You are on page 1of 29

PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

ISI KANDUNGAN

Bilangan Perkara Muka surat

1 Pengenalan 2-3

2 Senarai Aktiviti 3-4

3 Rangkaian Rajah 4

4 Carta Bar 5-11

5 S-Curve 12

6 Spesifikasi Pelan 13

7 Isu-isu OSH 14-23

8 Perbincangan /Cadangan Teknologi Baru 24-25

9 Kesimpulan 26

10 Lampiran 27-28

11 Rujukan 29

-1-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

Pengenalan

Industri pembinaan merupakan satu industri yang sedang pesat membangun


di negara ini dan merupakan salah satu sektor yang penting dalam menjana
ekonomi Negara. Perkembangan sektor ini dapat dilihat apabila pembinaan
perumahan juga menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Industri ini
adalah merupakan satu industri yang penting memandangkan rumah adalah salah
satu keperluan dalam kehidupan manusia. Sejak zaman purba lagi, rumah
merupakan satu keperluan kepada manusia untuk berlindung daripada cuaca dan
ancaman yang boleh membahayakan diri.

Namun begitu, industri pembinaan dan risiko adalah merupakan suatu


perkara yang tidak dapat dielakkan. Semakin besar sesuatu projek, semakin
besarlah risiko yang bakal ditanggung. Menurut Flanagan dan Norman (1993),
proses daripada 2 memulakan projek hingga kepada penyiapan projek mengambil
masa yang amat panjang. Ini menunjukkan bahawa industri ini lebih berisiko dan
mempunyai tahap ketidakpastian melebihi daripada sektor-sektor lain. Bagi industri
perumahan di negara ini, risiko yang terlibat sedikit sebanyak dapat menyumbang
kepada kegagalan sesuatu projek. Dalam hal ini, pihak pemaju perumahan perlu
mengambil langkah yang bijak dalam menangani masalah ini. Sekiranya ia tidak
diberikan perhatian yang sewajarnya, maka risiko-risiko yang wujud akan memberi
kesan dalam membuat keputusan. Tanpa pengurusan risiko yang cekap, pihak
pemaju akan menemui kegagalan dalam melaksanakan projek perumahan.
Kesannya dapat dilihat apabila terdapat segelintir pemaju tidak dapat menyiapkan
projek mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Statistik menunjukkan bahawa
sehingga akhir tahun 1999, terdapat 493 projek perumahan swasta yang
terbengkalai melibatkan 96,247 unit rumah, 61,348 orang pembeli dan bernilai
RM5,725.98 juta.

Justeru itu, segala kemungkinan-kemungkinan perlulah diberi penekanan oleh


pihak pemaju agar perjalanan projek berjalan dengan lancar. Kewujudan risiko-risiko
yang boleh menyebabkan kerugian hendaklah dikenalpasti agar tidak merugikan
mana-mana pihak. Hal ini kerana, pihak pembeli secara tidak langsung akan

-2-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

terdedah kepada risiko yang tinggi sekiranya pemaju tidak dapat menyiapkan projek
dalam masa yang ditetapkan.

SENARAI AKTIVITI
1. Mengenal pasti sempadan tanah tapak rumah
2. Membina stor untuk simpanan bahan binaan papan adang (hording) , kantin
dan papan tanda projek
3. Mengenalpasti lokasi tapak rumah
4. Kerja-kerja penggorekan/penggalian
5. Kerja-kerja membina tapak asas
6. Membina stump
7. Kerja-kerja menutup lubang tapak
8. Membina ground beam
9. Kerja-kerja mengisi tanah dalam tapak
10. Lantai konkrit
11. Tiang konkrit
12. Menyediakan staging
13. Mengikat bata dinding
14. Membuat bingkai jendela dan pintu
15. Roof beam
16. Bumbung (kekuda bumbung,penutup,aksesori)
17. Kerja memasang paip untuk pendawaian elektrik
18. Memasang siling kapur dan siling biasa
19. Kerja-kerja melepa dinding
20. Floor render
21. Kerja memasang paip air
22. Memasang Jubin lantai dan dinding
23. Kerja-kerja berkaitan dengan longkang,apron dan telaga resapan
24. Slab tangka air
25. Kabinet konkrit
26. Tangki septic dan kerja kumbahan
27. Kerja memasang aksesori

-3-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

28. Memasang daun pintu dan ironmongeries


29. Kerja-kerja mengecat
30. Membersih rumah
31. Pemeriksaan akhir dan permohonan CCC
32. Penyerahan kunci

Rangkaian Rajah

Aktiviti Precedence Tempoh (hari)


1 - 2
2 1 2
3 1 1
4 2,3 2
5 3 3
6 4 2
7 5 2
8 6 2
9 8 3
10 6 2
11 6,7 2
12 9,10,11 2
13 11 3
14 12,13 2
15 13 2
16 14,15 2
17 15 3
18 16,17 3
19 18 5
20 19 5
21 20 4
22 20 3
23 21,22 3
24 23 3
25 23 2
26 23 3
27 24,25,26 3
28 27 2
29 27 5
30 27 3
31 28,29,30 5
32 31 2

-4-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

Carta Bar

-5-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

-6-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

-7-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

-8-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

-9-
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

- 10 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

- 11 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

S-Curve

- 12 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

SPESIFIKASI PELAN
Jenis  Banglo 2-Tingkat
Saiz Banglo  14’ x 14’
Perletakan lokasi  Berhampiran sekolah
rendah dan sekolah
menengah
 Mempunyai laluan
pengangkutan awan
 Berhampiran sebuah
pasaraya

Bilangan bilik  6
Bilangan tandas  3
Tempat letak kenderaan  1
Ruangan lain  Ruang serbaguna
 Dapur
 Setor
 Ruang makan
 Ruang rehat
 Ruang keluarga
 Tandas
Lokasi  Banting, Selangor

Contoh : Banglo 2 tingkat, sumber afarreka.blogspot.com

- 13 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

ISU-ISU OSH

Bahaya yang boleh terjadi kepada pekerja-pekerja di tapak pembinaan ;-

 Terjatuh dari tempat tinggi


 Jatuh dari aras yang sama
 Tebing runtuh
 Terpijak,terkena atau terhimpit oleh objek
 Terjatuh atau terdedah pada arus elektrik
 Kegagalan pemakaian alat pelindung diri yang betul
 Melanggar objek
 Terkena atau terhempap objek dari atas

Di dalam pembinaan, 10 piawaian OSHA yang kerap terjadi termasuk

1. Perancah
2. Kelalaian pekerja
3. Tangga
4. Perlindungan kepala
5. Penggalian (keperluan untuk sistem perlindungan)
6. Komunikasi bahaya
7. Pembinaan
8. Elektrik (kaedah pendawaian,reka bentuk dan perlindungan)
9. Alat perlindungan terjatuh (keperluan latihan)
10. Pembinaan (Peruntukan keselamatan dan kesihatan umum)

Perancah

Hazard : Perancah dapat membahayakan pekerja ketika mereka bekerja di atas


atau dibawah perancah dan ketika mereka naik atau turun dari perancah. Pekerja di
atas perancah berpotensi jatuh dari ketinggian dan pekerja yang melakukan aktiviti
di bawah juga berpotensi untuk ditimpa objek terjatuh dari perancah. Menurut
OSHA, sejumlah 2.3 juta pekerja pembinaan melakukan pekerjaan yang melibatkan

- 14 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

perancah. Oleh itu, ramai pekerja yang berpotensi terdedah dengan bahaya
berkaitan perancah jika tiada pemasangan yang betul untuk melakukan kerja
berkaitan perancah.

Penyelesaian :

 Perancah yang dibina melebihi ketinggian 3 meter perlu dipasang olej juru
perencah yang kompeten dan perlu diperiksa,disahkan dan ditanda oleh
pemeriksa juru perancah yang berdaftar dengan JKKP (DOSH)
 Perancah hendaklah diletakkan pada pondasi yang kuat dan rata. Tanah atau
pondasinya haruslah mampu menahan berat perancah dan pelbagai beban
yang akan diletakkan diatasnya.berikan pendukug tambahan bila diperlukan
 Jangan menggunakan kotak,drum,batu-bata, atau balok beton untuk
mengganjal atau mendukung perancah
 Perancah hendaklah diletakkan di tempat yang mendatar.
 Perancah hendaklah mampu menahan beban yang akan diletakkan di
atasnya
 Rangka,lantai kerja,tangga naik,lantai dasar perancah hendaklah sentiasa
bersih dan bebas dari minyak,lumpur dan bahan-bahan lain yang dapat
membahayakan penggunanya

Kelalaian pekerja

Hazard : keadaan dan suasana yang selamat dan selesa belum tentu dapat
menjamin keselamatan pekerja sepenuhnya. Satu lagi faktor yang perlu di ambil kira
untuk menjamin keselamatan pekerja di tapak bina ialah sikap pekerja itu sendiri.
Sikap lalai atau tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan kemalangan berlaku
semasa bekerja.

Penyelesaian :

 Semua pekerja di tapak pembinaan hendaklah mematuhi semua peraturan


keselamatan di tapak bina

- 15 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

 Pekerja yang ditugaskan untuk mengendalikan jentera atau mesin hendaklah


mengendalikan dengan betul dan selamat
 Pekerja hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti pakaian
keselamatan atau uniform yang telah dibekalkan oleh syarikat atau majikan

Tangga

Hazard : Tangga merupakan salah satu sumber kecederaan dan kematian di


kalangan pekerja pembinaan. OSHA menganggarkan bahawa terdapat 24,882
kecederaan dan sebanyak 36 kematian setiap tahun akibat terjatuh daripada tangga
ketika menggunakan tangga di tapak pembinaan. Hampir separuh daripada
kecederaan ini cukup serius untuk menghalang masa kerja.

Penyelesaian :

 Periksa keadaan tangga sebelum menggunakannya dan sekiranya terdapat


masalah/ kerosakan / kecacatan pada tangga, jangan guna tangga tersebut
 Dirikan tangga di permukaan yang rata dan ikuti peraturan 1:4 dengan
kecondongan tangga sebanyak 75 darjah atau seorang perlu berada
dibahagian tapak untuk mencegah daripada tergelincir atau terjatuh
 Sekiranya tangga digunakan sebagai alat penghubung tempat kerja, penahan
tangga sekurang-kurangannya satu meter tinggi dari pelantar / anak tangga
 Sentiasa mempraktikkan teknik tiga sentuhan sewaktu menaiki tangga
 Elakkan daripada mengjangkau dan merenggang keluar semasa menggunakan
tangga
 Elakkan membawa beban berlebihan ketika menggunakan tangga
 Elakkan daripada berdiri / bekerja pada anak tangga yang paling atas (bagi tangga
lipat) kerana boleh menyebabkan hilang keseimbangan.

Perlindungan Kepala

Hazard : kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi


kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kecederaan otak yang teruk

- 16 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

apabila berlaku pendarahan dalam otak,bengkak pada tisu otak dan kerosakan otak
yang teruk. Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf
dan kematian. Kecederaan kepala juga berkaitan dengan kecederaan bahagian
tubuh yang lain terutamanya leher.

Penyelesaian :

 Topi keselamatan atau ‘safety helmet’ hendaklah dipakai apabila berada di


kawasan pembinaan bangunan yang bertingkat kerana objek-objek dari
tingkat atas sering terjatuh ke bawah dan dikhuatiri terkena kepala. Dengan
memakai topi keledar keselamatan, kecederaan dapat dielakkan..

Hazard komunikasi

Hazard : kegagalan untuk mengenali bahaya yang berkaitan dengan bahan kimia
boleh menyebabkan kebakaran kimia, masalah pernafasan, kebakaran dan letupan

Penyelesaian :

 Mengekalkan Lembaran Data Keselamatan Bahan ( MSDS) bagi setiap


bahan kimia di dalam kemudahan itu.
 Jadikan maklumat ini mudah diakses oleh pekerja sepanjang masa dalam
Bahasa atau format yang difahami dengan jelas oleh semua kkitangan yang
terlibat
 Melatih pekerja untuk membaca dan menggunakan MSDS
 Ikut arahan pengeluar MSDS untuk mengendalikan bahan kimia berbahaya
 Melatih pekerja tentang risiko setiap bahan kimia berbahaya yang digunakan
 Menyediakan kit pembersihan tumpahan di setiap kawasan dimana bahan
kimia disimpan
 Mempunyai pelan kawalan tumpahan bertulis
 Melatih pekerja untuk membersihkan tumpahan, melindungi diri mereka dan
melupuskan bahan kimia yang digunakan dengan betul

- 17 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

 Berikan peralatan perlindungan diri yang betul dan menguatkuasakan


penggunaannya
 Simpan bahan kimia dengan selamat dan aman.

Trak angkat susun (Forklift)

Hazard : kira-kira 100 orang pekerja cedera parah dan kira-kira 95,000 pekerja
cedera setiap tahun ketika mengendalikan trak industri berkuasa.

Penyelesaian :

 Melatih dan mengesahkan semua pengendali untuk memastikan mereka


mengendalikan forklift dengan selamat
 Tidak membenarkan remaja bawah umur 18 tahun untuk mengendalikan
forklift
 Memastikan tiada pengubahsuaian pada bahagian pengangkutan termasuk
tayar
 Memeriksa keadaan forklift dan memastikan berada dalam keadaan baik
sebelum menggunakannya
 Mengikut prosedur operasi yang selamat untuk mengangkat,memungut atau
menyusun beban
 Memandu dengan selamat iaitu tidak melebihi 5mph dan memandu dengan
perlahan di kawasan sesak atau licin
 Jangan mengangkat beban yang lebih berat dari forklift
 Pengendali hendaklah memakai tali pinggang kaledar semasa mengendali
forklift
 Elakkan perjalanan dengan membawa beban yang tinggi

- 18 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

Senarai Semak Keselamatan

Senarai semak berikut boleh membantu anda untuk mengambil langkah berjaga-
jaga dan sebagai panduan untuk mengelak bahaya yang menyebabkan
kecederaan,penyakit dan kematian. Seperti biasa, pastikan anda berhati-hati da
dapatkan pertolongan jika anda bimbang tentang kemungkinan bahaya yang akan
berlaku.

Peralatan perlindungan peribadi (PPE)

1) Mata dan perlindungan muka


 Cermin mata keselamatan atau perisai muka perlu dipakai pada bila-bila
masa ketika melakukan operasi kerja kerana boleh mengelak daripada mata
dimasuki objek asing ketika melakukan kerja-kerja seperti
kimpalan,memotong atau memaku (atau bekerja dengan konkrit dan bahan
kimia bahaya atau ketika terkena zarah terbang)
 Pelindung mata dan muka dipilih berdasarkan bahaya yang dijangkakan
 Cermin mata keselamatan atau muka depan dipakai apabila terdedah kepada
sebarang bahaya elektrik termasuk kerja-kerja berkaitan sistem tenaga
elektrik.
2) Pelindung kaki
 Pekerja di tapak pembinaan hendaklah sentiasa memakai kasut atau kasut
kerja yang mempunyai ketahanan yang tinggi dan tahan tusukan
 Kasut dipakai untuk mencegah daripada kaki terkena objek atau peralatan
yang jatuh yang boleh menyebabkan kaki mengalami kecederaan atau
hancur

3) Pelindung tangan
 Sarung tangan getah biasa dipakai bagi melindungi tangan daripada terkena
asid,minyak pelarut,gam dan lain-lain kerja yang melibatkan cecair

- 19 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

 Ia digunakan untuk melindungi tangan daripada terkena habuk apabila


menjalankan kerja-kerja pembersihan seperti menggunakan alat penyembur
angina

4) Pelindung kepala
 Helmet atau topi keras amat diperlukan apabila bekerja di tapak binaan yang
sering terdedah kepada objek yang sering terjatuh
 Memakai alat pelindung kepala iaitu topi keras dapat melindungi kepala
daripada terdedah kepada objek yang secara langsung terkena kepala
 Topi keras hendaklah diperiksa secara rutin bagi memastikan tiada retakan
atau kerosakan.
 Topi keras hendaklah ditukar dan diganti selepas terkena hentakan kuat atau
renjatan elektrik
 Majikan hendaklah membekalkan topi keras dalam keadaan baik kepada
pekerja.

5) Perancah
 Reka bentuk perancah hendaklah mengikut peruntukan undang-undang dan
didirikan mengikut reka bentuk di bawah pengawasan orang yang ditetapkan.
 Cara akses yang selamat hendaklah disediakan bagi setiap pekerja yang
mendirikan atau merobohkan perancah di mana penyediaan akses yang
selamat boleh dilaksanakan dan tidak mencipta bahaya yang lebih besar.
 Perancah dan komponennya hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik
dan tidak berkarat atau terdapat kecacatan paten seperti bengkok atau retak
 Jika perancah di pasang bersebelahan atau di atas kawasan korekan, struktur
perancah hendaklah ditupang mengikut reka bentuk PE.
 Perancah hendaklah diselenggara dengan sempurna dan bahagiannya
dipasang kekal, dikukuhkan atau diletkkan supaya tidak berganjak
 Bagi perancah yang tidak selamat untuk digunakan, hendaklah diletakkan
tanda amaran yang ketara pada laluan masuk ke perancah.

- 20 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

6) Keselamatan elektrik
 Pelbagai plag penyambungan adalah dilarang digunakan
 Gunakan peralatan elektrik yang disahkan oleh SIRIM
 Lakukan pemeriksaan pendawaian pada bangunan oleh kontraktor yang
berdaftar
 Pastikan tiada kerosakan pada peralatan elektrik
 Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan basah
 Pastikan pemasangan peralatan elektrik dilakukan oleh kontraktor berdaftar /
orang yang kompeten
 Pamer tanda papan amaran untuk kerja elektrik yang sedang dijalankan
 Pastikan tiada kabel bervoltan tinggi berdekatan kawasan kerja
 Jangan bebankan satu soket dengan terlalu banyak peralatan elektrik
 Elak menggunakan penyambung soket yang tidak diluluskan

7) Bukaan lantai dan dinding


 Lantai yang kukuh menjamin kestabilannya dan menghalang berlakunya
keretakan
 Lantai yang dibina hendaklah mampu menanggung beban hidup dan beban
mati serta mampu menahan tekanan yang diterima lantai
 Lantai hendaklah berupaya menentang resapan air dan mencegah
kelembapan berlaku di dalam bangunan
 Tangga-tangga yang disediakan perlulah memunyai lebar, jejak, dan penaik
yang mengcukupi dan menepati kehendak UKBS, berdasarkan pindaan
terkini bagi memudahkan pergerakan penghuni terutama semasa kecemasan
dan perlu menepati Surat Arahan Ketua Pengarah Bomba.

8) Hazard Komunikasi
 Papan tanda keselamatan hendaklah menggunakan dua Bahasa dan symbol
/imej yang mudah difahami pekerja supaya pekerja memahami mesej yang
ingin disampaikan dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan bahan
kimia bahaya.

- 21 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

 Semua bekas simpanan bahan kimia perlu dilabelkan dengan jelas


 Semasa hendak mengendalikan bahan kimia, pastikan patuhi dengan teliti
arahan yang diberikan pada label.
 Rujuk kepada Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia (chemical Safety Data
Sheet- CSDS) bahan kimia tersebut untuk mengetahui jenis, bahaya, langkah
kecemasan dan sebagainya.
 Elakkan sentuhan secara terus anggota badan dan menghidu wap dengan
bahan kimia
 Pastikan bekas bahan kimia ditutup dengan kemas dan disusun rapi.
 Jika berlaku tumpahan, beritahu kepada penyelia.
 Asingkan bahan kimia mengikut jenisnya.

9) Keselamatan kren
 Pengenalpastian risiko ke atas persekitaran di mana kren ditempatkan
sebelum aktiviti kerja mengangkat barabg-barang hendakah dijalankan
sebagai langkah keselamatan.
 Mempunyai pengendali yang disahkan untuk mengendalikan kren agar
keselamatan dan kerja dapat dilakukan dengan selamat
 Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap kren setiap hari bagi memastikan
ia berfungsi dengan baik dan tiada kerosakan pada setiap bahagian
 Pemandu kren hendaklah dapat melihat dengan jelas kedudukan pekerja
yang menjalankan kerja dan beban yang diangkat
 Setiap kaki kren bergerak hendaklah bertampung di atas asas yang kuat,
kukuh dan bersaiz yang bersesuaian. Jika kayu digunakan, ia hendaklah
daripada spesifikasi yang tidak mudah reput bila terdedah kepada
kelembapan
 Melantik ‘signalman’ yang berpengalaman , terlatih dan berkeupayaan dalam
memberi maklum balas serta merta kepada pemandu kren bergerak
mengenai sesuatu keadaan berbahaya yang timbul semasa proses
pengangkatan beban dijalankan.
 Pemandu kren yang dilantik hendaklah mempunyai sijil pendaftaran
pengendalian kren

- 22 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

10) Keselamatan memandu trak angkat susun (Forklift)


 Trak angkat susun hanya boleh dikendalikan oleh orang yang telah diberi
kebenaran pihak syarikat atau telah diberi latihan asas dan dibenarkan
mengendalikan trak angkat susun dalam tempoh percubaan.
 Sebelum menggunakan trak angkat susun, lakukan pemeriksaan fizikal dan
mekanikal trak seperti keadaan ‘fork’, fungsi hidraulik, bunga tayar, dan lain-
lain.
 Laporkan serta merta kerosakan trak angkat susun kepada penyelia.
 Gunakan tali pinggan keledar, topi keselamatan dan alat perlindungan diri
yang sesuai.
 Pastikan had muatan yang dibenarkan.
 Pandu dalam had laju yang dibenarkan (5 km/j untuk didalam kilang dan 15
km/j untuk diluar premis kilang).
 Bunyikan hon untuk memberikan amaran kepada orang-orang yang berada
berdekatan, terutama di selekoh yang tajam.
 Turunkan fork kepada paras 8” dari lantai apabila bergerak tanpa muatan
atau dengan muatan.
 Jangan berhenti secara mengejut . gunakan kaki kanan untuk pedal minyak
dan brek, bukan kaki kiri.

- 23 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

Perbincangan / Cadangan Teknologi Baru

Kelebihan kaedah IBS berbanding konvensional

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang


menggunakan komponen-komponen prasiap yang disediakan di kilang
berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Tujuan utama penggunaan sistem
ini bagi penggunaan proses kerja optimum dan meminimumkan penggunaan kos
buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan
kemajuan industri pembinaan negara yang mementingkan produktiviti, berkualiti
dan keselamatan di tapak projek.

Kelebihan ;- Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan


pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam
sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan
juga lebih singkat.Di Malaysia terdapat lima kumpulan utama IBS yang dikenal
pasti dan dipraktikkan secara meluas iaitu:-

1) Kaedah pasang siap, panel dansistem kekotak – Elemen IBS konkrit pasang
siap yang biasa digunakan ialah tiang konkrit pasang siap rasuk, lantai,
dinding, komponen ‘3D’ seperti tangga, lohong pembuangan sampah, balkoni,
konkrit ringan pasang siap dan kotak bentuk konkrit.

2) Kaedah acuan keluli – sistem ini melibatkan ‘tunnel form’, ‘tilt system’, rasuk
dan tiang. Penggunaan sistem ini menitikberatkan kemasan akhir yang
berkualiti tinggi dan pembinaan yang cepat dengan penggunaan tenaga
buruh dan binaan yang paling optimen.

3) Kaedah kerangka keluli – penggunaannya sering bersama dengan lantai


konkrit pasang siap, tiang, rasuk keluli terutama bagi pembinaan ‘fast track’
bangunan tinggi. Ia juga banyak digunakan untuk pembinaan kerangka ringan

- 24 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

bagi bumbung kerana penggunaannya lebih ekonomi dan sesuai terutama


bagi sistem bumbung bangunan jenis ‘portal frame’

4) kaedah kerangka kayu – sistem ini terdiri daripada komponen kerangka kayu
bangunan dan kerangka kayu bumbung. Kontraktor pembinaan sangat gemar
menggunakan sistem ini.

5) Kaedah kerja blok – ianya adalah satu revolusi terhadap sistem binaan
konventional berasaskan batu-bata kepada sistem kerja konkrit mengirat dan
knkrit ringan. Sistem ini dibangunkan berasaskan faktor masa dan produktiviti
buruh binaan.

SISTEM KONVENSIONAL

 Sistem Konvensional merupakan satu sistem yang biasanya digunakan


olehpihak pemilik, arkitek, perunding dan kontraktor dalam pembinaan
rumah pangsakos rendah disebabkan kos yang rendah dan realistic
 Konsep kaedah pembinaan lama yang masih menggunakan acuan papan
dantupang untuk menahan tiang dan rasuk serta konkrit
 Kaedah konvensional ini biasanya menggunakan jentera-jentera berat
dalamkerja pembinaan jalan. Di antara jentera-jentera yang digunakan di
dalampembinaan jalan adalah seperti penurap, jentera pemadat,
penggred, mesin sapu berkuasa dan lori pengangkut.
 Kaedah ini juga amat terkenal di mana-mana kerana pembinaannya tidak
memerlukan masa penyiapan yang panjang. Bahan pembinaan seperti
batu goring telah di adun di kuari.

- 25 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

KESIMPULAN

Bagi menjalankan sesuatu kerja pembinaan walaupun ianya adalah sebuah


rumah yang kecil, amat penting terlebih dahulu menyediakan kertas kerja untuk
perancangan sesuatu projek. Ia adalah untuk menyusun semua kerja supaya projek
dapat dilaksanakan mengikut jadual atau turutan yang ditetapkan dan memastikan
bahawa susunan tersebut mesti mancapai matlamat perancangan iaitu menyiapkan
mengikut jadual dan kos yang ditetapkan. Di samping itu aktiviti-aktiviti dalam setiap
peringkat kerja adalah berbeza-beza mengikut keperluan projek dan keadaan tapak.

Berdasarkan kepada kajian ini, jelaslah bahawa IBS mempunyai potensi


untuk digunakan secara meluas dalam sektor pembinaan pada masa akan datang.
Berdasarkan statistik, walaupun penggunaan IBS masih rendah, kebanyakan pihak
pemaju berminat menggunakan sistem ini di dalam projek pembinaan mereka pada
masa akan datang kerana ianya mampu menjimatkan tenaga kerja,kos dan masa
untuk menyiapkan sesuatu projek. Beberapa halangan yang telah dikenal pasti
seperti masalah kos yang tinggi, masalah pengangkutan, kekurangan pengalaman
dan pengetahuan akan menyebabkan berlakunya kebocoran dalam perlaksanaan
sistem IBS. Namun ianya dapat diatasi sekiranya pemaju melaksanakan cadangan
yang telah dikemukakan dengan sebaiknya.

Menuju kepada negara maju, penggunaan IBS adalah sangat sesuai dan
sejajar hasrat kerajaan yang mahukan teknologi dalam sektor pembinaan. Sebagai
perancang, jurutera dan pihak yang terlibat haruslah mengambil pemikiran dan
tindakan yang proaktif dalam memperbaiki kelemahan yang ada dari segi tenaga
kerja, keselamatan, masa, kuantiti, kualiti dan kos yang terlibat.

- 26 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

Lampiran

- 27 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

- 28 -
PMA – CONSTRUCTION TECHNOLOGY AND SAFETY

RUJUKAN

 Nota pembinaan : Prof. Madya Ir Capt (R) Hj. Zulkifli Bin Mat Ariffin
 https://www.osha.gov/Publications/construction_ppe.html
 http://www.azhan.co/teknologi-ibs-dalam-pembinaan-bangunan/
 http://eprints.utm.my/id/eprint/4601/1/NorharnilaRusliMFKA2006.pdf

- 29 -

You might also like