You are on page 1of 28

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Lovely Gift Enterprise dimiliki oleh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir.Pemilik kedai
berkelulusan Sarjana Muda dalam Pengurusan Pembangunan (Kepujian) dan mempunyai
pengalaman bekerja selama 2 tahun di Syarikat D'Herbs sebagai pegawai pemasaran dan agen
jualan.Beliau juga mempunyai kemahiran seperti mengikuti kursus latihan keusahawanan dalam
bidang pemasaran yang dianjurkan MARA.Pada peringkat awal penubuhan perniagaan,sebanyak
RM100,000 disediakan sebagai modal permulaan perniagaan untuk membiayai kos peralatan dan
mesin membuat barang cenderahati serta keperluan operasi yang lain.Nama perniagaan yang
diusahakan ialah Lovely Gift Enterprise.Alamat ini bertempat di 217,Jalan Tuanku Abdul
Rahman,City Centre,50100 Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.Bentuk perniagaan yang diushakan
ialah milikan tumggal dan berasaskan barang.Perniagaan Lovely Gift Enterprise menghasilkan
cenderahati mengikut cita rasa pelanggan dengan harga yang mesra pengguna.Nombor perniagaan
Lovely Gift Enterprise ialah 015794253931.
RANCANGAN PENTADBIRAN

Perniagaan Lovely Gift Enterprise diuruskan oleh Encik Aminul Azmin.Perniagaan mengambil dua
orang pengurus iaitu pengurus kewangan untuk mengemaskini akaun dan penyata kewangan dan
pengurus sumber manusia untuk menjaga kebajikan pekerja.Perniagaan juga mengambil akauntan
untuk mengawal aliran keluar masuk wang dengan teliti dan penyelia operasi untuk memastikan
operasi perniagaan berjalan lancar.
RANCANGAN PEMASARAN

Lovely Gift Enterprise menawarkan pelbagai pilihan cenderahati korporat agar pelanggan
memperoleh kepuasan dalam memilih barang yang diminati.Lovely Gift Enterprise turut
mementingkan kualiti produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi dan
melantik pekerja-pekerja yang berpengalaman.
RANCANGAN OPERASI

Lovely Gift Enterprise telah melantik tukang jahit khusus untuk menjahit dan mencorakkan
beg.Selain itu,perniagaan juga melantik pereka logo dan pengukir untuk mereka logo pada beg dan
membuat ukiran pada cawan.Seterusnya,perniagaan juga mengambil pembantu kedai untuk
menyususn barang cenderahati di rak dan pengawal keselamatan untuk memastikan kedai sentiasa
dalam keadaan selamat serta juruwang untuk menjaga kaunter.
1.0 PENGENALAN

Lovely Gift Enterprise dimiliki oleh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir.Lovely Gift Enterprise
merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di 217,Jalan Tuannku Abdul
Rahman,City Centre,50100 Wilayah Persukutuan,Kuala Lumpur pada 1 April 2019.Bermula dengan
modal sebanyak RM100,000.Lovely Gift Enterprise menjual pelbagai jenis cenderahati seperti kain
tuala,cawan dan non woven bag yang sesuai untuk semua jenis pelanggan khususnya badan
kerajaan,badan swasta,sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam serta Institusi Pengajian Tinggi
Swasta.Kelebihan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah lokasinya yang strategik kerana kedai ini
merupakan satu-satunya kedai yang menjual cenderahati korporat di kawasan itu.Jalan Tuanku
Abdul Rahman juga merupakan kawasan yang sibuk dengan pelancong yang mencari cenderahati
untuk dibawa pulang ke negara mereka.Lovely Gift Enterprise juga menawarkan barang cenderahati
yang berkualiti dan mampu milik.Modal yang digunakan adalah sebanyak RM80 000 daripada
modal sendiri dan RM20 000 daripada Skim Pembiayaan Kecil (SPK) daripada Skim Pembiayaan
Tekun Niaga.Selain itu,wakil daripada Lovely Gift Enterprise dan saya telah menyertai Program
Latihan Keusahawanan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan Lovely Gift Enterprise menyediakan Rancangan Perniagaan adalah untuk mendapatkan
pembiayaan kewangan daripada agensi kerajaan iaitu Skim Pembiayaan Tekun Niaga sebanyak
RM20000.Untuk membolehkan Lovely Gift Enterprise mendapatkan pinjaman kewangan daripada
agensi kerajaan,Lovely Gift Enterprise perlu mempunyai pengetahuan dalam mengurus perniagaan
yang diusahakan.Selain itu,semua pekerja Lovely Gift Enterprise melibatkan diri dalam perniagaan
secara sepenuh masa.Tambahan pula,pekerja Lovely Gift Enterprise merupakan warganegara
bumiputera yang berusia 18-60 tahun.Lovely Gift Enterprise juga mengikuti Program Latihan
Keusahawanan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).Lovely Gift Enterprise telah
menghantar wakil untuk menyertai Program Perintis Latihan Enterprise Management Solution
(EmaSS) dalam bidang pengurusan kewangan.Bagi pihak atasan seperti saya telah menyertai
Program Pembangunan Komuniti Usahawan Building Leaders & Entrepreneurial Society (BLESS)
dalam bidang pembangunan usahawan.Alasan membuat pinjaman adalah untuk membeli aset
seperti rak,meja dan barang-barang cenderahati korporat untuk memasarkan
perniagaan,mengubahsuai premis dan membeli stok.Kami memilih untuk membuat oinjaman di
Bank Islam kerana kelayakan yang diperlukan tidak terlalu ketat seperti pemohon harus berumur 18
tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada tempoh akhir pembayaran.Tempoh pembayarannya
juga panjang iaitu selama 10 tahun maksimum.
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama perniagaan Lovely Gift Enterprise


Alamat perniagaan 217,Jalan Tuanku Abdul Rahman,City Centre,50100 Wilayah
Persekutuan,Kuala Lumpur
No.telefon dan 013-361 6172 / 03-92723646
faks
Bentuk perniagaan Milikan Tunggal
Kegiatan utama Menjual cenderahati korporat
perniagaan
Tarikh pendaftaran 4 Januari 2019
perniagaan
Tarikh mula 1 April 2019
perniagaan
No.Pendaftaran 0045395155-H
Modal sendiri RM80 000
Modal pinjaman RM20 000
Modal keseluruhan RM100 000
Sumber Skim Pembiayaan Tekun Niaga
pembiayaan
Nama bank Maybank Berhad
perniagaan
No.akaun bank 3024617329122
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama penuh Aminul Azmin Bin Ahmad Syahir


No.Kad pengenalan 890220-08-0603
Tarikh lahir 20/2/1989
Umur 30
Alamat rumah No.141,Jalan Burung Sintar,Taman Bukit Maluri,52100 Kepong,Kuala
Lumpur
No.Telefon 011 3951 1593
Kelulusan Akademik Sarjana Muda dalam Pegurusan Pembangunan (Kepujian)
Kemahiran Membuat pelbagai jenis reka bentuk
Pengalaman Bekerja selam 2 tahun di Syarikat D'hers sebagai pemasaran dan agen
jualan
Status perkahwinan Bujang
Kursus yang dihadiri -Program Pembangunan Komuniti Usahawan Building Leaders &
Entrepreneurial Society (BLESS)
-Program Latihan Keusahawan yang dianjurkan oleh MARA
5.0 KEDUDUKAN TAPAK PROJEK

Alasan memilih lokasi :

1)Lokasi yang strategik kerana Lovely Gift Enterprise merupakan satu-satunya kedai yang menjual
cenderahati korporat di Jalan Tar.

2)Tempat tarikan pelancong di mana ramai pelancong datang untuk membeli cenderahati sebagai
kenangan dan dibawa pulang ke negara asal

3)Kawasan pelanggan mencari barang keperluan dan membeli hadiah dari semua pelusuk negeri
Kuala Lumpur dan Selangor

4)Terletak di tengah-tengah pusat bandar dan di hadapan sebuah pasaraya besar iaitu Sogo
6.0 OBJEKTIF PROJEK

Visi
- Nama kedai Lovely Gift Enterprise dikenali oleh semua penduduk di seluruh Malaysia

Misi
- Menjadikan produk Lovely Gift Enterprise sebagai pilihan utama pengguna

Objektif perniagaan
- Memenuhi permintaan dan kehendak pengguna yang pelbagai
- Membuat inovasi terhadap barang cenderahati yang sedia ada di pasaran
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada kaum bumiputera
- Memajukan perniagaan dan meluaskan pasaran ke selruh dunia
- Memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pekerja dan pembeli
6.2 SASARAN JUALAN

Berikut merupakan sasaran jualan Lovely Gift Enterprise bagi tempoh satu tahun.Lovely Gift
Enterprise mensasarkan jualan bulanan meningkat setiap bulan.

Bulan Sasaran Jualan (RM)


April 2019
Mei 2019
Jun 2019
Julai 2019
Ogos 2019
September 2019
Oktober 2019
November 2019
Disember 2019
Januari 2019
Februari 2019
Mac 2019
6.3 SASARAN JUALAN

Berikut merupakan sasaran untung Lovely Gift Enterprise bagi tempoh satu tahun.Untung Lovely
Gift Enterprise dijangkakan meningkat sebanyak daripada sasaran jualan pada setiap
bulan.Anggaran purata sasaran untung bulanan sebanyak

Bulan Sasaran Untung (RM)


April 2019
Mei 2019
Jun 2019
Julai 2019
Ogos 2019
September 2019
Oktober 2019
November 2019
Disember 2019
Januari 2019
Februari 2019
Mac 2019
6.4 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah siswazah-siswazah daripada Imstitusi
Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kakitangan kerajaan yang
bekerja di pejabat sekolah seperti kerani.Perniagaan juga menyasarkan pelancong daripada Amerika
Syarikat yang sangat gemar membeli cenderahati.
SPESIFIKASI TUGAS PENTADBIRAN

Jawatan Tugas
Pengurus Besar -Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan
-Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan
-Mengawal dan mengenalpasti dasar dan misi perniagaan
Pengurus Kewangan -Memastikan aliran keluar masuk wang diurus dengan baik
-Mengemaskini akaun dan penyata kewangan
Pengurus Sumber -Memastikan para pekerja menjalankan tugas mengikut spesifikasi kerja
Manusia -Menjaga kebajikan pekerja
Akauntan -Mengira aliran keluar masuk wang dengan teliti
Penyelia Operasi -Memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar
-Memastikan keperluan stok sentiasa mencukupi dan berkeadaan baik serta
selamat
7.3 KOS PENTADBIRAN

7.3.1 JADUAL GAJI PEKERJA

Berikut merupakan jadual imbuhan atau gaji pekerja Lovely Gift Enterprise.

Jawatan Gaji (RM) KWSP (RM) PERKESO (RM) Jumlah (RM)


Pengurus Besar
(1 orang)
Pengurus
Kewangan
(1 orang)
Pengurus Sumber
Manusia
(1 orang)
Penyelia Operasi
(1 orang)
Akauntan
(1 orang)
Juruwang
(1 orang)
Tukang jahit
(1 orang)
Pereka logo dan
pengukir
(1 orang)
Pengawal
Keselamatan
(1 orang)
Pembantu kedai
(1 orang)
7.3.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA

Insentif Pekerja
Berbagai-bagai insentif seperti tempat penjagaan anak-anak,bonus tunai dan kemudahan
keselamatan telah diperuntukkan kepada para pekerja bagi menghargai jasa yang disumbangkan
oleh pekerja dalam menjalankan tugas.

1)Tempat penjagaan anak-anak


-Kemudahan penjagaan anak-anak di tempat kerja yang disediakan oleh majikan

2)Bonus tunai
-Penghargaan yang dibayar secara tunai kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan
prestasi perniagaan

3)Kemudahan keselamatan
-Penyediaan alat keselamatan dan persekitaran kerja yang selamat supaya pekerja tidak terdedah
kepada sebarang risiko
SENARAI KEPERLUAN PEJABAT

Peralatan / Perabot Kuantiti Kos Seunit (RM) Jumlah (RM)


Rak 3 500 1500
Komputer 3 2000 6000
Telefon dan mesin faksimili 1 2200 2200
Jumlah 7 4700 9700
8.1 CARTA ALIR

Berikut merupakan carta alir bagi penjualan cenderahati mengikut tempahan pelanggan :

Mula

Menerima tempahan cawan


daripada pelanggan

Mengukir cawan mengikut kehendak pelanggan

Menyerahkan cawan yang sudah dibungkus


kepada pelanggan

Menerima bayaran daripada pelanggan

Tamat
8.2 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN

Waktu operasi Lovely Gift Enterprise seperti berikut

Hari Masa operasi


Isnin - Khamis 10.00 pagi – 11.00 malam
Jumaat Tutup
Sabtu - Ahmad 8.00 pagi – 8.00 malam
Cuti umum 8.00 pagi – 11.00 malam
8.3 KEPERLUAN DAN KOS BAHAN MENTAH

Berikut merupakan keperluan bahan mentah yang digunakan oleh perniagaan Lovely Gift
Enterprise.Keperluan peruntukan perbelanjaan dijangka bertambah sebanyak 5% setahun
disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan mentah.

Bahan Anggaran sebulan (RM) Anggaran Tahunan Partama (RM)


Kain tuala kosong 400 4800
Non woven bag 600 7200
Pelekat (sticker) 250 3000
Benang 200 2400
Kotak kecil 280 3360
Pembalut hadiah 150 1800
Jumlah 1880 22560
8.3 KOS PERBELANJAAN OPERASI

Jadual berikut merupakan kos perbelanjaan bulanan dan perbelanjaan aset yang diperlukan oleh
perniagaan Lovely Gift Enterprise untuk mengembangkan perniagaan.

Butiran Perbelanjaan Aset (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM)


Mesin dan peralatan
-Mesin pencetak logo 5000 -
-Mesin jahit sulam 4500 -
-Mesin ukiran 6000 -
-Komputer 3500 -
-Rak 1000 -
-Jarum 5
Bahan mentah
-Kain tuala kosong 400
-Non woven bag 600
-Pelekat (sticker) 250
-Benang 200
-Kotak kecil 280
-Pembalut hadiah 150
Gaji pekerja
KWSP
PERKESO
Belanja utiliti
Jumlah 20005 1880
8.4 PENGURUSAN SUMBER TEKNOLOGI DAN FIZIKAL

8.4.1 SENARAI DAN KOS MESIN & PERALATAN

Senarai mesin dan peralatan yang digunakan di premis perniagaan Lovely Gift Enterprise dan
diguna pakai di bahagian operasi untuk proses pengeluaran bagi melancarkan operasi pengeluaran
produk.Berikut merupakan mesin dan peralatan yang boleh digunakan.

Mesin / peralatan Kuantiti Harga (RM) Pembiaya


Mesin pencetak logo 1 5000 pinjaman
Mesin jahit sulam 1 4500 pinjaman
Mesin ukiran 2 6000 pinjaman
Komputer 1 3500 sendiri
Rak 5 1000 sendiri
Jarum 20 5 sendiri
Jumlah 30 20005 -
8.4 KEWAJARAN PEMILIHAN

Perniagaan Lovely Gift Enterprise menggunakan sumber fizikal dan sumber teknologi bagi
memastikan visi/misi dan objektif (VMO) dapat dicapai oleh perniagaan.

Di antara sumber fizikal yang digunakan perniagaan Lovely Gift Enterprise ialah
bangunan,kemudahan,mesin,peralatan teknologi maklumat,komunikasi,stok,bahan mentah dan
produk siap.Kami menggunakan bangunan sebagai tempat untuk menjalankan operasi
perniagaan,mengurus perniagaan dan menjual barang cenderahati kami.Kami juga mempunyai
kemudahan yang merujuk kepada kelengkapan pengurusan perniagaan.Kelengkapan kemudahan
dapat menjamin kelancaran sesebuah perniagaan.Contoh kemudahan yang kami sediakan ialah
tempat penjagaan anak-anak untuk pekerja yang sudah mempunyai anak.

Selain itu,kami juga menggunakan mesin seperti mesin pencetak logo yang digunakan untuk
mencetak logo,mesin jahit sulam yang digunakan untuk menjahit beg dan mesin ukiran untuk
membuat ukiran pada cawan.Kami juga menggunakan peralatan teknologi dan komunikasi seperti
telefon untuk melakukan urus niaga bersama pelanggan.Kami juga mempunyai stok.Stok ialah
barangan dagangan yang sedia ada di dalam stor atau gudang.Kami juga menggunakan bahan
mentah seperti kain tuala kosong,non woven bag,pelekat (sticker),benang,kotak kecil dan pembalut
hadiah.Kami mengurus bahan mentah denagn teliti supaya tidak berlaku kerosakan pada bahan
mentah sebelum diproses.Akhir sekali,kami juga menggunakan produk siap.Produk siap ialah
barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual di pasaran.Kami menguruskan produk siap
secara kondusif dan sistematik bagi memastikan kualiti produk berada dalam keadaan yang baik.

Lovely Gift Enterprise mempunyai prosedur mengurus sumber fizikal.Pertama ialah perlindungan
insurans dan keselamatan seperti insurans kebakaran bagi melindungi bangunan,mesin dan stok
daripada kebakaran.Selain itu,insurans kecurian yang akan melindungi perniagaan daripada
kehilangan atau kerosakan akibat rompakan atau kecurian.Semua aset usahawan akan
dilindungi.Kedua ialah penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang seperti mesin,peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi diselenggera secara berkala bagi memastikan operasi berjalan
lancar.

Sumber teknologi yang digunakan Lovely Gift Enterprise pula ialah harta intelek,lesen
perisisan,kemahiran dan pengalaman.Kami menggunakan harta intelek untuk menjaga perniagaan
daripada ancaman cetak rompak,barangan tiruan,penyalahgunaan tanpa kebenaran dan
sebagainya.Contoh harta intelek yang kami gunakan ialah lukisan.Kami juga menggunakan lesen
perisisan yang merupakan perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisisan.Penggunaan
perisian tanpa lesen adalah merupakan satu jenayah perdagangan.Lovely Gift Enterprise
mendapatkan lesen perisisan tulen untuk mengelakkan diri daripada dikrnakan saman serta
melindungi nama naik perniagaan.Kami juga menggunakan kemahiran dan
pengalaman.Contohnya,kami mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengalaman
dalam bidang yang diceburi supaya dapat mengelak berlaku kesilapan semasa menjalankan
tugas.Kesannya,pekerja yang mahir,cekap dan berpengalaman boleh meningkatkan produktiviti
perniagaan dan mereka akan dibayar dengan gaji yang tinggi.

Lovely Gift Enterprise juga mempunyai prosedur mengurus sumber teknologi.Kami


menggunakan pengurusan paten.Paten adalah hak eksklusif untuk suatu reka cipta,sama ada berupa
satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.Semua reka cipta kami belum
dizahirkan oleh mana-mana syarikat.Kami membuat pendaftaran paten supaya hak cipta kami
dilindungi undang-undang.Kami mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO) untuk melayakkan perlindungan di Malaysia.
SPESIFIKASI TUGAS OPERASI
Jawatan Tugas
Tukang jahit -Menjahit beg serta mencorakkan beg itu dengan perkataan yang
menarik menggunakan kreativiti
Pereka logo dan pengukir -Mereka logo pada beg supaya beg akan kelihatan lebih menarik
-Mengukir ukiran pada cawan untuk kelihatan lebih mengagumkan
Pembantu kedai -Menyusun barang cenderahati di rak
- Melayan pelanggan dengan menerangkan kepada mereka kelebihan
barangan cenderahati Lovely Gift Rnterprise
Pengawal keselamatan -Memastikan kedai sentiasa dalam keadaan selamat daripada pencuri
di bawah pengawasan CCTV
Juruwang -Menjaga kaunter untuk sebarang aktiviti jual beli

9.1.1.3 SAIZ PASARAN


Saiz pasaran yang terlibat adalah meliputi seluruh kawasan Kuala Lumpur.Lovely Gift Enterprise
akan cuba mendapatkan sekurang-kurangnya 15% syer pasaran daripada jumlah perniagaan yang
menjalankan perniagaan yang sama.Bagi perancangan yang awal,perniagaan kami telah
mengenalpasti dan membuat tinjauan untuk memastikan segala kegiatan pemasran dapat beroperasi
dengan lancar,memandangkan keadaan lokasi terletak di kawasan yanh menjadi tumpuan iaitu di
hadapan pasaraya besar,SOGO.

Saiz pasaran untuk perniagaan kedai ini berdasarkan kepada tiga faktor iaitu jualan pada hari
biasa,jualan pada hari minggu dan jualan pada musim cuti sekolah di mana pada hari minggu dan
musim cuti sekolah terdapat pertambahan jumlah pelanggan.Kami menganggarkan saiz pasaran
diperoleh bersamaan dengan pemduduk seramai 7000.Pelanggan yang membeli dianggarkan 40%.

Saiz pasaran kami juga berdasarkan pekerjaan penduduk sama ada sudah bekerja atau yang masih
menuntut di sekolah.Kami menetapkan harga berdasarkan faktor tersebut dan kami menawarkan
satu barang percuma bagi pembelian 10 barang ke atas.

9.1.1.4 KOS PEMASARAN


Antara strategi pemasaran yang akan kami lakukan ialah dengan mengiklankan perniagaan kami
di surat khabar,memasang kain rentang di jalan,membuat laman web perniagaan sendiri supaya
pelanggan mengetahui tentang perniagaan kami.

Selain itu,kami juga menawarkan promosi kepada pelanggan iaitu memberi diskaun sebanyak 5%
bagi pembelian RM100 ke atas.Kedua,menyediakan kad ahli untuk pejabat-pejabat sekolah yang
membolehkan kami melakukan urus niaga dengan lebih mudah.Kami juga membuat ruang pameran
barang-barang cenderahati yang kami hasilkan supaya pelanggan dapat membuat pilihan.

PENUTUP
Lovely Gift Enterprise yakin dapat melangkah jauh kerana merupakan satu-satunya kedai yang
menjual cenderahati korporat di kawasan itu.Lokasi yang sangat strategik iaitu di hadapan sebuah
pasaraya besar iaitu SOGO.Lovely Gift Enterprise dapat berkembang dengan lebih maju jika
membeli satu lagi mesin ukiran untuk cawan kerana cawan merupakan barangan cenderahati yang
paling banyak dijual.Lovely Gift Enterprise juga akan membuat lawatan dan memberikan
sumbangan ke rumah orang-orang tua setiap kali tiba bulan Ramadhan.

You might also like