You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN

Satu perniagaan adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk


menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan,
perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama.
Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk
untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan
perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan
mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan
satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko.
Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara.

Sehingga hari ini tiada satu definisi yang benar-benar tepat yang boleh diterima
pakai oleh semua terhadap istilah usahawan. Perkataan usahawan ini berkembang
bersama-sama dengan perkembangan teori keusahawaan itu. Menurut Cunningham,
persetujuan masih lagi belum dicapai mengenai istilah usahawan dan keusahawaan.
Definisi berbeza-beza telah mewujudkan ketidakseragaman pandangan mengenai
pengertian keusahawanan, apa yang usahawan lakukan, ciri-ciri seorang usahawan dan
apa yang perlu dipelajari untuk menjadikan seorang itu usahawan.

Tajuk kajian ini adalah kajian tentang ciri-ciri usahawan, peranan dan cabaran
usahawan dalam menguruskan Restoran Curry Leaf.

Kajian ini dilakukan bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi mata
pelajaran 946/4 yang mengkehendaki pelajar untuk menemu bual seorang usahawan
tempatan. Kajian ini merangkumi perkara-perkara berikut:

i) Ciri-ciri usahawan

ii) Bagaimana usahawan memula dan menjalankan perniagaan

iii) Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi

iv) Cabaran dalam perniagaan

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan empat objektif yang mampu dijadikan panduan
semasa menjalankan kajian ini. Objektif kajian adalah:

2.1 Mengkaji dua ciri-ciri usahawan dari aspek sifat-sifat peribadi usahawan
dan tabii orang yang berjaya.

2.2 Menjelaskan kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan


perniagaan dan sumber pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang
diterima bagi memulakan perniagaan.

2.3 Menganalisis dua peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi


pengurusan dalam organisasi.

2.4 Mengkaji dua cabaran usahawan dalam perniagaan dari aspek persekitaran
dalaman dan persekitaran luar organisasi.

2
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini merangkumi sifat-sifat peribadi usahawan berjaya dan tabii orang yang
berjaya. Antara sifat-sifat peribadi usahawan berjaya termasuklah inisiatif yang tinggi,
berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, keyakinan diri tinggi, bijak mengambil
peluang, lokus kawalan dalaman, berwawasan, dorongan ke arah kejayaan, sanggup
berkorban, berorientasikan masa hadapan dan bertanggungjawab. Menurut Barjoyai
Bardai (2000), seseorang itu dianggap menjadi usahawan jika ia berupaya berfikir secara
kreatif, mengenalpasti peluang perniagaan, menginovasi peluang perniagaan itu menjadi
satu rancangan perniagaan yang mampu untuk maju dan selanjutnya mengusahakan
perusahaan tersebut sehingga berjaya.

Kajian ini juga mengkaji bagaimana usahawan memulakan perniagaan. Terdapat


empat kaedah memulakan perniagaan iaitu memulakan sendiri, mengambil alih
perniagaan sedia ada, francais dan pakatan strategik. Menurut Jack Welch, pemimpin
perniagaan yang baik mencipta visi, mengutarakan visi, memiliki visi dengan penuh
ghairah dan memacunya hingga selesai tanpa henti. Kemudahan dan bantuan yang
diterima usahawan juga dititikberatkan dalam kajian ini. Pelbagai bentuk kemudahan dan
bantuan yang boleh didapati oleh usahawan seperti bantuan kewangan, tapak kilang,
khidmat nasihat dan perundingan dan pembangunan usahawan. Menurut Kalsom (2007),
usahawan dan bakal usahawan hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan
berkenaan aspek pengurusan kewangan bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Dalam kajian ini, pengkaji juga menekankan aspek peranan usahawan dalam
fungsi pengurusan. Terdapat empat fungsi pengurusan iaitu perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Menurut Wan Liz Ozman Wan Omar
dan Sulzari Mohamed (2002), berpendapat bahawa kejayaan seseorang usahawan adalah
berdasarkan kepada tahap keupayaan pengurusan, ketinggian daya inovasi, kecekepan
menghitung risiko, kecepatan mencekup peluang-peluang, kepintaran membuat
keputusan, kemesraan untuk melayan pelanggan dan kekukuhan rangkaian serta
keakraban hubungan dengan pembekal dan stakeholders.

Kajian yang dijalankan turut melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh


usahawan dari aspek persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Contoh bagi cabaran

3
persekitaran dalaman ialah pelanggan, pembekal, pembiaya, kerajaan dan pekerja.
Contoh bagi cabaran persekitaran luaran ialah ekonomi, politik dan perundangan,
sosiobudaya, teknologi, persaingan dan jaringan dan prasarana. Menurut Amirul dan
Mujaheed (2018), cabaran utama usahawan di Malaysia adalah persaingan yang kian
mencabar dan mendesak kerana perlu memenuhi kehendak pelanggan yang mengikuti
peredaran masa dan bersaing dalam industri yang penuh dengan pesaing berpengalaman.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian terhadap Restoran Curry Leaf.
Pemilik bagi restoran tersebut ialah Encik Thanabalan A/L Thamathiram Pillai. Bentuk
perniagaan tersebut ialah milikan tunggal.

4
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah :

4.1 Data Primer

4.1.1 Temu Bual

Dalam kajian ini, pengkaji mendapatkan maklumat melalui kaedah temu bual.
Hasil temu bual akan dirakam (rujuk lampiran) dan dipindahkan dalam bentuk
transkrip penuh (rujuk lampiran) untuk tujuan analisis data.

4.2 Data Sekunder

4.2.1 Buku

Menurut Kamus Dewan Bahasa, buku ialah helaian kertas berjilid yang berisi
tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong
untuk ditulis. Buku yang digunakan oleh pengkaji ialah buku teks pengajian
perniagaan Modul Terapi Minda semester 2 dan buku teks pengajian perniagaan
Modul Terapi Minda semester 3 untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
kajian yang pengkaji menjalankan seperti fungsi pengurusan, cabaran persekitaran
dalaman dan luaran, cara usahawan memulakan perniagaan dan sifat-sifat peribadi
usahawan yang berjaya.

4.2.2 Jurnal

Menurut Kamus Dewan Bahasa, buku ialah terbitan atau majalah berkala yang
khusus bagi sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu. Jurnal digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai citation dan pengkajian secara
mendalam.

4.2.3 Majalah

Menurut Kamus Dewan Bahasa, majalah ialah terbitan berkala yang


mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto. Pengkaji menggunakan majalah
untuk mendapatkan maklumat tentang citation dan membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat mengenai perniagaan yang dikajinya jika ada.

5
4.2.4 Akhbar

Menurut Kamus Dewan Bahasa, akhbar ialah berita, warta atau surat khabar,
harian. Akhbar digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang
perniagaan yang dikajinya.

4.2.5 Sumber Internet

Menurut Kamus Dewan Bahasa ialah rangkaian komputer antarabangsa yang


membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama
lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Pengkaji
menggunakan internet sebagai sumbernya untuk mendapatkan maklumat
mengenai citation, perniagaan yang dikajinya dan membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat mengenai kajiannya secara mendalam.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Mengkaji dua ciri-ciri usahawan dari aspek sifat-sifat peribadi usahawan dan tabii
orang yang berjaya

5.1.1 Sifat-sifat Peribadi Usahawan

i. Inisiatif yang Tinggi

Usahawan sememangnya perlu mempunyai sifat inisiatif yang tinggi.


Citation. Berdasarkan kepada hasil temu bual usahawan, sifat inisiatif yang tinggi
wujud dalam diri usahawan yang dikaji. Beliau menghidangkan makanan “Fish
Head Curry” dalam restoran beliau. Hidangan ini adalah sangat terkenal bukan
hanya di Malaysia tetapi sangat terkenal sehingga ke negara Australia. Dalam
hidangan tersebut, beliau menggunakan ikan yang terbaik dan mahal iaitu ikan
Gina. Bukan itu sahaja, untuk menarik minat Orang Cina dan Orang Melayu
untuk menjamu selera di restoran beliau, beliau menghidangkan hidangan ini
disebabkan mereka gemar akan hidangan tersebut. Berikut merupakan petikan
temu bual:

“…baik, yang pertamanya adalah hidangan Fish Head Curry dalam


kedai saya. Hidangan ini terkenal sehingga Australia. Saya menggunakan ikan
Gina kerana ia merupakan ikan yang terbaik dan mahal. Majoriti yang makan
kepala ikan adalah orang Cina dan Melayu, untuk menarik mereka saya
menghiburkan hidangan ini….”

Selain daripada inisiatif yang tinggi, sifat inovatif juga dilihat wujud
dalam diri usahawan.

ii. Inovatif

Usahawan sememangnya perlu mempunyai sifat inovatif. Menurut Mohamad


Ayub bin Ariffin dan Radin Siti Aishah binti Radin A. Rahman (2019), usahawan
yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yang sentiasa ingin
memperkembang dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. Berdasarkan

7
kepada hasil temu bual usahawan, sifat inovatif wujud dalam diri usahawan yang
dikaji. Beliau mengatakan bahawa jika hendak melakukan pembaharuan,
memperkenalkan produk baharu. Beliau juga mengatakan bahawa untuk produk
sedia ada, menukarkan cara persembahan produk. Beliau memberitahu yang jika
pelanggan datang ke restoran setiap hari, pelanggan boleh nampak perbezaan cara
persembahan makanan kerana beliau pada setiap hari akan menukarkan cara
persembahan makanan. Beliau akan meletakkan bahan perasa dan banyak lagi
untuk mengagumkan lagi persembahan makanan. Berikut merupakan petikan
temu bual:

“…jika hendak melakukan pembaharuan, memperkenalkan produk


baharu. Untuk produk sedia ada, menukarkan cara persembahan produk. Jika
kamu datang ke restoran, setiap hari saya akan menukarkan cara persembahan
makanan. Kamu kena buat makanan dari segi persembahan lebih mengagumkan
dengan meletakkan bahan perasa dan sebagainya….”

5.1.2 Tabii Orang yang Berjaya

i. Berfikiran menang-menang

Usahawan sememangnya perlu mempunyai sifat berfikiran menang-menang.


Menurut Stephen Covey (1989), berfikiran menang-menang merupakan rangka
pemikiran dan perasaan yang sentiasa mencari faedah bersama dalam semua
interaksi manusia. Berdasarkan kepada hasil temu bual usahawan, sifat berfikiran
menang-menang wujud dalam diri usahawan yang dikaji. Beliau mengatakan
bahawa yang semasa beliau menjalankan perniagaan, banyak kedai baharu sedang
dibuka. Pelanggan yang menjamu selera di kedai beliau akan memberitahu beliau
yang dia mempunyai pesaing di merata tempat. Selepas itu, beliau maklumkan
kepada pelanggan tersebut yang mereka bukan pesaing beliau dan beliau tidak
mempunyai pesaing. Beliau juga memaklumkan kepada pelanggan tersebut untuk
pergi ke kedai mereka untuk mencuba makanan mereka. Berikut merupakan
petikan temu bual:

8
“…semasa saya menjalankan perniagaan, banyak kedai baharu sedang dibuka.
Pelanggan akan datang pada saya dan beritahu yang saya ada pesaing sini dan
san. Saya beritahu mereka, mereka bukan pesaing saya dan saya tidak ada
pesaing. Malah saya beritahu mereka juga untuk pergi ke kedai mereka untuk
merasakan makanan mereka….”

Seterusnya, beliau juga mengatakan yang pelanggan tersebut ada hilang buat
sementara tetapi akhirnya mereka kembali juga kepada restoran beliau untuk
menjamu selera. Walaupun beliau tahu yang pelanggan tersebut ada pergi cuba
makanan restoran lain, beliau tetap tidak bertanya kepada pelanggan tersebut
bagaimana makanan kedai lain sebab beliau mengatakan yang itu bukan urusan
beliau. Beliau juga mengatakan yang beliau sepatutnya memperbaiki diri sendiri
dan restoran beliau dan bukannya ambil hal kedai orang lain. Beliau juga
mengatakan yang untuk mengalahkan atau mengatasi pesaing, beliau perlu
bertambah baik dan bukannya berasa takut pada mereka. Berikut merupakan
petikan temu bual:

“…buat sewaktu mereka hilang tetapi mereka datang balik juga ke restoran saya.
Setiap kali mereka datang balik ke restoran. Saya tidak bertanya kepada
pelanggan macam mana makanan kedai lain kerana itu adalah bukan urusan
saya. Saya sepatutnya memperbaiki diri saya dan restoran saya dan bukannya
ambil hal mereka. Untuk mengalahkan pesaing, saya perlu bertambah baik dan
bukannya takut pada mereka….”

Selain itu, beliau memaklumkan yang jika sesiapa ambil beliau sebagai pesaing
mereka, itu adalah masalah mereka. Jika mereka menghidangkan jenis makanan
yang sama seperti beliau, beliau amat mempersilakan kerana ini adalah dunia
bebas. Beliau juga mengatakan jika anda ingin melakukan sesuatu yang istimewa,
beliau juga amat mempersilakan. Berikut merupakan petikan temu bual:

“…jika sesiapa ambil saya sebagai pesaing mereka, itu adalah masalah mereka.
Saya menghidangkan makanan saya dan jika kamu juga menghidangkan jenis

9
makanan yang sama seperti saya, silalah. Ini adalah dunia bebas. Jika kamu
ingin melakukan sesuatu yang istimewa, amat dipersilakan….”

ii Bersikap Proaktif

Usahawan sememangnya perlu mempunyai sifat bersikap proaktif.


Menurut Stephen Covey (1989), seseorang individu yang proaktif ialah individu
yang berinisiatif yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya.
Individu ini akan bertindak tanpa menunggu arahan daripada ketua untuk
melaksanakan tanggungjawabnya. Berdasarkan kepada hasil temu bual usahawan,
sifat bersikap proaktif wujud dalam diri usahawan yang dikaji. Beliau selalu pesan
kepada pekerja beliau untuk tidak bertikai dengan pelanggan dan beliau juga
selalu pesan kepada penyelia beliau jika terdapat sesuatu masalah, pergi
menyelesaikannya dengan segera. Beliau juga mengatakan bahawa beliau
mengambil tanggungjawab untuk melatih penyelia restoran beliau untuk
mengambil tindakan dengan sendiri tanpa perlu beliau ada di restoran beliau
sepanjang masa dan menyelesaikannya dengan segera. Berikut merupakan petikan
temu bual:

“…saya selalu pesan kepada pekerja saya untuk tidak bertikai dengan
pelanggan dan saya juga selalu pesan kepada penyelia saya jika terdapat sesuatu
masalah, kamu pergi dan selesaikannya dengan segera. Untuk penyelia restoran
saya, saya telah mengambil tanggungjawab untuk melatih dia untuk mengambil
tindakan dengan sendiri tanpa perlu saya ada di sana sepanjang masa dan
menyelesaikannya dengan segera….”

5.2 Menjelaskan kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan


perniagaan dan sumber pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima
bagi memulakan perniagaan

5.2.1 Kaedah Memulakan Perniagaan

10
Hasil daripada temu bual yang dilakukan mendapati bahawa usahawan
menjalankan perniagaan secara fizikal iaitu mempunyai premis perniagaan.
Menurut Muhamamd Zulhafizi Mohd Yusof, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul
Malek dan Ali Salman (2020), usahawan muda yang berjaya bukan sahaja
mencipta perniagaan baharu malahan meningkatkan peluang pekerjaan dan
sebagainya. Usahawan yang dikaji memulakan perniagaan dengan memulakan
sendiri. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 1996 yang bernama Curry Leaf
Restaurant dan restoran ini adalah milikan tunggal sehingga tahun 2009 dan
selepas itu beliau menukarkan kepada sendirian berhad pada tahun 2012. Berikut
merupakan petikan temu bual:

“Saya memulakan perniagaan ini pada tahun 1996 yang bernama Curry Leaf
Restaurant dan restoran ini adalah milikan tunggal sehingga pada tahun 2009
dan selepas itu saya menukarkan kepada sendirian berhad pada tahun 2012….”

5.2.2 Sumber Pembiayaan

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, sumber modal yang digunakan


untuk membuka perniagaan usahawan yang dikaji adalah melalui tabungan atau
simpanan daripada perniagaan yang dijalankannya sebelum memulakan
perniagaan restoran. Menurut Mayrilin Amirul, Remali Yusoff dan Dullah Mulok
(2017), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya dalam menyelesaikan masalah
bagi mereka yakni usahawan yang tidak berkemampuan dari segi kewangan,
modal atau dana bagi membina dan membangunkan perniagaan tidak kira ianya
dijalankan secara kecil-kecilan atau sederhana atau secara besar-besaran. Beliau
sebelum memulakan perniagaan, beliau pernah bekerja dengan sebuh firma Jepun.
Gaji yang beliau dapat semasa bekerja di sana dijadikan sebagai simpanan. Bukan
itu sahaja, beliau juga ada menjalankan perniagaan-perniagaan yang lain sebelum
memulakan perniagaan restoran dan wang-wang daripada perniagaan-perniagaan
tersebut dijadikan sebagai simpanan. Simpanan daripada gaji dan wang-wang

11
perniagaan-perniagaan tersebut dijadikan sebagai modal untuk membuka
perniagaan restoran. Berikut merupakan petikan temu bual:

“Baik, macam ini ceritanya, dulu sebelum saya memulakan perniagaan, saya
bekerja dengan sebuah firma Jepun. Simpanan daripada gaji yang saya dapat
semasa bekerja di sana dan wang-wang perniagaan-perniagaan lain yang saya
menjalankan dijadikan sebagai modal untuk membuka restoran saya ini….”

5.2.3 Kemudahan dan Bantuan

Dalam kajian ini, usahawan juga ada menerima pelbagai kemudahan dan bantuan
sepanjang menjalankan perniagaan.

i. Bantuan kewangan
Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, bantuan kewangan yang
digunakan untuk membuka perniagaan usahawan yang dikaji adalah
melalui tabungan atau simpanan daripada perniagaan yang dijalankannya
sebelum memulakan perniagaan restoran. Menurut Mayrilin Amirul,
Remali Yusoff dan Dulloh Mulok (2017), pihak kerajaan telah memainkan
peranan penting dengan sentiasa berusaha untuk menyalurkan dana
berterusan dalam bajet kerajaan bagi memastikan agar golongan
masyarakat terutamanya usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terus
mendapat manfaat. Beliau sebelum ini ada menjalankan perniagaan sendiri
iaitu beliau membuat video. Selepas itu, belian menjalankan perniagaan
kasut. Semua perniagaan tersebut dijalankan secara syarikat dan bukannya
secara individu. Nama kedai video beliau ialah NS Video manakala nama
kedai kasut beliau pula ialah Luck Rich World Trade. Nama restoran
beliau pula ialah Restoran Curry Leaf. Beliau mengatakan bahawa semua

12
hasil wang daripada kedai video dan kedai kasut digunakan untuk
membuka restoran beliau. Berikut merupakan petikan temu bual:

“…sebelum ini saya ada menjalankan perniagaan sendiri, saya buat


video. Selepas itu, saya buat perniagaan kasut. Semua itu dijalankan
secara syarikat bukan individu. Kedai video saya bernama NS Video.
Kedai kasut saya pula bernama Luck Rich World Trade dan nama
restoran saya ialah Restoran Curry Leaf. Semua hasil wang daripada
kedai video dan kedai kasut digunakan untuk membuka restoran saya….”

5.3 Menganalisis dua peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan


dalam organisasi

i. Perancangan

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, perancangan yang


digunakan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi
usahawan yang dikaji adalah perancangan jangka pendek iaitu
perancangan kewangan. Menurut Audia dan Rider (2005) dalam kajian
Ishak Yussof et al. (2001) mengatakan faktor pengetahuan dan kemahiran
terhadap usahawan muda mengenai peluang dan potensi yang dimiliki
oleh sesuatu industri. Ini bagi membolehkan usahawan berpandangan jauh
berdasarkan pengetahuan perniagaan yang dimiliki serta kemahiran dalam
membuat perancangan dan strategi bagi mencapai kejayaan perniagaan.
Beliau akan menggunakan satu formula matematik untuk semua
perancangan kewangan. Beliau membuat satu contoh iaitu mengira margin
keuntungan dan risiko dalam perniagaan. Beliau mengatakan bahawa
beliau akan memastikan beliau dapat menanggung 80% risiko agar risiko
tersebut tidak gagal. Berikut merupakan petikan temu bual:

13
“…saya akan menggunakan satu formula matematik untuk semua
perancangan kewangan. Contohnya, mengira margin keuntungan
dan risiko dalam perniagaan. Saya akan memastikan saya dapat
menanggung 80% risiko agar risiko tersebut tidak gagal….”

Bukan itu sahaja, perancangan jangka panjang juga digunakan dalam


melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi usahawan yang dikaji.
Beliau mengatakan bahawa beliau buat masa ini ingin tidak ada
perancangan pengembangan tetapi beliau dan anak beliau yang
menguruskan cawangan kedua di Damansara sedang dalam perbincangan
sama ada untuk membuka cawangan baharu di tempat lain. Berikut
merupakan petikan temu bual:

“…untuk buat masa sekarang saya tiada perancangan untuk


mengembangkan perniagaan tetapi saya dan anak saya yang
menguruskan cawangan kedua di Damansara masih dalam perbincangan
untuk membuka lagi cawangan di tempat lain….”

ii. Pengorganisasian

Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, perancangan yang


digunakan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi
usahawan yang dikaji adalah jawatan-jawatan yang terdapat
perniagaannya. Menurut Muhamamd Zulhafizi Mohd Yusof, Zurinah
Tahir, Jalaluddin Abdul Malek dan Ali Salman (2020), pengurusan
organisasi dan kerjasama jaringan luar serta faktor persekitaran perniagaan
yang sedikit sebanyak mempengaruhi usahawan. Beliau mengupah
seorang penyelia untuk menyelia restoran beliau. Beliau juga mengurus
restoran beliau. Beliau mengatakan bahawa setiap kali sebelum makanan
dihidangkan kepada pelanggan, beliau akan merasakannya dahulu supaya
tidak berlaku sebarang masalah dengan rasa makanan terutamanya nasi

14
campur. Beliau juga akan memastikan yang semua makanan yang
dihidangkan menepati pada standard yang ditetapkan. Bukan itu sahaja,
beliau juga ada lebih kurang 20 orang pekerja di bawahnya. Berikut
merupakan petikan temu bual:

“…saya ada mengupah seorang penyelia untuk menyelia restoran saya.


Saya juga mengurus restoran saya. Setiap kali sebelum makanan
dihidangkan kepada pelanggan, saya akan merasakannya dahulu supaya
tidak berlaku sebarang masalah dengan rasa makanan terutamanya nasi
campur. Saya akan memastikan semua rasa makanan tepati pada
standard yang saya tetapkan. Saya ada lebih kurang 20 orang pekerja di
bawah saya….”

5.4 Mengkaji dua cabaran usahawan dalam perniagaan dari aspek persekitaran
dalaman dan persekitaran luar organisasi

5.4.1 Persekitaran Dalaman

i. Pelanggan/Pengguna

Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap usahawan, cabaran


dalaman yang dihadapi ialah cita rasa pengguna. Menurut Barjoyai (2002)
dan Norashidah et al. (2008), pelanggan merupakan raja dalam urusniaga
dan perniagaan. Beliau mengatakan bahawa jika ada pelanggan yang tidak
berasa puas hati, boleh memaklumkan kepada beliau dan beliau akan
mengambil kira ketidakpuasan hati pelanggan tersebut. Beliau akan
menilai daripada ketidakpuasan hati pelanggan tersebut sama ada
pelanggan tersebut beritahu perkara yang betul atau salah. Berikut
merupakan petikan temu bual:

“…jika ada yang tidak berasa puas hati, boleh maklumkan kepada
saya dan saya akan ambil kira tidak puas hati kamu. Saya akan

15
menilai daripada tidak puas hati kamu dan tengok sama ada kamu
cakap betul atau salah….”

I ii. Pekerja

Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap usahawan, cabaran


dalaman yang dihadapi ialah pekerja. Menurut Suraiya Ishak, Abdullah
Samusi Othman, Amal Hayati dan Mohd Fauzi Mohd Jani (2012),
organisasi mula mendelegasi autoriti kepada unit atau fungsi bawahan
bagi memudahkan aktiviti penciptaan nilai organisasi. Ini bertujuan
menggalakkan tingkah laku inovatif di kalangan seluruh ahli organisasi.
Walau bagaimanapun sampai ke satu tahap, kebebasan tersebut membawa
kepada situasi luar kawalan apabila pekerja atau pengurus bawahan mula
tersasar daripada landasan kepentingan organisasi.Beliau mengatakan
bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlaku, beliau terpaksa
hantar segelintir pekerja balik ke negara asal mereka. Berikut merupakan
petikan temu bual:

“…selepas itu, satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan berlaku, saya


terpaksa hantar segelintir pekerja balik ke negara asal mereka….”

5.4.2 Persekitaran Luaran

i. Ekonomi

Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap usahawan, cabaran


luaran yang dihadapi ialah undang-undang yang ditetapkan kepada
perniagaan semasa pandemik Covid-19. Menurut Hasnah Ali, Norhafizah
Abdul Razak dan Sanep Ahmad (2010), usahawan merupakan pemangkin
kepada kemajuan pesat ekonomi serantau. Beliau mengatakan bahawa
yang beliau mengalami masalah semasa ketidakstabilan ekonomi semasa
pandemik Covid-19. Disebabkan itu, tugasan untuk pekerja melakukan
tidak mencukupi dan kesannya berlakunya lambakkan pekerja. Beliau

16
memaklumkan bahawa beliau mempunyai 10 orang pekerja dan pelanggan
tidak boleh duduk dan makan di restoran, hanya boleh bungkus dan bawa
balik dan makan. Oleh itu, pekerja tidak mempunyai tugasan banyak dan
hanya duduk sahaja di restoran beliau. Oleh itu, beliau menetapkan
pekerja untuk bekerja secara berganti. Walaupun pekerja bekerja secara
berganti, beliau tetap memberi gaji yang penuh. Selepas makan di restoran
dibenarkan, semua pekerja kembali bekerja seperti asal. Berikut
merupakan petikan temu bual:

“Ya, ada. Tidak mencukupi tugasan untuk pekerja melakukan. Pekerja


yang berlambak. Contohnya, saya mempunyai 10 orang pekerja,
pelanggan tidak boleh duduk dan makan di restoran, hanya boleh
bungkus dan bawa balik dan makan. Pekerja semua duduk satu tempat
sahaja. Bila kamu tengok orang duduk satu tempat sahaja, kamu akan
berasa jengkel. Kamu akan buat apa? Saya akan menyuruh mereka
bekerja secara berganti. Saya tetap beri mereka gaji penuh. Selepas
makan di restoran dibenarkan, semua pekerja kembali….”

ii. Persaingan dan Jaringan

Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap usahawan, cabaran


luaran yang dihadapi ialah pesaing. Menurut Deirdre Anney Miun dan
Doris Jelly (2019), perkembangan pengetahuan dan teknologi maklumat
pada masa kini telah menyebabkan persaingan dalam perniagaan yang
sangat luas dalam semua organisasi. Menurut Maisarah Che Ahmed dan
Sarmila Md Sum (2017), jaringan wujud apabila adanya interaksi atau
hubungan kedua seseorang individu. Beliau mengatakan bahawa beliau
tidak menganggap pesaing beliau sebagai pesaing tetapi sebagai usahawan
yang sama seperti beliau untuk mencari nafkah. Beliau juga mengatakan
bahawa usahawan yang lain juga menghidangkan makanan yang hampir
sama dengan beliau. Beliau mengatakan bahawa dari segi makanan, boleh
dianggap sebagai persaingan dan juga jaringan. Hal ini kerana jika

17
makanan di restoran beliau telah habis, beliau boleh mencadangkan
kepada pelanggan untuk menjamu selera di kedai usahawan yang
menghidangkan makanan yang hampir jenis sama. Berikut merupakan
petikan temu bual:

“…sebenarnya seperti saya kata tadi, saya tidak menganggap pesaing


saya sebagai pesaing tetapi sebagai usahawan seperti saya yang mencari
makan. Ya, mereka juga ada menghidangkan makanan yang lebih kurang
sama dengan saya. Dari segi makanan, boleh dikatakan persaingan dan
juga jaringan. Sebab saya kata jaringan kerana jika di restoran saya
makanan telah habis, saya boleh mencadangkan pelanggan pergi ke
restoran yang menghidangkan makanan yang hampir jenis sama….”

18
6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, pengkaji melakukan kajian terhadap usahawan Encik


Thanabalan A/L Thamathiram Pillai yang menjalankan perniagaan restoran iaitu
Restoran Curry Leaf di Seremban. Dalam kajian, terdapat empat objektif kajian. Objektif
kajian yang pertama ialah mengkaji dua ciri-ciri usahawan dari aspek sifat-sifat peribadi
usahawan dan tabii orang yang berjaya. Dalam objektif ini, kajian mendapati Encik
Thanabalan menpunyai sifat-sifat peribadi seperti inisiatif yang tinggi dan inovatif.
Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai tabii orang yang berjaya seperti berfikiran
menang-menang dan bersikap proaktif. Objektif kajian yang kedua ialah menjelaskan
kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan dan sumber
pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan.
Dalam objektif ini, beliau memulakan perniagaan dengan memulakan sendiri. Beliau
menggunakan tabungan atau simpanan beliau sebagai sumber pembiayaan dan
kemudahan dan bantuan untuk memulakan perniagaan Restoran Curry Leaf. Objektif
yang ketiga ialah peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam
organisasi. Dalam objektif ini, beliau melakukan perancangan untuk perniagaan beliau
seperti perancangan kewangan dan perancangan jangka panjang. Beliau juga melakukan
pengorganisasian dalam perniagaan beliau seperti mengupah penyelia untuk menyelia
restoran beliau dan terdapat 20 orang pekerja di bawah beliau. Objektif yang keempat
ialah mengkaji dua cabaran usahawan dalam perniagaan dari aspek persekitaran dalaman
dan persekitaran luar organisasi. Dalam objektif ini, cabaran yang beliau menghadapi

19
daripada aspek persekitaran dalaman ialah pelanggan atau pengguna dan pekerja.
Cabaran yang beliau menghadapi daripada aspek persekitaran luaran ialah ekonomi dan
persaingan dan jaringan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji ingin mencadangkan


beberapa cadangan untuk menambah baik prestasi perniagaan Encik Thanabalan iaitu
Restoran Curry Leaf.

Antara cadangan yang pengkaji ingin cadangkan ialah menggunakan teknologi


canggih yang mampu digunakan dalam perniagaan restoran. Teknologi canggih mampu
membantu dalam menamah baik prestasi perniagaan. Teknologi canggih seperti “Tab”
boleh digunakan untuk mencatatkan atau mengambil pesanan pelanggan. Pesanan
tersebut selepas dimasukkan ke dalam “Tab” akan dipaparkan pada skrin di dapur untuk
cef mula memasak pesanan pelanggan dengan segera. Cef restoran tersebut tidak perlu
menunggu pelayan untuk memberikan pesanan kepadanya.

Seterusnya, cadangan yang kedua yang pengkaji ingin cadangkan ialah membuat
tawaran penghantaran makanan secara pantas dan murah. Hal ini akan menyebabkan
ramai pelanggan tertarik dengan tawaran. Pelanggan akan membeli makanan daripada
restoran kajian sahaja disebabkan tawaran yang ditawarkan. Hal ini juga dapat
menyebabkan perniagaan usahawan mengaut keuntungan yang banyak disebabkan oleh
pesanan yang banyak. Usahawan perniagaan kajian harus memastikan yang tawaran yang
ditawarkan tidak membawa kerugian terhadap perniagaan.

Selain itu, cadangan yang ketiga yang pengkaji ingin cadangkan ialah
meningkatkan pilihan makanan dalam menu restoran. Hal ini kerana untuk menarik minat
pelanggan yang ramai untuk menjamu selera di restoran kajian. Dengan berbuat
demikian, perniagaan usahawan tersebut dapat menambah baik prestasi.

Di samping itu, cadangan yang keempat yang pengkaji ingin cadangkan ialah
menyediakan promosi dalam sesuatu tempoh. Usahawan perniagaan boleh menyediakan
diskaun harga untuk makanan dalam restoran untuk beberapa jam sehari untuk setiap hari
seperti dalam Bahasa Inggeris “Happy Hour”. Hal ini dapat menarik minat ramai
pelanggan dalam tempoh tersebut. Beliau juga boleh menyediakan promosi dengan cara

20
menyediakan set makanan dalam harga yang berpatutan. Dalam set makanan tersebut
boleh mengandungi satu hidangan nasi, satu hidangan sayur, satu hidangan daging seperti
daging ayam atau daging kambing dan satu hidangan air.

Kesimpulannya, jika usahawan perniagaan ini menggunakan cadangan yang


dicadangkan oleh pengkaji, maka prestasi perniagaan usahawan tersebut akan bertambah
dengan baik dan dapat memajukan lagi perniagaan beliau. Usahawan perniagaan akan
mendapat kelebihan secara sampingan iaitu dapat mengaut keuntungan yang lebih
banyak.

7.0 SENARAI RUJUKAN

Barjoyai Bardai (2000). “Keusahawanan dan perniagaan” Cetakan Pertama. Kuala


Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka. m.s 62-160.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). “Mengurus agenda abad 21: Cabaran dan persiapan
dalam era globalisasi”. Cetakan pertama. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Muhamad Amirul Fikri dan Mohammad Mujaheed (2018). Faktor penglibatan dan
cabaran wanita melayu dalam keusahwanan di Malaysia. Jurnal Sains Kemasyarakatan
dan Pembangunan. 101-115.

Mohamad Ayub bin Ariffin dan Radin Siti Aishah binti Radin A. Rahman (2019).
Hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keushawanan pelajar diploma
vokasional Malaysia (DVM) di Kolej Vokasional Ranaco Marin. Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship (GBSE). m.s 46-60.

Mayrilin Amirul, Remali Yusoff, Dulloh Mulok (2017). Cabaran yang dihadapi di
kalangan usahawan AIM di Daerah Tuaran: Pusat Nurul Bakti. Proceedings of
International Conference on Economics. m.s 470-479.

Ishak Yussod et al. (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan
Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI

21
(PERKEM VI) Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 5-7 Jun 2011, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Barjoyai Bardai. 2002. Keusahawanan dan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Maisarah Che Ahmed, Sarmila Md Sum (2017). Belia dan Keusahawanan Tani: Kajian
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Belia Sebagai Usahawan Tani di Pasir
Puteh, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana. Jilid 1(1) Dis 2017: 1: 18.

Kalsom Sudar. (2003). Satu tinjauan terhadap pengetahuan pengurusan kewangan dalam
bidang keusahawanan bagi pelajar tahun akhir sarjanan muda kejuruteraan KUITTHO.
Tesis Ijazah Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

8.0 LAMPIRAN

22
23

You might also like