You are on page 1of 22

2.

0 Pengenalan

Speed Laudry Enterprise ( SLE ) salah satu premis yang ditubuhkan pada Disember
2015. Perniagaan yang berstatus milikan tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat
perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra
menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan
perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian.
Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2010
anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi
tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik
telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang
selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau
mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang akan dimulakan ini
memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal
sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan
perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan
perniagan. SPEED LAUNDRY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa
lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya
bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan

Keistimewaan yang ditawarkan oleh perniagaan ini ialah perkhidmatan pengambilan dan
penghantaran pakaian dari rumah ke rumah. Hal ini demikian kerana hasil pemerhatian
dan kajian yang dibuat mendapati kebanyakan kaum wanita di kawasan ini berkerjaya
dan menyebabkan kekangan masa untuk kerja-kerja mencuci pakaian .

3.0 Objektif

Visi perniagaan ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan mendobi yg terunggul di


kawasan SPU .

Misi SLE ialah menyediakan servis mendobi yang cepat dan berkualiti
Objektif jangka pendek yang ingin dicapai ialah meluaskan pasaran merangkumi kawasan
perumahan di sekitar pekan Kepala Batas seperti Bertam Indah, Bertam Permai, Taman
Sri Serdang., Tmn Sri Indah, Tmn Paya Keladi.

4.0 Latar belakang Perniagaan

Nama perniagaan : SPEED LAUNDRY ENTERPRISE

Alamat : No 50, Persiaran 4/6 Bandar Putra Bertam, Kepala Batas

No telefon : 04-5751690

Lokasi : Bandar Putra Bertam

Tagline : “ CEPAT, MUDAH dan SEGAR “

Bentuk : Milikan Tunggal

Modal awal : RM 13, 000

Liputan perkhidmatan : Kawasan perumahan sekitar pekanKepala Batas

Pesaing : Dobi Layan Diri dan Dobi Ekspres

Keistimewaan produk : Penghantaran dan pengambilan pakaian dr rumah ke rumah

5.0 Latar Belakang Pemilik

Nama penuh : Juliana Bt Ahmad

Nombor Kad Pengenalan:690427-02-5224

Tarikh Lahir:27 April 1969

Alamat: No.45, Persiaran Seksyen 3/3, Bandar Putra Bertam


Latar belakang Akademik : STPM

Latar belakang pengalaman :

1. Pernah bekerja sebagai pembantu Kedai Dobi Layan Diri selama 2 tahun dan Kedai
Dobi Ekspress selama 3 tahun

2. Menghadiri kursus keusahawanan dan kewangan oleh agensi kerajaan spt PERDA,
Latihan Asas perniagaan Bil: 10/2010 pada 24hb hingga 28/4/10, Skim Latihan Dan
Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan untuk mencebur dalam Perniagaan 2015 pada 15hb.
Mei -15hb. September 2015anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
dan MARA.

6.0 Latar belakang Projek

6.1 Aktiviti Perniagaan


i) Cucian Kering
ii) Cucian basah
iii) Cuci karpet

6.2 Potensi Perniagaan


Berdasarkan kepada permerhatian pemilik, perniagaan ini mempunyai potensi yang
cukup besar untuk berkembang disekitar 5% pada tahun pertama dan akan meningkat
pada tahun berturutnya antara 10% hingga 20% setahun. Melalui usaha yang yang
berterusan khidmat yang ditawarkan sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang
tinggi. Lokasi kedai yang terletak di kawasan Bertam, Kepala Batas yang kini pesat
membangun sebagai kawasan perumahan dan pusat perniagaan di kawasan Seberang
Perai Utara merupakan kawasan yang strategik dan memberi kelebihan kepada premis
kerana pelanggan dapat mengunjungi dengan mudah. Hasil dari pemerhatian juga
mendapati golongan penduduk di kawasan ini berpendapatan sederhana dan tinggi
( persekitaran elit) mampu untuk belanja dobi. Selain itu, gaya hidup masyarakat yang
sibuk perlukan servis yang cepat, cekap dan terbaik.

7.0 Rancangan Organisasi


7.1 Struktur Organisasi

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -

SPEED LAUNDRY

Pengurus / Pemilik

PN Juliana

Jadual perjawatan
Jawatan Bidang Tugas
Pengurus/Pemilik Bahagian pemasaran,
operasi, pentadbiran dan
kewangan akan diuruskan
oleh pemilik sendiri.

Pekerja 1 Melaksanakan kerja mendobi


Pekerja 2 Mengambil dan menghantar
pakaian siap didobi.

7.2 Fungsi dan Tanggungjawab


SPEED LAUNDRY telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi
melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -

7.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik


Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan
perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi
perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja
mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.

7.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti


Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan
dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan
dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah
sentiasa memenuhi selera pelanggan.

7.2.3 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran


Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana
melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan
bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal
kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya
dari segi operasi pendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan
keselamatan kedai.

7.2.4 Bidang Tugas Pekerja


Bertanggungjawab memastikan servis yang diberikan memuaskan hati
pelanggan iaitu pakaian bersih, berbau harum dan servis penghantaran
yang cepat di samping menjaga kebersihan dan keselamatan kedai dengan
menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi
agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan
berkembang maju.

7.3 Gaji dan Ganjaran


Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di
bawah.
Jadual 1
Jawatan Gaji Elaun KWSP PERKESO Jumlah
Pengurus - RM 1500 0 0 RM1500
2 pekerja RM 1800 - RM216 RM36 RM2052
Jumlah RM1800 RM1500 RM216 RM36 RM3552

8.0 Rancangan Pemasaran

Keistimewaan perniagaan dobi Speed Laundry ialah penghantaran dan pengambilan


pakaian dr rumah ke rumah di samping harga yang berpatutan bagi servis mendobi yang
diberikan.

8.1 Senarai harga bagi perkhidmatan


8.1.1 Perkhidmatan Cucian Biasa
Jenis kg@ unit Harga (RM)

Pakaian 1 kg 3.00

Comforter 1 unit 10.00

Toto narita 1 unit 15.00

8.1.2 Perkhidmatan Menggosok

8.1.3 Perkhidmatan Cucian kering

Nota: Senarai harga perkhidmatan sepenuhnya ada dipamerkan di premis.

8.2 Kumpulan sasaran


8.2.1 Penduduk setempat di sekitar kawasan Kepala Batas
8.2.2 Pelajar IPTA -USM, UITM, ILP dan Kolej Kejururawatan Bertam

8.3 Pasaran
8.3.1 Meliputi taman perumahan :
Pengguna sasaran terdiri daripada penduduk di kawasan Bertam Putra, Bertam
Perdana, Bertam Permai, Bertam Indah, Tmn Paya Keladi, Tmn Sri Indah, Tmn Sri
Serdang dan penduduk sekitar pekan Kepala Batas.

8.4 Saiz Pasaran


Bertam Putra, Bertam Perdana, Bertam Permai, Bertam Indah, Tmn Paya Keladi,
Tmn Sri Indah, Tmn Sri Serdang . 70% daripada jumlah rumah kediaman, adalah
merupakan rumah kos sederhana ke atas. Jika dikira hitung panjang sebuah rumah 5
orang jadi penduduknya lebih kurang 20,000. Jika (10%)@2000 orang menggunakan
khidmat dobi Speed Laundry pada permulaan saiz pasaran dapat dijangkakan saperti
berikut: -
8.5 Pesaing
Pesaing paling utama ialah Kedai Dobi Ekspress dan Kedai Dobi Layan Diri
yang menyediakan servis 24 jam kepada pelanggan. Sementara kekuatan Speed
Laundry ialah dari segi pengambilan dan penghantaran dari rumah ke rumah yang belum
dapat disaingi oleh pesaing.

8.6 Syer Pasaran


Daripada saiz pasaran berjumlah RM 1,200,000 setahun,syer pasaran dianggarkan
seperti berikut:

Peniaga % Syer Pasaran Jumlah Syer


Pasaran (RM)
Speed Laundry RM240,000
20%
Dobi Ekspres dan RM960,000
Dobi Layan diri 80%

Jumlah 100% RM1,200,000

8.7 Strategi Pemasaran


8.7.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh Speed Laundry bagi
menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -
1. Memberikan khidmat yang lebih cekap ,pantas dan tepat.
2. Memberikan profil perniagaan kepada semua pelanggan.
3. Mengedarkan pamplet dan broser.
4. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.
5. Kad keahlian- 10 kali cucian 1servis percuma.
8.7.2 Lokasi
Lokasinya yang terletak di kawasan petempatan yang pesat membangun di
Seberang Perai Utara merupakan lokasi yang strategik yang dapat membantu
meluaskan pasaran perniagaan.

8.7.3 Harga
Penetapan harga yang ditawarkan mengikut kadar pasaran biasa yang
ditetapkan pesaing-pesaing yang lain. Dan caj pengambilan dan penghantaran
pakaian adalah percuma.

8.7.4 Perkhidmatan yang ditawarkan


1. Mengambil dan menghantar pakaian dari rumah ke rumah
2. Mencuci pakaian, comforter/toto dan karpet
3. Menggosok pakaian

9.0 RANCANGAN OPERASI

9.1 Lokasi Premis


Bangunan : Rumah kedai 2 tingkat
Luas lantai : 22 X 75
Buatan : Konkrit
Taraf Bangunan : Perniagaan
Hak Milik : Bebas
Nama Pemilik : Badarudin bin A.Wahab
Kos sewa : RM 800.00
Kedudukan tapak : No.45, Persiaran Seksyen 3/3, Bandar Putra Bertam

.
9.2 Kemudahan Asas Premis
Premis ini terletak di kawasan perumahan. Pada kebiasaannya, setiap premis yang
terletak di taman perumahan, kemudahan-kemudahan asas seperti telefon, air dan
elektrik akan disediakan.
9.3 Mesin dan Peralatan yang Diperlukan
Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti
jadual di bawah.
9.4 Kelengkapan Yang Diperlukan
Melalui pembiyaan kewangan yang dipohon peniaga memerlukan kelengkapan
premis seperti di bawah:-

9.5 Senarai Pembekal

Bil Nama dan alamat pembekal Bekalan


1 Ban Ho Elektrik Mesin dan peralatan
13000 Butterworth
2. Wellmac Machinery Sdn Bhd Mesin dan perlatan
No 23, Taman Telok Air Tawar
13000 Butterworth
3. Syarikat Cheng Sooon Penimbang, bakul,
Jalan Satu, plastik , tali dan
13200 Kepala Batas hanger
4. Mutiara Trading Sabun, softener dan
No.24 Jalan Gangsa bahan lain.
13000 Butterworth

9.6 Carta Aliran Proses Kerja


9.7 Anggaran Pendapatan Bulanan
Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi semua
perkhidmatan yang diperolehi melalui proses perkhidmatan cucian
seperti berikut:-
7.8 Cucian biasa

9.9 Strategi Perkhidmatan


Di antara strategi perkhimatan yang telah diatur oleh SPEED
LAUNDRY adalah saperti berikut:
9.9.1 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
memenuhi citarasa pelanggan berdasarkan maklumbalas yg
diberikan
9.9.2 Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang
mampu disiapkan sahaja untuk menjaga kualiti dan
memastikan pelanggan menerima penghantaran pakaian
mengikut jadual yang di tetapkan serta dengan harga yang
berpatutan.

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 Kos Pelaburan Projek


10.2 Anggaran Aliran Tunai Dan Penyata Kewangan.
Oleh kerana premis ini merupakan sebuah perniagaan yang
baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan ini
mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -

9.2.1 Pembiayaan diperoleh dahulu sebelum kapasiti dapat


ditingkatkan.

9.2.2 Anggaran Aliran Tunai dan Prestasi Kewangan disediakan


selama 3 tahun selepas pembiayaan.

Unjuran Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun Berakhir 2016


Butiran Jan Feb Mac Apr Mei Jun

Unjuran Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 2016


Butiran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5
Unjuran Penyata Kunci Kira-Kira Bagi Tahun Berakhir 2016
Butiran Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5

10.2.3 Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran


tertunda kurang 1 bulan.

10.2.4 Penyediaan Anggaran Penyataan Pendapatan mengambil


kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut
peratus susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10%
~ Mesin – 20 %

Jadual Pengiraan Susut Nilai - Kelengkapan pejabat


Tahun Kos aset Kadar Susut Belanja Susut nilai Nilai Buku
tetap boleh Nilai susut nilai terkumpul
disusutnilai tahunan
1
2
3
4
5

Jadual Pengiraan Susut Nilai - Mesin


Tahun Kos aset Kadar Susut Belanja Susut nilai Nilai Buku
tetap boleh Nilai susut nilai terkumpul
disusutnilai tahunan
1
2
3
4
5

11.0 Kesimpulan

Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,


perniagaan amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi
pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama
operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira
faktor perniagaan masih di peringkat awal.

Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan
perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan SPEED LAUNDRY
amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa
hadapan.
Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak MARA
kerana melalui pinjaman sebanyak RM30,000 ini membolehkan perniagaan dapat
dikembangkan. SPEED LAUNDRY amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama
menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPP) yang berjaya di negara ini.

You might also like