You are on page 1of 1

o Kekurangan MILIKAN TUNGGAL

1. Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad


KEKURANG MIK yang terhad menyekat perkembangan perniagaan
2. Modal
3 Tiada pembahagian dan pengkhususan kerja
4. Perniagaan mungkin tidak berterusan
5. Pemilik menanggung beban kerja yang banyak

PERKONGSIAN
o Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerjasama antara 2 atau lebih individu
bagi menjalankan sesuatu perniagaan.
o Perkongsian ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Perkongsian 1961 dan didaftarkan di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
o Bilangan rakan kongsi adalah antara 2 hingga 20 orang namun bagi perkongsian yang
melibatkan profesian seperti peguam jumlah maksimum rakan kongsi tidak melebihi 50
orang.
o Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan perkongsian:
1. rakan kongsi berhad 4. rakan kongsi aktif
2. rakan kongsi lelap 5. Rakan kongsi nominal (namaan)
3. rakan kogsi biasa
o Jenis-jenis perkongsian:
1. perkongsian biasa 4. Perkongsian liabiliti terhad(PLT)
2. perkongsian berhad
o Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT)
1. entiti berasingan
2. liabiliti terhad
3. hayat berterusan

o KELEBIHAN PERNIAGAAN PERKONGSIAN


1. Mudah ditubuhkan
2. Dapat mengumpul modal yang lebih banyak berbanding perniagaan milikan tunggal
3. Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi.
4. Beban cukai perniagaan yang rendah – rakan kongsi membayar cukai pendapatan individu
5. Dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman , justeru dapat mengamalkan pembahagian
dan pengkhususan kerja.

o KEKURANGAN/KELEMAHAN PERNIAGAAN PERKONGSIAN


1. Tidak berterusan
2. Modal terhad berbanding syarikat berhad
3. Tindak tanduk seseorang rakan kongsi melibatkan semua
4. Boleh berlaku perselisihan antara rakan kongsi yang boleh menyebabkan perniagaan
dibubarkan.

You might also like