You are on page 1of 22

021231-13-0658

KAJIAN TENTANG CIRI, PERANAN DAN CABARAN USAHAWAN DALAM


PERNIAGAAN VE FRESH MART.

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis tentang ciri, peranan dan cabaran usahawan
dalam menguruskan perniagaan VE FRESH MART. Perniagaan VE FRESH MART merupakan
sebuah perniagaan yang dimulakan oleh Encik Leong Kee Chong di Belaga, Sarawak. Kajian ini
adalah untuk mencapai empat objektif utama iaitu menganalisis ciri-ciri usahawan dari sifat-sifat
peribadi dan tabii usahawan yang berjaya, mengkaji kaedah usahawan memulakan dan
menjalankan perniagaan dari segi kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan
perniagaan, mengenal pasti pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi
memulakan perniagaan, menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi
pengurusan dalam organisasi dan membincangkan cabaran persekitaran dalaman dan luaran yang
mempengaruhi perniagaan. Pengkaji menggunakan kaedah primer dan sekunder untuk
mengumpul data seperti buku, jurnal, keratan akhbar, pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian
menunjukkan Encik Leong Kee Chong mempunyai sifat peribadi yang berjaya seperti
berinisiatif, berani mengambil risiko, keazaman serta bijak mengambil peluang. Encik Leong
Kee Chong juga memiliki ciri efektif seperti berorentasikan matlamat serta bersinergi. Encik
Leong Kee Chong memulakan perniagaan sendiri kerana beliau inginkan kebebasan menjalankan
perniagaan sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dan beliau menggunakan modal
sebanyak RM untuk memulakan perniagaan. Dari aspek pengorganisasian, pengkaji mendapati
bahawa usahawan ini bijak mengagihkan sumber perniagaan dan tugas pekerja. Antara cabaran
persekitaran yang dikaji ialah persekitaran teknologi dan budaya manakala dari aspek
persekitaran tugas pula pengkaji mengkaji tentang pelanggan dan pesaing. Pengkaji berpendapat,
Encik Leong Kee Chong …

1
021231-13-0658

ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT


Abstrak
Isi Kandungan
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Latar Belakang Kajian
4.0 Kaedah kajian
5.0 Dapatan kajian
5.1 Ciri-Ciri Kajian
5.2 Memulakan

6.0 Penutup
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

PERHARGAAN
2
021231-13-0658

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah karunia-Nya,
pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa
pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas
pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada
Tarikh yang telah ditetapkan.

Pada kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Usat
Ibut, selaku Pengetua SMK Belaga atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji dan
rakan-rakan menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru mata pelajaran Pengajian
Perniagaan iaitu Puan Michelle Sizzie yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
dalam menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi
menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi
berkongsi maklumat serta memberi peringatan ketika pengkaji alpa sepanjang penghasilan kajian
ini. Mereka sering membantu ketika saya menghadapi ketidakpastian terhadap sesuatu perkara
dengan memberikan pemahaman dan berkongsi ilmu kepada saya.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para
guru dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan yang
sejahtera.

3
021231-13-0658

1.0 PENGENALAN

Kini, bidang keusahawanan telah menjadi suatu bidang kerjaya yang dapat dibanggakan.
Usahawan bermaksud individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan sehingga berjaya dengan
motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk
terus berjaya. Selain itu, keusahawanan juga dapat ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya
usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan
mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.
Premis VE FRESH MART ini dimiliki oleh Encik Vincent Leong Kee Chong iaitu
seorang lelaki yang berumur 43 tahun dan berbangsa Cina. Pengambilan nama VE FRESH
MART ini adalah hasil daripada gabungan nama beliau iaitu Vincent (V) dan juga isterinya iaitu
Erica Teoh Cheu Shei (E) manakala FRESH MART pula bermaksud barang-barang yang ditawar
menjanjikan kesegaran kepada pelanggan. Encik Leong Kee Chong berasal daripada Belaga,
Sarawak dan memulakan perniagaan pada tahun 2015 sehingga kini.
Premis VE FRESH MART merupakan sebuah premis yang menyediakan pelbagai pilihan
produk keperluan dan kehendak kepada pengguna. Premis VE FRESH MART sememangnya
dikenali sebagai premis mesra pelanggan kerana produk-produk yang ditawarkan adalah
berpatutan dan bersesuaian dengan demografi penduduk Belaga yang berbilang bangsa dan
agama. Premis ini juga menjadi tempat penduduk Belaga mendapatkan barangan keperluan dan
kehendak sesuai dengan cita rasa mereka sendiri. Oleh itu, premis VE FRESH MART ini telah
mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat setempat.

4
021231-13-0658

2.0 OBJEKTIIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai empat objektif utama berdasarkan ciri,
peranan dan cabaran usahawan dalam perniagaan. Antara objektif kajian tersebut adalah:

2.1 Menganalisis ciri-ciri usahawan dari sifat-sifat peribadi dan tabii usahawan yang
berjaya.
2.2 Mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi
kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan.
2.3 Mengenal pasti pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi
perniagaan.
2.4 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam
organisasi dan membincangkan cabaran persekitaran dalaman dan luaran yang
mempengaruhi perniagaan.

5
021231-13-0658

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Syarikat VE FRESH MART telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan diurus oleh Encik
Leong Kee Chong yang merupakan pemilik tunggal perniagaan. Tidak berfikir untuk kerja
makan gaji sehingga tua, Encik Leong Kee Chong telah merancang untuk membuat perniagaan
sendiri. Oleh hal yang sedemikan, wujudlah sebuah premis baru yang dikenali sebagai VE
FRESH MART di pekan Belaga.
Syarikat VE FRESH MART menawarkan keperluan harian dan pelbagai produk lain
sesuai dengan cita rasa pengguna yang pelbagai. Sebelum memulakan perniagaan, Encik leong
Kee Chong telah mendaftarkan Syarikat VE FRESH MART di dalam Borang 9/Seksyen 17 bagi
mendapatkan Sijil pendaftaran Syarikat.
Pengkaji mengkaji ciri-ciri dan sifat-sifat usahawan yang terdapat dalam diri Encik
Leong kee Chong, selain itu, pengkaji turut mengkaji kaedah usahawan dalam memulakan dan
menjalankan perniagaan dari segi kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan
perniagaan. Pengkaji juga akan mengkaji pembiayaan yang diterima oleh Encik Leong Kee
Chong bagi memulakan perniagaan. Seterusnya, sebarang kemudahan dan bantuan yang diterima
oleh Encik Leong Kee chong turut dikaji oleh pengkaji.
Menurut (Meredith, Nelson dan Neck, 1982, dalam buku prinsip-prinsip keusahawanan
edisi kedua:4) usahawan merupakan orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang
perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta
mengambil tindakan yang bersesuaian demi memastikan kejayaan. Keusahawanan sebagai
tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada sesuatu yang tidak
bernilai (Jeffrey A. Thomas, dalam buku pengajian perniagaan penggal 3,2005-2010:2). Selain
itu, menurut (Gather, dalam buku menjadi usahawan,2003:5) keusahawanan ialah proses
penciptaan sesebuah organisasi.
Selanjutnya, persekitaran umum merujuk kepada persekitaran luar sesebuah organisasi
yang memberi kesan secara tidak langsung terhadap aktiviti dan prestasi organisasi perniagaan.
Persekitaran tugas pula merujuk kepada pihak berkepentinganatau mempunyai pengaruh secara
langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan.

6
021231-13-0658

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif
penyelidikan. Kaedah kajian juga merujuk kepada cara yang dilihat paling sesuai untuk
digunakan dalam menjalankan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
mengkaji permasalahan kajian. Kaedah kajian amat penting untuk memperoleh sebarang
informasi berkaitan maklumat Syarikat VE FRESH MART. Kaedah kajian terbahagi kepada dua
iaitu data primer dan data sekunder.

4.1 DATA PRIMER


Menurut Umi Narimawati (2008) data primer merujuk kepada sumber data yang
diperoleh secara langsung daripada sumber asli atau pihak pertama. Data primer secara khusus
dikumpulkan oleh pengkaji untuk menjawab pertanyaan riset dan penelitian. Antara kaedah
penelitian melalui data primer yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian
terhadap syarikat VE FRESH MART di Belaga. Pengkaji menjalankan pemerhatian terhadap
syarikat itu adalah bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai setiap informasi yang dapat
dijadikan rujukan dalam menjalankan kajian ini.

4.1.1 PEMERHATIAN
Menurut R, Kuberan (3033), kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan data pemerhatian yang memerlukan pengkaji untuk memerhati situasi sebenar.
Pengkaji perlu memerhati produk yang menjadi tumpuan penduduk Belaga sekali memerhati
reaksi pengguna terhadap pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat VE FRESH MART.
Melalui pemerhatian ini, mengkaji dapat menyimpulkan bahawa syarikat VE FRESH MART
merupakan sebuah syarikat yang mendapat kepuasan maksimal daripada penduduk Belaga.

4.1.2 TEMU BUAL


Menurut Umar (2003: 56), data primer merupakan “Data yang diperoleh langsung
dilapangan oleh penyelidik sebagai objek penulisan.” Kaedah temu bual mendalam dipergunakan
untuk memperoleh data dengan kaedah tanya jawab dengan individu yang akan ditemu duga.
Pelbagai soalan telah disediakan oleh pengkaji bagi menemu bual Encik Leong Kee Chong.
Melalui sesi temu bual itu, pengkaji mendapat pelbagai maklumat berkenaan dengan syarikat VE

7
021231-13-0658

FRESH MART. Maka, pengkaji dapat menyiapkan kajian setelah usahawan memberikan info-
info yang diperlukan pengkaji.

4.2 DATA SEKUNDER

Umi Narimawati (2008), turut mentakrifkan data sekunder sebagai sumber data yang
diperoleh melalui media pengantaraan seperti buku atau internet. Data sekunder juga merupakan
sumber data yang diperoleh pengkaji secara tidak langsung melalui media perantara seperti
telefon pintar atau komputer. Data sekunder umumnya berupa bukti, catatan atau kajian lepas
yang telah tersusun dalam arkib, sama ada yang telah diterbitkan atau tidak diterbitkan.

4.2.1 BUKU RUJUKAN

Buku rujukan adalah buku yang digunakan oleh pengkaji dalam menghasilakan kajian
kerja kursus ini. Bahan-bahan bacaan merupakan sumber yang sangat penting dalam mencari
maklumat-maklumat berkenaan kajian. Antara buku rujukan yang digunakan oleh pengkaji ialah
buku Pengajian Perniagaan Semester 3 iaitu karya daripada Cikgu Azly Muhammad. Pengkaji
telah menggunakan buku tersebut untuk mencari pelbagi jenis ciri dan sifat usahawan yang
berjaya.

4.2.2 LAMAN SESAWANG

Pengertian internet menurut Strauss, El-Ansary, Frost (2003) laman sesawang atau lebih
dikenali sebagai internet merupakan jaringan komunikasi yang bersifat luas dan memudahkan
proses pencarian maklumat. Pengkaji telah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan
dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat dan rujukan.

8
021231-13-0658

5.0 DAPATAN KAJIAN

Pengkaji memilih Syarikat VE FRESH MART sebagai kajian untuk kerja kursus. Pada
bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan data-data yang diperoleh berkaitan dengan VE
FRESH MART.

5.1 CIRI-CIRI USAHAWAN


Usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang menubuhkan perniagaan baharu, sentiasa
mencipta sesuatu yang baharu (kreatif) dan melakukan pembaharuan (inovatif) serta seseorang
yang berani mengambil risiko dan bersedia menghadapi ketidakpastian bagi mendapatkan
keuntungan.

5.1.1 SIFAT-SIFAT PERIBADI USAHAWAN BERJAYA


Terdapat pelbagai sifat-sifat yang mendorong seseorang usahawan untuk berjaya. Antara
sifat-sifat tersebut adalah komitmen dan tekad, berinisiatif, merebut peluang dan sebagainya.
Encik leong merupakan usahawan yang memiliki sifat-sifat usahawan yang berjaya. Oleh itu,
beliau sentiasa mengamalkan sifat-sifat tersebut agar perniagaannya mampu berkembang dan
bersaing secara sihat dengan perniagaan-perniagaan lain.

5.1.1.1 BERINISIATIF
Berinisiatif ialah ciri-ciri usahawan yang berupaya menganilisis sesuatu situasi dan
mengambil tindakan yang wajar serta proaktif. Usahawan VE FRESH MART iaitu Encik Leong
Kee Chong merupakan seorang pengusaha kedai yang akan mengambil tindakan yang sepatutnya
apabila beliau menghadapi sebarang masalah dengan pelanggan-pelanggannya. Contohnya,
apabila pelanggan-pelanggan tidak berpuas hati terhadap barangan yang ditawarkan, Encik
Leong Kee Chong akan memeriksa terlebih dahulu sebab-sebab pelanggan itu tidak menyukai
barangan tersebut. Hal ini demikian kerana Encik Leong Kee Chong ingin memastikan
pelanggannya berasa puas hati terhadap barangan dan melakukan penambahbaikan sekiranya
barangan yang dijual kurang menepati cita rasa pengguna.

9
021231-13-0658

5.1.1.2 BERANI MENGAMBIL RISIKO


Seseorang yang berupaya menghadapi sebarang ketidakpastian dalam setiap pembuatan
keputusan dengan yakin dapat ditakrifkan sebagai usahawan yang sanggup mengambil risiko. Ini
jelas membuktikan ciri-ciri usahawan ini terdapat dalam jiwa Encik Leong Kee Chong yang
sangat berani memulakan perniagaan tanpa mempunyai sebarang kemahiran dalam bidang
perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau merupakan seorang usahawan yang berani
mengambil risiko walaupun perniagaan beliau bukanlah hasil daripada perniagaan ibu bapa
mahupun nenek moyang tetapi dari dirinya sendiri. Kurangnya sokongan daripada orang-orang
sekelilingnya menyebabkan Encik Leong Kee Chong tercabar untuk memulakan perniagaannya
bersama keluarga kecilnya iaitu isteri dan anak-anaknya. Disebabkan Encik Leong Kee Chong
membuka perniagaan tanpa pengalaman, beliau sentiasa berhati-hati setiap kali membuat
sebarang keputusan.

5.1.1.3 KEAZAMAN
Sanggup menghadapi segala masalah dan rintangan yang menjadi penghalang dalam
perniagaan juga merupakan salah satu ciri-ciri usahawan yang terdapat dalam Encik Leong.
Sebelum memulakan perniagaan, Encik Leong Kee Chong telah menghadapi pelbagai masalah
seperti kekurangan modal, kurang kemahiran perniagaan, tidak mendapat sokongan yang padu
daripada sahabat handai dan sebagainya. Namun demikian, masalah-masalah tersebut tidak
menjadi penghalang kepada Encik Leong Kee Chong untuk menubuhkan perniagaannya. Berkat
keberanian dan keazamannya itu, ia telah berjaya menjadikan premis VE FRESH MART kepada
sebuah syarikat yang mampu berdiri sama tinggi dengan premis-premis perniagaan lainnya.

5.1.1.4 BIJAK MENGAMBIL PELUANG


Ciri-ciri usahawan ini adalah seseorang usahawan berupaya mengenal pasti setiap
peluang yang dapat membawa pulangan yang baik. Tidak pernah terfikir untuk makan gaji
seumur hidup, Encik Leong telah membuka langkah untuk mengambil peluang mewujudkan
sebuah premis VE FRESH MART di Belaga. Pada masa itu, Belaga mempunyai premis kosong
untuk disewa, premis yang menjual barang keperluan juga adalah terhad dan sama sahaja. Maka,
Encik Leong Kee Chong merebut peluang untuk memulakan perniagaan bagi mencapai matlamat
dan impiannya. Kemahuan Encik Leong Kee Chong ialah membuat premis VE FRESH MART

10
021231-13-0658

mendapat tempat di hati penduduk Belaga. Di samping menawarkan barangan keperluan dan
kehendak kepada pelanggan, Encik Leong Kee Chong sekali gus dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk Belaga yang tidak mempunyai pekerjaan ataupun yang telah
menggangur. Maka, Encik Leong Kee Chong berupaya sebagai usahawan yang bijak mengambil
peluang dengan sanggup mengambil sebarang risiko terhadap perniagaannya.

5.1.2 TABII ORANG YANG BERJAYA


Seorang usahawan yang berjaya merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri orang
yang efektif. Menurut Stephen Covey iaitu seorang penulis ‘The Seven Habits Of Highly
Effective People’ terdapat tujuh ciri orang yang efektif seperti proaktif, berorentasikan matlamat,
tabii menang-menang, bersinergi dan sebagainya. Begitu juga dengan Encik Leong Kee Chong,
beliau mempunyai ciri-ciri orang yang efektif. Oleh itu, pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri
orang yang efektif yang terdapat dalam diri Encik Leong kee Chong.

5.1.2.1 BERORENTASIKAN MATLAMAT


Menetapkan matlamat sebelum bertindak merupakan salah satu tabii orang yang berjaya.
Usahawan hendaklah menetapkan hala tuju atau garis panduan sebelum mengambil sesuatu
tindakan dalam perniagaan. Begitu juga Encik Leong Kee Chong yang mempunyai matlamatnya
yang tersendiri iaitu ingin menjadikan VE FRESH MART sebagai salah satu premis yang
menjadi tempat bagi penduduk Belaga mendapatkan barangan keperluan dan kehendak mereka.
Pada masa hadapan, beliau merancang untuk menambahkan produk-produk jualannya seperti
barangan keperluan asas dan barangan elektrik. Malah, beliau juga merancang untuk
menambahkan ruang kedai dengan menbahagikan kedai kepada dua tingkat. Matlamat-matlamat
ini telah menjadi inspirasi kepada Encik Leong Kee Chong untuk memajukan syarikat di
samping mendapat keuntungan bagi membesarkan perniagaan atau membuka cawangan baharu
di Belaga.

5.1.2.2 BERSINERGI
Ciri-ciri tabii orang berjaya yang seterusnya adalah bersinergi. Usahawan hendaklah
menyedari kepentingan koordinasi dan kerjasama dalam sesebuah memandangkan setiap ahli
adalah berbeza, serta bijak mengambil kesempatan daripada luahan idea yang berbeza. Malah,

11
021231-13-0658

usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja aadalah berbeza dari segi keupayaan mental,
pengetahuan dan psikologi. Encik Leong Kee Chong merupakan seorang usahawan yang
menghargai dan mengambil peluang atas kelainan dan perbezaan yang wujud antara pekerja-
pekerjanya. Hal ini dikatakan demikian kerana Encik Leong Kee Chong memberikan kenaikan
gaji ataupun elaun sebagai penghargaan kepada pekerja VE FRESH MART yang berdisiplin,
cemerlang dan bermutu. Hal ini supaya memberi dorongan kepada para pekerja untuk memberi
sumbangan maksimum kepada pembangunan organisasi.

5.2 MEMULA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN


Sebagai seorang usahawan, mereka hendaklah mengambil pertimbangan sebelum
memulakan perniagaan. Antara pertimbangan yang perlu diambil oleh usahawan sebelum
memulakan perniagaan ialah usahawan perlu mengenal pasti kemampuan diri, modal dan
kedudukan kewangan, lokasi perniagaan dan sebagainya.

5.2.1 KAEDAH YANG DIGUNAKAN USAHAWAN DALAM MEMULAKAN


PERNIAGAANNYA
5.2.1.1 PERNIAGAAN SECARA MARA
Seseorang usahawan mempunyai beberapa cara atau kaedah untuk memula dan
menjalankan perniagaan. Berikut merupakan beberapa kaedah yang digunakan Encik Leong Kee
Chong dalam memulakan perniagaannya. Perniagaan Encik Leong Kee Chong adalah bersifat
fizikal dan milikan tunggal. Hal ini dikatakan demikian kerana Encik Leong Kee Chong
menawarkan pelbagai barangan keperluan dan kehendak di dalam premisnya. Pemilihan lokasi
yang strategik mampu mempengaruhi sesebuah perniagaan kerana di Belaga, penduduknya
ramai dan pelbagai. Jadi, Encik Leong Kee Chong menentukan barangan dan perkhidmatan yang
perlu dijual supaya memenuhi cita rasa pengguna. Sebelum memulakan perniagaan, Encik Leong
Kee Chong memohon lesen perniagaan iaitu melalui Borang 9 dan Borang 49. Hal ini supaya
Encik Leong Kee Chong dapat menjalankan perniagaannya tanpa sebarang masalah seperti
disaman atau tidak dibenarkan untuk berniaga.

5.2.2 PEMBIAYAAN YANG DITERIMA BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

12
021231-13-0658

Sumber kewangan merupakan sumber yang paling penting dalam memulakan perniagaan
sebagai pembiayaan atau modal penubuhan perniagaan. Seawal penubuhan perniagaan,
usahawan memerlukan sumber kewangan, kos-kos asas dalam penubuhannya termasuklah kos
pendaftaran firma perniagaan, sewaan bangunan dan lain-lain kos pengurusan atau keperluan
pejabat.

5.2.2.1 PEMBIAYAAN SUMBER MODAL TIDAK FORMAL


Bagi sumber kewangan, Encik Leong Kee Chong menggunakan sumber modal tidak
formal iaitu simpanan sendiri. Sumber modal simpanan sendiri bermaksud pemilik perniagaan
menggunakan wang daripada tabungan sendiri dan wang yang diperoleh daripada jualan aset
peribadi seperti kereta dan rumah. Oleh itu, segala kerugian dan keuntungan ditanggung
sepenuhnya oleh usahawan itu sendiri.

5.2.3 KEMUDAHAN SERTA BANTUAN YANG DITERIMA BAGI MEMULAKAN


PERNIAGAAN

5.3 PERANAN USAHAWAN DALAM MELAKSANAKAN F FUNGSI


PENGURUSAN
Definisi pengurusan ialah melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi,
iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.

5.3.1 PENGAWALAN
Pengawalan ialah proses di mana usahawan menentukan matlamat yang ingin dicapai dan
tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi. Encik Leong Kee Chong
mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu beliau mempunyai impian untuk menjadikan VE
FRESH MART sebagai pilihan utama penduduk Belaga mendapatkan barang keperluan dan
kehendak mereka. Oleh itu, Encik Leong Kee Chong sedaya upaya mendapatkan barangan
keperluan dan kehendak yang tidak terjual di dalam premis Belaga. Hal ini sekali gus mampu
meringankan beban penduduk Belaga untuk mendapatkan barang keperluan dan kehendak tanpa
ke bandar yang sudah tentu memerlukan kos yang tinggi dan mahal.

13
021231-13-0658

5.3.2 PENGORGANISASIAN
Pengorganisasian ialah proses menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi
untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.
Kepentingan pengorganisasian dalam organisasi adalah supaya organisasi dapat beroperasi dan
diuruskan dengan lebih licin dan teratur, kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan,
malah dapat mengurangkan konfik tugas antara pekerja. Encik Leong Kee Chong membahagikan
tugas-tugas kepada pekerja-pekerja agar mereka dapat mengetahui pekerjaan yang perlu mereka
lakukan. Di samping itu, Encik Leong Kee Chong dapat mengelakkan berlakunya pertindihan
tugas terhadap pekerjanya supaya matlamat organisasi dapat direalisasikan.

5.4 CABARAN DALAM PERNIAGAAN


Menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Tiada kejayaan
datang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya individu yang tabah dan
cekal sahaja mampu untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini.
Tambahan pula di zaman perkembangan teknologi masa kini, produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan haruslah seiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar di
samping memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai.

5.4.1 DARI ASPEK PERSEKITARAN DALAMAN


Persekitaran dalaman merujuk kepada persekitaran yang bersentuhan langsung dengan
organisasi perniagaan dan boleh menjejaskan aktiviti harian perniagaan secara langsung.
Persekitaran dalaman terdiri daripada faktor seperti pesaing, pembekal, pelanggan, pekerja dan
pemegang saham. Oleh itu, pengkaji akan menjelaskan beberapa faktor dalaman yang
mempengaruhi perniagaan VE FRESH MART.

5.4.1.1 PELANGGAN
Pelanggan didefinisikan sebagai pihak yang membeli barang atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh sesebuah perniagaan. Hari ini, pelanggan semakin berkuasa dalam menentukan
pilihan mereka sendiri. Dengan pilihan yang pelbagai, mereka bebas untuk memilih barangan

14
021231-13-0658

keperluan dan kehendak mereka. Maka, Encik Leong Kee Chong sentiasa mengenal pasti
perubahan cita rasa pengguna kerana permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan akan mempengaruhi keupayaan perniagaan untuk beroperasi. Oleh itu, Encik
Leong Kee Chong berupaya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan
selamat kepada penduduk Belaga di samping menjadikan VE FRESH MART sebuah premis
yang digemari penduduk belaga.

5.4.1.2 PESAING
Pesaing merupakan penjual produk serupa di tempat sama. Bukan bermaksud apabila ada
pesaing, keuntungan perniagaan seseorang usahawan akan menurun. Ia bermaksud, apabila ada
pesaing, industri usahawan tersebut akan semakin maju dan kompetetif kerana melalui pesaing,
usahawan dapat membuat penambahbaikan terhadap produk-produk yang dijual. Persaingan
harga dan kualiti merupakan salah satu cabaran apabila berhadapan dengan para pesaing. Di
Belaga, hampir semua premis menjual barangan keperluan dan kehendak yang sama. Oleh itu,
Encik Leong Kee Chong menghadapi pesaing-pesaingnya dengan mengamalkan persaingan yang
sihat dan tidak mencemarkan nama pesaing kerana baginya ianya dapat menjadi motivasi untuk
memajukan perniagaannya.

5.4.2 DARI ASPEK PERSEKITARAN LUARAN


Persekitaran luar merujuk kepada faktor luar yang mempengaruhi prestasi organisasi,
membuat keputusan dan strategi semua perniagaan. Ia tidak menjejaskan hanya satu entiti
perniagaan tetapi mempunyai kesan ke atas kumpulan perniagaan yang sama pada masa yang
sama.

5.4.2.1 PERSEKITARAN TEKNOLOGI


Teknologi merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Penggunaan
teknologi komputer untuk mengira gaji, mengesan barang-barang yang dijual, surat, invois dan
sebagainya mampu memudahkan pekerjaan usahawan. Teknologi yang relevan boleh
memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan dan ianya mampu
meningkatkan imej dan kredibiliti usahawan. Perkembangan teknologi banyak membantu dunia

15
021231-13-0658

untuk mencapai kemajuan. Maka, Encik Leong Kee Chong mendapatkan mesin cashier yang
mampu memudahkan pengiraan barang-barangan yang dibeli oleh pelanggan-pelanggan. Namun
begitu, untuk Encik Leong Kee Chong mendapatkan teknologi yang terkini dan lebih canggih
lagi, sudah tentu ianya memerlukan kos yang tinggi dan mahal.
5.4.2.2 PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA
Persekitaran sosiobudaya merujuk kepada nilai budaya sosial penduduk, amalan
penduduk, etika penduduk setempat dan sebagainya. Sebagai usahawan, Encik Leong Kee
Chong telah mengkaji sosiobudaya penduduk Belaga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama dengan menawarkan produk halal kepada semua penduduk. Oleh itu, semua agama
seperti Islam dan Kristian bebas memilih barangan keperluan dan kehendak mereka tanpa berasa
was-was dan takut. Pemahaman Encik Leong Kee Chong terhadap etika penduduk menjadikan
premisnya mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk. Namun begitu, Encik
Leong Kee Chong perlu mengenal pasti budaya, perubahan cita rasa dan perkara-perkara lain
kerana ianya memberikan kesan negatif terhadap perniagaan sekiranya Encik Leong Kee Chong
mengabaikan perkara-perkara tersebut.

16
021231-13-0658

6.0 RUMUSAN

17
021231-13-0658

CADANGAN

18
021231-13-0658

6.0 PENUTUP

Kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis tentang ciri, peranan dan cabaran
usahawan dalam menguruskan perniagaan VE FRESH MART. Perniagaan VE FRESH
MART merupakan sebuah perniagaan yang dimulakan oleh Encik Leong Kee Chong di
Belaga, Sarawak. Kajian ini adalah untuk mencapai empat objektif utama iaitu menganalisis
ciri-ciri usahawan dari sifat-sifat peribadi dan tabii usahawan yang berjaya, mengkaji kaedah
usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi kaedah yang digunakan oleh
usahawan dalam memulakan perniagaan, mengenal pasti pembiayaan serta kemudahan dan
bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan, menghuraikan peranan usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi dan membincangkan cabaran persekitaran
dalaman dan luaran yang mempengaruhi perniagaan.

Untuk mendapatkan data kajian, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk
mengumpul data daripada sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri daripada
pemerhatian dan temu duga. Pengkaji juga menggunakan sumber data sekunder seperti buku,
jurnal, keratan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep yang dikaji.

Hasil kajian menunjukkan Encik Leong Kee Chong mempunyai sifat peribadi yang
berjaya seperti berinisiatif, berani mengambil risiko, keazaman dan bijak merebut peluang.
Encik Leong Kee Chong juga mempunyai ciri kreatif seperti berorentasikan matlamat dan
bersinergi. Encik Leong Kee Chong memulakan sendiri perniagaan kerana inginkan
kebebasan menjalankan perniagaan dan beliau menggunakan modal sendiri sebanyak RM
untuk memulakan perniagaan. Dua fungsi pengurusan yang dikaji ialah pengawalan dan
pengorganisasian. Usahawan ini mempunyai matlamat yang hendak dicapai serta membentuk
strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dari aspek pengorganisasian,
pengkaji mendapati usahawan ini bijak mengagihkan sumber perniagaan dan tugas pekerja.

19
021231-13-0658

Antara cabaran persekitaran yang dikaji ialah persekitaran teknologi dan persekitaran
sosiobudaya. Dari persekitaran tugas pula pengkaji mengkaji tentang pekerja dan pesaing.

Pengkaji berpendapat, Encik Leong Kee Chong perlu buat

7.0 SENARAI RUJUKAN

20
021231-13-0658

8.0 LAMPIRAN

Lampiran 1

Gambar 1: Kedai VE FRESH MART

21
021231-13-0658

Gambar 2: Bahagian Dalam Kedai VE FRESH MART

Lampiran 2

22

You might also like