You are on page 1of 27

BAB 1 TUJUAN PERNIAGAAN dan PEMILIKAN PERNIAGAAN

Maksud Perniagaan
1. Menawarkan barang dan perkhidmatan. melakukan aktiviti urusniaga jual beli brg/perkhidmatan
2. Memenuhi keperluan / kehendak
3. Bermotifkan untung/ Organisasi bermotifkan untung (OBU) untuk dapat keuntungan
Cth menjual kereta pada harga melebihi kos
4. Bukan bermotifkan untung/ Organisasi bukan bermotifkan untung/ OBBU
Cth beri secara percuma/ jualan pada harga kos/ jualan pada harga bawah kos/ harga subsidi
5. Aktiviti perniagaan : a) berasaskan barang- perabot b) berasaskan perkhidmatan- dobi

Organisasi Bermotifkan Untung ( OBU )


 Menjual/ mengeluarkan barang/perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
 Didaftarkan di bawah SSM/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956/ Akta Syarikat 1965/ 2016
Kepentingan untung kepada perniagaan :
 Mengukur tahap prestasi *Menentukan hala tuju sesebuah perniagaan
 Mengembangkan/ memastikan kelangsungan perniagaan
 Melambangkan imej perniagaan
 Menjalankan tanggungjawab sosial

Organisasi Bukan Bermotifkan Untung ( OBBU )


 Organisasi yang memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan,
keagamaan, sosial dan budaya.
 Matlamat utama ialah untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan
kemasyarakatan. Contohnya Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim
Kaedah Perniagaan bagi OBBU
1. Diberi secara percuma/ cth bantuan banjir/ bencana alam
2. Jualan pada harga kos/ tiada utg/ balik modal/tiada tambahan ke atas harga belian
3. Jualan pada harga di bawah kos/ kurang daripada kos, untuk kepentingan pengguna/ pemberian
subsidi oleh kerajaan/ cth barang keperluan asas gula, beras, minyak masak

Bentuk Pemilikan Perniagaan


1. Milikan Tunggal
 dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu saja.
 Proses pendaftaran perniagaan ringkas sahaja/ isi borang Carian nama dan borang A

Kelebihan:-
1. Mudah ditubuhkan
2. Memerlukan modal yang kecil sahaja
3. Keuntungan dikenakan cukai pendapatan individu sahaja
4. Biasanya terletak berhampiran dengan tempat tinggal pelanggan
5. Mudah diuruskan/ Saiz perniagaan kecil/ Bilangan pekerja tidak ramai / cth
6. Bebas menguruskan perniagaan / tidak mahu campur tangan orang lain / selesa
menguruskan perniagaan sendiri / ingin guna kreativiti sendiri / hak untuk meneruskan
kelangsungan perniagaan/ Tidak dipengaruhi oleh pihak ketiga
7. Urusan perniagaan boleh dilakukan di mana-mana sahaja / rumah sendiri / temu janji
8. Dapat membuat keputusan dengan segera / sendiri
9. Keuntungan milik sendiri sepenuhnya/ tidak perlu bahagi keuntungan/ kongsi pendapatan
10. Mempunyai inisiatif bekerja / bermotivasi tinggi untuk memajukan perniagaan
Kekurangan:-
1. Diuruskan secara berseorangan
2. Sukar untuk berkembang kerana modal kecil
3. Pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
1
4. Pemilik menanggung beban kerja yg berat kerana tidak mampu melakukan
(i) pengkhususan
Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal
5. Perniagaan mungkin tidak berterusan
Proses menjalankan perniagaan milikan tunggal
1. Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan (SSM)
2. Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Mengisi Hantar kepada Pendaftar


Mengisi Borang Perniagaan, (SSM) bersama
Borang A
Carian Nama dokumen sokongan
(PNA 42 -nama belum daftar) (maklumat pemilik)

Mendapatkan borang D, iaitu Membuat Pembayaran RM


Sijil Perakuan Pendaftaran 30 jika nama sendiri, RM 60
Perniagaan, Pamer di premis jika nama tred

2. Perkongsian
 Kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan
Ciri – ciri perkongsian:-
 Bilangan rakan kongsi umumnya adalah dlm lingkungan 2 – 20 org
 Perkongsian yg melibatkan sesuatu profesion spt peguam, akauntan jumlah
rakan kongsi tidak melebihi 50 org
 Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956(Pindaan 1978)

 Jenis – jenis rakan kongsi :


a) Rakan kongsi berhad
 Liabiliti rakan kongsi terhad kpd jumlah modal yg dilaburkan sahaja, tidak libat harta peribadi
& tiada kuasa pengurusan serta dibenarkan utk memeriksa rekod & akaun perniagaan
b) Rakan kongsi lelap
- menanggung liabiliti tidak terhad dan tidak aktif dalam pengurusan
perniagaan tetapi menyumbangkan modal sahaja
c) Rakan kongsi biasa
- menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan peniagaan
d) Rakan kongsi aktif
- menanggung liabiliti tidak terhad dan aktif dlm pengurusan serta
dibayar gaji secara bulanan
e) Rakan kongsi nominal
- nama digunakan sbg rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan
perlu menanggung liabiliti yg tidak terhad

Kelebihan dan kekurangan perniagaan perkongsian.


Kelebihan Kekurangan
 Modal lebih besar  Modal terhad
- lebih banyak modal dikumpulkan dari pekongsi - sukar utk berkembang kerana modal masih
kecil
 Mudah ditubuhkan  Perniagaan tidak berterusan
- tidak banyak peraturan/ hanya isi borang - perniagaan terbubar jika rakan kongsi
Carian Nama & borang A meninggal dunia/muflis/ perselisihan faham
 Berkongsi kepakaran/ pengurusan lebih baik  Liabiliti tidak terhad
- gabungan tenaga rakan kongsi menambah - aset peribadi rakan kongsi boleh digunakan
kan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman untuk menjelaskan hutang perniagaan.
 Mengatasi persaingan dlm perniagaan sama  Terikat dengan perjanjian perkongsian
2
Tanggungjawab terbahagi antara rakan kongsi  Sukar membuat keputusan / perlu dapat
Mudah mendapatkan kemudahan kredit persetujuan rakan kongsi
 Risiko dapat disebarkan antara pekongsi  Keuntungan terpaksa dikongsi sesama rakan

3
Jenis – Jenis Perkongsian
1.Perkongsian Biasa
 semua rakan kongsi menanggung laibiliti tidak terhad
 mempunyai kuasa , tanggungjawab serta hak yang sama untuk menguruskan perniagaan

2. Perkongsian Berhad
 terdapat beberapa rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad
 liabiliti yang ditanggung terhad setakat jumlah modal yang dilaburkan
 tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan
 sekurang -kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung liabiliti perniagaan
dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan
 pekongsi dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan

3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)


 menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan syarikat sendirian berhad
 diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

kelebihan PLT
1. Entiti berasingan
 dalam PLT , pemilik dan perniagaan dua entiti yang berasingan
 mempunyai hak menyaman, didakwa, memperoleh /melupuskan harta
2. Liabiliti terhad
 semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat modal yang dilaburkan
3. Hayat berterusan
 setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan menjejaskan
kewujudan, hak atau liabiliti PLT
4. Fleksibiliti perniagaan
 rakan kongsi boleh meletakkan syarat 2 tambahan menurut perjanjian Perkongsian
5. Penjimatan kos
 PLT tidak tertakluk kepada sistem audit/Pematuhan undang -undang berkanun
tiada had bilangan maksimum rakan kongsi / keperluan modal minimum.

Tanggungjawab rakan kongsi


 Menjaga kepentingan rakan kongsi lain.
 Melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, maklumat perniagaan dan
akaun perniagaan.
 Mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan perniagaan yang dijalankan.
 Memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

3. Syarikat Berhad
 Entiti didaftarkan secara sah dgn SSM/ tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965/ Akta sykt 2016
 Keanggotaan terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham.
 Ahli lembaga pengarah (ALP) paling kanan akan dilantik sebagai pengarah urusan syarikat
(CEO). ALP yg lain akan menetapkan pelbagai polisi /buat keputusan perniagaan.
Pemegang saham - pihak yang memegang kepentingan dalam bentuk milikan saham
- Hak pemegang saham adalah:
 Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan.
 Mendengar /memberi pendapat tentang laporan tahunan aktiviti / kewangan sykt
 Mempersoalkan polisi syarikat jika perlu.
 Mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan yang dibawa oleh
ALP
 Mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah.
Syarikat berhad dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i) Syarikat Sendirian Berhad (ii) Syarikat Awam Berhad
i) Syarikat Sendirian Berhad
 lebih kecil berbanding dengan syarikat awam berhad.
 pemegang saham terdiri drp ahli keluarga/ rakan rapat/ sekumpulan ahli persendirian.
 mesti memiliki sekurang2nya 2 org pemegang saham (Akta sykt 2016 hanya 1 org min)
 Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965 / Akta syarikat 2016
 Bilangan ahli 2-50 / 1 - 50
 Saham tidak diurusniaga di Bursa Malaysia
 Pindah milik saham boleh dipindah milik dengan kebenaran ahli lembaga pengarah
 Lebih mudah mendapat modal besar/ Modal tambahan diperoleh dengan terbitan syer baru
 Pemegang saham menanggung liabiliti terhad
 Sekiranya syarikat muflis, pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan
 Semua harta benda peribadi tdk dapat digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat
 Pemegang saham terbesar berhak mengawasi setiap operasi syarikat.

kelebihan dan kekurangan Syarikat sendirian Berhad:


Kelebihan Kekurangan
1. Modal lebih besar 1. Penawaran syer terhad
 Lebih banyak modal dapat  Syer hanya boleh ditawarkan
dikumpulkan melalui terbitan syer kepada saudara dan rakan
2. Liabiliti terhad 2. Beban cukai yang tinggi
 Jika syarikat muflis, pemegang syer  Kadar bayaran cukai syarikat adalah
rugi setakat modal dilaburkan saja. tinggi.
3. Hal ehwal syarikat dirahsiakan 3. Syer tidak boleh dipindah milik secara
 Laporan kewangan tidak perlu bebas
diumumkan kepada orang  Pindah milik syer perlu mendapat
ramai. kelulusan daripada Lembaga
Pengarah.
4. Berkongsi kepakaran/ kemahiran /
pengalaman / pengurusan yang mahir
5. Menikmati ekonomi bidangan
6. Kewujudan kekal / berterusan
7. Diuruskan oleh tenaga profesional /
Lembaga Pengarah

(ii) Syarikat Awam Berhad


 Bilangan ahli 1 @ 2 org sahaja & tiada had maksimum
 Pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan kawalan atas syarikatnya jika terdapat
pembelian saham dalam kuantiti yang besar oleh pihak tertentu dalam usaha mengambil alih
pengurusan syarikat daripada pemegang saham asal.
 Saham diurus niaga di Bursa Malaysia
kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad:
Kelebihan kekurangan
1. Modal lebih besar 1. proses penubuhan rumit
Lebih banyak modal dikumpulkan kerana Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi.
pemegang tidak terhad Perlukan Tataurus sykt & Tatawujud sykt
2. Menikmati ekonomi bidangan/ kos perunit rdh 2. beban cukai sykt yang tinggi
3. Liabiliti terhad 3. Pemilik dan pengurusan yang terpisah
Jika muflis, hanya rugi setakat modal yang dilabur diuruskan ALP/ risiko penyelewengan oleh pihak
saja pengurusan
4. Kewujudan kekal 4. Tiada kerahsiaan hal ehwal sykt
Syarikat merupakan entiti yang berasingan Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan
daripada pemilik kepada orang awam
5. Diuruskan oleh tenaga profesional / Lembaga 5.
Pengarah berkemahiran/ pengalaman luas
6. Mudah untuk berkembang ke peringkat a/bangsa 6.

4. Koperasi
 Sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela.
 Organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan yang sama bagi setiap anggotanya.
 Untuk melindungi kepentingan anggotanya

 Ciri-ciri koperasi
 Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk memenuhi anggota-anggotanya
- untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan ekonomi anggota2nya.
 Aktiviti tidak berunsurkan politik
- matlamat koperasi ialah menjaga kebajikan anggota-anggotanya.
 Aktiviti koperasi diurus berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi
- aktiviti yg dijalankan tertakluk pada peraturan akta koperasi 1993 ( Pindaan
2007)
 Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota
- Modal diperoleh daripada yuran keahlian dan sumbangan ahli.Maka setiap anggota
mempunyai hak untuk bersuara demi memajukan perniagaan dan pengurusan
koperasi.
 Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
- hal ini termasuk dalam urusan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
 Liabiliti anggota koperasi adalah terhad
- hanya menanggung liabiliti terhad setakat sumbangan modal/ yuran sahaja.

Prinsip-prinsip koperasi
 Bekerjasama antara koperasi
- kerjasama dengan koperasi lain untuk menjadikan ekonomi lebih luas dan kukuh.
- membolehkan sistem pengurusan dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan.
 Prihatin terhadap komuniti
- kepentingan komuniti setempat juga turut dititikberatkan.
 Keanggotaan koperasi
Jumlah ahli sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap anggota perlu membeli modal syer.

 Hak anggota
 Mempunyai hak untuk mengundi ( satu undi) dalam mesyuarat agung
tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang dimiliki.
 Terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
 Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi
 Menerima pulangan dalam bentuk dividen
 Menerima Rebat-Insentif yang diberikan kepada pelanggan koperasi
 Kebajikan dijaga/ khairat kematian/ dermasiswa/ bantuan bencana
Cth hak anggota KOOP sekolah?

Kelebihan Kekurangan
1. Liabiliti terhad 1. Kadar pulangan
 Anggota hanya rugi setakat  Dividen rendah berbanding
modal dilaburkan. dengan pelaburan dalam
syarikat.
2. Pentadbiran secara demokrasi 2. Pengurusan dan pemilik terpisah
 Setiap anggota diberi hak mengundi  Pekerja mungkin tidak terdorong
ALK untuk memajukan perniagaan
3. Tiada beban Cukai 3. Pemilikan syer terhad
 Dikecualikan daripada cukai  Setiap individu tidak boleh memiliki
syer melebihi 20%
4. Menerima Rebat 4. Pindah milik syer
 Insentif yang diberikan kepada  Syer tidak boleh dipindah milik
pelanggan koperasi berdasarkan kepada orang lain.
jumlah pembelian di koperasi
1.3 : Bentuk-bentuk Perniagaan Lain
1.3.1Francais
(a) Ciri-ciri Francais
 Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor
 Perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian
 Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor
 Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi
 Francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi
 Francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain
 Francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan

Francaisor
- Merupakan syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk.
- Francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan.

Peranan Francaisor:
 Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan
format perniagaannya kepada francaisi.
 Sebagai pemilik jenama, francaisor bertanggungjawab menyediakan “ blueprint” atau
petunjuk sebagai panduan dan rujukan kepada francaisi
 Francaisor boleh membantu
 menyediakan khidmat latihan untuk membimbing francaisor
 Terdapat francaisor yang membiayai kos pengiklanan francaisi.
 Bagi perniagaan tertentu, francaisor turut memberikan bantuan dalam bentuk
ramuan khas serta alatan dan perkakas

Kelebihan dan kekurangan Francais kepada Francaisor:


Kelebihan Kekurangan
 Dapat mengembangkan perniagaan secara global  Boleh menjejaskan reputasi
 Menikmati ekonomi bidangan dalam bentuk francaisor sekiranya francaisi
peningkatan dalam jumlah sesuatu pengeluaran tidak mematuhi kualiti produk
 Menembusi pasaran baharu yang ditetapkan
 Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi  Peningkatan dalam kos sokongan
 Struktur pengurusan tidak begitu besar – operasi untuk francaisi
pengurusan outlet francaisi dilakukan oleh  Kesukaran memilih francaisi
francaisi sendiri. yang baik dan berdaya saing

 Francaisi
 Menyediakan modal
 Merupakan syarikat yang memberi hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor
 Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan/ system piawaian yang ditetapkan oleh
francaisor

(ii) Kelebihan dan kekurangan Francais kepada Francaisi:


Kelebihan Kekurangan
 Memiliki dan menjalankan satu  Perlu mengawal kualiti barang
perniagaan yang sistematik kerana boleh menjejaskan nama
 Reka bentuk yang seragam baik francaisor
 Mendapat sokongan pengurusan  Terikat dengan perjanjian francais
daripada francaisor dan bergantung pada francaisor
 Risiko kegagalan perniagaan rendah  Tiada inovasi dan inisiatif sendiri
 Jenama terkenal dan jaringan untuk majukan perniagaan.
perniagaan yang lebih luas  Tiada kebebasan mengusahakan
 Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan
perniagaan  Terpaksa membayar royalti kepada
francaisor
1.3.2Usahasama
 Suatu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka
bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang/ perkhidmatan dlm jangka masa tertentu
 Sebuah entiti perniagaan yang baru dibentuk
 Modal disumbangkan oleh pihak yang terlibat dalam usahasama
 Mereka bersama-sama uruskan syarikat dan berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan
Tujuan Usahasama:
 Meningkatkan kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran dan menambahkan keuntungan

Kelebihan dan kekurangan Syarikat Usahasama


Kelebihan Kekurangan
 Membantu perniagaan untuk memperluas  Visi dan misi yang berbeza antara
asas perniagaan. Syarikat boleh pihak yang bergabung mungkin
menjalankan perniagaan di tempat menyebabkan berlaku konflik
yang
belum pernah diterokai
 Dapat meningkatkan dana kewangan  Perbezaan budaya dan cara
dan tenaga kerja untuk menjalankan pengurusan boleh membawa
sesuatu projek. masalah kepada pengurusan
perniagaan
 Meningkatkan pengeluaran kerana  Persaingan wujud dalam kalangan
pasaran adalah lebih besar syarikat yang bersurai setelah usaha
sama antara mereka tamat
 Mendapat teknologi baru  Keuntungan perlu dibahagikan
dengan kerjasama dalam antara syarikat yang bergabung
pengeluaran
 Mudah mendapat bahan mentah  Tindakan salah daripada satu
daripada syarikat usaha sama sebuah syarikat yang bergabung,
akan menimbulkan nama buruk
untuk
keseluruhan usaha sama tersebut
 Harta individu, aset serta pegangan  Sukar mencapai persetujuan bersama
dalam syarikat asal dikekalkan kerana syarikat yang bergabung akana
mempunyai pendapat tersendiri
 Risiko dapat dikongsi atau
ditanggung bersama

Klasifikasi Perniagaan
SAIZ PERKILANGAN PERKHIDMATAN
BIL. JUALAN TAHUNAN BIL. JUALAN TAHUNAN
PEKERJA PEKERJA
KECIL 5<75 org RM300000<RM15 juta 5<30 org RM300000<RM3 juta
SEDERHANA 75<200 org RM15 juta< RM50 juta 30<75 org RM3 juta<RM20 juta
BESAR 200 keatas RM50 juta ke atas 75 keatas RM20 juta ke atas

Saiz perniagaan terbahagi kepada 3:

a) Perniagaan Bersaiz Kecil


Kelebihan Kekurangan
(isu yg berpunca dari dalam pgaan itu sendiri)
1. Kos overhead yang lebih rendah 1. Kurang berdaya saing
 Tidak memerlukan kos operasi Masalah  Sukar untuk mengekalkan
yang tinggi. Menawarkan perniagaan dalam keadaan ekonomi mencabar
harga yang boleh bersaing berbanding dengan pesaing yang bersaiz besar.
dgn syarikat yang lebih
besar.

2. Cepat menyelesaikan masalah dan 2. Kurang Modal dan Aliran Tunai


rungutan pelanggan Masalah  Pemilik tidak mampu membayar upah
 Pemilik dapat mengambil tindakan pekerja mahir yang lebih tinggi.
segera atas segala masalah dan  Sukar membawa masuk teknologi
rungutan pelanggan. tinggi krn memerlukan kos yang
 Kurang menghadapi birokrasi tinggi
Menyebabkan ketinggalan zaman
3. Mudah membuat perubahan 3. Kos pengeluaran tinggi
 Mudah menguruskan perubahan Masalah  Tiada menikmati ekonomi bidangan.
organisasi perniagaan yang kecil  menanggung beban kerja yg banyak

4. Kos upah yang lebih rendah 4. Kekurangan sumber kewangan


 Pekerja P.bersaiz kecil tidak Masalah  Sukar mendapatkan modal
berdaftar dengan kesatuan sekerja, tambahan drp Bank/institusi kewangan krn
atau merupakan pekerja sambilan. kurang yakin akan potensi perniagaan tersebut.
 Pekerja hanya dibayar gaji  tidak dapat menyediakan cagaran
minimum. yang diminta oleh pihak Bank.

Cabaran Perniagaan saiz kecil (isu yg menghalang yg dtg dari luar pgaan) :
1. Masalah aliran tunai 4. Bebanan kerja byk
2. Mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baru
3. Memotivasikan pekerja 5. Kos overhed yang tinggi

b) Perniagaan Bersaiz Sederhana

Kelebihan Kekurangan (isu yg Berpunca dari dalam


pgaan itu sendiri)
1. Mudah ditubuhkan 1. Peluang peningkatan kemahiran tipis
 Perniagaan dalam bentuk milikan tunggal atau Kekurangan sumber kewangan/
perkongsian mudah ditubuhkan kepakaran untuk melatih pekerja;
2. Fleksibel 2. Sukar untuk memajukan kerjaya
 Perubahan dapat dilakukan dengan cepat Bilangan pekerja yang kurang
dan berkesan. menyebabkan seseorang pekerja tiada
 Pembahagian kerja fleksibel. Pekerja boleh peluang menikmati kenaikan pangkat
melakukan lebih drp tugasan sebenar untuk dalam organisasi perniagaan.
menarik perhatian majikan.

3. Semangat berpasukan yang tinggi 3. Kemajuan terbantut


 Majikan dapat memupuk semangat bekerja Peningkatan teknologi akan melibatkan
dalam pasukan. peningkatan kos seunit yang tinggi
 Majikan dapat berhubung rapat dengan kerana kuantiti yang dikeluarkan tidak
pekerja yang tidak ramai banyak.

4. Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan 4. Masalah pembiayaan yang sukar


 Tidak perlu melaporkan aktiviti dan Institusi kewangan enggan membiayai
kedudukan kewangan mereka kepada perniagaan yang belum ada nama baik
umum berbanding dengan syarikat besar. ini membantutkan perkembangan
perniagaan
Cabaran Perniagaan saiz SEDERHANA (isu yg menghalang yg dtg dari luar pgaan) :
1. Untuk meningkatkan hasil
2. Pengambilan pekerja
3. Undang-undang dan peraturan kerajaan

c) Perniagaan Bersaiz Besar


Kelebihan Kekurangan (isu yg Berpunca dari dalam
pgaan itu sendiri)
1. Menikmati ekonomi bidangan 1. Komunikasi kurang berkesan
Kos seunit pengeluaran dapat dikurangkan Terlalu banyak jabatan melambatkan proses
Perniagaan boleh menjual pada harga yang lebih Komunikasi/ Salah tafsiran maklumat
rendah kerana kos rendah menjejaskan keberkesanannya.
3. Dapat menguasai pasaran produk dgn mudah 2. Birokrasi
berbanding perniagaan bersaiz kecil. Terdapat banyak peraturan dan polisi yang
daya promosi yg baik memudahkan kawalan perlu dipatuhi.
3. Wujud pengkhususan 3. Risiko kerugian lebih besar
Pihak pengurusan mampu mengupah tenaga pakar Dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan
berpengalaman di setiap bahagian politik dunia yang tidak menentu.

Cabaran Perniagaan saiz BESAR (isu yg menghalang yg dtg dari luar pgaan) :
1. Ketidakpastian pasaran 3. Pengambilan pekerja
2. Meningkatkan keuntungan tahunan 4. Perundangan peraturan kerajaan

1.4.2 Sektor Perniagaan


Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

a) Sektor Utama (Primer) Sektor Kedua (Sekunder) Sektor Ketiga (Tertier)

Meliputi semua aktiviti Melibatkan pemprosesan Melibatkan aktiviti


pengekstrakan sumber semula bahan mentah untuk membekalkan perkhidmatan
jadi dengan mengeluarkan menghasilkan barang siap tertentu daripada pengeluar
bahan mentah atau hasil alam atau barang separuh siap. terus kepada pengguna.
semua jadi dari bumi atau laut.

4 Cbg - Perlombongan, 4 cbg - Pembuatan dan 3 cbg - Perkhidmatan awam,


pertanian, pembalakan dan Pengilangan, Kejuruteraan, perkhidmatan swasta &
perikanan. pembekalan tenaga dan perkhidmatan sukarela atau
Tiada nilai tambah produk pembinaan kebajikan

b) Sektor kedua
(i) Pembuatan dan Pengilangan
 Penghasilan barang melalui proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai.
 Contohnya, kilang pembuatan roti menjalankan transformasi daripada bahan mentah
(tepung) kepada roti.
(ii) Kejuruteraan
 Kejuruteraan menyediakan jentera, mesin dan peralatan untuk pengeluaran.
(iii) Pembekalan Tenaga
 Aktiviti pembekalan sesuatu tenaga dari pelbagai sumber seperti elektrik, petroleum dan
air untuk kegunaan industri dan isi rumah.
 Contohnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan
Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
(iv) Pembinaan
 Merangkumi aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan menggunakan
barang siap atau separa siap.
 Contohnya, pembinaan bangunan dan jambatan.

 c) Sektor Ketiga (Tertier)


 Aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna.
 Dikenali juga sebagai aktiviti ekonomi peringkat ketiga atau tertier.
 Contoh perkhidmatan pelancongan, pengangkutan,telekomunikasi, perbankan, perdagangan
serta perkhidmatan awam dan swasta.
 Sektor ketiga berperanan untuk menyokong perkembangan sektor primer dan sekunder.
 Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara.

1.5 Skala Perniagaan

Skala
Perniagaan

Domestik Antarabangsa

Tempatan Negeri Kebangsaan Zon X

1.6 Pasaran Domestik


 Melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara. Ada tiga skala :

Tahap
Kriteria Skala Tempatan skala Negeri skala Kebangsaan
 Luas  Membekalkan barang  Menembusi  Perniagaan
Pasaran dan perkhidmatan pasaran peringkat meluas ke
mereka di kawasan daerah dalam negeri- negeri
tertentu sahaja. sesebuah negeri. berlainan dalam
negara
 Saiz  Kecil  Sederhana  Besar
 Meliputi perniagaan  bertaraf (PKS)  menubuhkan
gerai /kedai di dalam Perusahaan banyak cawangan
daerah sendiri sahaja Kecil dan seluruh negara
Sederhana
 Kos  Rendah  Agak tinggi  Tinggi
 Bertumpu pada kerana perlu  Melibatkan
pengeluaran memenuhi pengkhususan dan
tradisional dan permintaan gunaan mesin
guna tenaga dari pelbagai menikmati faedah
manusia daerah ekonomi bidangan
1.7 Pasaran Antarabangsa
Peringkat Zon Peringkat Global
 tertumpu pada zon tertentu contohnya  Merangkumi seluruh pelusuk dunia
zon Asia Tenggara, Zon Eropah DLL  Dipermudahkan oleh kemajuan teknologi
 Dipengaruhi oleh permintaan dalam  Pelbagai penyesuaian perlu dibuat oleh
zon tertentu, yang dipengaruhi oleh pengeluar untuk menyesuaikan
faktor sosial budaya, ekonomi dan produk keluaran kepada kehendak dan
kewangan keperluan berlainan pengguna seluruh
dunia
1.6 Perkaitan antara kriteria berikut dalam sesuatu perniagaan :

Penawaran
Produk

Klasifikasi Perniagaan PERNIAGAAN Bentuk Pemilikan

Skala Perniagaan

1.7 Perkembangan sektor perniagaan di Malaysia

Pembahagian Sektor yang


Perkembangan Sektor Menjadi Penjelasan
Perniagaan di Malaysia Tumpuan
Selepas merdeka Sektor Utama  Penumpuan diberikan kepada :
- Pertanian,Perlombongan
Era 1990-an Sektor Kedua  memajukan sektor Perkilangan
 Mengusahakan produk daripada sektor utama
 Mengurang import brg siap,tambah eskport barang
siap
Menjelang Abad Sektor Ketiga  perhatian pengeluaran sector perkhidmatan
ke -21  Selaras aspirasi menjadi negara maju

BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

Peranan Bank Negara Malaysia.


- Memantau keadaan ekonomi
- Meningkatkan kestabilan kewangan
- Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara yang menekankan
aspek kecekapan dan keselamatan kewangan negara

Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Tempatan


1. Perniagaan yang lancar, licin dan adil memerlukan campur tangan pihak kerajaan.
2. Keementerian dan agensi kerajaan membantu menangani isu-isu di peringkat
tempatan, negara dan serantau
 Isu-isu tempatan
 Hubungan perniagaan dengan komuniti
 Pengguna tempatan
 Tanggungjawab sosial dengan masyarakat sekeliling
 Faktor sosiobudaya masyarakat setempat
 Isu negara
 Jumlah penduduk negara
 Inflasi
 Kemelesetan ekonomi
 Kadar pertumbuhan ekonomi
 Isu serantau
 Melibatkan hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti
negara Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam.
Peranan Kerajaan Pusat
Kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan bahawa segala
urusan perniagaan dalam dan luar negara berjalan dengan lancar.
(i) Aspek Perundangan
 Menggubal undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan melalui parlimen

1. Penggubalan Undang-undang
 Akta Kontrak 1950
 Akta Jualan barangan 1957
 Akta Sewa Beli 1967
 Akta Perkongsian 1961
 Akta Syarikat 1965, A.S 2016
 Akta Perhubungan Industri 1967(pindaan 1980)
setiap jenis perniagaan perlu didaftarkan dan dikawal selia agar tidak
merosakkan pemikiran rakyat, menjejaskan kesihatan ataupun memudaratkan
orang ramai.

2. Perlindungan pengguna
 Akta Perihal Dagangan 1972
 Akta Kawalan harga 1946
 Akta Sewa Beli 1967
 Akta Timbang sukat 1972
 Akta kualiti alam sekitar 1974
 Akta Perlindungan Pengguna 1999

Tujuan Akta Perlindungan Pengguna:


o melindungi keselamatan pengguna dalam aspek makanan, ubat-ubatan
serta sebarang amalan dan perkhidmatan yang tidak selamat
o melindungi kesihatan pengguna daripada tindakan perniagaan yang
boleh mengancam kesihatan pengguna
o hak pengguna untuk mendapat ganti rugi jika pengguna tidak menerima
barangan atau perkhidmatan yang dijanjikan oleh peniaga.
o melindungi pengguna mendapat alam sekitar yang bersih ekoran aktiviti
perniagaan yang mencemarkan alam sekitar.
o setiap isu atau kes yang bwujud akan dirujuk kepada pihak atau agensi
kerajaan seperti Tribunal Tuntutan Pengguna dan mahkamah.

3. Pelepasan Cukai
Aktiviti pungutan cukai dilakukan oleh:
 Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM)
 Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )

a. Taraf Perintis
o diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan.
o syarikat dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun
b. Elaun Cukai Pelaburan
o Pelepasan cukai diberikan daripada pelaburan modal dalam perniagaan
yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah
tempatan
c.Potongan Cukai
o Potongan cukai diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan .
o Kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan yang terlibat
d. Pengecualian Cukai
o diberikan kepada syarikat status MSC dan terlibat dalam industry teknologi tinggi.
o Perbelanjaan yang boleh mendapat pengecualian cukai ialah penyelidikan
pasaran eksport, pameran, pengiklanan di luar negara.
e. Elaun Pelaburan Semula
o Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran
makanan, pembinaan jalan dan pembukaan tanah untuk pembelian aset
modal. Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembelian aset.

(ii) Aspek Kewangan


 sumber pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi.
 kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu peniaga mendapat
pembiayaan sumber kewangan untuk memulakan dan mengembangkan
perniagaan.
 agensi yang memberi bantuan kewangan kepada usahawan ialah Majlis amanah
Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional.
 Contoh-contoh Agensi Pembiayaan Perniagaan

(iii)Aspek Perkembangan aktiviti Perniagaan :

1. Aktiviti Promosi
- Perbadanan pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ( MATRADE) mempromosikan aktiviti
yang berkaitan dengan perdagangan di luar Malaysia bagi pihak kementerian perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)

MATRADE
 Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu
 Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara
 Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar
 Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia
 Mengadakan misi perdagangan ke luar negara untuk pengeluar tempatan dan
membawa masuk pengimportan dari luar nagara
 Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha
mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan perdagangan
dengan negara lain
 Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk
pengeksport Malaysia

2. Aktiviti Latihan dan pembangunan


- Kerajaan melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (NPC) telah menganjurkan pelbagai jenis
latihan dan kursus untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran .
- Latihan inisiatif dilaksankan untuk menggalakkan peningkatan produktiviti pekerja.
- Pembangunan ialah inisiatif yang diambil dalam jangka masa yang panjang untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pekerja.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (NPC)


 Menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kuantiti
 Mempertingkatkan pembangunan sumber tenaga manusia
 Menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti.
 Kursus yang disediakan – kursus keusahawanan, kursus pengurusan dan kawalan
kualiti dan kursus kewangan dan perakaunan

3. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (Research &Development )


- Aktiviti R&D dapat menjana kreativiti dan inovasi dalam pengeluaran produk kita
R & D amatlah penting agar kita dapat bersaing pada peringkat antarabangsa
- Contoh agensi yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan:

MARDI SIRIM
 menjalankan penyelidikan dalam  memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang
bidang pertanian ditetapkan dan bermutu tinggi
 memperkenalkan teknologi baharu kepada  menjalankan kajian bagi memastikan tiada
industry penyelewengan dari segi kualiti
 meningkatkan produktiviti dan kualiti  menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyampaikan
produk maklumat yang berkaitan dengan pembangunan dan
perubahan dalam teknologi
MPOB ( Malaysia Palm Oil Board) TNB Research
meningkatkan nilai perkembangan keluaran menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menangani
berasaskan minyak sawit Malaysia setiap isu yang berkaitan dengan tenaga elektrik

b) Peranan Kerajaan Negeri


- bidang kuasanya atas bahan galian dan tanah dgn mewujudkan kawasan industri
- peningkatan hasil pendapatan kerajaan negeri melalui bayaran lessen
- menggalakkan sektor swasta mengusahakan projek pertanian dgn menyediakan
lokasi tanah yang strategic berserta skim galakan yang sesuai.
- Kerjasama antara kerajaan negeri dengan sektor swasta dapat menarik
kemasukan pelabur tempatan dalam bidang infrastruktur serta bidang TMK ( ICT
)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)


- terdapat di setiap negeri DAN merancakkan aktiviti perniagaan.
- Mewujudkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai pembekal dan
vendor dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. Cth PKEN, PKNK.
- membantu usahawan baharu menghasilkan produk dgn sokongan kerajaan negeri

c) Peranan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )


1. ditubuhkan di bawah akta kerajaan tempatan 1976.
Contoh: Majlis Bandaraya, Majilis Perbandaran dan Majlis Daerah, MPSP
2. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dapat menjamin keselesaan kehidupan
masyarakat setempat
3. Pewujudan pusat-pusat perniagaan seperti pasar-pasar dan gerai-gerai
4. Pengawalan terhadap kesihatan awam dan keselamatan
5. Pelaksanaan tanggungjawab sosial seperti pembangunan kemudahan awam
6. Memastikan setiap pembinaan bangunan dalam keadaan selamat dan sempurna
7. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
8. Menggubal sesuatu undang-undang kecil ( Undang-undang kecil perlesenan,
perniagaan dan Perindustrian/ Undang-undang kecil pasar / Undang-undang kecil
penjaja).Yg berkaitan dgn perniagaan - premis perniagaan, pengawalan
pengiklanan
a) Peranan kerajaan dari Aspek Pertumbuhan Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi ialah Peningkatan sesuatu kegiatan yang menyebabkan pertambahan dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar( KDNK )
- Peningkatan aktiviti perniagaan akan meningkatkan pendapatan penduduk.
- Apabila perniagaan berkembang, ekonomi turut meningkat maju.
- Pertumbuhan ekonomi meliputi :
(i) Peningkatan pendapatan isi rumah
(ii) Kuasa beli pengguna meningkat
(iii) Keuntungan negara meningkat
Langkah kerajaan Untuk Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi:
(i) Dasar Fiskal:
- Melalui tindakan perbelanjaan kerajaan dan pelaksanaan cukai tertentu yang
akan mempengaruhi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan.
- Kesannya pengeluaran barang dan perkhidmatan akan meningkat
- Keadaan ini akan meningkatkan pendapatan pendapatan penduduk
- Tindakan ini seterusnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi.

(ii)Dasar Kewangan:
- Bank Negara akan mengurangkan kadar faedah bagi menggalakkan penduduk berbelanja
dan mengurangkan aktiviti pelaburan.
- Perbelanjaan penduduk akan meningkatkan permintaan dan seterusnya
penawaran produk .

Peranan Kerajaan dari Aspek Guna


Tenaga Guna tenaga penuh
- Dicapai apabila sesebuah negara mencapai kadar pengangguran kurang daripada 4 %.
- Dalam keadaan ini, negara hanya mengalami pengangguran geseran
(pekerja berhenti kerja, mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan serta merta)
- Apabila guna tenaga penuh berlaku , pekerja memperoleh pendapatan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak.
- Jika tiada guna tenaga penuh, keadaan pengangguran yang lebih teruk akan berlaku.

Jenis pengangguran
(i)Pengangguran bermusim
- Seseorang pekerja bekerja dalam jangka masa pendek pada setiap tahun.
- Apabila pekerjaan telah tamat, pekerja terpaksa mencari pekerjaan yang lain.
- Biasanya kerajaan memberi insentif kepada perniagaan ( pengecualian cukai
atas pembayaran gaji pekerja yang diambil terus bekerja dalam tempoh
tertentu) agar membenarkan pekerja terus bekerja.

(ii) Pengangguran kitaran


- keadaan ekonomi yang meleset menyebabkan majikan tidak mampu membayar
gaji kepada pekerja.
- Hal ini menyebabkan majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja.
- Penyelesaiannya ialah kerajaan menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan untuk
mengatasi masalah kemelesetan ekonomi.

(iii) Pengangguran teknologi


- Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan teknologi untuk menggantikan
tenaga pekerja.
- Hal ini menyebabkan pekerja yang sedia ada kehilangan pekerjaan sementara
pekerja yang baharu tidak memperoleh pekerjaan.
- Bantuan yang dapat diberikan ialah menggunakan penggunaan mesin untuk
proses tertentu agar dapat dilakukan oleh tenaga manusia

(iv) Pengangguran Struktur


- berlaku ekoran perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak
memerlukan kemahiran pekerja.
- Kerajaan membuat perancangan ekonomi yang sesuai dengan trend
perubahan ekonomi dan perniagaan sebagai langkah untuk membantu
menyelesaikan masalah i
Peranan Kerajaan dari aspek Ekonomi
(a) Inflasi
- Merupakan satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
- Antara sebabnya tercetus keadaan ini ialah :
(i)Peningkatan permintaan barang atau perkhidmatan berbandingan dengan
jumlah barang dan perkhidmatan yang terhad dalam pasaran.
(ii) Kenaikan kos pengeluaran barang atau perkhidmatan ( inflasi tolakan kos)
- Cara atasi:
(i)Pelaksanaan dasar galakan pelaburan dibuat untuk meningkatkan
kadar pengeluaran dan mengatasi kekurangan barang.
(ii)Inflasi tolakan kos pula diatasi dengan memberi subsidi kepada pengeluar
agar tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran.
(iii)Meningkatkan kadar faedah bank adalah cara untuk menggalakkan
pengguna menyimpan wang di bank. Ini membolehkan permintaan
terhadap barangan jatuh agar harga barang tidak akan terus naik.
(iv) Dasar kerajaan yang sesuai dilaksanakan untuk membantu
mengekalkan kesejahteraan dengan memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. Harga barang yang stabil akan mendorong
permintaan terhadap barangan tempatan lebih tinggi daripada
permintaan terhadap barangan import.

(b) Deflasi
- Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
- Disebabkan oleh penduduk yang tidak mampu membeli barang di pasaran dan
mereka meramalkan harga barang akan terus jatuh.
- Kesan deflasi ialah :
(i) membantutkan aktiviti perniagaan
(ii) penduduk kehilangan pekerjaan
(iii) kuasa beli penduduk menurun
- Cara atasi deflasi:
(i)Menurunkan kadar cukai
- cukai yang dibayar oleh pengguna dikurangkan agar dapat
meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk
(ii) Memberi khidmat nasihat dan perundangan
- agar peniaga menggunakan setiap sumber secara optimum untuk
meningkatkan jumlah eksport
(iii) Dasar kewangan kerajaan
- menurunkan kadar bunga supaya pengguna mengurangkan simpanan di
bank dan meningkatkan perbelanjaan.

Trend Persekitaran Perniagaan


 Arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan yg dipengaruhi oleh faktor dalaman & luaran
Jenis Trend Pengaruh Faktor Dalaman Pengaruh Faktor Luaran
Meningkat  Pekerja bermotivasi  Ekonomi berkembang
 Aktiviti dan tinggi  Situasi politik
operasi perniagaan  Pekerja kreatif bertambah baik
semakin baik dan inovatif  Perundangan negara stabil
 Perniagaan semakin  Penambahan pekerja yang  Pembaharuan dalam
banyak mengeluarkan berkemahiran tinggi infrastruktur
barang dan  Pemimpin baharu yang  Pembangunan yang pesat
perkhidmatan dinamik telah mengambil dalam negara
alih
Jenis Trend Pengaruh Faktor Dalaman Pengaruh Faktor Luaran
Menurun  Gaya pengurusan tidak  Keadaan ekonomi lembab
 Aktiviti dan sesuai  Perubahan pemerintah
operasi perniagaan  Teknologi ketinggalan yang kurang bijak
semakin menurun zaman  Penyelewengan dalam
 Kadar pengeluran  Pertukaran gaya pentabdiran
barang semakin pentadbiran yang tidak  Rasuah berlaku
berkurangan sesuai

Mendatar  Tiada perubahan  Tiada perubahan dalam


 Keadaan dibuat dalam masa sektor politik, ekonomi
perniagaan tidak yang lama dan sosial
berubah, tetap  Meneruskan cara yang
sama sedia ada sahaja
 Tiada perubahan dalam  Pentdbir berpuas hati
pengeluaran dengan keadaan sedia
ada

meningkat menurun mendatar

Pasaran
 keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dan pembeli kerana terdapatnya persetujuan
pada tingkat harga dan masa perniagaan
 Teknologi moden telah menyebabkan pasaran produk bertambah luas
 pasaran dapat dibahagikan kepada :
Jenis Pasaran Penjelasan
Pasaran untuk semua Produk yang ditawarkan kepada semua orang tanpa sekatan
Mass market seperti sabun pencuci dan sos tomato.

Pasaran produk Berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua


jenis produk seperti makanan, pelancongan dan
perumahan
Pasaran kewangan Jual beli saham dan sekuriti, pertukaran wang asing,
pinjaman dan pelaburan.
Pasaran Niche - Tertumpu pada golongan tertentu seperti mereka
yang berkongsi minat, hobi atau kemahuan yang
sama.
- Segmen pasaran kecil dan bertujuan memenuhi kepuasan
dan keperluan sasaran pasaran tertentu.
Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan

 Peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor dalaman dan luaran.
 faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses),
peluang (opportunities), dan ancaman (threats) (SWOT) yang dihadapi oleh organisasi.
 Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi,
misi, dan objektif perniagaan.

Faktor dalaman
 faktor-faktor yg dimiliki oleh syarikat, boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada
organisasi.
FAKTOR DALAMAN
Gaya  Tingkah laku yg ditunjukkan oleh pengurus /majikan untuk mempengaruhi gelagat
pengurusan pekerjanya.
Gaya Peng. Huraian

Laissez-faire (1,1) majikan terlalu memberi ruang atau kebebasan kepada pekerja mereka.

Sokongan (1,9) Tahap perhubungan yang baik telah terjalin antara majikan dengan pekerja.

Sederhana (5,5) tindakan majikan yang bijak dalam menjaga hubungan dengan pekerja
mereka.

Autokratik (9,1) tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Demokratik (9,9) tindakan majikan mengamalkan toleransi dan menjalinkan hubungan yang
baik.

Sumber  Sumber manusia yg mencukupi dan berkemahiran tinggi menjadikan perniagaan lebih
manusia berdaya saing.
 dibahagikan kpd sumber manusia dalaman (pekerja sedang berkhidmat dalam sesebuah
organisasi perniagaan) & sumber manusia luaran (pengambilan pekerja dari luar organisasi
utk isi jawatan)

Kelebihan sumber dalaman Kekurangan sumber dalaman

Memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu

Pekerja lebih memahami budaya organisasi Kekosongan jawatan

Maklumat pekerja sedia ada Pengetahuan stereotaip

Kelebihan sumber luaran Kekurangan sumber luaran

Melahirkan idea baharu Memerlukan program induksi

Kemahiran baharu Mengambil masa Utk memahami budaya organisasi


Semangat Kos merekrut yang tinggi

Teknologi  Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan


maklumat  membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan
pelanggan dengan segera dan tepat.
 Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
Perniagaan atas talian/ online/ e-dagang/e-pemasaran/ e-mel/ media sosial
Pemasaran  Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna
terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
 melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran 4P iaitu :produk, pengedaran, promosi,
dan harga.

Produk Tahap kualiti, reka bentuk , Pembungkusan, saiz produk dan jaminan
gaya dan jenama produk

Pengedaran Saluran pengedaran dan Kadar inventori, pengangkutan dan lokasi


kawasan pengedaran syarikat

Promosi Kaedah pengiklanan dan Aktiviti promosi dan program publisiti


pendekatan jualan

Harga Harga yang ditetapkan dan Tempoh bayaran jualan kredit dan
kadar diskaun kemudahan kredit

Pengeluaran  Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. Mengubah input kepada output

Penyelidikan  Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan


dan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
pembangunan  Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna & trend
pasaran.
Kewangan  Struktur kewangan organisasi yang kukuh
 membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk memajukan
perniagaan.

(b) Faktor luaran


 faktor-faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat.

FAKTOR LUARAN
Undang  Peraturan/ undang2 untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar
undang  boleh beri kesan kpd cara perniagaan diuruskan, kos operasi /peletakan harga, & cara
promosi produk.

Sosiobudaya  Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya/agama/umur/jantina


 boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan oleh
perniagaan.
Ekologi  Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
 seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.

Politik  Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang


 boleh membawa kesan positif atau negatif kepada perniagaan.
Ekonomi  Keadaan ekonomi yg meningkat dpt meningkatkan prestasi perniagaan dsbnya

Teknologi  Perkembangan/perubahan teknologi membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan


jenis keluaran dan dapat meningkatkan peluang pasaran.

Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan

1 . Pasaran; kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:


 cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
 barang lama hilang permintaan di pasaran;
 kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;
 pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.

2. Trend;kesan perubahan dari aspek trend meliputi:


 guna tenaga
o iaitu penurunan dalam guna tenaga
o akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;

 pendapatan
o jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o hal ini akan merancakkan ekonomi.

 pertumbuhan ekonomi
o trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o akan memberi kesan positif terhadap perniagaan,
o contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

3. Undang-undang; kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:

1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan


o contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika
peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.

2. mewujudkan sistem perniagaan secara adil


o contohnya: Akta Persaingan 2010
 bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
 syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan
persaingan yang menindas syarikat yang lemah.

3. melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan


o contohnya: Akta Hak Cipta 1987
 digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
 berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
 di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.

You might also like