You are on page 1of 18

PENGENALAN

Usahawan perlu mewujudkan rancangan perniagaan dalam bersedia untuk menentukan skop

tempoh masa dan hala tuju pencapaian organisasi perniagaan. Seseorang usahawan telah belajar

daripada pengalaman mereka dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun keadaan

menjadi sukar. Pengurus sebuah syarikat bernama Vaniithas Curry Sdn. Bhd perlu bekerja keras

untuk memastikan perniagaannya berjaya. Dia membuat banyak rempah ratus yang menjualnya

di negeri yang berbeza secara global seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain.

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Usahawan : Mr. Kosiygan (Pemilik Generasi Kedua)

Tarikh Lahir :14 March 1992

Kelayakan : Degree in Chemical Engineering

Nama Syarikat : Vaniithas Curry Sdn.Bhd

Alamat : No.32, Lorong Mak Mardin 1, Industrial Estate,

13400 Butterworth, Pulau Pinang.

No. Tel : 04- 3334890

Email : vanithas.curry@gmail.com

Nama Pegawai yang bertanggungjawab: Muniandy


No. Pendaftaran Syarikat : 674954- A

No. Pendaftaran Premis (dengan KKM): P04P1151009 – 012820

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERNIAGAAN SERTA PENGALAMAN

Perniagaan ini telah bermula daripada ahli keluarga iaitu ibu dan bapa beliau. Beliau adalah

generasi kedua yang telah membangunkan perniagaan. Beliau telah mengambil alir daripada ibu

bapa selama 5 tahun yang lalu. Ibu bapa beliau telah bermula daripada serbuk cili merah dan

serbuk kari ikan serta menitikberatkan bersama kedua-dua ibu bapa beliau dengan adanya

pelbagai serbuk kari dan rempah ratus dalam meningkatkan pencapaian matlamat perniagaan.

Selepas melanjutkan pengajian Ijazah (Degree), beliau tidak mewujudkan skop matlamat

dan khilaf mengenai perkerjaan yang akan dipilih, tetapi beliau wujud hobi dan cita-cita untuk

menjadi chef atau pengurus usahawan tetapi beliau dipaksa untuk belajar melanjutkan pengajian

dalam bidang jurutera. Beliau dapat bersama ibu bapa berbincang mengenai masa hadapan

beliau dan membawa keputusan untuk mengambil alih perniagaan ibu bapanya. Beliau telah

bekerja sebagai “operator” dalam perniagan sendiri dan meneruskan semangat beliau sehingga

berjaya mengatasi risiko pengurusan serta beliau telah mengambil tiga tahun untuk mencapai

kerjayaanya dan sekarang beliau dalam perniagan ini bersendirian selama lima tahun. Sebagai

seorang usahawan juga mewujudkan seorang ahli perniagaan yang harus mengambil risiko

menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, tenaga kerja, bahan dan menerima ganjaran

melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangan. Beliau adalah orang yang terlibat dalam

aktiviti ekonomi terutamanya mengurus, menilai dan menanggung risiko sesuatu perniagaan.

Mereka juga merupakan orang-orang yang mengetuai perniagaan mereka dan boleh mengikut
hak kewujudan ke atas perniagaan itu, yang membuat keputusan sendiri dan seterusnya berjaya

atas usaha mereka sendiri.

BIDANG PERNIAGAAN

Dalam situasi untuk berjaya dalam memulakan perniagaan, perkara yang paling penting

ialah mempunyai wang yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan. Apabila memulakan

perniagaan dapat memerlukan wang dan hal ini menunjukkan penting mempunyai wang yang

mencukupi untuk membayar segala-galanya serta kemungkinan mengambil sedikit masa untuk

pengoperasian menjana wang, jadi penting untuk mempunyai wang yang mencukupi supaya

memastikan perkara beroperasi secara sistematik sehingga perniagaan mula mengaut

keuntungan. Sebagai seseorang usahawan yang berjaya boleh menggunakan modal daripada

simpanan sendiri atau membuat pinjaman kewangan daripada bank dan agensi kerajaan. Dengan

pengurusan kewangan yang bijak, usahawan mampu untuk mendapat keuntungan dan

mengelakkan kerugian. Risiko yang ditanggung ini merupakan permainan yang perlu dihadapi

oleh seorang usahawan dalam menjayakan sasaran masing-masing

Pada masa yang sama, seorang usahawan yang berjaya pastinya mewujudkan penguasaan

ilmu pengetahuan yang tinggi. Nilai kebijaksanaan merupakan antara elemen penting dalam

menjadikan seseorang individu untuk berjaya. Usahawan adalah seseorang yang memulakan

perniagaan mereka sendiri. Mereka perlu bijak dan membuat pilihan yang baik untuk

menjadikan syarikat mereka berjaya serta berfikir dengan teliti sebelum mengambil risiko untuk

memastikan mereka menjana wang dan tidak berlaku kerugian. Oleh itu, sebagai seseorang

usahawan yang berjaya memainkan peranan penting untuk menjadi bijak dalam pelbagai kaedah

pengurusan perniagaan.
Sebagai seseorang usahawan yang berjaya perlu mewujudkan tingkah laku yang baik dan

benar-benar menyukai apa yang anda lakukan. Kisah ini mengajar kita bahawa jika kita terlalu

takut untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih baik kita tidak melakukannya. Begitu juga dengan

menjalankan perniagaan kita perlu berani mengambil risiko dan teruja untuk mencapai matlamat

sesebuah organisasi perniagaan.

Secara keseluruhannya, faktor yang menyumbang kepada kejayaan seorang usahawan

adalah bijak membentuk jaringan perniagaan. Dahulu, orang ramai hanya membeli dan menjual

barang dengan bercakap sesama sendiri malahan sekarang telah mewujudkan perkara berbeza

dan orang boleh menjual barangan yang mereka buat kepada orang di seluruh dunia

menggunakan internet. Ini telah memudahkan orang yang menjual barangan dalam talian, seperti

di Shopee atau Lazada. Usahawan perlu bijak tentang cara mereka menggunakan teknologi

untuk membuat lebih banyak wang dan berjaya. Mereka membuat video yang menyeronokkan

dan berkongsinya di media sosial untuk menarik minat orang ramai dengan apa yang mereka

jual. Mereka juga cuba memikirkan apa yang orang akan mahu pada masa hadapan. Jika sesuatu

yang mereka buat itu popular, mereka harus membuat lebih banyak perkara seperti itu untuk

mengekalkan minat orang ramai dan menjadi usahawan yang berjaya. Beliau telah nasihat

banyak factor dengan perincinya. Dalam lima tahun beliau telah berjaya berpendapatan tahunan

anggaran RM 400,000 dengan meningkatkan sebelas orang bilangan pekerjaan.

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN

 Modal

 Persaingan

 Tempat Perniagaan
Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau dari segi modal, persaingan dan tempat

perniagaan ialah semasa sesi temu ramah beliau menjelaskan keluarga beliau memulakan

perniagaan ini dengan wang hasil jualan kereta oleh bapanya dan hasil simpanan keluarganya

untuk membeli sebuah mesin yang dimport dari negara China untuk kegunaan perniagaan harian

mereka. Dari segi persaingan dan tempat perniagaan, penjelasan beliau adalah negeri Pulau

Pinang, disebabkan perniagaan beliau di negeri Pulau Pinang yang dikenali sebagai tempat

syurga makanan dan kebanyakan industri makanan terbentuk di negeri Pulau Pinang jadi beliau

setiap kali perlu memastikan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi dan

apabila pelanggan menggunakkan produknya untuk masakan harian di restoran mestilah

memberi kelazatan yang luar biasa iaitu beliau harus memastikan produk serbuk tersebut lebih

memberi keenakan dan kelazatan dari produk pesaing ,ia disebabkan persaingan beliau di Pulau

Pinang 20 hingga 30 kilang menghasilkan produk serbuk kari di pasaran terkini jadi beliau

memastikan produk beliau antara yang terbaik di pasaran berbanding dengan pesaingnya.

INOVASI/ PEMBAHARUAN YANG DIPELOPORI

Bakal membeli mesin yang banyak untuk menghasilkan produksi serbuk kari dengan

kuantiti yang banyak dan meluaskan perniagaan beliau di seluruh Malaysia secara global

dengan membuka cawangan di setiap negeri.

KEKUATAN PERNIAGAAN

Pembekal utama kepada rangkaian restoran yang popular di seluruh Malaysia dan keunikan

rasa produk adalah disebabkan resepi turun-temurun dan bahan mentah yang berkualiti tinggi
bukan sahaja itu malah setiap produk yang dihasilkan akan melalui pemeriksaan dan piawaian

yang sistematik bagi menjamin kualiti produk.

PESAING UTAMA

Penjelasan beliau semasa sesi temu ramah adalah perniagaan serbuk kari ini banyak pesaing

selain daripada Babas dan Alagappas terdapat banyak industri kecil yang menghasilkan serbuk

kari antara kekuatan pesaingnya adalah dari segi harga, pesaingnya mampu memberi harga yang

lebih murah dan mampu menarik pelanggan yang lebih banyak di pasaran antara kelemahan

pesaing yang berindustri kecil yang menghasilkan serbuk kari adalah membeli bahan mentah

dari luar negara dengan kos yang tinggi untuk menghasilkan quantiti serbuk kari dengan banyak

tetapi menjualnya dengan harga yang murah ini menyebabkan kos yang tinggi untuk pembelian

dan memperoleh keuntungan yang rendah dan memakan jangka masa yang Panjang untuk

memperoleh keuntungan yang tinggi.

STRATEGI PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN

 Strategi Produk dan Perkhidmatan

Strategi produk dan perkhidmatan yang digunakan dari penjelasan beliau adalah

perkhidmatan terma kontrak dengan kilang pemasaran untuk memasarkan produk beliau di

pasaran, selepas pemprosen serbuk kari, produk beliau akan dihantar ke kilang pemasarannya

untuk pengedaran ke restoran, sebelum perjanjian kontrak, beliau perlu menyediakan sijil

HALAL dan MESTI untuk pengedaran produk beliau ke pasaran bukan sahaja itu malahan

strategi yang digunakan oleh beliau adalah mengimport cili secara pukal dari negara China
dengan harga yang murah dan selepas memproses cili tersebut akan dijual balik dengan harga

yang bepatutan.

 Strategi Promosi

Dari segi promosi, beliau mempunyai pengurus pemasaran untuk membuat rundingan harga

dengan pelanggan secara bersemuka dan tugas pegawai pemasaran beliau adalah mengumpul

maklumat harga serbuk kari yang dijual di pasaran dan membuat analisa untuk menjual produk

Vanitha’s curry dengan keuntungan yang berpatutan di pasaran.

 Strategi Harga

Harga ialah sebahagian daripada maklumat produk dan harga merupakan strategi terpenting

untuk mengariskan panduan jualan, seperti dijelaskan oleh Encik Kosiygan semasa sesi temu

ramah, penentuan harga dilakukan berdasarkan kos pembelian bahan mentah dengan harga yang

murah beliau menjelaskan bahawa beliau mengimport bahan mentah dari negara India dan China

secara pukal dengan harga yang murah dan memproses bahan mentah tersebut di kilangnya

untuk menhasilkan produk akhir iaitu serbuk kari, (vanitha’s curry powder) dan menjual dengan

harga yang berpatutan mengikut pasaran semasa dengan memperoleh keuntungan yang banyak.

Untuk penentuan harga beliau juga mendengar nasihat dari pakar penasihat yang boleh

menganalisa harga pasaran serbuk kari mengikut kuantiti permintaan pelanggan dan harga yang

ditawarkan oleh pesaing di pasaran.

 Strategi Lokasi

Faktor lokasi merupakan sesuatu yang amat penting bagi semua jenis perniagaan sama ada

bagi barangan atau perkhidmatan kerana memberi kesan jangka masa yang panjang kepada

operasi sesebuah syarikat. Semasa sesi temu ramah dengan Encik Kosiygan mendapati bahawa

kilang beliau terletak di lokasi yang strategik iaitu di Mak Mandin Butterworth dan lokasi
tersebut berdekatan dengan Pelabuhan Penang Port , dengan mempunyai lokasi yang strategik

ini beliau meminimumkan kos pengangkutan dari pelabuhan ke kilangnya membawa barang

yang diimport dari negara China dan India, malah lokasi yang dipilih oleh beliau memudahkan

untuk menghantar produknya selepas siap diproses kepada pelanggan dengan cepat dan dapat

menjimatkan kos pengangkutan yang disebabkan kebanyakan pelanggan beliau berada di

kawasan Butterworth dan Pulau Pinang.

Nasihat untuk mereka yang ingin menjadi usahawan / Etika yang perlu ada untuk menjadi

usahawan

Nasihat yang diberikan oleh pengusaha syarikat Vanithaa’s curry powder iaitu Encik

Kosiygan kepada mereka yang ingin menjadi usahawan adalah perlu menanamkan sifat

bertanggungjawab dan perlu mengabaikan sikap malas dalam diri sentiasa tidak lupa akan diri

kita dan bersikap kepimpinan untuk membuat kerja tanpa menganggap diri kita sebagai majikan

akan memberi kesan yang positif dan motivasi kepada para pekerja bukan sahaja itu malahan

sentiasa bersemangat untuk usaha pencapaian semasa melakukan sesuatu pekerjaan dan

membawa kepercayaan kepada pelanggan dalam sesebuah organisasi perniagaan.


GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI

USAHAWAN YANG DIPILIH

PRODUK PERNIAGAAN
TEMPAT OPERASI
LAMPIRAN

You might also like