You are on page 1of 35

TAJUK

KAJIAN TENTANG CIRI, PERANAN DAN CABARAN USAHAWAN DALAM


MENGURUSKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN NAMIE KIMCHI

1
ABSTRAK

KAJIAN TENTANG CIRI, PERANAN DAN CABARAN USAHAWAN DALAM


MENGURUSKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN NAMIE KIMCHI.

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji tentang ciri, peranan dan cabaran usahawan dalam
menguruskan perniagaan produk makanan Namie Kimchi. Objektif pertama kajian imi adalah
menghuraikan ciri-ciri usahawan yang merangkumi sifat peribadi usahawan yang dikaji serta
tabii orang yang berjaya. Objektif kedua menganalisis cara usahawan memulakan dan
menjalankan perniagaannya yang merangkumi kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam
memulakan perniagaannya serta mengenalpasti cara pembiayaan serta kemudahan dan bantuan
yang diterima bagi memulakan perniagaan produk makanan Namie Kimchi. Objektif ketiga pula
adalah menjelaskan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam
perniagaan produk makanan Namie Kimchi manakala objektif keempat ialah membincangkan
cabaran dalam perniagaan yang dihadapi oleh perniagaan produk makanan Namie Kimchi.
Kaedah yang telah digunakan sepanjang kajian ialah daripada data primer iaitu melalui
temubual dan soal selidik serta data sekunder melalui facebook, whatsapp dan buku ilmiah.
Dapatan kajian pada objektif pertama iaitu sifat-sifat peribadi usahawan perniagaan produk
makanan Namie Kimchi ialah berani menanggung risiko, sanggup berkorban, berkeyakinan diri
dan bertanggungjawab. Manakala tabii orang yang berjaya yang dimilikinya ialah tabii
menang-menang, proaktif dan bersinergi. Beliau memulakan perniagaan melalui cara mmbuka
perniagaan sendiri. Pembiayaan dan sumber modal yang diterima bagi memulakan perniagaan
ini ialah simpanan sendiri dan pinjaman bank. Dapatan bagi objektif kertiga pula, fungsi
pengurusan bagi perniagaan ini ialah perancangan. Akhir sekali cabaran dari segi persekitaran
dalaman ialah pelanggan manakala dari segi persekitaran luaran ialah persekitaran teknologi.
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah data primer iaitu temubual dan soal selidik.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan data sekunder iaitu internet, facebook, whatsapp dan
buku ilimiah. Seseorang usahawan perlulah mempunyai sikap yang berani dan berkeyakinan
kerana apabila individu menceburkan diri dalam dunia perniagaan ini yang memerlukan
seseorang yang bertanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan yang berkait rapat

2
tentang perniagaan yang dijalankan serta kreatif dan inovatif. Kesimpulannya, pengkaji
berharap segala usaha dalam menyiapkan tugasan ini akan mendapat hasil yang baik dan
cemerlang. Pengkaji juga berharap agas usahawan bagi perniagaan produk makanan Namie
Kimchi maju jaya.

3
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
Abstrak 2
Isi kandungan 4
Penghargaan 5
1.0 Pengenalan 6
2.0 Objektif kajian 8
3.0 Latar belakang kajian 9
4.0 Kaedah kajian 10
5.0 Dapatan kajian 16
5.1 Menghuraikan ciri-ciri usahawan yang merangkumi sifat 16
peribadi usahawan yang di kaji serta tabii orang yang berjaya
5.2 Menganalisis cara usahawan memulakan dan menjalankan 18
perniagaan yang merangkumi kaedah yang digunakan oleh
usahawan dalam memulakan perniagannya serta mengenal pasti
cara pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima
bagi memulakan perniagaan produk makanan Namie Kimchi
5.3 Menjelaskan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi 19
pengurusan dalam perniagaan produk makanan Namie Kimchi
5.4 Membincangkan cabaran dalam perniagaan yang dihadapi 22
oleh usahawan dari aspek persekitaran dalaman dan juga aspek
persekitaran luaran bagi perniagaan produk makanan Namie
Kimchi
6.0 Rumusan , Cadangan dan penutup 26
7.0 Rujukan 28
8.0 Lampiran 30

4
PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan atas limpah kurniaNya dapat menyiapkan kerja kursus Pengajian
Perniagaan (946/4) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pengetua SMK Elopura 2, En
Anwar bin Madsalani, Penolong Kanan Tingkatan 6, En Amir Bukhari bin Mohd Razali atas
kebenaran dan sokongan kepada saya untuk menjalankan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga kepada guru pembimbing saya iaitu Pn Darmawatih binti Ibrahim
yang memberi tunjuk ajar dan kesungguhan membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih ini juga didedikasikan kepada ibu yang senantiasa memberi sokongan
moral, bantuan kewangan dan nasihat sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Jasa mereka tidak
akan pernah dilupakan. Tanpa mereka kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik

5
PENGENALAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi syarat wajib lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia ( STPM ) dalam subjek pelajaran Pengajian Perniagaan seperti dinyatakan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ).

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji tentang ciri, peranan dan cabaran usahawan dalam
menguruskan perniagaam makanan Namie Kimchi. Pengkaji telah mengkaji memilih perniagaan
makanan Namie Kimchi bagi melaksanakan kajian ini kerana usahawan ini mampu berkembang
lebih maju dalam bidang perniagaan seiring dengan permintaan pelanggan yang semakin
meningkat.

Usahawan itu dikatakan mempunyai kesanggupan dan keupayaan menukarkan suatu


ciptaan yang baharu kepada suatu inovasi yang berjaya. Para usahawan bertindak sebagai
pengurus yang memerhatikan permulaan dan perkembangan sebuah perusahaan. Keusahawanan
dilihat sebagai proses di mana seseorang individu atau pasukan mengenalpasti sebuah peluang
perniagaan lalu memperoleh serta menggunakan sumber yang perlu untuk mengeksploitasi
peluang tersebut Dalam kajian ini pengkaji akan menghuraikan ciri-ciri usahawan
yang merangkumi sifat peribadi usahawan seperti mengambil risiko, sanggup berkorban dan
mempunyai keyakinan diri serta tabii orang berjaya seperti tajamkan gergaji, bersinergi, dan tabii
menang-menang. Pengkaji akan mengenalpasti ciri-ciri usahawan dan tabii orang berjaya yang
diamalkan dalam perniagaan makanan Namie Kimchi.

Selain itu, pengkaji akan menganalisis cara usahawan memulakan dan menjalankan
perniagaan yang merangkumi kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan
perniagaannya sama ada memulakan sendiri perniagaan, mengambil alih perniagaan sedia ada,
francais atau pakatan strategik serta mengenalpasti cara pembiayaaan serta kemudahan dan
bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan Namie Kimc

Seterusnya, pengkaji akan menjelaskan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi


pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan bagi perniagaan

6
makann Namie Kimchi. Oleh itu, kesemua fungsi pengurusan amat penting untuk dititikberatkan
dalam mengendalikan sesuatu perniagaan.

Akhir sekali, pengkaji akan membincangkan cabaran dalam perniagaan yang dihadapi
oleh usahawan daei aspek persekitaran dalaman seperti persekiraran politik dan perundangan,
persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran prasarana, persekitaran ekonomi,
persekitaran antarabangsa serta persekitaran persaingan dan jaringan dan juga aspek persekitaran
luaran sama ada pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal, pesaing, kerajaan, pekerja dan
masyarakat bagi perniagaan dalam talian Namie Kimchi. Pengkaji akan mengkaji beberapa
persekitaran dalaman dan persekitaran luaran yang memberi cabaran bagi perniagaan makanan
Namie Kimchi.

7
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan seorang usahawan
tempatan. Antara aspek yang diberi perhatian adalah seperti yang berikut :

i)Menghuraikan ciri-ciri usahawan yang merangkumi sifat peribadi usahawan yang dikaji serta
tabi orang yang berjaya.

ii)Menganalisis cara usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan yang merangkumi


kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaannya serta mengenalpasti
cara pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan secara
dalam talian bagi Namie Kimchi

iii)Menjelaskan peranan usahawan dalam meluaskam fungsi pengurusan dalam perniagaan


dalam talian bagi Namie Kimchi.

iv)Membincangkan cabaran dalam perniagaan yang dihadapi oleh usahawan dari aspek
persekitaran dalaman dan juga aspek persekitaran luaran bagi perniagaan dalam talian Namie
Kimchi.

8
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji telah memilih sebuah perniagaan untuk menjalankan analisis berkaitan dengan
peranan dan cabaean usahawan dalam menguruskan perniagaannya. Dalam kajian ini, pengkaji
memilih perniagaan makanan Namie Kimchi untuk kajian yang dijalankan.

Pengkaji telah memilih perniagaan makanan Namie Kimchi yang diusahakan oleh Puan
Rosanizah Binti Saidin, berumur 25 tahun (rujuk lampiran gambar 1 ). Usahawan telah
berkecimpung dalam bidang perniagaan selama 2 tahun setengah. Perniagaan produk makanan
Namie Kimchi ini pada dasarnya diperkenalkan pada tahun 2020 yang lalu, kini perniagaan ini
mula berkembang setelah ramai pengguna yang gemar akan makanan tersebut kerana bahan-
bahan yang digunakan diimport dari korea supaya rasa dan kesegarannya dapat dikekalkan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menghuraikan secara terperinci mengenai ciri-ciri usahawan
bagi perniagaan makanan Namie Kimchi yang merangkumi sifat peribadi usahawan iaitu berani
mengambil risiko, sanggup berkorban dan berkeyakinan tinggi. Pengkaji turut menjelaskan tabii
orang berjaya yang diamalkan oleh perniagaan makanan Namie Kimchi iaitu tajamkan gergaji,
berorientasikan matlamat dan tabii menang-menang.

Selain itu, pengkaji akan menganalasis cara usahawan memulakan dan menjalankan
perniagaan makanan Namie Kimchi. Pengkaji juga akan menjelaskan cara pembiayaan yang
dibuat oleh perniagaan makanan Namie Kimchi. Pengkaji turut menganalisis kemudahan yang
diterima sepanjang perniagaan ini dijalankan dan mengenalpasti kemudahan dan bantuan yang
diterima dan digunakan oleh perniagaan makanan Namie Kimchi.

Seterusnya, pengkaji akan menjelaskan peranan usahawan dalam meluaskan fungsi


pengurusan dalam perniagaan makanan Namie Kimchi. Terdapat dua fungsi pengurusan
dikenalpasti yang diamalkan oleh perniagaan makanan Namie Kimchi iaitu fumgsi pengurusan
perancangan dan kepimpinan.

9
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Kaedah kajian menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu yang digunakan. Tujuan kaedah kajian ini ialah untuk membantu memahami
dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian. Kaedah kajian juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin
yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Dalam
kaedah kajian ini, pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder untuk mencari
maklumat bagi menyempurnakan kajian ini.

4.1 DATA PRIMER

Menurut Yusof ( 2003 ) data primer adalah data yang berasal dari sumber asli yang
dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Data-data ini dikumpul oleh penyelidik melalui
proses eksperimental atau kajian lapangan seperti soal selidik, pemerhatian, temubual dan
sebagainya. Data primer merujuk kepada sumber data yang tidak tersedia di dalam fail atau
laporan. Dalam bidang penyelidikan sains sosial, data-data ini boleh dikumpulkan daripada
individu, kumpulan fokus atau melalui panel pakar. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan data primer seperti temubual dan soal selidik untuk mendapatkan kesemua
maklumat yang diperlukan.

4.1.1 TEMUBUAL

Menurut Sabitha Marican ( 2006 ), temubual ialah satu situasi di mana penemu bual
akan bertanya soalan pada seseorang atau lebih responden secara bersemuka. Temubual atau
lebih dikenali dengan istilah “interview” adalah suatu proses interaksi dan komunikasi dari dua
orang atau lebih orang. Ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan bertanya langsung
kepada responden. Dalam kajian ini, pengkaji telah menebual Puan Rosanizah binti Saidin untuk

10
mendapat info mengenai sejarah perniagaan, cabaran-cabaran perniagaan dan maklumat lain
yang diperlukan untuk kajian ini

4.1.2 SOAL SELIDIK

Menurut Shuhairy Norhisham ( 2020 ), soal selidik merupakan satu set soalan atau item
dalm hentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Individu yang membina
borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar, boleh
dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi pelaksanaan soal selidik memerlukan masa dan
pemikiran yang mendalam. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik
untuk dapatkan maklumat tentang latar belakang perniagaan makanan Namie Kimchi (rujuk
lampiran gambar 1).

11
Gambar 1 : Menunjukkan antara borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.

4.2 DATA SEKUNDER

Menurut Merican ( 2005 ), data sekunder boleh digunakan sebagai data yang telah
dikumpilkan oleh pengkaji lain. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau terdahulu
dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan relevan untuk digunakan
bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada informasi mahupun formulasi yang
baru untuk kajian pada masa kini. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data sekunder
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu internet dan buku ilmiah berkaitan
peniagaan produk makanan Namie Kimchi.

4.2.1 INTERNET

Menurut Greenlaw dan Heep ( 2002 ), internet adalah sebuah sistem informasi global
yang berhubung secara logika oleh address yang unik secara global yang berbasis pada internet
Protocol (IP), mendukung komunikasi dengan menggunakan TPC/IP, menyediakan,
menggunakan dan membuatnya bias diakses baik secara umum mahupun khusus. Pengkaji telah

12
melayari internet di laman sesawang http://www.academia.edu/20/12/2021 untuk mendapatkan
maklumat tentang perniagaan makanan Namie Kimchi.

4.2.1.1 FACEBOOK

Menurut Tim Jatim ( 2021 ), facebook adalah rangkaian sosial percuma yang
membolehkan pengguna saling berhubung untuk berinteraksi dan berkongsi kandungan melalui
internet. Perniagaan produk makanan Namie Kimchi telah menggunakan Facebook sebagai
medium jualan barangan seperti produk makanan. Pengkaji telah menggunakan facebook untuk
mengetahui cara bagaimana usahawan memasari jualan produk makanan Namie Kimchi (rujuk
lampiran gambar 2).

13
Gambar 2 : Menunjukkan aplikasi facebook yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat tentang produk jualan dan pemasaran yang digunakan oleh perniagaan produk
makanan Namie Kimchi.

4.2.1.2 WHATSAPP

Menurut Maki R ( 2021 ), whatsapp adalah salah satu platform paling popular untuk
pemesejan di seluruh dunia. Selain daripada menghantar pesanan, ia membawa nilai untuk
pengguna yang berbeza dengan menyediakan banyak ciri baru. Ia telah menjadi platform
pesanan paling popular di seluruh dunia dan hampir diguna pakai di seluruh peranti yang ada di
dunia. Pengkaji telah menggunakan aplikasi ini untuk menghubungi usahawan perniagaan
produk makanan Namie Kimchi bagi memperoleh maklumat secara atas talian (rujuk lampiran
gambar 3 ).

14
Gambar 3 : Menunjukkan pengkaji menggunakan aplikasi whatsapp untuk berhubung dengan
pemilik perniagaan produk makanan Namie Kimchi.

4.2.2 BUKU ILMIAH

Menurut Eko Susilo ( 1995 ), karya ilmiah merupakan suatu tulisan ataupun karangan
yang didapatkan sesuai dengan sifat keilmuannya dan didasari dari berbagai hasil pengetahuan,
penelitian, dan peninjuan terhadap bidang ilmu tertentu yang disusun dengan menggunakan cara
tertentu dengan memperhatikan sistematika penulisan yang baik dan santun serta dapar
dipertanggungjawabkan keilmiahannya. Dalam kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada
beberapa buah buku ilmiah untuk memperoleh maklumat tambahan. Buku yang telah dirujuk
oleh pengkaji ialah hasil penulisan Mohktar Pet iaitu bulu Ace Ahead teks STPM Pengajian
Perniagaan penggal 1 edisi keempat untuk mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri usahawan
yang merangkumi sifat peribadi dan cabaran dalam perniagaan oleh usahawan. Pengkaji juga
menggunakan buku Ace Ahead teks STPM Pengajian Perniagaan penggal 2 edisi keempat untuk
mendapatkan maklumat tentang peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan
dalam organisasi serta buku Ace Ahead teks STPM Pengajian Perniagaan penggal 3 edisi kedua
untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan tabii orang berjaya, kaedah memulakan
perniagaan dan pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima oleh perniagaan.

15
5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan satu skop kajian yang merangkumi kajian dan analisis bagi
mencapai objektif kajian pengkaji. Dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian
juga sangat memainkan peranan yang penting kerana melalui dapatan data yang diperoleh oleh
pengkaji semasa kajian dilakukan dapat menjawab segala objektif kajian yang dikaji. Dalam
kajin ini, pengkaji akan menghurai dengan lebih lanjut tentang objektif yang ditetapkan.

5.1 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan bagi usahawan perniagaan produk makanan Namie
Kimchi.

Menurut Mokhtar Pet ( 2017 ), usahawan merupakan peneraju kepada ekonomi sesebuah
negara. Usahawan memainkan peranan penting terhadap pembangunan sosioekonomi
masyarakat dan kemajuan ekonomi melalui penjanaan idea-idea baru untuk melahirkan
masyarakat dan negara yang makmur, maju dan sejahtera. Antara ciri-ciri usahawan yang berjaya
iaitu berani mengambil risiko, sanggup berkorban, sanggup bekerja kuat, sentiasa merebut
peluang perniagaan yang ada dan mempunyai wawasan.

Usahawan yang berjaya juga merupakan seseorang yang mempunyai tabii yang efektif.
Menurut Stephen Covey ( 2016 ), terdapat 7 tabii orang yang berjaya iaitu produktif,
berorientasikan matlamat, tabii menang-menang, bersinergi, memberi keutamaan kepada pekerja
atau tugas yang penting, berusaha untuk memahami diri sendiri sebelum mengharapkan
kefahaman orang lain dan tajamkan gergaji.

5.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya bagi usahawan perniagaan produk makanan
Namie Kimchi.

Menurut Feist dan Feist ( 2009 ), walaupun tidak ada definis tunggal yang boleh diterima
oleh semua ahli teori keperibadian, kita boleh mengatakan bahawa keperibadian adalah corak
sifat yang relatif kekal dan ciri unik yang meberikan kepekaan dan keperibadian kepada tingkah
laku seseorang. Pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh usahawan
perniagaan produk makanan Namie Kimchi ialah berani mengambil risiko, sanggup berkorban,
mempunyai keyakinan diri dan sentiasa merebut peluang perniagaan yang ada.

a) Berani mengambil risiko

16
Menurut Roslizam Ghazali ( 2013 ), risiko adalah merupakan kemungkinan dan cabaran
yang akan dihadapi oleh peniaga dalam menjalankan perniagaan. Setiap peniaga sama
ada peniaga kecil ataupun besar akan berdepan dengan risiko ini sama ada besar ataupun
kecil. Risiko yang dihadapi biasanya bergantung kepada saiz perniagaan iaitu semakin
besar perniagaan makin besar risiko yang akan dihadapi. Dalam kajian ini, pengkaji
mendapati bahawa perniagaan produk makanan Namie Kimchi mempunyai banyak
risiko terutamanya pada risiko kerugian. Perniagaan produk makanan Namie Kimchi
memerlukan modal yang tinggi untuk membeli stok daripada pembekal. Perkara ini
menjadi risiko apabila terdapat beberapa balang botol Namie Kimchi tersebut rosak
semasa penghantaran yang membawa kepada kerugian. Namun begitu, usahawan yang
dikaji dilihat amat berani untuk mengambil risiko sehingga kini dalam mengusahakan
produk jualannya dipasaran.

b. Sanggup berkorban

Menurut Stephen Covey, seseorang usahawan perlu menunjukkan komitmen dan keazaman
yang tinggi untuk memajukan perniagaannya. Dalam memulakan atau menjalankan perniagaan,
usahawan perlu bersiap sedia untuk berkorban dari segi masa, fizikal dan mental, serta
kewangan. Namun begitu, pergorbanan tersebut akan membuahkan hasil yang baik sekiranya
perniagaan dijalankan secara simetris dan optimum. Melalui temubual yang dijalankan,
pengusaha perniagaan produk makanan Namie Kimchi didapati telah berkorban wang dan masa
yang banyak dalam menguruskan perniagaannya untuk memajukan lagi perniagaannya sehingga
ke saat ini.

c. Berkeyakinan tinggi

Menurut Mokhtar Pet ( 2017 ), usahawan yang berkeyakinan diri mempunyai peluang yang
lebih cerah untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Keyakinan diri amat penting bagi
seseorang usahawan kerana ia melambangkan kejayaan sesebuah perniagaan. Pengkaji
mendapati bahawa usahawan perniagaan produk makanan Namie Kimchi mempunyai keyakinan

17
diri bahawa perniagaannya akan berkembang pesat dan mampu berjaya seperti perniagaan yang
lain.

d.Bertanggungjawab

Menurut Wiyoto ( 2001 ), tanggungjawab adalah kemampuan untuk membuat keputusan yang
pantas dan efektif. Puan Rosanizah dikategorikan sebagai usahawan yang bertanggungjawab
dalan menguruskan perniagaan dan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan organisasi dan
perniagaannya. Dalam pada itu, Puan Rosanizah juga memastikan bahawa stok makanan yang
diambil daripada pihak atasan adalah stok makanan yang baru dibuat. Selain itu, Puan Rosanizah
dapat dikatakan sebagai usahawan yang bertanggungjawab kerana sekiranya terdapat pelanggan
yang tidak berpuas hati terhadap kualiti produk yang ditawarkan, beliau akan menyelesaikan
perkara tersebut dengan baik bersama pelanggan yang kurang berpuas hati agar masalah tersebut
tidak berterusan.

5.1 2 Ciri-ciri orang yang efektif berdasarkan tujuh tabii orang yang berjaya

Seseorang usahawan berjaya adalah seseorang yang mempunyai ciri-ciri orang yang
efektif. Terdapat tujuh ciri-ciri orang yang efektif bagi memastikan seseorang usahawan itu
berjaya. Antara ciri-ciri orang yang efektif ialah tabii menang-menang, bersinergi,
berorientasikan matlamat, proaktif, mengutamakan yang utama, tajamkan gergaji dan memahami
diri sendiri sebelum mengharapkan orang lain faham. Berdasarkan tujuh tabii orang berjaya
tersebut usahawan perniagaan produk makanan Namie Kimchi mempunyai beberapa ciri-ciri
orang yang efektif seperti berikut :

a.Tabii menang-menang

Menurut Stephen Covey, tabii menang-menang adalah seseorang usahawan membuat sesuatu
keputusan yang boleh memberi kebaikan atau manfaat kepada semua pihak. Apabila berlaku
salah faham antara pekerja dengan pelanggan mahupun pelanggan kurang berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh Puan Rosanizah akan sedaya upaya menyelesaikan dengan
secepatnya tanpa ada sebarang kecacatan yang berlaku. Hal ini dapat dibuktikan bahawa
usahawan perniagaan produk makanan Namie Kimchi amat mementingkan konsep tabii menang-

18
menang dimana beliau mendapat faedah daripada sebuah keputusan yang telah dikeluarkan dan
pada masa yang sama menjaga imej perniagaan agar tidak tercalar.

b.Proaktif

Menurut Bateman dan Cran ( 1993 ) keperibadian praktif mengacu kepada karakter individu
terhadap keterlibatannya dalam orientasi peran aktif seperti memulai perubahan dan
mempengaruhi lingkugannya. Puan Rosanizah merupakan usahawan yang bersifat proaktif
kerana beliau sentiasa berusaha mencari sebuah idea baharu tentang makanan yang dijualnya
agar perniagaan produk makanan Namie Kimchi lebih disukai dan dikenali oleh orang ramai.
Beliau juga cepat dalam mengambil peluang terhadap persekitaran yang berlaku berikutan
kedudukan lokasi perniagaan yang hanya di rumah. Hal ini membuatkan Puan Rosanizah lebih
peka terhadap persekitaran perniagaan mereka.

c.Bersinergi

Menurut Ludwig Von Bertanlanffy ( 1925 ), bersinergi adalah sistem pada dasarnya terdiri dari
sekumpulan elemen yang saling terkait satu sama lain untuk mencapai satu objektif atau lebih
objektif. Puan Rosanizah sangat efektif dalam merebut peluang yang wujud dalam organisasi
atau luar organisasi. Hal ini dikatakan kerana beliau amat mementingkan idea yang disampaikan
oleh pihak atasan bagi perniagaan produk makanan Namie Kimchi untuk dijadikan sebagai
alternatif terhadap jalan penyelesaian sesuatu masalah yang timbul. Maka dengan itu, usahawan
bagi perniagaan ini dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk mengemukakan
pandangan masing-masing.

5.2 Menganalisis cara usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan yang


merangkumi kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaannya
serta mengenalpasti cara pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi
memulakan perniagaan produk makanan Namie Kimchi

Memulakan perniagaan bermaksud seseorang yang ingin menjadi usahawan ataupun


seseorang itu memulakan perniagaan bermula dari awal dan berusaha untuk mengembangkan
perniagaan dengan lebih meluas. Secara umumnya, usahawan boleh menggunakan empat kaedah

19
untuk memulakan perniagaannya seperti memulakan perniagaan sendiri, mengambil alih
perniagaan sedia ada, kaedah francais dan pakatan strategik

5.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan.

Pemilik bagi perniagaan produk makanan Namie Kimchi iaitu Puan Rosanizah telah
memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2019 dek kerana pada masa itu berlakunya pandemik
covid-19. Beliau berbekalkan modal, minat dan ilmu sebagai persiapan yang diperlukan sebagai
seorang yang bergelar usahawan. Puan Rosanizah memulakan perniagaan ini atas alasan ingin
mencuba benda yang baharu kerana sebelum ini beliau sudah banyak menjual barangan online
(dalam talian) tetapi tidak terlalu mendapat sambutan daripada pengguna ataupun pembeli.
Sebelum beliau berniaga online (dalam talian) beliau pernah bekerja di butik dan daripada situ
beliau terinspirasi untuk mencuba.

5.2.2 Pembiayaan dan sumber modal yang diterima bagi memulakan perniagaan

Memulakan perniagaan sendiri bermaksud seseorang memulakan perniagaan dengan idea


dan jenama sendiri. Perniagaan yang diusahakan dari awal sehingga berkembang dengan lebih
meluas. Perniagaan yang dipatenkan menjadi hak milik sendiri. Usahawan perniagaan produk
makanan bagi Namie Kimchi menjalankan perniagaan ini adalah dengan idea sendiri dan
mencuba untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

5.2.2.1 Simpanan sendiri

Usahawan perniagaan produk makanan Namie Kimchi menggunakan duit simpanan


sendiri dengan keluarga untuk memulakan perniagaan ini. Walaupun bermula daripada keadaan
perniagaan yang kecil dan sempit namun berjaya berkembang pesat sehingga sekarang.

5.2.2.2 Pinjaman Bank

Usahawan perniagaan produk makanan Namie Kimchi turut menggunakan pinjaman


bank untuk memulakan perniagaan tersebut. Beliau menggabungkan hasil duit simpanan dengan
duit pinjaman bank untuk membeli stok-stok bagi makanan tersebut.

20
5.3 Menjelaskan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam
perniagaan produk makanan Namie Kimchi.

Dalam sesebuah perniagaan, peranan usahawan amatlah penting dalam memastikan


pelaksanaan kerja yang telah dirancang dapat dicapai atas kepecayaan yang diberikan oleh pihak
atasan. Fungsi pengurusan terbahagi kepada empat elemen iaitu perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan. Dalam kajian ini pengkaji akan menghuraikan beberapa elemen
fungsi pengurusan yang diaplikasikan oleh perniagaan produk makanan Namie Kimchi dalam
menjalankan aktiviti perniagaannya. Antaranya adalah seperti perancangan.

5.3.1 Perancangan

Menurut Koontz dan Weihrich (1997), perancangan ialah pemilihan misi dan objektif serta
tindakan untuk mencapainya, memerlukan pembuatan keputusan iaitu memilih antara alternatif
jalan-jalan tindakan pada masa hadapan. Dalam perancangan ini, pemilik perniagaan ini telah
menjalankan beberapa unsur perancangan strategik. Antaranya beliau menetapkan visi iaitu
ingin memperluaskan perniagaan ini di peringkat pasaran domestik dan ingin
memperkembangkan lagi perniagaan ini ke peringkat antarabangsa. Misi yang hendak dicapai
pula ialah mengekalkan ciri istimewa dalam masakan korea yang telah diperkenalkan kepada
pelanggan dengan menggunakan resepi sebenar ataupun resepi yang di ubah mengikut cita rasa.

Selain itu, menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan merupakan misi bagi
perniagaan produk makanan Namie Kimchi serta memberikan keutamaan kepada pendapat
pelanggan agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Objektif bagi
perniagaan ini adalah untuk mencapai sasaran jualan yang sistematik bagi mencapai tahap
keuntungan yang diinginkan. Oleh itu, pengkaji mendapat fungsi pengurusan perancangan yang
dibuat oleh produk makanan Namie Kimchi ini dapat membantu perniagaan agar terus maju di
masa hadapan dengan mengikuti objektif dan matlamat yang telah mereka tetapkan.

5.3.2 Kepimpinan

Menurut Wekhrich dan Koontz (1997), kepimpinan merupakan proses mempengaruhi orang
lain supaya mereka akan menyumbangkan kepada pencapaian maklumat organisasi dan
kumpulan. Terdapat 4 jenis kepimpinan iaitu kepimpinan transactional, kepimpinan
transformational, kepimpinan karismatik dan kepimpinan berwawasan. Pengkaji mendapati

21
bahawa Puan Rosanizah binti Saidin adalah pemimpin yang kreatif dan inovatif. Jenis
kepimpinan yang diserlahkan oleh beliau ini adalah kepimpinan transformational satu proses
seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerja dalam melaksanakan sesuatu perubahan di
dalam sesebuah organisasi.

5.4 Membincangkan cabaran dalam perniagaan yang dihadapi oleh usahawan dari aspek
persekitaran dalam dan juga aspek persekitaran luaran bagi perniagaan produk makanan
Namie Kimchi.

Persekitaran perniagaan adalah keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi


dan merangkumi faktor atau pihak yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan secara
langsung atau tidak langsung. Terdapat dua jenis persekitaran perniagaan iaitu persekitaran
umum ataupun persekitaran luaran dan persekitaran tugas atau lebih dikenali sebagai
persekitaran dalaman.

5.4.1 Cabaran dari aspek persekitaran tugas ( dalaman )

Menurut Sabri Hussin (2002), persekitaran tugas adalah persekitaran yang boleh memberi
kesan langsung kepada sesebuah perniagaan. Persekitaran ini terbahagi kepada beberapa elemen
seperti pembekal, pembiaya, pemodal, pelanggan, masyarakat, kerajaan dan pekerja. Dalam
kajian ini, pengkaji akan membincangkan beberapa cabaran dari aspek persekitaran dalaman bagi
syarikat perniagaan produk makanan Namie Kimchi antaranya seperti pelanggan, pemodal,
pelabur, pembekal, pesaing, pekerja, kerajaan dan masyarakat.

a.Pelanggan

Menurut Greenberg (2010), pelanggan adalah individu yang terbiasa membeli sebuah produk
atau perkhidamatan berdasarkan keputusan mereka atas pertimbangan manfaat mahupun harga.
Perniagaan Namie Kimchi adalah satu perniagaan perkhidmatan makanan yang bermula dari
rumah. Produk makanan ini terkenal di kalangan masyarakat setempat kerana perniagaan ini
menjual perkhidmatan makanan yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pembeli. Selain
itu,perniagaan ini juga tidak dapat mengelak daripada rungutan pelanggan yang telah menjadi
satu hal yang selalu berlaku terutama sekali dalam situasi yang sibuk seperti musim hujan yang
menyebabkan banyak berlakunya rungutan mengenai makanan lambat sampai kepada pelanggan.

22
Dalam hal ini, Puan Rosanizah akan menyelesaikan masalah ini dengan aman bersama
pelanggan yang membuat rungutan

23
b. Pesaing

Menurut Philip Kotler (2001), pesaing adalah syarikat yang mengeluarkan produk yang
sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan. Pengkaji mendapati bahawa
produk makanan Namie Kimchi mempunyai banyak pesaing yang mengeluarkan produk
makanan segera. Contohnya seperti Oden Viral Cek Yana. Produk makanan Namie Kimchi juga
banyak mengeluarkan produk baharu yang menjadi tumpuan para pelanggan yang berkunjung
untuk membeli produk ini menyebabkan persaingan antara pengeluar makanan segera menjadi
semakin sengit.

5.4.2 Cabaran dari aspek persekitaran luaran

Menurut Sabri Hussin (2002), persekitaran umum adalah persekitaran makro yang boleh
memberi kesan secara tidak langsung kepada sesebuah perniagaan jika mengalami perubahan.
Persekitaran ini terbahagi kepada tujuh elemen iaitu persekitaran teknologi, persekitaran
antarabangsa, persekitaran prasarana, persekitaran ekonomi, persekitaran sosiobudaya,
persekitaran persaingan dan jaringan dan akhir sekali adalah persekitaran politik dan
perundangan. Dalam kajian ini pengkaji akan menghuraikan beberapa cabaran dari aspek
persekitaran luaran yang dihadapi oleh perniagaan produk makanan Namie Kimchi. Antaranya
seperti persekitaran teknologi, persekitaran ekonomi, persekitaran politik dan perundangan,
persekitaran sosiobudaya dan persekitaran persaingan dan jaringan.

a.Persekitaran Teknologi

Menurut Abu Bakar Hamed (1996), teknologi merupakan perubahan penggunaan sains yang
membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baharu untuk membentuk tugas dan prosedur
kerja yang baharu. Peralatan berteknologi ini dapat menghasilkan produk makanan dengan lebih
cepat dan berkualiti serta menjimatkan masa. Tambahan pula, zaman moden ini menghasilkan
satu perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan melalui telefon yang popular dalam
kalangan masyarakat iaitu Food Panda dan Grab Food. Pencipataan teknologi ini banyak

24
memberi manfaat kepada perniagaan sesebuah perniagaan sekiranya pembelian yang dilakukan
oleh pembeli ada penipuan ataupun pembelian yang tidak disengajakan.

b. Persekitaran ekonomi

Menurut Abu Bakar Hameed (1996), ekonomi merupakan tempat barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dan ditukar berdasarkan permintaan dan penawaran antara peserta (ejen ekonomi)
melalui barter atau alat pertukaran dengan nilai kredit atau debit diterima dalam rangkaian dalam
unit mata wang. Tambahan pula, kestabila ekonomi akan membawa kesan positif kepada dunia
perniagaan khususnya apabila permintaan pelanggan yang semakin melonjak-lonjak untuk
membeli semula produk yang dijual. Dengan itu, aktiviti perniagaan akan semakin berkembang
sebaris dengan produk jualan yang diterima manis oleh pelanggan .

25
6.0 RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

6.1 Rumusan

Dalam tempoh pelaksanaan kajian, pengkaji telah memfokuskan kepada empat objektif
utama dalam menyiapkan kerja kursus ini. Objektif pertama iaitu menghuraikan ciri-ciri
usahawan yang merangkumi sifat peribadi usahawan yang dikaji seperti berani mengambil
risiko, sanggup berkorban, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab serta tabii orang yang
berjaya seperti tabii menang-menang, proaktif, dan bersinergi Objektif kedua pula ialah
menganalisis cara usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan yang merangkumi kaedah
yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaannya serta mengenalpasti cara
pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan produk
makanan Namie Kimchi. Selain itu, objektif ketiga ialah menjelaskan peranan usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan perancangan dan kepimpinan. Objektif yang keempat pula
ialah membincangkan cabaran dalam perniagaan yang dihadapi oleh usahawan dari aspek
persekitaran dalaman seperti pelanggan dan juga aspek persekitaran luaran seperti persekitaran
teknologi bagi perniagaan produk makanan Namie Kimchi. Hasil dapatan kajian pengkaji
mendapati bahawa

6.2 Cadangan

Seseorang usahawan perlulah mempunyai sikap yang berani dan berkeyakinan kerana
apabila individu memceburkan diri dalam dunia perniagaan ini memerlukan seseorang yang
bertanggungjawab dalam membuat sebarang keputusan yang berkait rapat tentang perniagaan
yang dijalankan serta kreatif dan inovatif dalam mengeluarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Pemilik produk makanan Namie Kimchi iaitu Puan Rosanizah boleh menambahkan variasi
makanan korea yang lain di dalam menu makanan mengikut cita rasa pelanggan yang mampu
menarik lebih banyak pengunjung untuk membeli ataupun mencuba produk tersebut.Selain itu ,
Puan Rosanizah juga boleh menawarkan harga makanan yang murah dan berpatutan agar
pelanggan sentiasa membeli produk makanan tersebut

26
6.3 Penutup

Kesimpulannya , pengkaji berharap segala usaha dalam menyiapkan tugasan ini akan
mendapat hasil yang baik dan cemerlang.Pengkaji juga berharap agar usahawan bagi perniagaan
produk makanan Namie Kimchi iaitu Puan Rosanizah dapat mencapai matlamat objektif yang
telah ditetapkan dalam memajukan lagi perniagaan beliau di masa akan datang.Pengkaji juga
bersyukur kepada Allah SWT dengan di permudahkan segala urusan pengkaji dalam menyiapkan
tugasan kerja kursus ini.

27
7.0 Buku Ilmiah

Mokhtar Pet (2018), Definis Persekitaran Teknologi diterjemahkan oleh Abu Bakar Hamed, Ace
Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan penggal 1 edisi keempat.

Mokhtar Pet (2018), Maksud Persekitaran luaran diterjemah oleh Sabri Hussin, Ace Ahead Teks
STPM Pengajian Perniagaan penggal 1 edisi keempat.

Mokhtar pet (2018), Maksud Persekitaran dalaman diterjemah oleh Sabri Hussin, Ace Ahead
Teks STPM Pengajian perniagaan penggal 1 edisi keempat.

LAMAN SESAWANG:

Greenlaw dan Heep (2002), “Definisi Internet” diakses pada 1 Januari 2022 daripada
https://www.scribd.com/doc/142145086/Definisi-Dan-Pengertian-Internet-Menurut-Para-Ahli

Abu Bakar Hamed (1996), “Definisi persekitaran teknologi” diakses pada 1 Januari 2022
daripada https://www.academia.edu/29037802/Asas_Keusahawanan_Persekitaran_Makanan dan
Teknologi.

Eko Susilo (1995), “Definis Buku Ilmiah” diakses pada 1 Januari 2022 daripada

https://sevima.com/pengertian-karya-ilmiah-menurut-para-ahli-dan- jenis-karya-ilmiah/

Sabitha Marican (2006), “Definisi Tembual” diakses pada 1 Januari 2022 daripada
https://ustazkenali.wordpress.com/2017/02/19/temu-bual/

Shuhairy Norhisham (2020), “Definisi Soal Selidik” diakses pada 1 Januari 2022 daripada
https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/09/11/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-kajian-
soal-selidik/

28
Greenberg (2010), “Definisi Pelanggan”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada
http://library.binus.ac.id/eColls/eThesisdoc/Bab2/2012-2-00880-HM%20Bab2001.pdf

Ludwig Von Bertanlanffy (1925), “Definisi Bersinergi”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada

https://ms. titanica.com/significado-de-sinergia

Tim Jatim (2021), “Definis Facebook”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada
http://repository.ump.ac.id/2594/3/AGUS%20W%20BAB%20II.pdf

Maki R (2021), “Definisi Whatsapp”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada


http://conference.kuis.edu.my/icomm/5th/images/e-proceeding/IC-004.pdf

Wiyoto (2001), “Definis Bertanggungjawab”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada


https://m.liputan6.com/hot/read/4549883/tanggung-jawab-adalah-bentuk-kesanggupan-memikul-
risiko-maknai-lebih-jauh

Merican (2005), “Definisi Data Sekunder”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada

https://raharja.ac.id/2020/11/08/data-sekunder/

Roslizam Ghazali (2013), “Definisi Bijak mengambil Risiko”, diakses pada 1 Januari 2022
daripada http://keusahawanansade.blogspot.com/2015/11/task-1-ciri-ciri-keusahawanan.html?
m=1

Yusof (2003), “Definisi Data Primer”, diakses pada 1 Januari 2022 daripada
https://www.scribd.com/doc/72778808/Kaedah-Pengumpulan-Data-Primer-Sekunder

29
8.0 Lampiran

Gambar 1: Menunjukkan pengkaji telah menemubual usahawan bagi produk makanan


Namie Kimchi iaitu Puan Rosanizah Binti Saidin

30
Gambar 2 : menunjukkan antara produk jualan perniagaan makanan Namie Kimchi

31
Gambar 3 : menunjukkan kegunaan Namie Kimchi dalam pelbagai variasi makanan

32
Gambar 4 : Menunjukkan maklum balas pelanggan setia bagi produk makanan Namie
Kimchi

33
Gambar 5 : Menunjukkan khasiat yang terkandung dalam sebalang bagi produk makanan
Namie Kimchi

34
35

You might also like