You are on page 1of 12

Tajuk 1: Peranan utama Pengurus dalam sesebuah organisasi.

1.0 Pengenalan

Merujuk kepada soalan tugasan yang diberikan, dengan ini akan saya menghuraikan secara
terperinci tentang peranan pengurus dalam organisasi yang menjadi pilihan saya.

Organisasi pilihan: Swasta

Nama Syarikat : Berkat BTB DUA Enterprise

No. Pendaftran. : TR0104829-D

Alamat : Lot 8292, Kg Bukit Tokbeng, Seberang Takir 21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Telefon Bimbit : 012-431 8545, 012-638 2209

Pengurus : Dasimah Binti Mohd Dagang - Sarjana Muda Kimia Gunaan (Analisis)
Universiti Sains Malaysia.

Rajah 1: Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209.

Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 merupakan hasil titik peluh dua saudara adik-beradik iaitu
Mohd Nazri bin Mohd Dagang yang giat berusaha dalam penghasilan keropok manakala Mohd
Nazir bin Mohd Dagang pula menguruskan bahagian modal dan pengurusan kewangan.
Namun, jawatan pengarah urusan ataupun yang lebih dikenali sebagai Pengurus pula
disandang oleh Dasimah Binti Mohd Dagang yang mempunyai kelayakan Sarjana Muda Kimia
Gunaan (Analisis) Universiti Sains Malaysia di mana juga merupakan salah seorang adik-
beradik mereka.
2.0 PERANAN PENGURUS DI DALAM ORGANISASI

Pengurus boleh ditakrifkan sebagai seorang yang mengurus sesuatu perkara ataupun
organisasi. Kegiatan mengurus, menurut Henri Fayol, terdiri daripada lima tugas utama, iaitu:

 merancang
 mengatur
 memimpin
 menyelaraskan
 mengawal.

Manakala menurut Henry Mintzberg, peranan pengurus terbahagi kepada tiga bahagian atau
aspek yang paling utama, iaitu:

2.1 Peranan sebagai penghubung atau orang perantaraan (interpersonal)

Dalam usaha memainkan peranan sebagai penghubung individu, ia dapat jelas diperlihatkan
melalui tiga ciri-ciri seperti berikut:

2.1.1 Sebagai orang terpenting ataupun tunggak kepada sesebuah organisasi.

Disebabkan pengurus itu memiliki pangkat sebagai seorang ketua unit organisasi, di sini
merujuk kepada Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209, maka Puan Dasimah harus
menjalankan tanggungjawabnya yang lebih cenderung kepada perhubungan atau bersifat
sosial.

Rajah 2: Pengurus sebagai tunggak kepada organisasi.

Tugas beliau penting agar dapat mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai
seorang ketua yang dihormati dan disanjungi oleh orang bawahan beliau. Tanpa pengurus yang
berkaliber, maka organisasi akan menghadapi kesulitan untuk perkembangan selanjutnya.
2.1.2 Sebagai pemimpin.

Oleh kerana pengurus itu bertanggungjawab kepada unit organisasi, maka secara langsungnya
ia bertanggungjawab ke atas segala urusan kerja-kerja kakitangan unit tersebut. Puan Dasimah
perlu memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong dan menggalakkan pekerja
untuk bekerja dan menentukan bahawa matlamat mereka itu sealiran dengan matlamat
organisasi. Seandainya seseorang kakitangan terpesong dari matlamat organisasi, maka dapat
bayangkan tentang keberkesanan hasil kerjanya.

Sebagai contoh, Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 mempunyai 10 orang jurujual di mana
tugas utama mereka adalah memberi khidmat kepada pelanggan dengan menjual produk di
samping memenuhi keperluan pelanggan. Sekiranya Puan Dasimah gagal mengesan bahawa
terdapat kekurangan di antara jurujual beliau seperti layanan yang kurang mesra diberikan
kepada pelanggan, maka ia akan menjejaskan imej organisasi beliau sehingga menyebabkan
kerugian yang harus ditanggung.

Rajah 3: Perbincangan diutamakan sekiranya berlaku sebarang kemusykilan antara pengurus


dan pekerja.

Maka objektif Puan Dasimah semestinya memastikan pekerja beliau berada di landasan yang
sama dengan organisasi.

2.1.3 Sebagai pegawai perhubungan.

Sebagai pegawai perhubungan, Puan Dasimah harus mengadakan hubungan dengan pihak
luar untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan yang berlaku di luar organisasi.
Sebagai contoh, berhubung dengan pembekal-pembekal bahan mentah yang diperlukan untuk
menghasilkan keropok lekor tentang perkembangan harga pasaran. Selain itu, mengikuti
perkembangan dan perubahan citarasa pengguna terhadap permintaan agar dapat membuat
penambahbaikan ke atas hasil produk mereka.
Perhubungan ini dapat dilakukan secara tidak rasmi atau secara persendirian tetapi mestilah
berkesan. Ia mungkin boleh menjalankan kajian secara rasmi dengan membuat soal selidik
melalui pengisian borang ataupun melalui perbualan bersama pelanggan yang secara tidak
rasminya.

Rajah 4: Kajian merupakan median antara sesebuah organisasi dengan pelanggan.

Puan Dasimah telah dapat menjalani tugas beliau dengan cemerlang di mana pelanggan
mereka dari merata tempat di negara ini, maka perjalanan jauh tentu akan menyusahkan
mereka untuk membawa balik keropok lekor yang dibeli.

Sebelum ini, keropok lekor akan dibalut dalam kertas suratkhabar selepas dibeli. Namun,
keropok jika dalam keadaan panas dibungkus dengan kertas ia akan ada sedikit bau. Maka
pihak pengurus cuba menerima pandangan dan cadangan dari pelanggan mereka yang perlu
menempuh perjalanan yang jauh.

Akhirnya, lahirlah idea untuk vakumkan bungkusan keropok tersebut. Bungkusan vakum akan
tahan lebih lama kira-kira dua hari dalam perjalanan dan jika disimpan di dalam peti sejuk, ia
boleh tahan berkeadaan baik selama sebulan. Jalan penyelesaian ini telah meningkatkan tahap
kepuasan pelanggan dengan memberikan komen yang amat memberangsangkan.

2.2 Peranan sebagai penyebar atau penyampai maklumat.

Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap sebagai nadi penting
di dalam organisasinya. Beliau mungkin tidak mengetahui tentang serba-serbi tetapi tidak dapat
dinafikan bahawa beliau tentu mengetahui lebih daripada kakitangan lain. Ini merupakan hasil
hubungan yang dijalinkan dengan kakitangan di dalam dan pihak luar.
2.2.1 Sebagai pengawas.

Tugas pengurus yang juga merangkap pengawas di mana Puan Dasimah perlu menjelajahi
persekitaran untuk mendapatkan segala maklumat yang dianggap berguna oleh beliau agar
dapat membantu perkembangan perniagaannya. Maklumat dapat diperolehi melalui perbualan,
percakapan, dan secara spekulasi. Memandangkan pengurus itu berhubung dengan pihak lain,
maka ia mempunyai kelebihan mengumpulkan maklumat untuk organisasi.

Sebagai contoh, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti melibatkan usahawan dan
komuniti di mana beliau dapat mendekati masyarakat dan memperolehi maklumat seperti
Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) peringkat Negeri Terengganu dan sebagainya.

Rajah 5: Pelancaran Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

2.2.2 Sebagai penyampai.

Pengurus mestilah berkongsi dan membahagikan maklumat yang diterima dari pihak luar
kepada kakitangan beliau. Tujuan utama sesi ini dijalankan adalah untuk membuat
penambahbaikan dan sebagai dorongan serta motivasi bersama. Post-mortem adalah
disarankan untuk mempertingkatkan prestasi dan pencapaian sesebuah organisasi. Namun, ia
boleh dijalankan secara tidak rasmi selain daripada bentuk mesyuarat ataupun perbincangan.
Rajah 6: Mesyuarat post-mortem disyorkan untuk membuat penambahbaikan.

Sebagai contoh, teguran diterima oleh Puan Dasimah dari pelanggan berhubung dengan
layanan kurang mesra salah seorang jurujual beliau. Maka sebagai pengurus yang
mengamalkan kesederhanaan, beliau boleh berjumpa dengan jurujual tersebut untuk
mengetahui keterangan yang lebih terperinci demi kebaikan bersama. Mungkin jurujual tersebut
tidak perasan tentang sikapnya, maka melalui penyampaian oleh Puan Dasimah dan
perbincangan yang dijalankan, ia dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk
perkembangan perniagaan beliau.

2.2.3 Sebagai jurucakap.

Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya kepada mereka yang


di luar dari unitnya. Tujuan utama adalah untuk menyampaikan mesej yang positif kepada para
pelanggan bahawa pihak pengurus prihatin dan bertimbang rasa serta nekad untuk menerima
pandangan dari para pelanggan agar dapat menambat hati mereka.

Rajah 7: Pengurus sebagai jurucakap yang menyampaikan maklumat kepada dunia luar.

Sebagai contoh, idea mengambil nombor giliran untuk membeli makanan tradisi Terengganu
tersebut harus disampaikan kepada para pelanggan atas sebab perasaan kasihan melihat
pelanggan terutama mereka dari golongan ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak
yang terpaksa menunggu lama untuk membeli keropok lekor. Komunikasi yang
memberangsangkan akan wujud dan pelanggan akan dapat merasai tentang kesungguhan
pihak pengurus dalam mengendalikan perniagaan mereka.

2.3 Peranan sebagai pembuat keputusan.

Maklumat yang terperinci dan sistematik amat penting dalam membuat segala keputusan.
Dengan autoriti yang dimiliki oleh pengurus, beliau perlu memainkan peranan dengan
melibatkan diri di dalam sesuatu tindakan; dan sebagai nadi di dalam sebuah organisasi,
pengurus harus mempunyai maklumat yang lengkap dan dikemaskini agar pengurusan yang
strategik dapat dihasilkan demi kebaikan unitnya.

Berikut merupakan empat peranan yang menghuraikan pengurus sebagai pembuat keputusan:

2.3.1 Sebagai usahawan.

Sebagai usahawan, pengurus cuba mencari kelemahan dan kelebihan unitnya agar dapat
menyesuaikannya dengan keadaan persekitaran yang sememangnya penuh dengan cabaran
dan persaingan yang sengit. Sebagai seorang usahawan, Puan Dasimah hendaklah sentiasa
berada dalam keadaan peka kepada isu semasa untuk menjana idea dan melahirkan ilham
baru.

Rajah 8: Merebut peluang untuk memperkembangkan bisnes.

Bermodalkan ilham yang didapati, maka ia perlu dijalankan secara percubaan dahulu atau
beliau boleh mendelegasikan projek tersebut kepada kakitangannya. Sebagai contoh, Puan
Dasimah mendapat ilham yang kreatif dan inovatif demi mengutamakan citarasa
pelanggan iaitu dengan mengeluarkan keropok lekor yang berlainan jenis pilihan seperti
keropok lekor wasabi. Motif utama tentunya adalah cuba untuk melebarkan jaringan
perniagaan, namun beliau seharusnya menghasilkan produk baru tersebut dan membuat
penilaian dengan memikirkan kemungkinan penerimaan para pelanggan. Sekiranya mendapat
sambutan yang hangat dan positif, barulah melancarkan langkah seterusnya.

2.3.2 Sebagai pengawal gangguan.

Perubahan sentiasa berlaku dan ia sememangnya di luar kawalan seseorang individu, maka
sebagai pengurus, beliau haruslah mencuba sedaya upaya dengan mengambil inisiatif untuk
mengelakkan keadaan daripada menjadi bertambah teruk dan di luar kawalan. Dalam kejadian
seperti pembekal bahan mentah yang telah melanggar kontrak atau berlakunya mogok oleh
pekerja, maka pengurus hendaklah menumpukan masanya untuk mengatasi masalah tersebut.

Di sini, Puan Dasimah yang selaku pengurus Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 pernah
menerima aduan atau lebih kepada bentuk rungutan bahawa agak memenatkan dengan beratur
panjang untuk membeli keropok lekor sehingga mereka diberi gelaran “keropok beratur”. Maka,
ia merupakan satu masalah atau gangguan yang dihadapi oleh organisasi beliau. Jadi beliau
mengambil alternatif supaya pelanggan hanya perlu mendapatkan nombor giliran sebagaimana
yang biasa mereka lakukan ketika mendapat rawatan di klinik ataupun ketika berurusan di
kaunter jabatan kerajaan mahupun bank. Dengan memperkenalkan mesin, gelaran kedai
“keropok beratur” telah pun bertukar kepada kedai “keropok nombor”.

Rajah 9: Alternatif diambil untuk mengatasi gangguan dan masalah yang dialami.

Gangguan yang berlaku itu bukanlah disebabkan pengurus lemah dan tidak menghiraukan
keadaan, memandangkan tindakan yang setimpalnya yang telah diambil di mana dapat
menyerlahkan keupayaan Puan Dasimah dalam menangani gangguan ataupun masalah.
2.3.3 Sebagai pembahagi sumber.

Pengurus bertanggungjawab untuk menentukan pihak yang akan mendapat sesuatu dan
kuantitinya. Sumber yang penting, pengurus itu harus memperuntukkan masanya kepada
kakitangan supaya mereka dapat berhubung dengannya yang dianggap sebagai nadi dan
pembuat keputusan.

Pengurus juga bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur, perhubungan rasmi dan
menentukan cara sesuatu kerja itu dibahagikan dan diselaraskan. Pengurus juga meluluskan
keputusan penting sebelum mengimplementasikannya. Dengan menetapkan kuasa ini,
pengurus dapat menentukan bahawa keputusan yang dibuat itu mempunyai hubungan dengan
perjalanan aktiviti dan fungsi-fungsi di dalam organisasi.

Sebagai contoh, Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 kini mempunyai 2 orang kerani, 10 orang
jurujual dan 35 orang pekerja am.

Rajah 10: Pengurus bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur.

Maka berdasarkan perkembangan perniagaan yang semakin meningkat, Puan Dasimah perlu
mempertimbangkan untuk menambahkan bilangan kakitangan yang sewajarnya untuk
menampung permintaan. Tindakan ini boleh dibuat dengan merujuk kepada adik-beradik beliau
di mana juga merupakan rakan kongsi agar keputusan akhir dibuat nanti merupakan yang
terbaik untuk keseluruhan organisasi.

2.3.4 Sebagai perunding.

Pengurus menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam perundingan. Sebagai contoh,


Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 akan mengambil bahagian dalam 7 th Penang International
Halal Expo and Conference PIHEC 2016 yang akan berlangsung pada 29-31 Januari 2016
bertempat di Spiece Arena, Pulau Pinang. Ini merupakan satu kempen yang besar di mana ia
akan diberi tumpuan oleh pengusaha-pengusaha yang lain dari Jepun, England, Belgium,
Thailand dan Switzerland.

Maka, Puan Dasimah selaku pengurus memainkan peranan penting agar perniagaan beliau
dapat menyerlah di mata dunia nanti kerana ini merupakan satu platfom yang dinanti-nantikan.
Beliau perlu mengadakan perundingan dengan kesatuan sekerja atau pengurus jualan agar
penyeliaan tentang isu-isu tertentu dapat disempurnakan. Perundingan diibaratkan sebagai satu
tugas yang penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang
mencukupi untuk menjalankan perundingan.

3.0 Rumusan

Setiap pengurus juga mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Berikut merupakan
ringkasan terhadap peranan utama Pengurus dalam sesebuah organisasi.

1) Pengurus memainkan peranan sebagai penyelaras dan pengarah di dalam organisasi


yang bertanggungjawab mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur
organisasi. Mereka memiliki kuasa yang diamanahkan untuk mengarah orang lain yang
berada di bawah tanggungjawabnya.
2) Pengurus bertanggungjawab mengaplikasikan segala sumber dengan efisien demi
mencapai matlamat atau misi yang telah ditetapkan.
3) Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan mahupun kejayaan orang di
bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu secara tidak langsungnya akan
mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.
4) Pengurus harus bijak mengimbangi matlamat organisasi dan menetapkan prioriti atau
keutamaan seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan kadar serta-
merta.
5) Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan
strategi untuk organisasi.

Kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan


pengurusan oleh pengurus. Oleh itu, pengurus mesti mempunyai konsep yang jelas tentang
tujuan, misi dan visi organisasi tersebut demi merancang masa depan dan membuat perubahan
atau penyesuaian mengikut keadaan semasa dan terkini.

RUJUKAN

BTB Lekor Bukit Tok Beng – Keropok Lekor Keju #No1 ... (n.d.). Diakses pada 5 Disember
2015, dari http://www.btblekor.com.my/

Fayol, H. (1949). General and industrial management. London: Pitman.


Mintzberg, H. (2009). Managing. San Francisco: Berrett-Koehler.

MyMetro (2015), Keropok lekor perisa keju. Diakses pada 4 Disember 2015, dari
http://www.hmetro.com.my/node/32789

Pengurusan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (n.d.). Diakses pada 5 Disember
2015, dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusan

PIHEC 2016 | Penang International Halal Expo & Conference ... (n.d.). Diakses pada 5
Disember 2015, dari http://www.pihec.com.my/

Sinar Harian (2015), 114 usahawan PKS berkumpul. Diakses pada 5 Disember 2015, dari
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/114-usahawan-pks-berkumpul-
1.292175

Tan, V. (2000). Membebaskan minda yang terjajah: Peranan strategik pengurus dalam
peningkatan produktiviti organisasi. Subang Jaya, Selangor: Pelanduk.

Welcome | Henry Mintzberg. (n.d.). Diakses pada 4 Disember 2015, dari


http://www.mintzberg.org/

You might also like