You are on page 1of 16

RANCANGAN

PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH:
FOOD ART MALAYSIA (AS0444204-U)
K39A PEKAN SIMPANG EMPAT SIMPANG EMPAT 02700
SIMPANG AMPAT PERLIS
RINGKASAN EKSEKUTIF
PERNIAGAAN FOOD ART MALAYSIA telah didaftarkan pada 06-02-2022 dengan SSM
dan No. Pendaftran 202203036853 (AS0444204-U) juga dikenali sebagai SOLO
TAKO di kawasan sekitar Perlis.

FOOD ART MALAYSIA berdaftar di alamat K39A Pekan Simpang Empat Simpang
Empat 02700 Simpang Ampat Perlis. Perniagaan ini adalah pemilikan tunggal
dengan aktiviti perniagaan iaitu pemasaran dan pengeluaran Takoyaki di sekitar
Negeri Perlis.

FOOD ART MALAYSIA akan mempromosikan produk-produk yang dikeluarkan oleh


FOOD ART MALAYSIA sebagai alternatif untuk mengembangkan lagi permintaan
takoyaki ini dari semasa hinggalah ke peringkat global.

Dengan adanya peluang perniagaan ini Kafeteria UNiMAP secara tidak langsung
dapat mempromosikan produk FOOD ART MALAYSIA di mata pengunjung dan
pelajar-pelajar UNIMAP.

Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran pemiliihan makanan yang berkualiti,


FOOD ART MALAYSIA adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan produk makanan
berkualiti untuk kesihatan. Dengan sokongan dan kerjasama dari pihak UNIMAP,
akan memartabatkan lagi ekonomi negara kita.
KANDUNGAN
BUTIRAN
RINGKASAN EKSEKUTIF
KANDUNGAN
PENGENALAN
TUJUAN KERTAS KERJA
PROFAIL PERNIAGAAN
PROFAIL PEMILIK
SKOP PERNIAGAAN
PRODUK/PERKHIDMATAN YAND DITAWARKAN
RANCANGAN PENGURUSAN
RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN
RANCANGAN KEWANGAN
STRATERGI PEMASARAN
JUSTIFIKASI DAN PENUTUP
LAMPIRAN
PENGENALAN
Food Art Malaysia merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang telah dijalankan
sejak 7 February 2022 dan telah didaftarkan pada 6 Februari 2022 secara rasminya
dengan nama Food Art Malaysia, di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang beralamat di K39A Pekan Simpang Empat
Simpang Empat 02700 Simpang Ampat Perlis.

Syarikat ini dtubuhkan oleh Pn. Nurul Shifa Bt Hashim. Tujuan asal adalah untuk
perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung pendapatan keluarga.
Permulaannya sebagai penjaja jalanan di kawasan persisir pantai Kuala Perlis,
Perlis. Perniagaan yang dijalankan ialah menjual produk makanan atau snek Jepun
yang dikenali dengan nama TAKOYAKI. Pada masa itu hanya ejen kepada jenama
Chef Tako.

Pada April 2022 syarikat telah mendapat peluang untuk menjalankan perniagaan di
sebuah café di Kolej Vokasional Kangar, Perlis. Bagi mengembangkan perniagaan
menjual takoyaki, kami telah mengambil keputusan untuk berhenti menjadi ejen
kepada jenama Chef Tako, dan terus menjalankan perniagaan dengan jenama
sendiri iaitu SOLO TAKO.

Pada Oktober 2022, menambah cawangan kedua, di Cafeteria Kampus Tengku


Fauziah, UNIMAP Pauh, Perlis. Perniagaan takoyaki mendapat tempat dikalangan
pelajar-pelajar dan staf UNIMAP Pauh. Sepanjang terlibat dalam pernigaan dapat
berkongsi rezeki dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada tiga orang pekerja,
juga dapat meningkatkan ekonomi keluarga
OBJEKTIF
TUJUAN KERTAS KERJA
TUJUAN kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
“FOOD ART MALAYSIA” yang meliputi aspek pengurusan, pentadbiran dan pemasaran.
MODAL permulaan adalah RM2,500.00 dimana telah dibiayaai dengan modal pemilik
sendiri.

ITEM PERBELANJAAN
SENARAI PERALATAN DAPUR
DAPUR TAKOYAKI : 2 UNIT @ RM322.00 RM 644.00
STIK TAKO, GUNTING, PISAU, PENYEPIT, BOTOL RM 165.00
SOS/SQUEEZE BOTTLE (10 UNIT)
MEJA DAPUR : 2 UNIT @ RM80 RM 160.00
CHEST FREEZER : 1 UNIT @ RM508 RM 508.00
JUMLAH RM 1,477.00
SENARAI BAHAN-BAHAN MENTAH TAKOYAKI
TEPUNG : 20 KG @ 2 UNIT RM 397.20
TELUR GRED D : 7 PAPAN RM 98.00
MINYAK MASAK : 12 PEKET RM 30.00
JUMLAH RM 525.20
SENARAI PENYEDIAAN TAKOYAKI
BEKAS SINGLE SET (PLASTIC BURGER BOX) 100 PCS : RM 41.80
2 UNIT @ RM 20.90
BEKAS FAMILY SET 50 PCS: 2 UNIT @ RM 16.00 RM 32.00
BEKAS JUMBO SET 1 PCS : RM 3.50 @ 7 UNIT RM 24.50
MAYONIS KEWPIE: 21 PCS RM 388.50
SOS TAKOYAKI CAIR: 14 PCS RM 252.00
SOS TAKOYAKI PEKAT: 14 PCS RM 322.00
BONITO FLAKE: 16 PCS RM 472.00
SEAWEED: 1 PCS RM 9.50
SPICY KOREAN SOS: 7 PCS RM 128.10
JUMLAH RM 1,670.40
JUMLAH KESELURUHAN RM 3,672.60
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
NAMA SYARIKAT : FOOD ART MALAYSIA

NO. PENDAFTARAN : 202203036853 (AS0444204-U)

TARIKH DITUBUHKAN : 6 FEBRUARI 2022

ALAMAT UTAMA : K39A PEKAN SIMPANG EMPAT SIMPANG


EMPAT , 02700 SIMPANG AMPAT, PERLIS

ALAMAT CAWANGAN : CAFE KOLEJ VAKASIONAL KANGAR, PERLIS

NO. TELEFON : 011-12512526

EMAIL : FOODARTMALAYSIA@GMAIL.COM

MODAL PERMULAAN : RM2,500.00

LATAR BELAKANG PEMILIK


NAMA PEMILIK : NURUL SHIFA BT HASHIM
NO K/P : 870418-40-5048
TAHAP PELAJARAN : IJAZAH SARJANA MUDA

JAWATAN : PEMILIK/PENGURUS
ALAMAT : K39A PEKAN SIMPANG EMPAT SIMPANG EMPAT , 02700
SIMPANG AMPAT, PERLIS
UMUR : 36 TAHUN
TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN

BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
WARGANEGARA : MALAYSIA

PENGALAMAN KERJA : BERPENGALAMAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN


SELAMA LEBIH 10 TAHUN DALAM BIDANG
PERNIAGAAN DAN PEMASARAN
SKOP PERNIAGAAN
Membuka 3 cawangan SOLO TAKO di sekitar Negeri Perlis, antaranya :

i. Persisir pantai Kuala Perlis, Perlis

ii. Café di Kolej Vokasional Kangar, Perlis.

iii. Cafeteria Kampus Tengku Fauziah, UNIMAP Pauh, Perlis

Mengambil tempahan untuk membuka ‘stall’ SOLO TAKO pada sebarang majlis
seperti majlis rumah terbuka hari raya untuk badan kerajaan dan swasta,
tempahan Majlis Perkahwinan serta tempahan persendirian.

Grab Food dan Foodpanda: Menyediakan Takoyaki kepada pelanggan yang


membuat pesanan melalui laman social, seperti Facebook, Instagram dan
Whatsapp melalui service penghantaran.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN


YANG DITAWARKAN
FOOD ART MALAYSIA menawarkan produk seperti berikut:

i. Single Set Takoyaki;

ii. Family Set Takoyaki;

iii. Jumbo Set Takoyaki;

iv. Ayam Gunting (akan datang); dan

v. Mini Pancake (akan datang).

Manakala perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i. Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti sambutan hari


jadi atau sambutan hari raya.

ii. Menyediakan perkhidmatan perkhidmatan produk kepada


pelanggan menggunakan aplikasi foodpanda dan grab.
iii. Menerima tempahan dan pesanan daripada individu atau syarikat
untuk majlis minum petang dan sebagainya.

Potensi perniagaan FOOD ART MALAYSIA:

Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di
sekitar kawasan taman perumahan di sekitar Negeri Perlis.

SENARAI PRODUK YANG DIJUAL…


FOOD ART MALAYSIA menawarkan produk seperti berikut:

i. Single Set Takoyaki;

ii. Family Set Takoyaki;

iii. Jumbo Set Takoyaki;


RANCANGAN PENGURUSAN
CARTA ORGANISASI

NURUL SHIFA BINTI HASHIM


PEMILIK

MOHD FAIZAL BIN NORHAIRY


PENGURUS OPERASI

MUHAMMAD HAQIM BIN ROSLY


MUHAMMAD AIDIL FAHMI BIN MOHD SHAHIDI
MOHAMAD HAFIZHI
KRU DAPUR/KAUNTER/ UNIMAP PAUH, PERLIS

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

• PEMILIK / PENGURUS:

i. Mengawasi, mengawal dan mengurus perjalanan operasi dan


kewangan syarikat dari semua aspek.

ii. Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan mentah.

iii. Memastikan proses pembuatan produk mengikut prosedur yang


telah di tetapkan.

iv. Bertindak sebagai penghantar bekalan sekiranya perlu.

v. Terdiri daripada pengurus dan pemilik sebagai kumpulan


pemasaran.
vi. Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan
dilingkungan kawasan sasaran.

vii. Mencari pasaran-pasaran dan produk baru yang berpotensi untuk


diperkenalkan kepada pelanggan.

viii. Mewujudkan dan merangka satu system di mana pelanggan dan


syarikat dapat menjalinkan satu hubungan yang berkekalan

• BAHAGIAN KRU DAPUR/KAUNTER:

i. Terdiri daripada pekerja sambil diseliakan oleh pengurus operasi.

ii. Merupakan kumpulan yang menghasilkan dan memastikan


pengeluaran kesemua produk adalah mengikut jadual yang
ditetapkan.

iii. Memastikan kualiti produk sentiaasa dalam kawalan dan berada


pada tahap yang terbaik.

iv. Memastikan kesemua peralatan dalam kelengkapan sentiasa


diselenggara dengan baik dan selamat digunakan.

v. Memastikan stok bahan mentah sentiasa mencukupi.


GAJI DAN GANJARAN

i. Perniagaan FOOD ART MALAYSIA sentiasa memastikan hubungan


yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan
pakej gaji yang berpatutan. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk
tahun yang pertama adalah seperti di bawah:
PEKERJA GAJI KWSP SOCSO JUMLAH
POKOK
NURUL SHIFA BINTI RM2,000 RM260.00 RM34.15 RM2.294.15
HASHIM
MOHD FAIZAL BIN RM2,000 RM260.00 RM34.15 RM2,294.15
NORHAIRY
MUHAMMAD HAQIM BIN RM1,000 RM130.00 RM16.65 RM1,146.65
ROSLY
MUHAMMAD AIDIL RM1,000 RM130.00 RM16.65 RM1,146.65
FAHMI BIN MOHD
SHAHIDI
MOHAMAD HAFIZHI RM1,000 RM130.00 RM16.65 RM1,146.65
JUMLAH SEBULAN RM7,000 RM910.00 RM118.25 RM8,028.25
JUMLAH SETAHUN RM84,000 RM10,920.00 RM1,419.20 RM96,339.00

BELANJA DAN PENGURUSAN

i. Butir-Butir yang terkandung di dalam perbelanjaan pengurusan


FOOD ART MALAYSIA adalah seperti berikut:
BIL PERBELANJAAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
1 GAJI & ELAUN PEKERJA RM84,000.00 RM88,600.00 RM92,380.00
2 KWSP & SOCO RM10,920.00 RM11,228.00 RM11,619.40
3 UTILITI RM3,600.00 RM3,780.00 RM3,969.00
4 ALAT TULIS DAN BELANJA RM1,500.00 RM1,575.00 RM1,635.75
PEJABAT
5 PERJALANAN DAN RM7,200.00 RM7,560.00 RM7,938.00
PENGANGKUTAN
6 SENGGARAAN KEDAI DAN RM1,500.00 RM5,250.00 RM5,512.50
MESIN
JUMLAH RM108,720.00 RM117,993.00 RM123,054.65
PURATA SEBULAN RM9,060.00 RM9,832.75 RM10,254.55
STRATEGI PENGURUSAN:

Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang


kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Pengurusan yang sistematik dan
dinamik dapat memastikan syarikat kami sentiasa dapat mengekalkan dan
memperbaiki prestasi ke arah yang lebih baik dan maju. Amalan dan strategi
pengurusan yang dipraktikkan di sini meliputi:

i. Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau


berpasukan (teamwork) di kalangan para pekerja.

ii. Memberi peluang latihan yang berterusan kepada setiap pekerja


meliputi aspek latihan pembuatan dan pengeluaran produk di
samping latihan pengurusan dan pemasaran.

iii. Memastikan maklum balas daripada pelanggan dan pekerja turut


diberi perhatian dengan mengadakan sesi khas dalam mesyuarat
bulanan di mana perbincangan antara pihak pengurusan dan
pekerja diadakan bagi mengatasi dan memperbaiki segala
kelemahan.

RANCANGAN TEKNIKAL DAN


PENGELUARAN
KEMUDAHAN ASAS

Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan


sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi,
bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategik
terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat
beberapa pusat pengajian tinggi, kolej- kolej dan pejabat-pejabat awam dan
swasta. Walaupun ruang kedai yang terhad ia masih dapat mempamerkan produk
dengan baik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang
berkunjung.

HARTA TETAP DAN PERALATAN YANG DIMILIKI.

Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil- kecilan oleh pemilik
sejak setahun yang lalu, maka FOOD ART MALAYSIA telahpun memiliki beberapa
peralatan asas yang dibeli secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan
perniagaan pada masa ini. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki
setakat ini adalah seperti berikut:

ITEM PERBELANJAAN
SENARAI PERALATAN SEDIA ADA
DAPUR TAKOYAKI : 2 UNIT @ RM322.00 RM 644.00
STIK TAKO, GUNTING, PISAU, PENYEPIT, BOTOL RM 165.00
SOS/SQUEEZE BOTTLE (10 UNIT)
MEJA DAPUR : 2 UNIT @ RM80 RM 160.00
CHEST FREEZER : 1 UNIT @ RM508 RM 508.00
JUMLAH RM 1,477.00

STOK BEKALAN BAHAN MENTAH

Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kerosakan serta bagi mempastikan bahan-bahan tersebut sentiasa
dalam keadaan baik dan berkualiti agar menjamin penghasilan produk yang baik.
Namun demikian, apabila pusat penyimpanan telah didirikan, bekalan bahan-bahan
tidak menjadi masalah kerana dapat disimpan sendiri dan dapat menjimatkan kos
perbelanjaan.

ANGGARAN BELIAN BAHAN MENTAH UNTUK 3 TAHUN

Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan mentah yang meliputi
bahan mentah yang biasa digunakan dalam pembuatan takoyaki. Dianggarkan
penambahan peruntukan perbelanjaan untuk pembuatan naik sebanyak 5% (LIMA
PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz
pasaran atau kenaikan harga bahan mentah. Ini ditunjukkan di dalam senarai
seperti di bawah:

KOS BAHAN MENTAH


ITEM HARGA KOS TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
SEBULAN
TEPUNG RM1,144.00 RM 1,201.20 RM 1,261.26 RM1,324.32
TELUR GRED (D) RM 361.40 RM 379.47 RM 398.44 RM 418.36
MINYAK MASAK RM 140.00 RM 147.00 RM 154.35 RM 162.06
BEKAS SINGLE SET RM 197.60 RM 207.48 RM 217.85 RM 228.74
BEKAS FAMILY SET RM 332.80 RM 359.44 RM 366.91 RM 385.25
BEKAS JUMBO SET RM 91.00 RM 95.55 RM 100.32 RM 105.34
MAYONIS KEWPIE RM 962.00 RM 1,010.10 RM 1,050.60 RM 1,113.65
SOS TAKOYAKI CAIR RM 936.00 RM 982.00 RM 1,031.94 RM 1,083.53
SOS TAKOYAKI PEKAT RM 667.00 RM 700.35 RM 735.36 RM 772.13
BONITO FLAKE RM 1,534.00 RM 1,610.70 RM 1,691.23 RM 1,775.79
SPICY KOREAN SOS RM 468.00 RM 491.40 RM 515.97 RM 541.76
JUMLAH RM 6,833.80 RM 7,175.49 RM 7,534.26 RM
KESELURUHAN 7,910,97

PROSES PEMBUATAN TAKOYAKI


TAHAP PERTAMA
Bancuh 1 KG Tepung Takoyaki beserta 2.5liter air (bertapis) dan
kacau sehingga sebati.

Setelah itu, masukkan minyak masak kedalam telur yang sudah


dipecahkan, kacau hingga tepung, telur dan minyak tersebut
sebati.

TAHAP KEDUA
Panaskan dapur dengan api yang kecil dan letakkan sedikat
minyak pada setiap lubang.

Masukkan bancuhan tepung ke dalam setiap lubang dan


masukkan inti-inti takoyaki.

Golek sehingga bertukar masak smpai bertukar kewarna


keperangan
TAHAP KETIGA
Letakkan takoyaki ke dalam bekas dan letak bahan-bahan
berikut:

i. Sos Takoyaki
ii. Bonito Flakes
iii. Mayonis
iv. Seaweed
v. Spicy Korean Sos.

STRATERGI PEMASARAN DAN


PENGIKLANAN
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan
meliputi:
Penduduk-penduduk bermastautin di sekitar kawasan perumahan .
Kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan swasta di sekitarnya.
Kumpulan pelajar-pelajar daripada sekolah rendah dan sekolah
menengah di sekitarnya.
Menggunakan aplikasi Grab, Foodpanda serta Tapau Food supaya mudah
dibeli oleh para pelanggan
Menggunakan FB Ads bagi memperkenalkan produk kepada para
pelanggan yang lebih jauh.

Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan


sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau
dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah
merupakan pelanggan berpotensi. Formula andaian saiz pasaran adalah seperti
berikut di bawah:

Saiz Pasaran = Angka berpotensi (%) X Bilangan penduduk Maka


saiz pasarannya ialah;
j pasaran = 20% X 68,300 = 13,660 u
PENUTUP
Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah
dibentangkan, FOOD ART MALAYSIA amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang
diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang
dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana
mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi
dan pemasaran baru dilancarkan.

Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan


perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran
keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu syarikat FOOD ART MALAYSIA amat
optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang
di masa hadapan.

Oleh itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak UNIMAP supaya ini perniagaan dapat beroperasi dengan
lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada

ekonomi Negara.

You might also like