You are on page 1of 24

OBJEKTIF BAB

1. Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang


mempengaruhi usahawan.
2. Menghuraikan kepentingan setiap komponen persekitaran luaran
umum.
3. Membincangkan pengaruh persekitaran industri dan
kepentingannya kpd usahawan.
4. Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman dan
kepentingannya kpd usahawan.
Persekitaran ialah keadaan, situasi atau suasana yang boleh
mempengaruhi unit keluarga, organisasi, masyarakat dan
sebagainya.
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana
persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi
mereka perlu juga mengkajinya semasa
pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang.
Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua
bahagian:
1) Pandangan Makro –persekitaran luaran umum
2) Pandangan Mikro – persekitaran luaran khusus dan
dalaman
6.2 KOMPONEN PERSEKITARAN
Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu luaran umum, luaran khusus
dan dalaman.
Luaran umum / makro- kenal pasti peluang dan ancaman. PEST.
Luaran khusus/ mikro- elemen yg pengaruh secara langsung.
Dalaman – kelemahan dan kekuatan organisasi.
a) Persekitaran Luaran (External Environment)
Persekitaran luaran boleh mempengaruhi
keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan merupakan unsur yang
tidak boleh dikawal.

Komponen peluang & ancaman di luar kawalan usahawan

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:


• Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)
• Ekonomi
• Kebudayaan Sosial
• Teknologi
Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran
Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian
daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara
langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti
usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri
atau Persekitaran Tugas.

Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:


• Pengguna
• Pesaing (Competitors)
• Pembekal
• Institusi Kewangan
• Organisasi bukan Kerajaan
• Agensi Kerajaan
Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga
dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di
dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk
ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk
tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal
dan pembeli.

Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran


Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi
Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan
undang-undang yang dibuat.
b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)

Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan


yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun,
usahawan boleh mengawal unsur ini.

Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur


berikut:
• Struktur Organisasi
• Budaya
• Sumber
6.3 PENGARUH PERSEKITARAN
LUARAN UMUM/ MAKRO
6.3.1 Persekitaran Makro-Politik dan Undang-Undang

qmengambil kira tentang keadaan politik di mana usaha


terokanya beroperasi.
qKeadaan politik yang stabil dalam sesebuah negara
adalah satu suasana yang kondusif yang dapat membantu
usaha teroka berkembang maju.
qTerdapat perbezaan peraturan dan undang-undang
antara satu negara dengan negara lain.
6.3.2 Persekitaran Ekonomi
qKeadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah
negara dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan tapi jika
sebaliknya berlaku, kegiatan keusahawanan juga terganggu..
qUsahawan bolehlah mengemukakan beberap persoalan
dalam menilai persekitaran ekonomi ini. Contohnya ialah
(i) Bagaimana keadaan ekonomi semasa negara?
(ii) Bagaimana keadaan pasaran buruh semasa?
(iii) Berapakah kadar pengangguran semasa negara?
(iv) Berapakah kadar inflasi semasa negara?
(v) Berapakah jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar semasa
dan ramalan akan datang?
(vi)Berapakah kadar tukaran asing negara atau nilai RM
semasa?
6.3.3 Persekitaran Sosiobudaya
qdua aspek penting dalam persekitaran sosiobudaya -
demografi dan kedua aspek budaya.
qAspek demografi yang perlu dikenal pasti dan dianalisa oleh
usahawan ialah seperti umur, jantina, dan lain-lain yang akan
mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan tentang
lokasi dan jenis keluaran.
qUsahawan perlu menganalisa faktor budaya kerana terdapat
peluang-peluang perniagaan yang boleh diteroka.
qAsas kepada analisis demografi ialah perubahan jumlah
penduduk, kumpulan etnik, struktur penduduk mengikut umur,
jantina, kedudukan geografi dan agihan pendapatan di
kalangan penduduk
6.3.4 Teknologi
qUsahawan perlu membuat penganalisaan teknologi
dengan membuat penelitian dan pemantauan terhadap hasil
penyelidikan hingga kepada pembangunan produk dan
pemasaran.
qProses inovasi bertujuan untuk membantu industri yang
sedia ada agar lebih cekap.
qProses inovasi merujuk kepada perubahan dalam reka
bentuk, rumusan produk, dan perkilangan, bahan-bahan dan
perkhidmatan penghantaran.
6.4 PERSEKITARAN LUARAN KHUSUS (INDUSTRI)

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga


merujuk kepada persekitaran industri.

Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan


sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam
industri.

Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan


strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di
dalam industri.

Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing,


pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan
organisasi bukan kerajaan.
6.4.1 Pengguna / pelanggan
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam
perniagaan.

Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang


dikeluarkan oleh industri.

Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat


seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan
manusia.

Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran.


Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri
seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit.
Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan
usahawan.
6.4.2 Pembekal
ümenyalurkan input seperti bahan mentah, peralatan,
mesin, dan lain-lain lagi.
üHubungan yang baik-menjamin proses pengeluaran dapat
dijalankan dengan baik, kualiti produk terjamin dan menepati
masa yang ditetapkan untuk memasarkan produk.

6.4.3 Pengaruh Kerajaan


üKerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui
pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi
Penswastaan dan Dasar Pertanian.
üUsahawan perlu peka terhadap sebarang perubahan dasar dan
prosedur kerajaan kerana ia mempengaruhi aktiviti usahawan
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
6.4.4 Insitusi Kewangan

üBank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans


üInstitusi kewangan merupakan sumber modal kewangan
untuk memulakan usaha teroka, membiayai kos operasi atau
mengembangkan perniagaan.
üPemiutang atau pelabur yang mengenakan kadar faedah
atau keuntungan yang tinggi boleh menjejaskan prestasi usaha
teroka.
6.4.5 Pesaing

üUsahawan perlu mengetahui siapakah pesaing yang


berada dalam industri yang sama agar dapat membentuk
strategi perniagaan yang berkesan.
üperlu membuat analisa terhadap kekuatan dan kelemahan
yang ada pada pesaing-pesaing dalam industri tersebut.
6.4.6 Pertubuhan Bukan Kerajaan

Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan


Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam
Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan
kerajaan yang mempengaruhi usahawan.

Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen


terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan
penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.

Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan


memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil
tindakan terhadap sesuatu isu.
6.5 PENGARUH PERSEKITARAN DALAMAN

vunsur yang paling dekat dengan usahawan dan


mempengaruhi secara langsung aktiviti perniagaan usaha
teroka.
vUsahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan yang ada
dalam organisasinya.

6.5.1 Sumber
ütermasuklah usahawan sendiri, aset kewangan, sumber manusia,
bahan mentah, kemudahan fizikal, teknologi dan reputasi.
üDiri usahawan yang menyumbang tenaga, idea, kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman.
üSumber kewangan terdiri daripada modal sendiri, pinjaman bank,
pinjaman daripada saudara mara atau rakan, pelabur-pelabur, dan
penjaan sumber kewangan dalaman.
6.5 PENGARUH PERSEKITARAN DALAMAN
üSumber manusia melibatkan pekerja yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi
melakukan pekerjaan.
üsumber fizikal ialah harta digunakan dalam pengeluaran dan
pentadbiran usaha teroka.
üSumber reputasi adalah persepsi pihak-pihak persekitaran
terhadap syarikat.
6.5.2 Struktur dan Budaya
üStruktur usaha teroka ialah kaedah mengorganisasikan
terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja.
übudaya organisasi berkaitan pula dengan corak
kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi oleh ahli
organisasi.
6.6 KESIMPULAN
Bab ini menyentuh ttg mengenal pasti jenis-jenis
persekitaran dan kepentingan bagi penelitian dan
penganalisaan dibuat ke atas setiap elemen tersebut.
Usahawan dpt kenal pasti peluang2, ancaman2 yg wujud.
Usahawan tidak mempengaruhi persekitaran luaran.
Namun, persekitaran dalaman dapat dipengaruhi dan
mempengaruhi.
Usahawan perlu atur langkah bijak dlm merebut peluang
dan hadapi ancaman dlm persekitaran yg tidak menentu.

You might also like