You are on page 1of 42

MONE ADIRLA EMPIRE

(003077095-W)
CADANGAN PERNIAGAAN
‘ONE STOP FOOD & BEVERAGE’

REHAT DAN RAWAT ARAH SELATAN

SITI FADILA BINTI TAJUDDIN


ISI KANDUNGAN

TAJUK

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Perniagaan 1

3.0 Pengalaman Perniagaan 2-3

4.0 Jenis Barangan dan Harga Jualan yang Dicadangkan 4–7

5.0 Proses Penyediaan Makanan 8

6.0 Proses Perkhidmatan 9

7.0 Bilangan Dan Gaji Pekerja 10

8.0 Susun atur Premis yang Dicadangkan 11

9.0 Kos yang Akan Ditanggung untuk Pengubahsuaian Premis 12

10.0 Kos-Kos Lain yang Akan Ditanggung 13

11.0 Jumlah Modal Perniagaan yang diperlukan dan Sumber

Kewangan. (Salinan Sijil SSM & Penyata Akaun Bank Terakhir) 14 - 35

12.0 Ramalan Jualan Setiap Bulan 36

13.0 Ramalan Pendapatan Bersih Sebulan 37

14.0 Titik Pulang Modal 37

15.0 Gambaran Premis 38

16.0 Gambaran Reka Bentuk Premis 39 - 40


1.0 PENGENALAN
Saya selaku pemohon ingin memohon sebuah gerai makanan dan minuman di
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) arah Selatan. Saya amat berminat dan ingin menjadi
‘RAKAN NIAGA’ bersama PLUS. Saya dapat lihat potensi yang tinggi dalam kerjasama
ini iaitu atas dasar permintaan yang tinggi terhadap makanan dan minuman yang akan
saya tawarkan di premis. Sehubungan itu, saya meletakkan komitmen dan kesungguhan
yang tinggi jika permohonan ini diterima oleh pihak PLUS.

Justeru, melalui permohonan ini, saya amat komited dan yakin dengan arah tuju
PLUS dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan
pengguna Lebuhraya Utara-Selatan. Dengan kesedaran ini, untuk mengangkat PLUS ke
tahap yang lebih tinggi dan cemerlang, saya akan berusaha dalam memberikan kerjasama
bersama pihak PLUS. Oleh itu, dengan adanya cadangan ini, saya dapat lihat usaha ini
sebagai titik tolak permulaan kepada usahasama yang berterusan dan pada masa yang
sama dapat memberikan keuntungan kepada pihak PLUS.

2.0 OBJEKTIF PERNIAGAAN


Sejajar dengan konsep PLUS menjadikan ‘RAKAN NIAGA’ sebahagian daripada
perkhidmatan kepada pengguna, pihak saya amat berbesar hati dan berminat untuk
menjadi sebahagian daripada ‘RAKAN NIAGA’ bersama PLUS. Oleh itu, saya nyatakan
objektif perniagaan disini bagi pihak PLUS, untuk meneliti dan memberi gambaran
kepada pihak PLUS dalam membuat penilaian terhadap permohonan ini.

 Berkeupayaan memberi kepuasan kepada pelanggan dari segi perkhidmatan dan produk.
 Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pelanggan berkunjung di
premis.
 Memastikan bekalan makanan mencukupi, berkualiti & dijamin halal.
 Konsisten dalam menangani masalah pelanggan.

1
3.0 PENGALAMAN PERNIAGAAN
MONE ADIRLA EMPIRE adalah sebuah syarikat bumiputera yang dilahirkan
dari syarikat induknya iaitu NASI KANDAR LARITA yang didaftarkan pada tahun
1998. Kelahiran anak syarikat ini berlaku kerana pemohon ingin mempelbagaikan jenis
dan konsep perniagaan di dalam bidang pengendalian makanan. Oleh itu, segala aliran
keluar masuk tunai dan bank direkodkan di dalam penyata akaun NASI KANDAR
LARITA. Hal ini kerana bentuk perniagaan NASI KANDAR LARITA ialah perniagaan
perkongsian yang didaftarkan di atas nama pemohon bersama nama pemilik NASI
KANDAR LARITA. Oleh itu, salinan Sijil SSM akan disertakan bersama di dalam kertas
kerja ini bagi memudahkan pihak PLUS untuk meneliti. Seterusnya, MONE ADIRLA
EMPIRE terlibat dalam bidang pengendalian makanan dan berdaftar di bawah Akta
Pendaftaran Perniagaan yang mula beroperasi pada tahun 2019.

MONE ADIRLA EMPIRE menjalankan perkhidmatan pengendalian makanan


yang menjual pelbagai aneka jenis lauk pauk, masakan panas ala-carte dan juga masakan
barat. Syarikat ini juga mementingkan aspek “KEBERSIHAN, SELAMAT & SIHAT”
dalam memastikan perkhidmatan yang dikeluarkan bermutu dan berkualiti tinggi.

Selain itu, MONE ADIRLA EMPIRE mempunyai rancangan perniagaan yang


diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali.
Seterusnya pengalaman saya menjadi rakan niaga bersama pihak 2trategic di UiTM
Merbok, Kedah selama 2 tahun dalam mengendalikan 2trategic makanan berasaskan
masakan melayu ala carte dan juga makanan barat untuk mahasiswa dan mahasiswi di
dalam IPTA tersebut. Tambahan itu, MONE ADIRLA EMPIRE mempunyai pengurusan
penjualan makanan yang sedang berlangsung di Semeling iaitu Restoran ‘Bendang Hot
Kitchen Seafood dan Western’ dan restoran tersebut telah beroperasi lebih dari 2 tahun.

2
Sasaran pasaran kami dari tertubuhnya perniagaan di bawah MONE ADIRLA
EMPIRE ini ialah tertumpu kepada organisasi dan kawasan sekitar. Selain itu, orang
awam yang sudah tentunya terdiri dari pelbagai golongan berpendapatan sederhana
ataupun tinggi dan juga pelanggan yang terdiri dari orang awam yang berkeluarga serta
lokasi perniagaan yang 3trategic. Dengan pengalaman dalam bidang pengendalian
makanan selama beberapa tahun ini, banyak pengalaman yang saya peroleh. Oleh itu,
melalui pengalaman tersebut, saya bangkit dengan idea yang lebih luas dalam memajukan
empayar perniagaan ini.

3
4.0 JENIS BARANGAN YANG DICADANGKAN
Secara asasnya, gerai yang dipohon ialah gerai makanan dan minuman. Oleh itu,
pelbagai variasi makanan dan minuman akan dibentangkan seperti makanan barat dan
makanan tempatan (buah-buahan). Tambahan, minuman yang bakal dijual ialah minuman
dari variasi ‘Blended’ dan juga air buah-buahan.
Selain dari itu, makanan ringan lain juga akan dijual di premis, antaranya ialah
gula-gula, marshmallow, lollipop dan sebagainya. Hal ini dapat menarik perhatian kanak-
kanak yang singgah di hentian Rehat dan Rawat. Pemohon berharap dengan barangan
yang akan disediakan, sedikit sebanyak dapat memberi kepuasan kepada para pelanggan
dan pengguna R&R. Contoh gambar menu adalah seperti di jadual berikut.

PRODUK HARGA (RM) ASAS KIRAAN

1. ‘ICE BLENDED / MILKSHAKE’:


- Coklat
- Mocha
- Cappuccino
- Latte 8 600ml
- Vanila
- Strawberi
- ‘Green Tea’

2. JUS:
- Tembikai
- Oren
- Lemon 8 600ml
- ‘Carrot’
- Epal

4
PRODUK HARGA (RM) ASAS KIRAAN
3. SIRI LOKAL:
- ABC / Cendol
- ‘Lai Chi Kang’ 8 600ml

4. WAFEL:
- Coklat
- Mentega Kacang 5 2 Side
- Strawberi
- ‘Blueberry’

5. SOTONG RAJA

21.90 500g

6. AYAM GUNTING

12 500g

7. SOSEJ JUMBO

6 1 Pcs

5
8. WEDGES

8 300g

9. MEATBALL

10 6 Pcs

10. KENTANG
GORENG
6 300g

11. NUGGET
8
6 Pcs

12. JAGUNG KUKUS

4 200g

6
13. AIS KRIM

7 3 Scoop

14. BUAH-BUAHAN (JERUK/SEGAR)

3 100g

15. ODEN

Mengikut
bilangan pilihan Per-unit
jenis-jenis Oden
(RM2 & Keatas)

16. MAKANAN & MINUMAN RINGAN

Mengikut harga
barangan
makanan dan Per-unit
minuman ringan
tersebut

7
5.0 PROSES PENYEDIAAN MAKANAN & MINUMAN

Antara asas penting dalam perniagaan terutama dalam


PEMILIHAN
bidang pengendalian makanan adalah proses PEMBEKAL YANG
penyediaannya. Proses penyediaan makanan dan DIPERCAYAI
minuman adalah amat penting bagi memastikan aturan
sistem semasa beroperasi berjalan dengan lancar dan
teratur.
PENERIMAAN
Antaranya: BEKALAN
 Pemohon akan memastikan peralatan dan
kelengkapan yang digunakan lengkap
secukupnya.
PENYIMPANAN DAN
PENGELUARAN
 Pemohon akan mengutamakan aspek SEMULA
kebersihan diri pekerja dan premis perniagaan
agar sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.

PENYEDIAAN
 Melantik tenaga kerja yang mahir dan cekap MAKANAN
untuk melaksanakan proses penyediaan
makanan dan minuman tersebut.

 Mempelbagaikan variasi makanan dan PEMBUNGKUSAN /


minuman agar pelanggan dapat membuat lebih HIAS / PENJUALAN
banyak pilihan.

 Menyambut atau menyapa pelanggan dengan


hemah dan mesra. PENGENDALIAN
MAKANAN LEBIHAN
 Mewujudkan SOP atau sistem jual beli kepada
tenaga kerja.

MENJEJAK PRODUK
DAN PENARIKAN
SEMULA

8
6.0 PROSES PERKHIDMATAN

Asas atau aspek penting lain antaranya ialah proses


PEMILIHAN MAKANAN
perkhidmatan. Pihak pemohon amat mementingkan
/ MINUMAN OLEH
konsep dan sistem pengurusan yang cekap dan efektif PELANGGAN DI MENU
dalam memastikan keselesaan dan kelancaran kepada
pelanggan pada setiap masa.

Antaranya:
PENYEDIAAN BAHAN
MAKANAN
 Pihak pemohon akan mengutamakan
kebersihan diri setiap pekerja dan kebersihan
premis setiap masa.

 Sentiasa memastikan premis berada dalam PEMBUNGKUSAN


MAKANAN
keadaan yang teratur.

 Melantik tenaga kerja yang berperwatakan


baik, amanah, berdisiplin dan PENGIRAAN HARGA
bertanggungjawab. MAKANAN DI
KAUNTER JURUWANG
 Sentiasa mengutamakan pelanggan dan
memberikan layanan berhemah serta mesra
pelanggan. PEMBAYARAN OLEH
PELANGGAN DI
KAUNTER
 Memastikan setiap urusan pembayaran
disertakan dengan resit pembelian kepada
pelanggan.
PELANGGAN
 Memastikan setiap makanan dan minuman MENIKMATI
MAKANAN
mempunya label dan juga tanda harga.

 Bersedia menerima sebarang teguran dalam


memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.

9
7.0 BILANGAN DAN GAJI PEKERJA

Tenaga kerja di sesebuah premis amatlah penting. Hal ini kerana keberadaan
mereka di premis yang akan menentukan keadaan dan waktu beroperasi premis. Oleh itu,
pihak pemohon akan memastikan tenaga kerja yang mencukupi dalam menempatkan dan
melaksanakan tugasan di premis supaya berada dalam keadaan yang teratur.

Pihak pemohon bercadang untuk menempatkan Sembilan orang tenaga kerja di


premis. Tenaga kerja tersebut akan dibahagikan mengikut shif kerja dan juga mengikut
posisi tugas masing-masing. Pembahagian tenaga kerja ditunjukkan seperti rajah 7.1 di
bawah.

JUMLAH PEKERJA: 9 ORANG

• TUKANG MASAK: RM70


SHIF PAGI • PEMBANCUH AIR: RM60
• JURUWANG: RM50

• TUKANG MASAK: RM70


SHIF PETANG • PEMBANCUH AIR: RM60
• JURUWANG: RM50

• TUKANG MASAK: RM70


SHIF MALAM • PEMBANCUH AIR: RM50
• JURUWANG: RM40

Rajah 7.1

10
8.0 SUSUN ATUR PREMIS YANG DICADANGKAN

Dengan keluasan yang tersedia, ruang akan digunakan dengan sebaik mungkin.
Namun begitu, konsep dan ciri-ciri estetika tidak akan diabaikan. Hal ini kerana, pihak
pemohon mengambil kira nilai estetika ini kerana pemohon percaya ciri-ciri itu mampu
menarik perhatian pengunjung untuk singgah di hentian Rehat dan Rawat.

RAJAH 8.1

11
9.0 KOS YANG DITANGGUNG UNTUK PENGUBAHSUAIAN PREMIS

Berkenaan dengan kos pengubahsuaian premis ini, pihak pemohon akan


menanggung setiap kos yang akan dikeluarkan sepanjang proses pengubahsuaian. Kos
yang akan ditanggung dianggarkan berjumlahsebanyak RM60,000 hingga RM65,000.
Selain itu, pihak pemohon akan memastikan segala proses pengubahsuaian premis akan
mengikut SOP dan juga bersesuaian dengan konsep PLUS.

NO. PERKARA KOS (RM)

1 SILING 2,000

2 MOZEK DINDING 3,000

3 MOZEK LANTAI 3,000

4 KABINET BAHAN KERING 10,000

5 BAHAN BINAAN PREMIS 15,000

6 ROLLER SHUTTER 5,000

7 PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK 4,000

JUMLAH KOS 42,000

JADUAL 9.1

12
10.0 KOS-KOS LAIN

Selain dari kos pengubahsuaian, terdapat juga kos sampingan lain bagi
memulakan perniagaan. Antaranya ialah:

 Pembelian sistem POS kaunter bayaran.


 Kos upah tenaga kerja pengubahsuaian premis
 Pakaian seragam pekerja.

JUMLAH: RM3,000

11.0 JUMLAH MODAL PERNIAGAAN

NO. PERKARA (RM)


1 PENGUBAHSUAIAN 42,000
2 KOS-KOS LAIN 3,000
3 PERKAKAS DAPUR 10,000
4 PERALATAN DAPUR DAN MEMASAK 3,000
5 BAHAN MENTAH 4,000
6 BARANG KERING 2,000
7 LAIN-LAIN 1,000
JUMLAH MODAL 65,000

JADUAL 11.1

13
SALINAN SIJIL SSM

14
15
16
17
18
19
SALINAN PENYATA AKAUN BANK
TERAKHIR

20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
12.0 RAMALAN JUALAN BULANAN

Jadual di bawah berikut merupakan anggaran keseluruhan bagi jualan setiap bulan
dalam setahun.

BULAN JUALAN

JANUARI RM 50,000

FEBRUARI RM 55,000

MAC RM 60,000

APRIL RM 65,000

MEI RM 70,000

JUN RM 75,000

JULAI RM 80,000

OGOS RM 85,000

SEPTEMBER RM 90,000

OKTOBER RM 95,000

NOVEMBER RM 100,000

DISEMBER RM 105,000

JUMLAH RAMALAN JUALAN SETAHUN RM 930,000

JADUAL 12.1

36
13.0 RAMALAN PENDAPATAN BERSIH SEBULAN

JANUARI RM RM
Jualan 50,000

(-) Belanja
- Kos Bahan Mentah 6,000
- Kos Bahan Kering 7,000
- Utiliti 1,800
- Sewa Dibayar 2,000
- Belanja Am 600
- Gaji 15,600
- Patrol 800 33,800
UNTUNG BERSIH 16,200

JADUAL 13.1

14.0 TITIK PULANG MODAL

Modal yang dikeluarkan ialah berjumlah RM65,000, modal tersebut dapat


dipulangkan dalam jangka masa 2 tahun.

Tahun pertama: RM28,000

Tahun kedua: RM37,000

37
15.0 GAMBARAN PREMIS YANG DIPOHON

Gambaran premis yang dipohon adalah seperti berikut:

Gambaran 15.1: Pandangan Hadapan

Gambaran 15.1: Pandangan Sisi

38
16.0 GAMBARAN REKA BENTUK PREMIS

Gambaran 16.1: Pandangan Hadapan Sebelum

Gambaran 16.2: Pandangan Sisi Sebelum

39
Gambaran 16.3: Pandangan Hadapan Selepas

Gambaran 16.4: Pandangan Sisi Selepas

40

You might also like