You are on page 1of 11

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

AP015

TUGASAN 2 (INDIVIDU)

NAMA: SARAH BINTI AWANG JAIR

NO MATRIK: MA2115114411

KELAS: A04

NAMA PENSYARAH: FLORENCE LOO @ FAUZIAH ABDULLAH

TARIKH HANTAR: 13 SEPTEMBER 2021


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pihak Berkepentingan Dan Persekitaran Umum 1-3

2 Kaedah Pemilihan 4-6

3 Peranan Pengurus Kewangan 7-8

4 Rujukan 9
i. Pihak Berkepentingan Dan Persekitaran Umum

Pihak berkepentingan ialah orang yang mempunyai kepentingan, hak atau tuntutan tertentu. Ini
adalah pengertian umum dengan perkataan "pihak berkepentingan". Kita boleh mengatakan
dengan kata lain bahawa ada pengurusan perhubungan antara pihak berkepentingan. Dalam dunia
hari ini pihak berkepentingan iaitu organisasi atau sekumpulan individu, merupakan asas kepada
mana-mana perniagaan yang berjaya. Manakala, Persekitaran umum merupakan persekitaran
yang luas dan memberi kesan tidak langsung kepada sesebuah perniagaan.

a) Pihak pengurusan

Pihak berkepentingan pertama yang boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan Syarikat Labuan
Delta Berhad (LDB) yang pertama ialah pihak pengurusan. Pihak pengurusan ialah pihak-pihak
yang terbabit dalam pengurusan syarikat. Pengurus mempunyai tugas menyelaraskan dan
mengawal kerja yang dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai matlamat tertentu.
Matlamat itu tidak akan tercapai sekiranya dilakukan oleh pengurus secara bersendirian. Pihak
pengurusan terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Pihak pengurusan menentukan hala tuju perniagaan, operasi perniagaan, perancangan perniagaan
dan keuntungan perniagaan. Berdasarkan kes, Syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) telah
melantik Cik Hadirah sebagai pengurus sumber manusia bagi memudahkan pengurusan
pengambilan pekerja ke Indonesia dan Thailand. Selain itu, sejak Syarikat Labuan Delta Berhad
(LDB) mengalami krisis kewangan yang teruk lembaga pengarahnya telah melantik Encik
Desmond sebagai pengurus kewangan yang baru untuk menguruskan kewangan syarikat. Hasil
daripada kecekapan Encik Desmond syarikat tersebut telah menunjukkan peningkatan
keuntungan sebanyak 10%.

1
b) Pelaburan

Pihak berkepentingan yang seterusnya ialah pelabur. Pelabur akan menyumbangkan modal
dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Mereka membeli saham syarikat dan inginkan
pulangan dalam bentuk dividen. Perniagaan akan dapat memperluaskan hasil sumbangan modal
pelabur dan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat seterusnya memberi keyakinan kepada
pelabur untuk membuat pelaburan ke dalam syarikat. Berdasarkan kes, Syarikat Labuan Delta
Berhad (LBD) telah berkembang maju dan meneruskan langkah dalam mencari peluang-peluang
pelaburan yang baru. Syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) juga telah menarik ramai perhatian
pelabur dari dalam dan luar negara sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur sedia ada dengan
prestasi kewangan syarikat yang telah meningkat keuntungan sebanyak 10%. Keuntungan
syarikat akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan meningkatkan kekayaan para pelabur.
Syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) bercadang untuk memberikan dividen yang tinggi kepada
pelabur setiap tahun jika kewangan syarikat semakin kukuh.

c) Pekerja

Pihak berkepentingan yang terakhir ialah pekerja. Pekerja ialah individu yang menyumbang
kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran selepas
melaksanakan tugas. Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.
Semangat kerjasama pekerja dapat membantu perniagaan mencapai matlamat yang ditetapkan
dan gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat serta menggambarkan imej
sesebuah perniagaan. Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang
pertumbuhan kepada pertumbuhan perniagaan. Berdasarkan kes, Syarikat Labuan Delta Berhad
(LDB) telah bercadang untuk membuka cawangan di Indonesia dan Thailand yang memerlukan
sekurang-kurangnya 200 orang pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran. Syarikat Labuan
Delta Berhad (LDB) juga telah melantik Cik Hadirah sebagai pengurus sumber manusia untuk
menguruskan pengambilan pekerja.

2
d) Teknologi

Persekitaran umum yang boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan Syarikat Labuan Delta Berhad
(LDB) ialah teknologi. Teknologi merujuk kepada kaedah baru untuk melakukan sesuatu kerja.
Perkembangan teknologi memberi kesan di mana perniagaan yang menggunakan teknologi
terbaru dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran dan mengurangkan kos
perniagaan. Sesebuah perniagaan juga mestilah peka dengan perkembangan teknologi semasa
bagi menjamin kemandirian perniagaan yang dijalankan. Berdasarkan kes, Syarikat Labuan Delta
Berhad (LDB) ialah sebuah syarikat penghantaran yang bermula sejak tahun 1990. Labuan Delta
Berhad (LDB) juga telah melakukan penghantaran ke seluruh Malaysia dengan membawa
pelbagai produk dengan cepat dan selamat . Labuan Delta Berhad (LDB) juga telah berkembang
kepada sebuah syarikat penghantaran ke Negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, syarikat LDB
perlulah mengikuti perkembangan teknologi bagi memudahkan proses penghantaran barang ke
seluruh tempat.

e) Global

Seterusnya, persekitaran umum terakhir yang boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan Syarikat
Labuan Delta Berhad (LDB) ialah global. Global ialah persekitaran dunia yang merangkumi
politik, undang-undang dan ekonomi dunia yang mempengaruhi sesebuah perniagaan. Perniagaan
ini juga perlu bersaingan di peringkat antarabangsa. Melalui perniagaan global, ini membolehkan
peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta Negara. Dasar buka pintu
yang diamalkan oleh sesebuah Negara membolehkan peniaga menjalankan perniagaan di Negara
asing. Berdasarkan kes, Syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) merupakan penghantaran yang
melakukan penghantaran di seluruh Malaysia sahaja. Namun kemudiannya telah berkembang
daripada syarikat penghantaran domestik kepada syarikat penghantaran ke Negara-negara Asia
tenggara dan bercadang untuk membuka cawangan di Indonesia dan Thailand. Apabila cadangan
yang dibuat telah dapat direalisasikan dan mendapat keuntungan syarikat Labuan Delta Berhad
(LDB) mula dioperasikan di seluruh Asia Tenggara. Syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) juga
telah membuat cadangan untuk terus mengembangkan syarikat ini di Eropah dan Asia Barat.

3
ii. Kaedah Pemilihan

Kaedah pemilihan ialah kaedah yang digunakan dalam proses mengambil pekerja yang terbaik
daripada semua calon-calon yang terlibat. Pemilihan juga merupakan satu proses menilai dan
memilih calon paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang diperlukan. Pekerja yang
dipilih mestilah mempunyai kelayakan yang diperlukan berdasarkan spesifikasi kerja. Proses
pemilihan pekerja biasanya bermula dengan mengisi borang permohonan. Borang ini memastikan
pihak majikan memperoleh maklumat asas tentang diri pemohon. Kemudian organisasi biasanya
akan mengehendaki pemohon mengikuti proses temuduga yang dijalankan. Temuduga ni
bertujuan untuk memperoleh maklumat tambahan tentang diri pemohon serta memberikan sedikit
maklumat tentang organisasi tersebut kepada pemohon. Selain itu, borang permohonan dan
temuduga yang disediakan oleh organisasi itu dapat juga menentukan kesesuaian pemohon
melalui ujian pemilihan, pemeriksaan latar belakang dan pemeriksaan fizikal.

a. Borang pemilihan

Kaedah yang pertama yang boleh digunakan oleh syarikat bagi memilih pekerja ialah dengan
menyediakan borang permohonan. Bagi calon yang berminat untuk memohon sesuatu jawatan
perlulah mengisi borang permohonan terlebih dahulu dengan menyertakan maklumat peribadi
seperti nama, alamat, tahap pendidikan, pengalaman kerja dan disertakan salinan sijil-sijil yang
telah disahkan. Ini kerana sesetengah organisasi memerlukan pemohon menghantar curriculum
vitae atau resume. Borang permohonan dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
latar belakang dan kelayakan calon seperti butir peribadi, pendidikan, kemahiran dan pengalaman
kerja. Selain itu, ia juga digunakan untuk memastikan maklumat yang dikemukakan oleh calon
selaras dengan huraian kerja. akhir sekali, borang permohonan ini akan dijadikan sebagai sumber
rujukan untuk keperluan organisasi sekiranya calon diambil bekerja. Berdasarkan kes, Cik
Hadirah perlu pastikan borang pemohon haruslah bersesuaian jika hendak mengambil pekerja di
Thailand. Antara syarat yang diperlukan ialah calon pekerja yang akan dihantar ke Indonesia dan
Thailand mestilah mahir dalam bahasa Inggeris maka Calon perlulah meletakkan tahap kefasihan
mereka dalam borang pemilihan tersebut. Jika calon juga fasih dalam bahasa Indonesia atau
Thailand maka itulah adalah kelebihan bagi mereka apabila bekerja di sana nanti kerana ini akan
memudahkan mereka berhubung dengan orang tempatan di negara tersebut. Oleh itu , borang
pemilihan adalah sangat penting dalam kaedah pemilihan kerana dengan maklumat yang terdapat
pada borang akan memudahkan Cik Hadirah untuk memilih calon pekerja.

4
b. Saringan

Kaedah yang kedua yang boleh digunakan untuk memilih pekerja ialah saringan. Saringan ialah
tapisan awal ke atas borang pemilihan calon yang memenuhi syarat untuk di pilih ke proses
seterusnya. Dengan adanya saringan ini akan menyenaraipendekkan calon-calon berkelayakan
dan mengetepikan calon yang tidak layak. Berdasarkan kes, syarikat LDB perlulah membuat
tapisan awal dalam borang pemilihan dengan memilih calon pekerja yang memenuhi syarat.
Antara syarat tersebut ialah kefasihan dalam bahasa Inggeris ataupun kefasihan calon dalam
bahasa Indonesia dan Thailand. Syarat ini diletakkan bagi memudahkan calon pekerja berhubung
dengan orang tempatan di negara tersebut. Oleh itu, saringan adalah amat penting dalam proses
pemilihan kerana ini akan memudahkan Cik Hadirah untuk memilih calon yang cukup dengan
syarat dan menyingkirkan calon yang tidak cukup syarat.

c. Semak rujukan

Semakan rujukan akan dibuat ke atas permohonan. Ia bertujuan mengesahkan kebenaran segala
maklumat yang diberi serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai calon. Mereka yang
dinamakan mestilah mengenali calon dan dapat memberi maklumat tentang sikap, personaliti dan
pengalaman kerja lalu. Mereka yang dinamakan mestilah mengenali calon dan dapat memberi
maklumat tentang sikap, personaliti dan pengalaman kerja lalu. Sumber rujukan adalah dari
majikan terdahulu atau tenaga pengajar di mana calon belajar. Berdasarkan kes, syarikat LDB
akan membuat semakan rujukan melalui majikan terdahulu atau tenaga pelajar di mana calon
belajar dan melihat komen yang diberikan jika calon memenuhi kriteria yang diinginkan oleh
syarikat. Oleh itu, semak rujukan adalah penting kerana di sini Cik Hadirah dapat melihat sama
ada calon pekerja adalah memenuhi syarat dan kriteria yang telah dikeluarkan.

d. Temuduga

Kaedah yang ketiga yang boleh digunakan oleh syarikat Labuan Delta Berhad (LDB) ialah
temuduga. Temuduga merupakan salah satu kaedah pemilihan yang biasanya dilakukan oleh
organisasi secara bersemuka antara calon dan majikan. Tujuan temuduga ini dijalankan adalah
untuk menguji kemahiran komunikasi, melihat penampilan diri pemohon dan mendapatkan
maklumat tambahan pemohon yang tiada dalam borang permohonan. Berdasarkan kes, syarikat
LDB perlu menggunakan beberapa cara temuduga kepada calon pekerja yang akan dihantar ke
Indonesia dan Thailand yang dapat menunjukkan kualiti mereka. Antaranya ialah temuduga
situasi iaitu calon diberi satu situasi dan dikehendaki memberi maklum balas terhadap situasi
tersebut melalui sesi temuduga ini syarikat LDB dapat melihat kemampuan calon pekerja dalam
menyelesaikan masalah. Oleh itu, temuduga adalah merupakan kaedah pemilihan yang sangat
penting kerana dengan cara ini cik Hadirah dapat mengenal kemampuan calon secara bersemuka.

5
e. Ujian pemilihan

Ujian pemilihan dilakukan untuk menilai kelayakan pemohon yang benar-benar mempunyai
pengetahuan, kebolehan dan keupayaan untuk memegang jawatan yang ditawarkan. Dengan
memberikan calon ujian ini dapat membantu pengurus mengenal pasti potensi pemohon sebagai
bakal pekerja. Berdasarkan kes, syarikat LDB perlu menggunakan beberapa ujian kepada calon
pekerja yang akan dihantar ke Indonesia dan Thailand yang dapat menunjukkan kemahiran dan
pengetahuan calon pekerja. Antara ujian yang dijalankan ialah ujian kecekapan dan kemahiran
melalui daripada ujian ini syarikat LDB dapat melihat bagaimana calon pekerja mengaplikasikan
pada kerja mereka kelak. Oleh itu, ujian pemilihan adalah sangat penting dalam kaedah pemilihan
kerana dengan menjalani ujian Cik Hadirah dapat mengenal pasti calon yang layak untuk diambil
sebagai pekerja.

f. Ujian kesihatan

Ujian kesihatan ialah merujuk kepada ujian yang dijalankan ke atas tubuh badan calon dengan
tujuan untuk memastikan calon tersebut sihat dan bebas daripada penyakit yang berbahaya.
Berdasarkan kes, syarikat LDB perlulah memastikan semua calon yang memohon untuk
mendapatkan kerja di syarikat menjalankan ujian kesihatan. Ujian ini perlulah dilakukan bagi
memastikan calon pekerja yang akan dihantar ke Indonesia dan Thailand adalah dalam keadaan
yang sihat daripada penyakit yang berbahaya. Antara ujian kesihatan yang perlu dibuat oleh calon
pekerja ialah ujian dadah dan pemeriksaan tahap kesihatan. Oleh itu, ujian kesihatan adalah
sangat penting dalam kaedah pemilihan kerana Cik Hadirah dapat mengenal pasti calon pekerja
yang akan dihantar ke Indonesia dan Thailand.

6
iii. Peranan Pengurus Kewangan

Pengurus kewangan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah syarikat bagi memastikan
sasaran dan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat dapat dicapai secara keseluruhannya.
Kepentingan pengurusan kewangan adalah kecekapan pengurus dalam membuat keputusan
melabur. Pengurus akan mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan
mengurangkan risiko kerugian. Seterusnya, kecekapan pengurus dalam membuat keputusan
pembiayaan. Pengurus perlu membuat analisis yang mendalam dalam memilih sumber
pembiayaan berdasarkan kos serta kesesuaian tempoh pembiayaan.

1. Kawalan dan koordinasi kewangan

Peranan pengurus kewangan yang pertama telah dimainkan oleh Encik Desmond dalam
menguruskan kewangan LDB adalah mengawal dan mengoordinasikan kewangan. Sebagai
pengurus kewangan Encik Desmond perlu berinteraksi dengan pengurus- pengurus yang ada
dalam syarikat agar kawalan dan koordinasi kewangan dapat beroperasi dengan cekap dan
berkesan. Kawalan ini amat penting terutamanya kepada syarikat LDB di mana telah bercadang
untuk membuka cawangan di Indonesia dan Thailand. Berdasarkan kes, syarikat LDB
memerlukan sekurang-kurang 200 orang pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk
dihantar ke Indonesia dan Thailand. Oleh itu, Encik Desmond perlu memastikan bahagian sumber
manusia memilih calon pekerja yang layak bagi mengelakkan kesilapan dalam membuat
keputusan memilih calon yang tidak layak kerana hal ini akan memberikan impak yang besar
kepada syarikat LDB.

2. Membuat keputusan pelaburan

Peranan pengurus kewangan seterusnya yang telah dimainkan oleh Encik Desmond dalam
menguruskan kewangan LDB adalah membuat keputusan pelaburan. Sebagai pengurus kewangan
Encik Desmond telah membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan dan
menentukan jenis-jenis aset yang akan diperolehi. Menurut kes, Encik Desmond telah
menggantikan aset-aset yang perlu diganti, diperbaiki dan dilupuskan seperti van, motosikal, lori
dan bangunan bagi memudahkan lagi proses penghantaran barang ke seluruh tempat. Oleh itu,
Encik Desmond perlulah membuat keputusan pelaburan yang terbaik kerana keputusan seperti ini
adalah penting dan akan mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif syarikat.

7
3. Membuat keputusan pembiayaan

Selain itu, Encik Desmond juga telah memainkan peranan pengurus dalam membuat keputusan
pembiayaan yang terbaik. Sebagai pengurusan kewangan Encik Desmond akan menentukan
campuran terbaik pembiayaan antara jangka pendek dan jangka panjang. Berdasarkan kes, bagi
memperolehi dana untuk membiayai projek pembukaan cawangan di Indonesia dan Thailand,
syarikat membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kredit
seperti bank-bank tempatan. Meskipun demikian, sebelum membuat pinjaman Encik Desmond
perlulah membuat analis sama ada pembiayaan melalui ekuiti atau hutang yang terbaik atau
kombinasi ekuiti dan hutang. Yang di mana syarikat ingin mengurangkan pinjaman, pembiayaan
boleh didapati dengan mengeluarkan saham biasa yang boleh meningkatkan jumlah ekuiti
syarikat tersebut. Oleh itu, Encik Desmond haruslah cekap dalam mengenal pasti kaedah
pembiayaan terbaik yang dapat memaksimumkan keuntungan syarikat LDB.

4. Membuat ramalan dan perancangan kewangan

Peranan pengurus kewangan terakhir yang telah dimainkan oleh Encik Desmond ialah membuat
ramalan dan perancangan kewangan Pengurus kewangan juga bertanggungjawab membuat
perancangan dan ramalan kewangan yang mana ia bertujuan untuk memastikan syarikat
mempunyai bekalan dana yang mencukupi untuk masa hadapan. . Sebagai pengurusan kewangan
Encik Desmond perlu menjalankan analisis penyata kewangan seperti penyata pendapatan
komprehensif dan penyata kedudukan menjadi bentuk yang boleh digunakan untuk memantau
kedudukan kewangan syarikat. Perkara ini amat penting kerana tanpa perancangan kewangan
yang teliti dan berkesan, syarikat akan berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk jika
tidak diurus dengan baik. Berdasarkan kes, syarikat LDB telah bercadang untuk membuka
cawangan di Indonesia dan Thailand. Oleh itu, Encik Desmond perlu memastikan sama ada
syarikat mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan projek pembukaan
cawangan di Indonesia dan Thailand. Sekiranya tidak mencukupi, Encik Desmond perlu
mengenalpasti tindakan yang perlu diambil oleh syarikat bagi membiayai projek tersebut. Encik
Desmond juga perlu memastikan setiap perancangan yang hendak dibuat dapat memaksimumkan
keuntungan selain daripada mengawal perbelanjaan luar jangka agar pembaziran dapat dielakkan.

8
RUJUKAN

1. Nota kuliah pengurusan perniagaan (2019, Mac 05). Dimuat turun daripada
https://notamatrikulasi.blogspot.com/2019/03/pengurusan-perniagaan.html?m=1

2. Pengurusan perniagaan dan persekitaran (2017, Jun 20). Dimuat turun daripada
https://zainipengurusan.blogspot.com/2017/06/perniagaan-dan-persekitaran.html

3. Pengambilan sumber manusia (2017, Jun 20). Dimuat turun daripada


https://zainipengurusan.blogspot.com/2017/06/perniagaan-dan-persekitaran.html

4. Pengrekrutan dan pemilihan pekerja (2012, Jun 04). Dimuat turun daripada
https://zainipengurusan.blogspot.com/2017/06/perniagaan-dan-persekitaran.html

5. Peranan pengurusan kewangan (2013, Sept 08). Dimuat turun daripada


https://prezi.com/xqyvqguxxblx/peranan-pengurus-kewangan/

You might also like