You are on page 1of 32

1.

0 Pengenalan
Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan
yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya
mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhir pada tempat dan harga yang
berpatutan. Pernaiagaan adalah didefinisikan sebagai sebuah bentuk organisasi yang
sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya,
kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.

Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai "Entrepreneur".


Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis "entrepremdre" yang membawa
maksud memikul tugas atau mencuba. Dalam Bahasa Melayu, usahawan membawa
maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Usahawan ditakrifkan sebagai
orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan
yang diceburinya. Menurut McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai
berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi. Usahawan berjaya cenderung ke
arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman
yang tinggi. Manakala menurut Schumpeter (1934) pula, mentakrifkan usahawan
sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan
organisasinya sendiri.

Perniagaan Seng Huat Kopitiam merupakan perniagaan yang berasaskan


perkhidmatan. Perniagaan ini menawarkan perkhidmatan restoran. Kedai Seng Huat
Kopitiam adalah merupakan sebuah kedai yang berskala kecil tetapi dapat
memperoleh keuntungan yang dapat bersaing dengan perniagaan besar. Seiring
dengan peredaran zaman kini, kedai Seng Huat Kopitiam dapat bersaing dengan kafe-
kafe terkenal. Seng Huat Kopitiam telah ditubuh oleh Lim Boon Tiam pada 6 Julai
2002 di 103 Jalan Kekabu, Taman Kampung Baru, 81800 Ulu Tiram, Johor.

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji tentang sifat-sifat peribadi dan tabii
usahawan yang jaya. Antara sifat-sifat peribadi usahawan berjaya ialah inisatif yang
tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, sanggup berkorban, bijak merbut
peluang perniagaan, mempunyai keyakinan diri, berorentasikan matlamat, lokus
kawalan dalaman, kebolehan membuat keputusan dan bertanggungjawab. Antara tabii
orang berjaya ialah bersikap proaktif, laluan perkara yang utama dahulu, berfikiran
‘menang-menang’, cuba untuk memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami,
bersinergi, tajamkan gergaji dan berorientasikan matlamat.

Selain itu, pengkaji juga mengkaji tentang kaedah usahawan memulakan dan
menjalankan perniagaan tersebut. Antara kaedah memulakan perniagaan ialah
memulakan sendiri, mengambil alih perniagaan sedia ada, francais dan pakatan
strategik. Antara sumber pembiayaan bagi memulakan perniagaan ialah sumber modal
formal iaitu pinjaman bank, bantuan kerajaan, pelabur serta sumber modal tidak
formal iaitu simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara dan rakan.

Seterusnya, peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi dan cabaran dalaman dan luaran yang mempengaruhi perniagaan juga
dikaji oleh pengkaji. Antara fungsi pengurusan ialah perancangan, pengorganisasian,
kepimpinan dan pengawalan. Antara cabaran persekitaran luaran ialah persaingan dan
jaringan, politik dan perundangan, ekonomi, sosiobudaya, teknologi, dan fizikal.
Antara cabaran persekitaran dalaman ialah pelanggan, pembekal, pembiaya dan
pemodal, kerajaan, pekerja dan pesaing.

Pengkaji telah melaksanakan beberapa keadah kajian terhadap usahawan


untuk mengetahui ciri dan peranan yang dimainkan oleh beliau dalam menguruskan
perniagaannya seperti temu bual, pemerhatian dan soal selidik serta cabaran yang
dihadapi oleh usahawan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Menurut Mohd.Majid Konting (2004) pernyataan objektif penyelidikan merupakan


tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah kajian. Kajian
dijalankan untuk mencapai empat objektif utama.

2.1 Menganalisis ciri-ciri usahawan dari segi

2.1.1 Sifat peribadi usahawan berjaya.

2.1.2 Tabii orang yang berjaya.

2.2 Mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi

2.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan.

2.2.2 Sumber pembiayaan bagi memulakan perniagaan.

2.3 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi.

2.4 Membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi


perniagaan.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Menurut Husnaini Usman dan Purnomo, latar belakang adalah menceritakan
hal-hal yang melatarbelakangi mengapa peneliti memilih judul penelitiannya. Dalam
latar belakang masalah ini, peneliti seolah-olah sebagai detektif yang sedang
mengamati situasi lingkungan tempat kejadian perkara. Untuk memunculkan berbagai
alasan mengapa memilih judul tersebut, maka seorang peneliti dalam hal ini dapat
mengacu pada peraturan perundang-undangan yang berlaku, akan tetapi belum efektif
pada pelaksanaannya.

Melalui kajian ini, berdasarkan objektif kajian tentang ciri-ciri usahawan


berjaya, pengkaji akan memfokuskan kepada dua ciri iaitu sanggup berkorban dan
berinisiatif tinggi. Sanggup berkorban ialah perihal mengorbankan segala yang punya
seperti jiwa raga, harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk tujuan mencapai
sesuatu matlamat.  Dalam teori ekonomi disebut sebagai “kos melepas” untuk
mendapatkan marginal sesuatu yang optimum. Menurut Abd Aziz Yusof (1991),
berinisiatif tinggi ialah kecenderungan untuk melihat, menganalisis keadaan dan
mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku. Mereka biasanya
mengambil peluang cuba untuk melakukan sesuatu, walaupun kemungkinan
kegagalan. Mereka berusaha secara berterusan dan tidak berputus asa pada apa-apa
yang akan diterokai dalam bidang belum diterokai oleh usahawan lain.

Selain itu, pengkaji juga akan memfokuskan dua tabii orang yang berjaya iaitu
berfikiran menang-menang dan bersinergi. Berfikir menang-meang ialah individu
yang kreatif akan membuat keputusan yan memberi kebaikan kepada semua pihak.
Individu ini percaya dalam proses rundingan tiada individu yang akan menerima
kekalahan. Bersinergi ialah gabungkan kekuatan orang melalui kerja berpasukan yang
positif, untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan sendiri oleh seseorang.

Seterusnya, kaedah memulakan sesebuah perniagaan yang akan difokuskan


ialah memulakan sendiri. Usahawan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan
yang diingin diceburi dengan tepat dan berkeyakinan dalam usaha memulakan sesuatu
perniagaan baharu. Usahawan memilih kaedah ini kerana memiliki kebebasan untuk
membuat keputusan mengenai perniagaan misalnya bebas memilih lokasi strategik
dan kemudahan fizikal yang diperlukan, berpeluang untuk membangunkan imej yang
baik sejak awal perniagaan ditubuhkan, membentuk kaedah pengurusan yang
tersendiri, terdapat galakan dan dorongan kerajaan kerana bantuan modal dan insentif
khas disediakan oleh kerajaan. Sumber pembiayaan yang dikaji ialah simpanan
sendiri. Simpanan sendiri ialah unit yang kita peruntukkan daripada sumber
pendapatan kita, dan ianya disimpan untuk kegunaan semasa kecemasan. Biasanya
kita simpan di dalam tabung, tetapi cara tersebut tidak begitu efektif.

Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi


yang akan dikaji ialah kepimpinan dan perancangan. Kepimpinan ialah fungsi penting
pengurusan yang membantu meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat
organisasi. Sebenarnya, kepimpinan adalah bahagian penting dan komponen penting
dalam pengurusan berkesan yang membantu memaksimumkan kecekapan dan
mencapai matlamat organisasi. Menurut James Stoner dan Charles dalam buku
mentarifkan perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan
sesebuah organisasi bagi mencapai maksud asal penubuhannya. Pada masa yang
sama, perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan
organisasi, memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan mengenai apa, bila
dan bagaimanakah pelan perancangan akan dilaksanakan dan siapa yang akan
melakukannya.

Selain itu, dua cabaran persekitaran luaran yang akan dikaji ialah persaingan
dan jaringan serta politik dan perundangan. Persaingan ialah ancaman yang diberikan
oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran
yang sama dengan produk usahawan. Jaringan perniagaan ialah pakatan strategik
yang di bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk
menghasilkan roduk atau memasarkanya di pasaran. Politik ialah sistem dan parti
yang memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara. Perundangan ialah peraturan
dan dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Keadaan politik yang stabil
dapat membentuk dasar dan undang-undang yang akan menjamin aktiviti sesebuah
perniagaan berjalan dengan lancar. Kerajaan menggubal undang-undang dan
peraturan untuk kepentingan semua untuk memastikan wujud persaingan yang sihat di
kalangan perniagaan, melindungi pengguna dan mengawal aktiviti perniagaan
daripada melakukan penyelewengan.
Dua cabaran persekitaran dalaman yang difokuskan ialah pembekal dan
pelanggan. Pembekal merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan kepada
sesebuah perniagaan misalnya bahan mentah, pekerja dan pengangkutan. Perniagaan
harus menjalinkan perhubungan yang baik dengan pembekal supaya bekalan dapat
dihantar kepada peniaga apabila diperlukan pada harga yang berpatutuan. Ini juga
untuk menjamin operasi syarikat tidak terganggu dan operasi perniagaan dapat
berjalan dengan lancar. Pelanggan adalah individu yang membeli dan menggunakan
sesuatu produk. Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan dan
kegagalan sesebuah perniagaan. Perubahan citarasa pelanggan mempengaruhi jenis
keluaran, harga dan kualiti keluaran. Citarasa pelanggan yang berbeza menyebabkan
mereka membuat keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran. Perubahan citarasa juga menggalakkan
inovasi perniagaan.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Ahmad Mahzan Ayob (1995), kaedah kajian merupakan segala


langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan. Secara amnya,
kaedah kajian terbahagi kepada dua cara mendapatkan hasil data iaitu pendekatan
kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ialah
kajian kes yang dilakukan terhadap sesuatu kesatuan sistem sama ada yang berbentuk
program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu.
Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-
fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data. Pendekatan
kualitatif merupakan prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang
boleh diamati. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah secara
kualitatif.

Kaeadah kajian yang digunakan oleh pengkaji bagi menghasilkan kajian ini adalah
menggunakan data primer dan data sekunder.

4.1 Data Primer

Menurut Hasan data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan
langsung di lapangan oleh orang yang melakukan penelitian atau yang bersangkutan
yang memerlukannya. Data primer didapat dari sumber informal iaitu individu atau
perseorangan seperti hasil wawancara yang dilakukan oleh peneliti.

4.1.1 Kaedah soal selidik

Mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984), soal selidik merupakan


kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data yang diperoleh daripada soal
selidik. Responden kajian yang dijalankan dapat memberikan data berbentuk deskiptif
yang tepat. Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang mengandungi
beberapa soalan yang ingin ditanya kepada usahawan. Borang ini disediakan untuk
memudahkan pengkaji untuk menanya soalan tentang aspek yang ingin kaji. Pengkaji
telah melawat lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

4.1.2 Kaedah temu bual

Kaedah ini menggunakan penemu ramah yang menjalankan temu bual yang
terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Apa-apa yang disebutkan
oleh responden merupakan data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan
dicatatkan kata demi kata. Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh
kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara mendalam sesebuah topik
tertentu. Pada masa yang sama, pendekatan ini unik atas sebab sampel yang lebih
kecil akan digunakan. Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang
sebab di sebalik jawapan responden. Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih
lama tentang respons. Hal ini kerana temubual mampu menghasilkan data yang tidak
terjangkau oleh responden kerana batasan masa. Pengkaji telah menanya soalan
kepada responden semasa melawat lokasi kajian. Pengkaji dapat maklumat yang lebih
jelas dan pengkaji dapat bertanya kepada responden jika ada sebarang kekeliruan pada
masa yang sama.

4.1.3 Kaedah Pemerhatian

Kaedah Pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan


untuk mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan
temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian pengkaji mempunyai tujuan
tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus yang betul. Catatan yang
dibuat mestilah tepat, sah dan boleh dipercayai. Pemerhatian ini dijalankan selama
tiga hari untuk mengenal pasti ciri dan peranan yang dimainkan oleh beliau dalam
menguruskan perniagaannya serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan.

4.2 Data Sekunder

Data sekunder adalah adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh orang
yang melakukan penelitian dari sumber-sumber yang telah ada. Data ini digunakan
untuk mendukung informasi primer yang telah diperoleh yaitu dari bahan pustaka,
literatur, penelitian terdahulu, buku, dan lain sebagainya.

Bagi melengkapkan lagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah


rujukan dengan menggunakan internet. Kebanyakan maklumat yang pengkaji dapati
terdapat dalam laman web google scholar. Buku ilmiah online juga digunakan untuk
mencari definisi perkataan yang sering pengkaji gunakan dalam kajian ini.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Menurut Creswell (2009), pentafsiran data kajian ialah pengkaji


menyampaikan pengetahuan kajian yang telah diperoleh, membandingkan hasil kajian
dengan tinjauan kepustakaan dan teori tertentu, mewujudkan persoalan dan
mengemukakan cadangan untuk perubahan. Dalam bahagian ini, pengkaji akan
menjelaskan dapatan kajian berkaitan dengan sifat-sifat dan tabii usahawan berjaya
yang terdapat pada Encik Lim Boon Tiam, kaedah Encik Lim Boon Tiam memulakan
dan menjalankan perniagaan, peranan Encik Lim Boon Tiam dalam melaksanakan
fingi pengurusan dalam organisasi serta cabaran persekitaran luaran dan dalaman
yang mempengaruhi perniagaan.

5.1 Ciri-ciri usahawan yang terdapat pada Encik Lim Boon Tiam

Ciri-ciri usahawan yang berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang erdapat
dalam diri seseorang usahawan dalam usaha membangunkan sesuatu perniagaan. Ciri-
ciri ini termasuk sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya, ciri-ciri orang yang
efektif dan memiliki faktor kejayaan seimbang.

5.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

Ciri-ciri usahawan yang berjaya merujuk kepada sifat-sifat peribadi yang


dimiliki oleh seseorang usahawan dalam usaha membangunkan sesuatu perniagaan.
Dengan memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra
permulaan sesuatu perniagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan berusaha
mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk
memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkin belum diterokai lagi.
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bertangungjawab dan bijak dalam menyusun
strategi pengaruhnya.

Sifat-sifat usahawan yang terdapat pada Encik Lim Boon Tiam ialah sanggup
berkorban. Usahawan sanggup berkorban dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam
menghadapi cabaran dan halangan dalam perniagaan. Usahawan menunjukkan
komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaan yang dijalankan.
Pada mulanya, Encik Lim Boon Tiam tidak mempunyai ilmu asas dalam
bidang perniagaan dan tiada pengalaman dalam menguruskan kedai. Namun
begitu,beliau berminat dalam perniagaan dan menguruskan kedai disebabkan oleh
dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Hal ini menyebabkan mereka
bersemangat dalam membina perniagaan yang mereka mahu usahakan. Beliau tidak
mampu untuk membuka sebuah kedai kopi disebabkan oleh kekurangan wang dan
modal. Pada mula pembukaan kedai tersebut, beliau telah mengalami pelbagai
masalah iaitu tempat terlalu kecil, minuman tidak sedap serta ditipu oleh pembekal
dan lain-lain lagi. Walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran pada mulanya
perniagaan, beliau tidak berputus asa. Disebabkan oleh kekurangan wang dan modal,
beliau terpaksa menggunakan wang sebanyak RM 5000 untuk memperbaiki rumah
datuk moyangnya untuk memulakan perniagaan kedai kopi. Untuk menyelesaikan
masalah pengurusan perniagaan, beliau menyediakan buku rekod untuk mencatat hasil
dan rugi setiap hari. Untuk menambahkan untung, beliau telah membuat pembahagian
waktu perniagaan kepada pagi dan malam. Pada waktu pagi, Encik Lim Boon Tiam
harus berkorban untuk bangun seawal jam 5 pagi dan membuka kedai serta
menyediakan barang untuk memulakan perniagaan pada setiap hari. Pada pukul 4
petang, Encik Lim Boon Tiam perlu membersihkan tempat berniaga dan urusan
perniagaan akan disambung oleh Encik Lim Kim Khee hingga jam 2 pagi. Usaha
mereka yang sangat gigih dalam menjayakan perniagaan mereka sehingga berjaya
mencapai keuntungan tertinggi iaitu RM 10000 sebulan walaupun mereka berniaga
dalam skala yang kecil.

Selain itu, pengalaman dalam pembuatan kopi yang sederhana telah


menyebabkan mereka menerima pelbagai aduan daripada pelanggan. Teknik
pembuatan kopi yang tidak konsisten telah mengakibatkan kerugiaan. Lama-
kelamaan, beliau telah menambah kemahiran yang sedia ada kepada tahap yang lebih
baik. Untuk meneruskan kedai tersebut, isteri Lim Boon Tiam iaitu Theng Kim Teng
terpaksa mengurangkan masa dengan anaknya dan bekerja di Kedai Seng Huat
Kopitiam. Cara ini dapat memperbaiki prestasi mutu pembuatan minuman di kedai
tersebut. Walau bagaimanapun, kesulitan ini telah menyebabkan keluarga ini
mempunyai masa bersama keluarga yang sangat terhad. Oleh sebab itu, anak mereka
perlu tinggal bersama dengan nenek mereka sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan
Encik Lim Boon Tiam dan isterinya Theng Kim Teng sangat beremosi kerana
terpaksa menghadkan masa dengan anaknya, ibaratnya seperti hatinya tertusuk
dengan jarum yang sangat tajam. Theng Kim Teng terpaksa membahagikan masa
untuk membantu suami dalam pengurusan perniagaan. Dalam masa yang sama, beliau
terpaksa membuat sesuatu dalam meningkatkan lagi mutu kehidupan demi masa
hadapan. Walaupun Encik Lim Boon Tiam terpaksa menghadapi pelbagai rintangan
dalam menguruskan perniagaannya, beliau sanggup berkorban masa dan kewangan
serta masa bersama keluarga untuk memastikan Kedai Seng Huat Kopitiam sentiasa
beroperasi. Dengan ini Encik Lim Boon Tiam mendapat keuntungan yang tinggi.

Sifat-sifat usahawan berjaya terdapat pada Encik Lim Boon Tiam ialah
berinisiatif tinggi. Menurut Youth Employment berinisiatif tinggi ialah tindakan
usahawan melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah dan dipaksa. Kecenderungan
untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu dan seterusnya mengambil tindakan
secara proaktif.

Encik Lim Boon Tiam tidak mempunyai ilmu asas dalam bidang perniagaan
dan tiada pengalaman dalam menguruskan kedai. Namun begitu, beliau berminat
dalam perniagaan dan menguruskan kedai disebabkan oleh dorongan daripada
keluarga dan kawan-kawan. Hal ini menyebabkan beliau bersemangat dalam
membina perniagaan yang mereka mahu usahakan. Sikap kerajinan yang beliau
pamerkan, kedai tersebut mendapat sambutan di Taman Kampung Baru dan mendapat
sokongan daripada penduduk tempatan. Semasa beliau mencapai keuntungan yang
banyak, beliau telah berminat melakukan pembaharuan ke atas produk dan kedai
mereka. Hal ini menjadi titik tolak, berlakunya perkembangan dalam perniagaan yang
mereka usahakan. Encik Lim Boon Tiam dan Lim Kim Khee telah menambah menu
makanan dengan menyewakan tempat kosong kepada penjaja. Dengan ini lebih
banyak jenis makanan dapat ditawarkan oleh Seng Huat Kopitiam dan dapat
memenuhi citarasa pelanggan yang berbeza.

Pada awalnya, Seng Huat Kopitiam hanya mempunyai menu makanan roti
bakar, telur separuh masak dan minuman kopi, teh, milo sahaja. Selepas isteri Lim
Boon Tiam iaitu Theng Kim Teng telah mengunakan kemahiran dan pengalamannya
untuk menambahkan jenis minuman, menu Minuman telah menambah kepada 12
jenis iaitu kopi, kopi o, kopi c, teh, teh o,teh c, milo, air bali, cina teh, nescafe dan
lain-lain lagi. Dalam pelbagai jenis produk minuman ini, minuman yang paling
popular adalah kopi. Untuk menarik lagi pelanggan, Lim Boon Tiam telah membuat
tempahan daripada syarikat Yeos untuk mendapatkan air tin. Air tin termasuklah air
bunga, coca-cola, pepsi, ice lemon tea dan lain-lain lagi. Encik Lim Boon Tiam juga
membuat tempahan daripada kedai kopitiam SAN PING untuk mendapat makanan
pau. Contohnya makanan pau adalah pau char siu, pau besar, pau daging dan pau
sayur. Kebanyakan pau adalah berintikan daging, tepung, dan sayur. Hal ini kerana
kebanyakan pelanggan beliau adalah berbangsa cina dan mereka gemar makan pau
sebagai sarapan mereka. Untuk meningkatkan hasil kedai kopitiam, pemilik Lim
Boon Tiam telah menggunakan tradisi cina ini sebagai rujukan dan akhirnya berjaya
menarik lagi minat pelanggan. Dengan adanya idea yang menarik ini Encik Lim Boon
Tiam dapat menarik lebih ramai pelanggan dan mendapat keuntungan lebih banyak.

5.1.2 Tabii orang berjaya

Menurut Stephen Covey, tabii orang berjaya ialah seorang yang efektif.
Seorang efektif sentiasa ingin melakukan yang terbaik dan memerlukan penjelasan
yang terperinci bagi setiap tugas yang dilakukan. Seterusnya, usahawan perlu
mementingkan kuantiti perkhidmatan yang terbaik dan ingin dilayan sebagai seorang
individu yang unik di dalam organisasi.

Tabii orang yang berjaya yang terdapat pada Encik Lim Boon Tiam ialah
berfikir “menang-menang”. Seseorang itu akan bekerjasama untuk berjaya bersama,
bukan untuk diri sendiri sahaja. Ia dimana sesuatu keputusan yg dilakukan perlu
memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak.

Bahan mentah untuk menghasilkan kopi kedai Seng Huat Kopitiam adalah
ditempah daripada syarikat Singsing. Syarikat Singsing ini adalah sesebuah syarikat
yang menanam pokok kawa iaitu bahan mentah yang menghasilkan kopi. Kedai Seng
Huat Kopitiam amat suka menggunakan produk syarikat ini kerana serbuk kopi yang
dihasilkan oleh mereka adalah berkualiti tinggi. Walaupun harga serbuk kopi dari
syarikat Singsing adalah lebih mahal berbanding dengan syarikat lain, kedai Seng
Huat Kopitiam masih menggunakan produk mereka kerana hasil produk kopi amat
digemari pelanggan.
Encik Lim Boon Tiam telah membuat tempahan daripada syarikat Yeos untuk
mendapatkan air tin. Selain itu, mereka juga memberi diskaun kepada Seng Huat
Kopitiam kerana mereka menganggap diskaun ini akan mempengaruhi kedai Seng
Huat Kopitiam supaya sentiasa membuat tempahan dari mereka. Strategik syarikat
Yeos amat berjaya kerana tempahan dari kedai Seng Huat Kopitiam masih kekal dan
berterusan lagi. Situasi menang-menang ini berlaku dimana Encil Lim Boon Tiam
dapat mendapatkan air tin daripada Syarikat Yeos dengan harga yang lebih rendah
dan Syarikat Yeos dapat meningkatkan keuntungan apabila Encik Lim Boon Tiam
membuat tempahan setiap kali.

Disamping itu, tabii orang yang berjaya yang terdapat pada Encik Lim Boon
Tiam ialah bersinergi. Ia dimana seseorang itu akan bekerjasama secara kreatif untuk
menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu. Ia dimana perbezaan pendapat atau
idea dilihat sebagai alternatif kepada jalan penyelesaian dan bukannya pertentangan.

Encik Lim Boon Tiam membuka peluang penyewaan tempat kepada orang
lain supaya menambah lagi jenis makanan di kedai Seng Huat Kopitiam. Strategi ini
telah berjaya kerana ramai penjaja telah membuat permohonan atas penyewaan
tempat. Akhirnya, hanya dua penjaja berjaya menyewakan tempat untuk menjual
makanan. Makanan termasuklah mi sup, kuey teow sup ,nasi ayam penggang, nasi
char siu dan lain-lain lagi. Untuk perniagaan malam yang dijagakan oleh Lim Kim
Khee, Beliau juga menyewakan tempatnya kepada satu penjaja yang menjual
makanan seperti hokkien mee, mee goreng mamak,mee hoon goreng, mee udang
hokkien, nasi goreng yong chow, nasi goreng ikan masin, asam nasi goreng. Dengan
penyewaan penjaja, pendapatan kedai Seng Huat Kopitiam juga dapat ditingkatkan
kerana penyewaan penjaja telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan. Pemilik Lim
Boon Tiam juga membuat tempahan daripada kedai kopitiam San Ping untuk
mendapat pau. Contohnya makanan pau adalah pau char siu, pau besar, pau daging
dan pau sayur. Kebanyakan pau adalah dihasilkan oleh daging, tepung, dan sayur.
Pembuka peluang penyewaan tempat ini memberi peluang kepada peniaga lain untuk
berniaga dan pendapat sumber pendapatan. Pada masa yang sama Encik Lim Boon
Tiam dapat meningkatkan keuntungan kerana lebih ramai pelanggan datang ke
kedainya.
5.2 Kaedah memulakan dan menjalankan perniagaan yang dilaksanakan oleh
Encik Lim Boon Tiam

Menurut Rahayu (2015), usahawan perlu mempertimbangkan faktor-faktor penting


sebelum memulakan perniagaan termasuk kemampuan diri, lokasi perniagaan,
persaingan, sasarsan pasaran, modal dan kewangan.

5.2.1 Kaedah memulakan sesebuah perniagaan.

Encik Lim Boon Tiam memilih untuk kaedah memulakan sendiri perniagaan.
Memulakan sendiri ialah usahawan menubuhkan sendiri perniagaan baharu dengan
usaha mendaftarkan, mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula pada peringkat
awal lagi. Kejayaan perniagaan bergantung kepada kemahiran dan kepakaran yang
sedia ada serta memikirkan persaingan yang wujud.

Encik Lim Boon Tiam memilih kaedah ini kerana beliau mempunyai minat
yang tinggi dalam membuka kedai Kopitiam sendiri dan beliau merupakan orang
pertama dalam keluarganya yang membuka kedai sendiri. Encik Lim Boon Tiam tidak
mempunyai ilmu asas dalam bidang perniagaan dan tiada pengalaman dalam
menguruskan kedai. Namun begitu, beliau berminat dalam perniagaan dan
menguruskan kedai disebabkan oleh dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan.
Minat yang tinggi dalam membuka kedai Kopitiam sendiri menyebabkan beliau tidak
putus asa walaupun beliau menghadapi pelbagai masalah seperti masalah kewangan
dan tempat.

Encik Lim Boon Tiam memilih Taman Kampung Baru untuk membuka
kedainya. Lokasi kedai ini, sangat strategik, hal ini kerana, kedudukan kedai ini
adalah berhampiran dengan jalan utama Ulu Tiram. Kesibukkan laluan perjalanan ke
SJKC Ulu Tiram menambahkan lagi kerancakkan perniagaan kopitiam milik Encik
Lim Boon Tiam. Disebabkan rumah beliau terletak di kawasan kampung, beliau telah
mudah mengenali masyarakat sekitar kampung. Perniagaan tersebut mendapat
sambutan yang menggalakkan disebabkan keramahan sikap mereka dengan
masyarakat. Sikap beliau yang sangat berhemah dengan menegur jiran tetangga serta
masyarakat sekeliling telah menyebabkan di awal perniagaan beliau mendapat
sambutan yang menggalakkan. Selain itu, beliau tidak mampu untuk memiliki sebuah
kedai untuk membuka kedai Kopitiam. Disebabkan oleh kekurangan wang dan modal,
beliau terpaksa menggunakan wang sebanyak RM 5000 untuk memperbaiki rumah
datuk moyangnya untuk memulakan perniagaan kedai kopi. Langkah yang diambil
akhirnya berjaya untuk membuka Kedai Seng Huat Kopitiam. Beliau menamakan
perniagaan tersebut sempena nama datuk moyangnya iaitu Lim Seng Huat.

Kebaikan memulakan perniagaan sendiri ialah Encik Lim Boon Tiam


berpeluang merealisikan idea sendiri kepada perniagaannya. Beliau juga bebas
membuat keputusan dan perubahan kepada perniagaan yang dapat meningkatkan
keuntungan perniagaan tersebut. Encik Lim Boon Tiam juga dapat menikmati
keuntungan yang diperolehi untuk membeli barang keperluan kedai seperti meja,
kerusi dan bahan mentah yang ditempah dari syarikat lain. Beliau juga boleh
menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membesarkan lagi kedainya.
Keuntungan juga menjadi sumber pendapatan keluarga beliau.

Kelemahan memulakan perniagaan sendiri ialah Encik Lim Boon Tiam perlu
lebih memberi tumpuan dan pengorbanan dari aspek kewangan, masa dan tenaga
untuk memastikan perniagaan ini berkembang maju. Beliau tidak dapat menikmati
keuntungan pada awal perniagaan kerana tidak ramai orang dimaklumkan tentang
pembukaan Kedai Seng Huat Kopitiam. Beliau hanya mendapat untung yang sedikit
sahaja iaitu RM 2000 hingga RM 3000 sebulan. Lama- kelamaan, keuntungan Kedai
Seng Huat Kopitiam semakin meningkat kepada RM 8000 hingga RM 10000 sebulan.

5.2.2 Sumber pembiayaan yang digunakan oleh Encik Lim Boon Tiam

Encik Lim Boon Tiam memilih sumber pembiayaan simpanan sendiri. Modal
ini diperoleh daripada simpanan peribadi atau tabungan milik perniagaan itu sendiri.
Ia dimana usahawan tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana atau
membuat kertas kerja. Ini membolehkan usahawan mengekalkan kuasa dan kawalan
sepenuhnya ke atas perjalanan perniagaan. Modal ini tidak menanggung sebarang kos
kewangan iaitu tidak dikenakan sebarang faedah.

Encik Lim Boon Tiam mula mengumpulkan wang dan berbincang dengan Lim
Kim Khee untuk memulakan sesuatu perniagaan yang kecil. Beliau merencanakan
sebuah perniagaan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik. Beliau menggunakan
sebanyak RM 6000 daripada simpanan beliau untuk memulakan perniagaannya.
Beliau telah membaiki rumah moyangnya untuk dijadikan kedai yang menelan kos
sebanyak RM5000. Beliau menyediakan lima buah meja dan 30 buah kerusi untuk
pelanggan iaitu 6 orang boleh menggunakan satu meja pada masa yang sama. Beliau
juga telah membeli alatan keperluan dapur seperti cerek yang sesuai untuk membuat
air panas dalam kuantiti yang banyak, sudu, cawan, senduk dan lain-lain.

Selepas perniagaan Encik Lim Boon Tiam mula beroperasi, beliau telah
memperoleh keuntungan yang dapat menampung perbelanjaan kedai iaitu sebanyak
RM 2000 hingga RM 3000 sebulan. Selepas beberapa tahun, keuntungan meningkat
kepada RM 8000 hingga RM 10000. Beliau menggunakan keuntungan itu untuk
membesarkan perniagaannya dengan meluaskan tapak kedai itu. Beliau berjaya
membesarkan tapak kedai dari 200meter persegi kepada 350meter per segi. Tempat
ini dapat meletakkan lapan meja dan 50 buah kerusi. Jumlah penampungan pelanggan
dapat ditambah dari 30 orang kepada 50 orang. Selain itu, beliau juga memasangkan
semua peralatan baru dan mesin canggih untuk pelanggan agar mereka rasa lebih
selesa. Encik Lim Boon Tiam telah memasangkan dua buah televisyen 40 inch di
kedainya dan beliau juga memasangkan mesin Astro untuk menambahkan rancangan
televisyen. Encik Lim Boon Tiam menggunakan mesin baru untuk mengukus pau.
Beliau juga menyediakan mesin bakar baru untuk mencepatkan proses menghasilkan
roti bakar dan mengurangkan masalah berlaku ke atas roti bakar. Dengan Encik Lim
Boon Tiam dapat memperoleh modal yang telah dilaburkan semula.

5.3 Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi.

Fungsi pengurusan yang diamalkan oleh Encik Lim Boon Tiam ialah
kepimpinan. Kepimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi gelagat pekerja agar
mereka dapat melaksanakan tugas atau rancangan yang telah dibuat dengan cekap dan
berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Oleh sebab perkembangan kedai Seng Huat Kopitiam, Encik Lim Boon Tiam
memerlukan banyak pertolongan untuk melicinkan proses operasi kedai. Oleh itu,
Encik Lim Boon Tiam telah menyampaikan mesej mencari pekerja kepada rakyat
tempatan untuk mendapatkan pekerja yang baik dan rajin. Beliau telah berjaya
mendapat dua orang pekerja perempuan dari negara India. Encik Lim Boon Tiam
bersama Puan Theng Kim Teng yang bertanggungjawab dalam menghasilkan
minuman yang sedap. Dengan menggunakan kuasa kepakaran yang ada, beliau telah
mengajar pelbagai teknik dan cara menghasilkan sesuatu kopi yang sedap, manis, dan
wangi. Cara pembuatan minuman dan makanan lain juga diajarkan oleh Puan Theng
Kim Teng kepada mereka. Oleh sebab mementingkan kualiti makanan dan minuman,
mereka diminta tidak boleh melakukan sesuatu kesalahan dalam pemprosesan
makanan. Oleh kerana beliau mempunyai gaya kepimpinan autokratik, jika berlaku
sebarang kesalahan dari segi penyediaan minuman dan makanan, beliau berhak untuk
membuang dan menyediakan makanan tersebut semula. Gaji mereka ditetapkan iaitu
sebanyak RM1700 dan makanan mereka akan disediakan. Dengan sikap dedikasi
pemilik dan penolong kanannya, mereka telah mendapat dua pekerja yang rajin dan
hebat. Walau bagaimanapun, kedua-dua pekerja ini telah berhenti kerja ini pada tahun
2010 kerana dia terpaksa balik ke negara india atas masalah permit. Selepas mereka
meletakkan jawatan, Puan Theng Kim Teng terpaksa mengambil alih tugas membuat
minuman ini sepanjang 6 bulan kerana kekurangan pekerja. Pada mac 2011, seorang
pekerja baharu telah datang mengisi kekosongan jawatan di kedai kopitiam ini.
Pemilik Lim Boon Tiam telah menerima permohonannya dan Puan Theng Kim Teng
telah mengajar dia cara membuat minuman supaya pekerja dapat melakukan skop
kerjanya mengikut spesifikasi.

Selain itu, fungsi pengurusan yang diamalkan oleh Encik Lim Boon Tiam
ialah perancangan. Satu proses yang menentukan matlamat organisasi yang ingin
dicapai dan membentuk tindakan yang paling sesuai untuk diambil bagi mencapai
matlamat tersebut.

Disebabkan oleh rumah Encik Lim Boon Tiam terletak di kawasan kampung,
beliau telah mudah mengenali masyarakat sekitar kampung. Inilah menjadikan
perniagaan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan disebabkan keramahan
sikap mereka dengan masyarakat. Sikap mereka yang sangat berhemah dengan
menegur jiran tetangga serta masyarakat sekeliling telah menyebabkan, di awal
perniagaan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selain itu, Encik Lim Boon Tiam menjalin hubungan yang baik dengan
pembekalnya dengan menempah bahan mentah iaitu serbuk kopi dari syarikat
Singsing walupun harganya mahal. Hal ini kerana syarikat tersebut menawarkan
produk yang berkualiti tinggi. Beliau juga membuat tempahan minuman tin dari
syarikat Yeos. Beliau memilih syarikat Yeos ini adalah disebabkan oleh tempoh masa
penghantaran stok lebih cepat berbanding syarikat lain. Mereka dapat menghantarkan
stok mereka dalam tempoh dua hari selepas membuat tempahan kepada mereka. Oleh
sebab Encik Lim Boon Tiam sentiasa membuat tempahan dari syarikat Yeos, mereka
memberi diskaun kepada kedai Seng Huat Kopitiam dan menjalin hubungan yang
baik sesame mereka. Dengan ini matlamat kedai Seng Huat Kopitiam dapat dicapai.

5.4 Cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan.

Cabaran persekitaran luaran ialah persekitaran yang mempengaruhi aktiviti


perniagaan dan memberi kesan secara tidak langsung terhadap sesebuah perniagaan.
Cabaran persekitaran dalaman merupakan pihak-pihak berkepentingan bagi sesebuah
perniagaan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.

5.4.1 Cabaran persekitaran luaran

Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang


berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung.
Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan,
persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran
politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global atau
antarabangsa.

Persekitaran umum pertama yang menjadi cabaran kepada usahawan ialah


persaingan dan jaringan. Organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran
persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang
mengeluarkan barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya
tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi
perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat
berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Apabila kedai
Seng Huat Kopitiam beroperasi di Taman Kampung Baru selama 2 tahun, pesaing-
pesaing mula wujud. Antara pesaing Seng Huat Kopitiam ialah Kinkao Thai Food,
Kedai Wonton Mee Ulu Tiram dan kedai Laksa Mee. Pada mulanya, Encik Lim Boon
Tiam tidak mengambil berat terhadap isu ini kerana beliau menganggap penubuhan
kedai kopitiam lain tidak akan mempengaruhi perniagaan beliau.
Walaubagaimanapun, penubuhan kedai kopitiam lain telah menyebabkan jumlah
pelanggan yang datang ke kedai Seng Huat Kopitiam menurun dengan kadar yang
besar. Untuk mengatasi cabaran ini dan menarik balik minat pelanggan, beliau telah
melakukan perkembangan atas menu dengan menambah lebih banyak pilihan
makanan dan minuman, tempat dengan meluaskan tapak kedai, menyediakan
kemudahan seperti memasang televisyen dan tempat duduk yang selesa dan kualiti
pekerja.

Persekitaran umum kedua ialah politik dan perundangan. Usahawan prihatin


dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahkan daripada kuasa
politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi
peluang kepada organisasi perniagaan.

Encik Lim Boon Tiam telah menghadapi banyak cabaran semasa pandemik
Covid-19. Hal ini kerana kerajaan telah menetapkan beberapa undang-undang baru.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan telah
menyebabkan Encik Lim Boon Tiam kekurangan pelanggan. PKP yang ditetapkan
oleh kerajaan menyebabkan jumlah pelanggan yang boleh makan di kedai dihadkan.
Selain itu, pelanggan juga tidak suka makan di kedai kerana takut akan virus Covid-
19. Oleh itu, mereka akan bungkus makan yang dibeli. Ini menyebabkan permintaan
terhadap minuman semakin kurang. Encik Lim Boon Tiam juga terpaksa menutup
kedainya beberapa minggu apabila kes Covid-19 meningkat. Ini menyebabkan Encik
Lim Boon Tiam mengalami kerugian. Bagi mengatasi masalah ini Encik Lim Boon
Tiam telah membuka kedainya setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan.
Walaupun keuntungan yang diperoleh tidak tinggi beliau terpaksa membuka kedainya
bagi mendapat sumber pendapatan untuk meneruskan perniagaan dan mengurus
keluarga.

5.4.2 Cabaran persekitaran dalaman

Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri


daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja,
pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan
langsung dalam pembentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah
organisasi perniagaan.
Persekitaran tugas yang pertama menjadi cabaran kepada usahawan ialah
pembekal. Pembekal juga dikenali sebagai individu yang membekalkan bahan yang
diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual
dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat
keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai
runcit dan pasaraya. Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan.
Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam
dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak
memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan atau operasi dan kemajuan
sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk
menjamin perjalanan operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan
terus berkembang. Kedai Seng Huat Kopitiam telah bekerjasama dengan beberapa
pembekal untuk mendapatkan bahan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan. Pada
awal permulaan perniagaan ini, Encik Lim Boon Tiam telah mendapatkan bahan
mentah dari sebuah syarikat pembekal. Oleh sebab berlaku salah faham antara kedua-
dua pihak, Encik Lim Boon Tiam tidak lagi dapat menempah bahan mentah dari
syarikat itu lagi. Encik Lim Boon Tiam risau perkara yang sama akan berlaku lagi jika
beliau tidak menjalin hubungan yang baik dengan pembekal-pembekalnya.

Syarikat Singsing merupakan salah satu pembekal kedai Seng Huat Kopitiam.
Encik Lim Boon Tiam sentiasa menempah serbuk kopi dari syarikat ini kerana
syarikat ini menghasilkan serbuk kopi yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana syarikat
ini menanam pokok kawa sendiri dan proses membuat serbuk tidak melibatkan bahan
pengawat yang membahayakan kesihatan. Encik Lim Boon Tiam sanggup membeli
sebuk kopi dari syarikat tersebut walaupun harganya mahal. Hal ini kerana ramai
pelanggan kedai Seng Huat Kopitiam gemar minum kopi dari syarikat Singsing.

Encik Lim Boon Tiam juga membuat tempahan daripada syarikat Yeos untuk
mendapatkan air tin. Dengan ini Encik Lim Boon Tiam dapat menambah menu
minuman dan pelanggan mempunyai pilihan yang lebih banyak bagi memenuhi
citarasa mereka. Bagi memastikan kedai Seng Huat Kopitiam sentiasa membuat
tempahan dari syarikat Yeos, mereka telah memberi potongan harga kepada Seng
Huat Kopitiam semasa membuat tempahan. Seterusnya, Encik Lim Boon Tiam juga
membuat tempahan daripada Kedai Kopitiam San Ping untuk mendapat makanan pau.
Antara jenis pau adalah pau char siu, pau besar, pau daging dan pau sayur.
Kebanyakan pau adalah berintikan daging, kacang hitam, dan sayur. Hal ini kerana
pemintaan terhadap pau tinggi. Oleh itu, beliau akan membaut tempahan pau 100 biji
sehari. Ini akan meningkat kedua-dua pihak.

Selain itu, beliau juga menjamin hubungan yang baik dengan pembekal bagi
memastikan bekalan yang berterusan. Beliau juga akan pembayar hutang dengan
segera agar bekalan dan hubungan antara kedua-dua pihak tidak terjejas. Penglibatan
pembekal dalam perniagaan Seng Huat Kopitiam memberi manfaat kepada kedua-dua
pihak. Apabila Encik Lim Boon Tiam membuat tempahan, ia akan menguntungkan
syarikat pembekal. Pada masa yang sama, produk yang ditambah akan meningkatkan
keuntungan bagi Encik Lim Boon Tiam.

Persekitaran tugas yang kedua ialah pelanggan. Pelanggan merupakan


individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi
perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada
golongan pengguna. Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan
organisasi perniagaan terhadap jenis atau barang niaga yang hendak ditawarkan di
pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat
memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh
organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka
organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti
merugikannya. Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi,
berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari
dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

Pengalaman dalam pembuatan kopi yang sederhana telah menyebabkan


mereka menerima pelbagai aduan daripada pelanggan. Ini menyebabkan ramai
pelanggan telah memberi komen-komen yang negatif dan bilangan pelanggan yang
datang ke kedai Seng Huat Kopitiam semakin berkurang.Teknik pembuatan kopi yang
tidak konsisten telah mengakibatkan kerugian. Oleh itu, beliau telah menambah
kemahiran yang sedia ada kepada tahap yang lebih baik bagi mengatasi cabaran ini.
Seterusnya, menu makanan yang terhad menyebabkan kekurangan pelanggan. Bagi
menyelesaikan masalah ini Encik Lim Boon Tiam telah menambah menu minuman
untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Selain itu, beliau juga memberi penyewaan
tempat kepada penjaja untuk meningkatkan menu makanan. Oleh itu, pelanggan
mempunyai banyak pilihan makanan.

6.0 Penutup

Berdasarkan kajian yang dijalankan telah menunjukkan perkembangan kedai


Seng Huat Kopitiam dengan usaha daripada Encik Lim Boon Tiam mencapai atau
kejayaan yang telah dijalankan. Pelbagai usaha yang dilaksanakan, pahit getir dalam
membangunkan kopitiam ini,akhirnya membuahkan hasil, ternyata segala penat lelah
terbayar dengan kejayaan kopitiam ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh
masyarakat setempat. Menurut kata Encik Lim Boon Tiam, beliau menyatakan
bahawa " Kita hanya boleh belajar daripada kesalahan dan akhirnya menyelesaikan
cabaran dan dapat berjaya, tiada sebarang jalan pintas ke arah pencapaian." Oleh itu,
kita perlu sentiasa rajin bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa apabila
menghadapi masalah dan cabaran.

Dengan adanya sifat-sifat peribadi usahawan berjaya seperti sanggup


berkorban dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang beliau dan berinisiatis tinggi
untuk menambah menu minuman membolehkan Encik Lim Boon Tiam berjaya
membuka kedai yang diimpikan. Tabii orang berjaya yang terdapat dalam diri Encik
Lim Boon Tiam seperti berfikir ‘menang-menang’ dapat menguntungkan kedua-dua
pihak kerana beliau dapat mendapatkan air tin dari Syarikat Yeos dengan harga yang
lebih murah dan syarikat tersebut dapat meningkatkan keuntungan apabila mendapat
tempahan daripada Encik Lim Boon Tiam dan bersinergi dengan menambahkan menu
dengan membuka peluang kepada penjaja untuk membuka gerai mereka di kedai
beliau. Dengan ini beliau dapat menjalin hubungan baik dengan pembekal dan
memenuhi citarasa pelanggan. Walaupun Encik Lim Boon Tiam membuka sendiri
perniagaannya, beliau telah berjaya memajukan perniagaan beliau dengan
merialisasikan idea untuk memajukan kedainya walaupun beliau harus mengkorban
masa, kewangan dan tenaga. Encik Lim Boon Tiam telah menggunakan simpanan
sendiri untuk membuka kedainya. Lama-kelamaan Seng Huat Kopitiam mula
mendapat keuntungan yang tinggi. Dengan keuntungan itu Encik Lim Boon Tiam
telah berjaya meluaskan tapak kedai dan meyediakan lebih banyak kemudahan bagi
pelanggan.

Seterusnya, fungsi pengurusan yang diamalkan Encik Lim Boon Tiam ialah
kepimpin dan perancangan. Oleh itu, Encik Lim Boon Tiam dapat menghasilkan
minuman yang sedap dan berkualiti serta dapat menjalin hubungan baik dengan
pelanggan dan pembekal yang membantu beliau untuk meningkatkan keuntungan dan
memuaskan hati pelanggan. Persekitaran umum seperti persaingan dan jaringan serta
politik dan perundangan telah menyebabkan beliau menghadapi banyak cabaran
seperti kewujudan pesaing dan pandemik Covid-19 menyebabkan beliau menggalami
kerugian tetapi Encik Lim Boon Tiam telah mengambil beberapa langkah untuk
menghadapi cabaran tersebut. Selain itu, persekitaran tugas yang terlibat dalam
perniagaan Seng Huat Kopitiam ialah pembekal dan pelanggan yang merupakan
individu yang terpenting bagi perniagaan ini. Oleh itu, Encik Lim Boon Tiam telah
mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan pembekal dengan menjalain
hubungan yang baik dengan mereka dan menarik perhatian pelanggan dengan
menyediakan suasana yang selesa bagi mereka. Perniagaan Encik Lim Boon Tiam
telah memberi manfaat kepada individu lain dan menyumbang dalam perkembangan
ekonomi negara.

Pengkaji mempunyai cadangan untuk lebih memajukan Seng Huat Kopitiam.


Antaranya ialah Encik Lim Boon Tiam boleh menyediakan kemudahan untuk
pelanggan membayar dengan menggunkan kad seperti kad credit, kad debit dan
“Touch n Go”. Hal ini kerana semua orang tidak suka menyimpan yang banyak
bersama mereka kerana takut diragut. Dengan adanya kemudahan ini, pelanggan
boleh membuat bayaran dengan mudah.

Disamping itu, Encik Lim Boon Tiam boleh bekerjasama dengan syarikat
Foodpanda dan Grabfood untuk menawarkan perkhidmatan pengedaran makanan. Hal
ini kerana sepanjang masa negara kita dilanda pandemik Covid-19, rakyat rasa tidak
selesa untuk makan di kedai kerana takut dijangkiti virus tersebut. Oleh itu, apabila
Encik Lim Boon Tiam bekerjasama dengan syarikat Foodpanda dan Grabfood
pelanggan dapat membuat tempahan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi
bagi syarikat tertentu. Dengan ini Encik Lim Boon Tiam dapat menarik perhatian
pelanggan dan sekaligus meningkat keuntungan kedainya.

7.0 RUJUKAN

Abd Aziz Yusof 1991, Ciri Usahawan Berjaya, Amalan nilai Islam dan
kejayaan perusahaan kecil dan sederhana di Kelantan dan Selangor (Halaman
132-142)
Ahmad Mahzan Ayob 1995, Kaedah Kajian, Kaedah Penyelidikan dan Panduan
Penulisan, Kuala Lumpur.

Creswell (2009), Pendekatan Pragmatik, Penyelidikan Sains Sosial, Selangor.

Hasan 2002, Metode Penelitian. Diakses pada 13 Disember 2021, daripada


http://eprints.undip.ac.id/40779/3/BAB_III.pdf

Husnaini Usman dan Purnomo (2017), Pentingnya Latar Belakang Masalah Dalam
Karya Tulis Ilmiah, Selangor.

James A.F Stoner dan Charles Wankel 2007, ‘Management’, Canada: Thomson


South-Western.

McClelland 1961, Usahawan, Amalan nilai Islam dan kejayaan perusahaan kecil
dan sederhana di Kelantan dan Selangor (Halaman 132-142)

Miles dan Huberman (1984), Soal Selidik, Panduan Penyelidikan Ilmiah, UUM,
Malaysia

Mohd.Majid Konting (2004), Objektif Kajian, Objektif Penyelidikan Ilmiah, UMK,


Malaysia.
Rahayu (2015), Business Management, Oxford University Press, Shah Alam,
Selangor
Darul Ehsan, Malaysia

Schumpeter (1934), "Entrepreneur", Cambridge, England.

Stephen Covey 2016, maksud tabii orang berjaya, The 7 Habits of Highly Effective
People, Selangor.

Youth Employment 2020, Tampil Percaya Diri dalam Dunia Kerja dengan
Kemampuan
Inisiatif. Diakses pada 1 Januari 2022, daripada
https://glints.com/id/lowongan/kemampuan-inisiatif/#.YmfntdpBy5c

LAMPIRAN

Lampiran 1: Pemilik Kedai Seng Huat Kopitiam Encik Lim Boon Tiam
Lampiran 2: Lokasi Seng Huat Kopitiam

Lampiran 3: Kedai Seng Huat Kopitiam


Lampiran 4: Kedai Seng Huat Kopitiam

Lampiran 5: Tempahan Nasi Char Siu


Lampiran 6: Minuman Kopi

Lampiran 7: Gerai Mee


Lampiran 8: Gerai Nasi Ayam

Lampiran 9: Pau Char Siu


Lampiran 10: Air Tin Yeos

Lampiran 11: Serbuk Kopi


Lampiran 12: Televisyen 40 Inch Pertama

Lampiran 13: Televisyen 40 Inch Kedua


Lampiran 14: Mesin Bakar Roti

You might also like