutan baik daripada pelanggan menyebabkan keuntungan
perniagaan meningkat setiap hari. Oleh itu, Puan Rahma telah berhasrat untuk membeli
tapak perniagaan supaya beliau tidak bergantung lagi kepada pembayaran sewa tapak
perniagaan tersebut. Bukan itu sahaja, dalam kedai Ema Bundle Collection ini juga
terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pelanggan dengan bertujuan supaya
pelanggan dapat meningkatkan tahap kepuasan terhadap perniagaan. Antara kemudahan
yang disediakan adalah seperti tandas, bilik untuk bertukar pakaian dan ruang menunggu
untuk pelanggan.

5.2.2 Simpanan Sendiri

Simpanan adalah dana yang dipercayai oleh masyarakat (di luar bank) kepada bank
berlandaskan perjanjian penyimpanan dana. Simpanan menurut undang-undang
Perbankan (1998) adalah simpanan yang pengambilannya hanya dapat dilakukan menurut
syarat-syarat tententu yang telah dipersetujui bersama dengan pihak bank.

Perniagaan Ema Bundle merupakan perniagaan yang menjual barangan terpakai


(bundle) kepada pelanggan. Puan Rahma memilih untuk menjalankan perniagaan ini
kerana disebabkan terdapat ramai pengguna yang gemar menggunakan barang bundle
pada masa kini dan disebabkan oleh keunikan pada perniagaan. Puan Rahma memulakan
perniagaan ini dengan berbekalkan modal yang kecil sebanyak RM2000 yang diperolehi

18
daripada simpanan sendiri. Walaupun perniagaan ini bermula pada modal yang sedikit,
namun usahawan Puan Rahma mampu memajukan perniagaan Ema Bundle Collection ini
sehingga berkembang dan mampu membuka 2 cawangan perniagaan baharu yang terletak
di Kawasan Bentol Tawau dan di Semporna. Bukan itu sahaja, Puan Rahma
menggunakan simpanan sendiri untuk memulakan perniagaannya kerana kos yang
ditanggung untuk menjual barangan terpakai adalah tidak tinggi dan untuk mengelakkan
beliau daripada berhutang kepada bank-bank pinjaman.

5.2.3 Pinjaman

Namun begitu, seiring berlakunya perkembangan pada perniagaan Ema Bundle


Collection menyebabkan Puan Rahma memerlukan modal yang tinggi untuk
mengembangkan lagi perniagaan beliau. Oleh hal yang demikian, Puan Rahma telah
membuat pinjaman perniagaan kepada agensi kewangan iaitu agensi Amanah Ikhtiar
Malaysia yang bernjumlah RM30 000 supaya dapat memajukan lagi pernigaan Ema
Bundle Collection tersebut. Dalam hal ini, sebelum Puan Rahma mendapat kelulusan
pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, beliau perlu memenuhi syarat kelayakan
yang ditetapkan oleh agensi kewangan tersebut. Oleh sebab perniagaan mampu mencapai
keuntungan lumayan sebanyak RM25 500 sebulan dan rekod peribadi Puan Rahma
berada dalam keadaan baik, maka pinjaman dapat diluluskan dengan segera. Dengan
kemudahan pembiayaan dan pinjaman yang diberikan kepada usahawan Puan Rahma
mampu mendorong beliau untuk terus bergiat maju dalam mengembangkan perniagaan
Ema Bundle Collection. Bukan itu sahaja, kemudahan pinjaman ini juga mampu
membantu meringankan kos perbelanjaan yang ditanggung oleh Puan Rahma untuk
meneruskan perniagaannya.

19
5.3 Mengenal Pasti Peranan Usahawan Dalam Melaksanankan Fungsi
Pengurusan Perniagaan.

Usahawan merupakan individu yang bertanggungjawab merancang, mengorganisasi,


memimpin dan mengawal sumber-sumber manusia, kewangan, fizikal dan maklumat
dalam organisasi kearah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Peter Drucker
Pengurus adalah mereka yang memberi arahan kepada organisasi, memimpin dan
membuat keputusan tentang bagaimana dan cara-cara mana yang perlu menggunakan
segala sumber yang ada ke arah mencapai matlamatnya. Manakala peranan merupakan
satu set kelakuan yang sesuai dengan sesuatu jawatan yang disandang. Setiap pengurus
melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan dengan memainkan peranan-peranan yang
tertentu.

5.3.1 Pengorganisasian

Pengorganisasian merupakan proses penyusunan dan penyelarasan yang melibatkan


pengagihan sumber dan tugas dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah
organisasi. Menurut Stoner dan Walker (1986), pengorganisasian ialah satu proses di
mana aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai
matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. Selain itu, Menurut Jaafar Muhammad (1992),
pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan
dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat
dicapai. Bukan itu sahaja, pengorganisasian juga merupakan aktiviti yang terlibat dalam
struktur organisasi yang sesuai, memberikan tugas kepada pekerja dan mewujudkan
hubungan yang berguna antara pekerja dan tugas (Gatewood, Taylor dan Farell).

20
Puan Rahma merupakan pemilik perniagaan Ema Bundle Collection yang
bertanggungjawab sepenuhhya dalam membentuk organisasi dalam perniagaannya. Puan
Rahma memiliki 10 tenaga pekerja yang terdiri daripada pengurus pengeluaran, pengurus
pemasaran, kerana kewangan dan 7 orang ahli pekerja biasa. Puan Rahma membentuk
struktur organisasi mengikut fungsi masing-masing untuk mengelakkan perselisihan
faham dalam melakukan perkejaan serta untuk memastikan pekerja menjalankan tugas
mengikut tugas-tugas yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, semasa ketiadaan Puan
Rahma di premis perniagaan, kakitangan pekerja diberikan kepercayaan sepenuhnya
untuk menguruskan perniagaan. Ini bermakna Puan Rahma seorang usahawan yang
mesra dan sentiasa meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap para pekerjanya.

5.3.2 Kepimpinan

Menurut pendapat Koontz dan O’Donnel (1976) (dalam Razali Mat Zin,1996)
kepimpinan secara umumnya adalah pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi
manusia supaya mereka boleh bekerja secara sukarela ke arah pencapaian matlamat
bersama. Tambahan pula, menurut Robert Fulmer (1976) (dalam Al-Ramaiah (2009)
menjelaskan kepimpinan melibatkan kedua-dua kebolehan atau kekuatan untuk
meyakinkan orang lain untuk bekerja keras ke arah sesuatu untuk membantu mereka
mencapainya. Manakala menurut Dr.Mokhtar dalam buku Pengajian Perniagaan
Semester 2 mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan atau kemampuan seseorang
ketua mempengaruhi pihak atau individu lain supaya pihak lain dapat mengambil
tindakan Bersama seperti yang diinginkan oleh ketua.

Oleh hal yang demikian, Puan Rahma selaku ketua pemimpin dalam perniagaan
Ema Bundle Collection mampu mempengaruhi para pekerjanya untuk melakukan
pekerjaan dengan cekap. Dalam hal ini, Puan Rahma bertanggungjawab dalam
memastikan perniagaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu berdaya saing.
Bukan itu sahaja, beliau juga menunjukkan sikap yang baik supaya dapat menjadi
motivasi kepada para pekerjanya. Puan Rahma boleh dikatakan sebagai pemimpin yang

21
berkesan kerana mampu mengurus perniagaannya dengan cekap dan teratur. Beliau juga
akan memastikan semua pembahagian tugas kepada pekerja sentiasa adil supaya tidak
menimbulkan perasaan tidak puasa hati dalam diri pekerja yang lain. Di samping itu,
Puan Rahma juga merupakan seorang ketua yang sentiasa memberi sesuatu yang bernilai
kepada para pekerjanya sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan.
Misalnya, pekerja Ema Bundle Collection yang rajin membuat siaran langsung di laman
Facebook untuk mempromosikan barangan terpakai ( Bundle) akan mendapat bonus
tahunan.

22
5.4 Menganalisis Cabaran Dalam Perniagaan

 
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Tiada
kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya individu
yang tabah dan cekal mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh
dengan cabaran ini. Tambahan pula di zaman perkembangan teknologi masa kini
perkembangan teknologi masa ini telah menjadikan produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar.
Oleh itu terdapat beberapa cabaran yang perlu di tempuh oleh usahawan Rahma dalam
menjalankan perniagaannya.

5.4.1 Pelanggan.

Menurut Greenberg (2010), pelanggan atau customer adalah individua tau kumpulan
yang terbiasa membeli produk atau perkhidmatan berdasarkan keputusan mereka untuk
pertimbangkan faedah dan harga. Tambahan pula, definisi pelanggan yang lain, adalah
seseorang yang membeli sesuatu produk dan berinteraksi pada tempoh masa tertentu
untuk memenuhi keperluan mereka. Pelanggan memainkan peranan penting dalam
sesebuah syarikat, pelanggan merupakan kumpulan atau individu yang terlibat dalam
proses transaksi perniagaan yang terlibat dalam sektor produk atau perkhidmatan kerana
pelanggan adalah pihak yang menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
oleh sesebuah syarikat.

Pelanggan adalah indivdu yang menjadi keutamaan dalam perniagaan Ema


Bundle Collection. Oleh itu, memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan

23
perkhidmatan perniagaan Ema Bundle Collection menjadi cabaran yang perlu dihadapi
oleh Puan Rahma dalam menjalankan perniagaannya. Hal ini kerana terdapat segelintir
pelanggan yang sentiasa merungut mengenai harga yang ditawarkan oleh Ema Bundle
Collection menyebabkan imej perniagaan Puan Rahma terjejas. Bukan itu sahaja,
keuntungan perniagaan juga akan turut terjejas disebabkan kehilangan pelanggan tetap.
Oleh hal yang demikian, Puan Rahma perlu menangani cabaran ini dengan sentiasa
memastikan pelanggan mendapat layanan yang sebaiknya untuk memastikan perniagaan
kekal maju.

5.4.2 Pesaing

Menurut Robert, Pitts dan Charles C Snow (1986) Pesaing merupakan perniagaan lain
yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama kepada pelanggan dan harga
relatif sama. Firma-firma tersebut bersaing untuk menarik perhatian pelanggan melalui
pelbagai strategi seperti promosi dan pengiklanan, menawarkan harga yang lebih rendah
ataupun pembangunan dan pengeluaran produk baru.

Terdapat dua pesaing perniagaan Ema Bundle Collection iaitu Maslee Trading
Bundle dan Coboy Bundle yang beroperasi di sekitar lokasi perniagaan Puan Rahma.
Pesaing juga telah menjadi cabaran dalam perniagaan Ema Bundle Collection keran
terpaksa bersaing dalam menjual barangan yang sama. Oleh itu, Puan Rahma sentiasa
mengambil langkah terlebih dahulu untuk menghadapi para pesaing dalam
perniagaannya. Antara langkah yang di ambil oleh Puan Rahma untuk menhadapi
pesaingnya adalah dengan mengekalkan harga yang lebih rendah daripada harga pesaing
tetapi masih kekal kompetetif. Melalui strategi harga yang rendah ini, membolehkan
perniagaan Ema Bundle Collection mengekalkan pelanggan tetap dan memastikan
perniagaan sentiasa kekal dalam pasaran.

Selain itu, Puan Rahma juga turut memperbaharui strategi perniagaan beliau
dalam menghadapi pesaing-pesaing perniagaan Ema Bundle Collection. Misalnya, Puan

24
Rahma menggunakan platform laman sesawang untuk mempromosikan barang terpakai
bagi meningkatkan lagi jualan perniagaan beliau. Dalam hal ini, Puan Rahma juga akan
membuat siaran langsung di Facebook dua kali dalam seminggu sebagai strategi untuk
menjadikan perniagaan beliau lebih dikenali berbanding perniagaan pesaing.
5.4.3 Ekonomi

Secara umumnya, ekonomi merupakan ilmu tentang perilaku dan tindakan manusia untuk
memenuhi keperluan hidup yang mempunyai kehendak yang tidak terhad. Menurut
Adam Smith ekonomi ialah penyelidikan tentang keadaan dan sebab adanya kekayaan
negara. Manakala menurut Ronald A.Wykstra ekonomi didefinisikan sebagai studi
tentang cara-cara altenatif manusia dalam memilih untuk menggunakan sumber
pengeluaran yang produktif untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan di pasaran.

Kelangsungan sesebuah perniagaan bergantung terhadap keadaan ekonomi


semasa yang berlaku dalam sesebuah negara. Keadaan ekonomi yang berkembang secara
perlahan disebabkan pendemik Covid-19 yang bermula pada akhir tahun 2019 telah
menjadi cabaran perniagaan Ema Bundle Collection untuk meneruskan perniagaannya.
Hal ini kerana, disebabkan pendemik Covid-19, ramai masyarakat yang hilang
pendapatan menyebabkan kuasa untuk membeli turut berkurang. Bukan itu sahaja,
keuntungan perniagaan Ema Bundle Collection juga smeakin merosot disebabkan
keadaan ekonomi yang tidak menentu. Oleh itu, perniagaan Puan Rahma juga akan turut
terjejas dan akan melambatkan pertumbuhan perniagaan Ema Bundle Collection.

5.4.4 Sosiobudaya

Sosiobudaya adalah hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup, adat
istiadat, adat resam, moral, kesenian, kepercayaan dan sebagainya. Menurut Noriati
A.Rashid etal.(2017), sosial dikaitkan dengan masyarakat dan kemasyarakatan manakala
budaya pula ialah hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Oleh sebab itu
sosiobudaya dapat dijelaskan sebagai perkara yang dicipta oleh manusia dengan
pemikiran dan hati nurani untuk kehidupan kemasyarakatan. Sosiobudaya ialah amalan

25
yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi
kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

Oleh hal yang demikian, sosiobudaya telah menjadi salah satu cabaran dalam
perniagaan Ema Bundle Collection kerana terdapat segelintir masyarakat yang tidak
gemat akan penggunaan barangan terpakai. Hal ini akan menjejaskan perjalanan
perniagaan yang sedang di usahakan oleh Puan Rahma kerana wujud masyarakat yang
kurang berminat dengan pakaian bundle. Bukan itu sahaja, terdapat juga sikap penduduk
yang menilai perniagaan bundle ini merupakan perniagaan yang tidak memenuhi
keperluan dan kehendak masyarakat setempat. Oleh hal yang demikian, Puan Rahma
perlu mengambil langkah yang efektif bagi menarik minat masyarakat untuk membeli
barangan terpakai ini.

26
6.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti ciri-
ciri peribadi usahawan, peranan usahawan dalam menjalankan perniagaan dan cabaran
yang akan dihadapi oleh usahawan sepanjang menguruskan perniagaannya. Terdapat
beberapa ciri-ciri usahawan Puan Rahma yang didapati seperti seorang usahawan yang
mempunyai keyakinan yang tinggi, proaktif dan berstrategi. Manakala peranan usahawan
yang diketahui adalah berperanan dari segi pengorganisasian yang memastikan struktur
organisasi dibahagikan secara adil dan melalui kepimpinan yang mempu mempengaruhi
pekerja untuk melakukan pekerjaan. Daripada dapatan kajian yang diperolehi terdapat
cabaran yang dihadapi oleh perniagaan yang terdiri daripada persekitaran dalaman dan
persekitaran luaran.

Melalui hasil dapatan kajian menunjukkan Puan Rahma merupakan seorang


usahawan yang mempunyai sifat-sifat peribadi usahawan berjaya seperti mempunyai
keyakinan diri, sanggup berkorban dan berdaya saing. Beliau juga memiliki tabii
usahawan yang berjaya misalnya proaktif dan berstrategi.Hal ini menunjukkan bahawa
Puan Rahma mempunyai keperibadian usahawan yang mampu mempengaruhi perniagaan
Ema Bundle Collection untuk terus berkembang pesat di dalam pasaran.Tambahan pula,
beliau seorang usahawan yang mempunyai peranan dalam perniagaan Ema Bundle
Collection sebagai pemimpin kepada pekerjanya dan Puan Rahma juga turut berkuasa
dalam membentuk organisasi perniagaannya. Dalam hal ini Puan Rahma telah
memulakan perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal simpanan sendiri dan
kemudiaannya mula melakukan pinjaman untuk mendapatkan bantuan modal daripada

27
pihak pinjaman bagi menjalankan perniagaan Ema Bundle Collection.Seterusnya,
terdapat cabaran yang dihadapi oleh Puan Rahma semasa menjalankan perniagaannya.
Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah dari segi persekitaran dalaman yang
terdiri daripada pelanggan dan pesaing serta dari segi persekitaran luaran yang
dipengaruhi oleh ekonomi dan sosiobudaya.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan juga, pengkaji mencadangkan kepada


usahawan Puan Rahma untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan di bahagia
kaunter kewangan, misalnya menggunakan mesin tunai elektronik supaya dapat
mempercepatkan proses pembayaran dan dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan
terhadap pembelian mereka melalui resit yang dicetak daripada mesin tunai elektronik.
Selain itu, pengkaji juga berharap melalui kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan
lagi penglibatan generasi muda yang ingin menjadi usahawan dan mula menceburi
bidang perniagaan.

28

You might also like