You are on page 1of 2

Soalan Essei :(20m)

Terdapat dua perniagaan barang telah dibuka di Taman Bahagia iaitu Perniagaan Lee & Mei
dan Perniagaan Murni Sendirian Berhad. Walaupun kedua-duanya merupakan pasar mini
tetapi jenis perniagaannya berbeza antara kedua-dua perniagaan tersebut. Bandingbezakan
ciri-ciri kedua-dua jenis pernigaan dan kemukakan kelebihan dan kekurangan Perniagaan Lee
& Mei.

Jawapan:

Perbandingan Ciri-ciri
Perniagaan Lee & Mei Perniagaan Murni Sendirian Berhad
- Perkongsian - Syarikat Sendirian Berhad
- Dimiliki oleh 2-20 orang - Dimiliki oleh pemegang saham antara 2
- Modal disumbang oleh rakan kongsi hingga 50 orang.
mengikut kadar yang dipersetujui dalam - Modal diperoleh melalui jualan saham
perjanjian perkongsian. kepada orang persendirian yang
- Diuruskan oleh rakan kongsi biasa bilangannya tidak melebihi 50 orang.
yang diberi gaji. - Kawalan dan pengurusan perniagaan
- Berdaftar dengan Pendaftar oleh Lembaga Pengarah.
Perniagaan. - Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat,
- Liabiliti tidak terhad ditanggung oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
setiap rakan kongsi. - Liabiliti terhad bagi setiap pemegang
- Cara pembahagian untung atau rugi saham setakat jumlah modal yang
adalah mengikut syarat-syarat yang dilabur sahaja.
dipersetujui dalam perjanjian - Keuntungan syarikat dibahagi kepada
perkongsian. pemegang saham dalam bentuk
- Keuntungan pekongsi dikenakan cukai dividen.
pendapatan individu yang mengikut - Dikenakan cukai pendapatan syarikat.
jumlah pendapatan.

Kelebihan Perniagaan Lee & Mei (Perkongsian):

- Lebih mudah ditubuhkan berbanding dengan syarikat berhad sebab tiada sekatan yang
perlu dipatuhi.
- Dapat mengumpul modal yang lebih besar daripada rakan kongsi
- Risiko perniagaan dapat disebar kepada semua rakan kongsi dan tidak ditanggung
seorang sahaja.
- Pembahagian dan pengkhususan dapat diwujudkan kerana setiap pekongsi dapat
menyumbang pengetahuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing.
- Setiap rakan kongsi hanya dikenakan cukai pendapatan individu yang rendah.

Keburukan Perniagaan Lee & Mei (Perkongsian):

- Rakan kongsi biasa menanggung liabilit tidak terhad.


- Kewujudan perkongsian tidak kekal, iaitu mudah dibubar jika berlaku kematian, muflis atau
penarikan diri mana-mana rakan kongsi.
- Tindak tanduk atau keputusan seorang rakan kongsi melibatkan semua.
- Kelemahan kepada rakan kongsi berhad kerana dia tidak dapat mengurus perniagaan dan
hanya dapat balik sumbangan modal dengan persetujuan rakan kongsi lain.

You might also like