You are on page 1of 1

Ringkasan Eksekutif.

Aziey’s Frozen Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjual kuih-muih


tradisonal frozen seperti, karipap, donut, samosa, popia, donut dan lain-lain lagi. Perniagaan
ini di miliki oleh Siti Nor Azirah binti Mat Yaziz yang mana ianya dijangka di daftarkan dan
beroperasi pada Oktober 2018. Perniagaan ini beroperasi di salah sebuah lot kedai di Bandar
Sungai Emas, Banting, Selangor. Perniagaan ini di anggarkan memerlukan modal permulaan
sebanyak RM50,000 hingga RM80,000. Asas rancangan perniagaan ini di bangunkan adalah
untuk menentukan secara jelas visi,misi dan objektif syarikat yang di tubuhkan. Visi syarikatr
ini adalah untuk menjadikan perniagaan kuih-muih tradisonal sejuk beku sebagai pasaran
utama Malaysia dan mendapat tempat di hati pengguna. Sebanyak 4 misi syarikat dan 3
objektif syarikat untuk di capai sepanjang menjayakan perniagaan ini.

Bagi memastikan perniagaan tidak tersasar daripada visi dan misi, pemilik
membangunkan satu pelan pentadbiran dan organisasi dengan menggunakan kaedah SWOT.
SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan
organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang
akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman. Seterusnya, pemilik menyediakan satu pelan pemasaran
yang merangkumi jenis produk dan harga yang di tawarkan. Pemilik turut mengenalpasti
kumpulan sasaran pelanggan, kawasan pasaran, pesaing, saiz pasaran, kuasa beli pelanggan,
anggaran jualan dan yang paling penting adalah strategi pemasaran.

Di bahagian akhir perancangan perniagaan, pemilik merangka pelan operasi dan pelan
kewangan syarikat ini. Ia merangkumi peralatan yang di perlukan di sertakan dengan
anggaran harga tetap bagi perlatan-peralatan tersebut. Pemilik telah mengenalpasti satu
syarikat yang akan membekalkan barang-barang mentah bagi memastikan operasi perniagaan
berjalan lancar. Di bahagian ini juga, pemilik telah membuat susun atur ruang operasi bagi
perniagaan ini dan menyediakan satu carta aliran proses kerja bagi melancarkan operasi kerja.

You might also like