You are on page 1of 14

PENGENALAN KEPADA MATA

PELAJARAN PERNIAGAAN
TINGKATAN 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN
KERANA ANDA TERPILIH UNTUK
BELAJAR MATA PELAJARAN
PERNIAGAAN
PERNIAGAAN
PENDAHULUAN:
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran
Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan merupakan mata pelajaran
elektif dalam kelompok Sastera Ikhtisas yang digubal untuk
murid Tingkatan 4 dan 5.

MATLAMAT:
Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam perniagaan ke arah mmenjad pengguna bijak, pekerja
dan pengusaha yang kompeten, berkeyakinan dan berfikiran
positif, beretikaserta menjadi warganegara yang
bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
OBJEKTIF:
• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
minat murid dalam bidang perniagaan.
• Membangun idea dan membina kesediaan
murid untuk memulakan perniagaan.
• Membina kemahiran menganalisis dan menilai
perubahan persekitaran terhadap organisasi
perniagaan.
• Membina kemahiran kebolehkerjaan dan
kreativiti murid dalam bidang perniagaan.
• Menerapkan kesedaran tanggungjawab sosial,
tingkahlaku perniagaan yang beretika, sikap
positif dan nilai murni dalam menjalankan
perniagaan.
KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU ADA:
1. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

2. KEMAHIRAN KEPIMPINAN

3. KEMAHIRAN PERAKAUNAN

4. KEMAHIRAN MENGURUS

Kurikulum ini juga menggalakkan pembinaan kreativiti, cetusan idea serta


kesediaan murid untulk memulakan sesuatu perniagaan.

Murid juga perlu mengamalkan kepercayaan bahawa berpegang teguh kepada


prinsip kejujuran, kebenaran, ketelusan dan berhemah mampu menjadikan
perniagaan maju dan berjaya.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Terdapat 2 jenis pentaksiran yang
dijalankan sepanjang pelaksanaannya
iaitu:

1. Pentaksiran Berasaskan Standard

2. Pentaksiran Berasaskan Projek


Tujuan Pentaksiran
Tujuan pentaksiran adalah untuk mentaksir penguasaan murid dalam aspek-
aspek berikut:

 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri secara


sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul serta yakin diri.

 Kenal dan faham terhadap teknologi dan ekonomi yang sentiasa berubah
untuk kehidupan harian.

 Kebolehan mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan


menghasikan sesuatu projek.

 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu


projek.

 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara sistematik.


STANDARD PRESTASI
Merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam
menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan.
Tahap TAFSIRAN
Penguasaan
1 Murid mengingat pengetahuan asas dan kemahiran dalam MPEI
Perniagaan.
2 Murid memahami dan dapat menterjemahkan pengetahuan
perniagaan yang telah dipelajari.
3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang
kemahiran asas dalam perniagaan.
4 Murid menganalisis hasil kajian dalam perniagaan mengikut prosedur
yang betul dan sistematik.
5 Murid menilai setiap hasil kajian atau situasi baharu mengikut
prosedur , sistematik, tekal dan positif.
6 Murid mampu mencipta idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan dalam pengurusan perniagaan serta
boleh menyampaikan maklumat menggunakan komunikasi secara
bertatasusila.
ORGANISASI KANDUNGAN
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI

Pernyataan spesifik Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria


tentang perkara yang atau indikator kualiti umum yang
murid patut ketahui dan pembelajaran dan menunjukkan tahap-
boleh lakukan dalam pencapaian yang boleh tahap prestasi yang
suatu tempoh diukur bagi setiap perlu murid pamerkan
persekolahan standard kandungan. sebagai tanda bahawa
merangkumi aspek sesuatu perkara itu
pengetahuan, kemahiran telah dikuasai murid
dan nilai.
PERUNTUKAN MASA
Mata pelajaran Perniagaan diajar dalam 3 jam
seminggu – 5 masa seminggu.

 Jumlah bilanga waktu untuk tingkatan 4 ialah 105


jam. Ini termasuk masa untuk menjalankan kerja-
kerja tugasan projek MPEI Perniagaan.
KANDUNGAN MPEI PERNIAGAAN
TAJUK PENERANGAN
Tujuan Murid didedahkan kepada tujuan dan pemilikan
Perniagaan perniagaan perniagaan mengikut saiz dan skala
tertentu, persekitaran perniagaan dan peranan
kerajaan berkaitan sesuatu isu.

Organisasi Tajuk ini membimbing murid untuk menetapkan


Perniagaan matlamat dan objektif perniagaan serta memahami
bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan.
PENTAKSIRAN MPEI PERNIAGAAN
TAMAT

USAHA PASTI JAYA

You might also like