You are on page 1of 3

3.

0 Latar Belakang Kajian

kajian ini adalah bertujuan utk menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi
jawatan peringkat pengurusan pertengahan di syarikat penerbitan pelangi dan hn builders
serta jawatan peringkat pengurusan bawahan di syarikat kusowa enterprise sdn bhd dan
elreka sdn bhd di samping menyediakan satu resume yg sesuai bagi calon lepasan stpm
utk permohonan jawatan penyelia.

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berlokasi di Malaysia
dan pejabat utamanya adalah terletak di Johor Bahru. Syarikat ini beroperasi dalam
industri Pembuatan Produk Komputer dan Elektronik. Perusahaan ini diperbadankan pada
24 Ogos 1982. Laporan kewangan syarikat terkini menunjukkan kenaikan hasil jualan
bersih sebanyak 2.45% pada tahun 2019. Jumlah asetnya mencatat pertumbuhan 15.24%.
Margin keuntungan bersih Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd pulau menurun sebanyak 1.17%
pada tahun 2019.

HN Builders pula merupakan sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang


ditubuhkan sejak tahun 2001 yang berdaftar dengan CIDB G3 dan operasi pejabatnya
adalah terletak di pinggir Bandar Rawang, Selangor. Perkhidmatan utama HN Builders
adalah berperanan sebagai kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan banglo dan ubahsuai
rumah di sekitar KuaLa Lumpur dan Selangor. Sejak syarikat ditubuhkan, HN
BUILDERS sentiasa mengutamakan pemupukan sumber manusia yang berkualiti dalam
organisasi dalaman. Dalam hal ini, HN BUILDERS telah menawarkan persekitaran kerja
yang dinamik untuk mendorong pekerja memberi sumbangan yang optimum, dan pada
masa yang sama dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan baru melalui program
syarikat.

Selepas itu, Kusowa enterprise Sdn Bhd pula merupakan sebuah syarikat
pembinaan yang ditubuhkan pada 26 MARCH 1999 dengan berdaftar di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Justeru, syarikat ini merupakan sebuah syarikat
pembinaan yang berpengalaman sebanyak 21 tahun. Pejabat Kusowa enterprise Sdn Bhd
adalah bertempat di Subang Jaya, Selangor Malaysia. Sejak penubuhan syarikat, Kusowa
enterprise Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam bidang
pembinaan walaupun saiz syarikatnya adalah tidak besar. Dalam hal ini, Kusowa
enterprise Sdn Bhd telah banyak membelanjakan wang dalam usaha pengambilan sumber
manusia yang pakar dalam bidang pembinaan.

Akhirnya, ELREKA Sdn Bhd pula merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan
sejak tahun 2010. Lokasi syarikat ini adalah terletak di Rwang, Selangor. Syarikat ini
mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun. Syarikat ini juga merupakan kontraktor
utama Syarikat GLC. Kepakaran syarikat ini adalah bertumpu kepada bidang
Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Keadaan Udara, Paip dan Pam,
Kejuruteraan Struktur, dan Struktur untuk Telkomunikasi. Oleh sebab itu, ELREKA Sdj
Bhd mampu menyediakan pembinaan, pengubahsuaian serta penstrukturan untuk kerja-
kerja Telkomunikasi.

Dalam amalan pengambilam sumber manusia, terdapat lima komponen utama


iaitu sumber iklan, spesfikasi kerja, hurian kerja, aspek pemilihan dan faktor penentuan
pampasan. Namun demikian, kajian ini hanya berfokus kepada tiga komponen pertama
dalam amalan pengambilan sumber manusia iaitu sumber iklan, spesifikasi kerja dan
hurraian kerja.

Pertama sekali, iklan adalah pengumuman mengenai jawatan kosong untuk


mendapatkan pemohon-pemohon yang berpotensi dalam bentuk pemberian notis melalui
poster diletakkan di tempat yang strategik dan meletakkan dalam ruang surat khabar dan
jurnal atau menyampaikan mesej melalui radio dan televisyen. Iklan yang baik perlu
mempunyai pelbagai ciri iaitu menarik perhatian, jujur, Tidak terlalu panjang (ringkas &
padat) , terperinci ,serta mempunyai maklumat kelayakan pemohon.
(https://www.slideshare.net/saadiahalidrus/pengajian-perniagaan-stpm-pengambilan-
sumber-manusia)
Seterusnya, spesifikasi kerja pula merujuk kepada kenyataan yang menjelaskan
keperluan kelayakan minimum, untuk melaksanakan tugas tertentu (https://ms.gadget-
info.com/difference-between-job-description). Spesifikasi kerja ini terdiri daripada
pelbagai elemen seperti kelayakan pendidikan, pengalaman, kemahiran, pengetahuan,
umur, kebolehan, faktor orientasi kerja, dan lain-lain.

Berdasarkan infromasi laman web balohpedia pula, huraian kerja boleh


didefinisikan sebagai suatu dokumen formal yang menerangkan senarai tugas,
tanggungjawab kerja dan maklumat tentang identiti kerja. Dokumen huraian kerja ini
meliputi maklumat dari aspek identiti kerja seperti nama jawatan, lokasi kerja,
penggredan, pihak yang menganalisis kerja, tarikh kerja dianalisis, dan pihak yang
mengesahkan analisis kerja tersebut serta senarai tugas dan tanggungjawab kerja .

Kesimpulannya, amalan pengambilan sumber manusia merupakan satu amalan


yang amat penting untuk kita ketahui kerana tanpa amalan pengambilan sumber manusia
yang baik, sudah pastinya sesebuah syarikat tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam
amalan pengambilan sumber manusia, terdapat lima komponen yang patut kita fahami
iaitu sumber iklan, huraian kerja, spesifikasi kerja, aspek pemilihan, dan faktor penentuan
pampasan. Oleh hal yang demikian, skop kajian ini adalah bertumpukan kepada
penganalisisan lima komponen tersebut dalam amalan pengambilan sumber manusia bagi
jawatan pengurus pertengahan dan bawahan antara syarikat-syarikat yang dikaji.

You might also like