You are on page 1of 2

3.

0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Nasi Goreng Abe Kelate (174528974 – G), merupakan satu nama bagi sebuah
perniagaan yang ditubuhkan pada 1 Mei 2020. Perniagaan ini dijangka mula beroperasi
sepenuhnya pada 1 Ogos 2020. Perniagaan Nasi Goreng Abe Kelate dimiliki oleh
Encik Luqman Hakim Bin Shamsudeen, yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia /
Diploma / Ijazah.
Konsep perniagaan ini adalah menggunakan trak makanan. Jenis pemilikan
perniagaan ini ialah milikan tunggal. Kegiatan utama perniagaan ini adalah kerana
ianya menawarkan dan menghasilkan Makanan yang berkualiti, inovatif dan unik yang
berasaskan produk makanan iaitu nasi
Visi Nasi Goreng Abe Kelate ialah
Misi Nasi Goreng Abe Kelate ialah
Objektif Nasi Goreng Abe Kelate ialah
Perniagaan House of Tiramisu mengamalkan gaya pengurusan demokrasi dalam
pengurusan perniagaannya bagi mencapai objektif perniagaan yang ditetapkan.
Sumber tenaga kerja di bawah perniagaan ini terdiri daripada 3 orang pekerja operasi,
iaitu pemandu / tukang masak / pekerja pembungkusan. Untuk makluman, waktu
operasi perniagaan Nasi Goreng Abe Kelate adalah bersesuaian iaitu pada hari Isnin
hingga Jumaat, pada pukul 3.00 petang hingga10.00 malam, dan pada hari Sabtu
hingga Ahad, pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Keunikan susun atur
ruang operasi trak makanan yang menarik dan tersusun pastinya menjadi tarikan utama
kepada pelanggan yang hadir.
Perniagaan Nasi Goreng Abe Kelate akan memasarkan dan mempromosikan
produk keluaran di laman media sosial dan penggunaan aplikasi atas talian seperti
Facebook / Whatsapp / Instagram / emel / Telegram. Kekuatan produk keluaran Nasi
Goreng Abe Kelate adalah harga yang berpatutan dan mampu miik serta kepelbagaian
jenis nasi goreng yang ditawarkan kepada pelanggan dengan ekstra nasi yang
disediakan menjadi tarikan utama pelanggan. Selain itu, perniagaan Nasi Goreng Abe
Kelate menyasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM 14000 dan jumlah jualan
sebanyak RM 8000.
Modal permulaan Nasi Goreng Abe Kelate ialah sebanyak RM 8000.000.000.
Tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan ini ialah untuk mendapatkan pembiayaan
kewangan sebanyak RM100,000.00 daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan
seperi MARA, di bawah Skim / Program Latihan Berstruktur MARA. Alasan
permohonan pembiayaan ini dilakukan adalah kerana keperluan untuk membiayai kos
ubahsuai premis trak makanan di samping membeli mesin dan peralatan yang
diperlukan dan menampung kos operasi perniagaan bagi memenuhi sasaran jualan
yang telah ditetapkan. Justifikasi sumber pembiayaan yang dipilih adalah dari pihak
MARA adalah kerana ianya memberi pinjaman yang tidak memerlukan cagaran dan
tempoh bayaran balik pinjaman dan ansuran bulanan boleh mengikut kemampuan
peminjam
Nasi Goreng Abe Kelate percaya dan yakin bahawa perniagaan ini dapat
menguasai pasaran Malaysia pada masa akan datang seterusnya menembusi pasaran
Asia Tenggara.

You might also like