You are on page 1of 55

POLITEKNIK MUKAH

MENGGUNAKAN BAHAN CAMPURAN


PLASTIK TERPAKAI, GETAH TERPAKAI DAN
MINYAK ENJIN TERPAKAI SEBAGAI BAHAN
ALTERNATIF TURAPAN JALAN

AMANDA 20DKA20F2016
LEONARD
ERRA ANAK 20DKA20F2020
UGUN
AWANG 20DKA20F2022
MOHD NASRI

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI I 2022/2023
POLITEKNIK MUKAH

MENGGUNAKAN BAHAN CAMPURAN


PLASTIK TERPAKAI, GETAH TERPAKAI DAN
MINYAK ENJIN TERPAKAI SEBAGAI BAHAN
ALTERNATIF TURAPAN JALAN

AMANDA 20DKA20F2016
LEONARD
ERRA ANAK 20DKA20F2020
UGUN
AWANG MOHD 20DKA20F2022
NASRI

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam


sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Awam

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SESI I 2022/2023

i
AKUAN KEALSIAN HAK MILIK

MENGGUNAKAN BAHAN CAMPURAN PLASTIK TERPAKAI,


GETAH TERPAKAI DAN MINYAK ENJIN TERPAKAI
SEBAGAI BAHAN ALTERNATIF TURAPAN JALAN
1. Kami, AMANDA LEONARD (NO KP:030101-13-0718),
ERRA ANAK UGUN (NO KP:010809-13-1064), dan
AWANG MOHD NASRI (NO KP: 020122-13-0291) adalah
pelajar Diploma Kejuruteraan Awam ,Politeknik Mukah, yang
beralamt di Jalan Oya, KM 7.5, 96400 Mukah, Sarawak.
2. Kami mengakui bahawa Menggunakan Bahan Campuran Plastik
Terpakai, Getah Terpakai Dan Minyak Enjin Terpakai Sebagai
Bahan Alternatif Turapan Jalan dan harta intelek yang ada di
dalamnya adalah hasil karya/reka cipta alsi kami tanpa
mengambil atau meniru mana – mana harta intelek daripada
pihak lain.
3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek
Menggunakan Bahan Campuran Plastik Terpakai, Getah
Terpakai Dan Minyak Enjin Terpakai Sebagai Bahan Alternatif
Turapan Jalan kepada Politeknik Mukah bagi memenuhi
keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam
kepada kami.

Diperbuat dengan sebenar – benarnya diakui oleh yang tersebut,


a) AMANDA LEONARD __________________
(NO KP: 030101-13-0718) (AMANDA LEONARD)
b) ERRA ANAK UGUN ___________________
(NO KP: 010809-13-1064) (ERRA ANAK UGUN)
c) AWANG MOHD NASRI ___________________
(NO KP: 020122-13-0291) (AWG MOHD NASRI)
Di hadapan kami LILYANA ANAK JELAI ___________________
(LILYANA AK JELAI)
Penyelia Projek pada tarikh:______________

ii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dapat
menyempurnakan penulisan laporan akhir ini bagi memenuhi syarat penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah. Bagi menyiapkan laporan ini kami
tetap mengumpul serba sedikit maklumat yang kukuh untuk menyempurnakan
penulisan laporan akhir ini.

Ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia projek, Cik Lilyana Anak Jelai,
di atas bimbingan dan perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini
dilaksanakan. Beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan serta
kritikan membina kepada kami sehingga kami berjaya menyiapkan laporan projek
akhir ini. Penghargaan ikhlas juga ingin kami rakamkan kepada Cik Lilyana Anak
Jelai kerana projek ini dapat disiapkan dengan baik.

Ucapan ribuan terima kasih teristimewa kepada ibu bapa, saudara-mara dan
sahabat yang sentiasa mendoakan kejayaan dan sentiasa membantu kami dengan
kesabaran bagi memastikan laporan ini siap dengan sempurna. Terima kasih atas
sokongan, dorongan dan semangat yang diberikan, di mana ia menjadi sumber
motivasi utama kepada kami.

Sekian, terima kasih.

i
ABSTRAK

Projek ini diubahsuai daripada pemerhatian berdasarkan jalan raya yang


digunakan telah berlubang. Dengan itu, jalan raya yang berlubang akan dibaikpulih
dengan menggunakan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin
terpakai. Objektif ini adalah untuk mengurangkan kos pembaikan jalan raya yang
rosak dengan mengunakan bahan plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin
terpakai. Projek ini memberi impak yang ketara bagi pengguna jalan raya.
Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, plastik terpakai, getah terpakai dan
minyak enjin terpakai adalah bahan yang sesuai digunakan untuk menggantikan
bitumen. Metodologi yang sesuai akan digunakan semasa proses penghasilan projek
dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk perancangan penghasilan dan
pengujian projek.

ii
ABSTRACT

The project was modified from observations based on the roads used to have
been potholes. Thus, potholes will be repaired using a mixture of used plastic, used
rubber and used engine oil. The objective is to reduce the cost of repairing damaged
roads by using used plastic, used rubber and used engine oil. The project has a
significant impact on road users. Based on the reviews of the literature carried out,
used plastic, used rubber and used engine oil are materials suitable for use to replace
bitumen. The appropriate methodology will be used during the project production
process by using flowcharts as a guide for project production planning and testing.

iii
SENARAI KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT


AKUAN KEALSIAN DAN HAK MILIK
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
SENARAI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH vii

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 2
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 4
1.6 Kepentingan Projek 5
1.7 Jangkaan Dapatan Projek 5
1.8 Rumusan 5

2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab 6
2.2 Kajian Terdahulu 7
2.3 Rumusan 25

iv
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Carta Alir Metodologi 27
3.3 Permulaan 28
3.4 Perbincangan Tajuk 28
3.5 Tajuk Telah Ditetapkan 28
3.6 Soal Selidik 29
3.7 Lawatan Tapak 30
3.8 Permilihan Bahan 30
3.9 Menilai Keberkesanan 31
3.10 Rumusan 31

4 HASIL JANGKAAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Proses Kajian Projek 32
4.3 Rumusan 35

5 KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 36
5.2 Kepentingan Projek 36
5.3 Kesimpulan Projek 37
5.4 Rumusan 37

6 RUJUKAN 38
7 LAMPIRAN 39

v
SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jenis – Jenis Bitumen 15


2.2 Ciri – ciri Agregat Yang Baik 18
4.1 Jadual Kadar Nilai Campuran Plastik Terpakai, 34
Getah Terpakai dan Minyak Enjin Terpakai
4.2 Jadual Hasil Ujian 35

vi
SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA


SURAT

1.1 Jalan Berlubang 1


1.2 Penggunaan Plastik 2
1.3 Penggunaan Plastik di Politeknik Mukah 3
2.1 Struktur Lapisan Jalan 8
2.2 Struktur Lapisan Jalan (Modul Kejuruteraan Jalanraya 13
dan Trafik, 2006)
2.3 Bitumen 15
2.4 Agregat Semulajadi 16
2.5 Agregat Buatan Manusia 16
2.6 Agregat Kasar 17
2.7 Agregat Halus 17
2.8 Jenis – Jenis Plastik 20
3.1 Carta Alir Metodologi 27
3.4 Butane Gas 18
3.2 Soal Selidik Bersama Pegawai Jurutera Awam 29
Politeknik Mukah Iaitu Encik Shahrul Nazrin
3.3 Soal Selidik Bersama Penolong Pegawai Jurutera 29
Awam Politeknik Mukah iaitu Encik Hakim.
3.4 Jalan Berlubang 30
3.5 Butane Gas 30
4.1 Alat Ujian Penembusan (Penetration Test) 32
4.2 Alat Ujian Titik Penembusan (Softening Point) 33

vii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Jalan berlubang selalu terjadi disebabkan ketidaksempurnaan pada permukaan


jalan dimana tanah mampat di bawah turapan menjadi lemah. Hal ini biasa disebabkan
oleh air dalam struktur tanah di bawahnya dan lalu lintas yang melalui kawasan yang
terjejas. Jalan berlubang ini bermula dengan rekahan kecil tetapi menjadi lebih besar
dari masa ke semasa jika ia tidak diperbaiki dengan kadar segera. Banyak kesan
negatif dari jalan berlubang diantara nya ialah kemalangan terutama membabitkan
penunggang motosikal yang terlanggar jalan yang berlubang.

Rajah 1.1 Jalan Berlubang

1
Penggunaan bahan yang berasaskan plastik semakin hari semakin meningkat.
Peningkatan ini membawa kepada peningkatan jumlah sisa bahan buangan. Sisa bahan
buangan daripada plastik ini dilupuskan dengan pelbagai cara seperti dengan
pengisian tanah, pembakaran dan kitar semula.Penemuan sifat mengikat plastik dalam
keadaan cair boleh digunakan untuk peletakan jalan untuk mengurangkan
pembuangan sisa plastik secara tidak terancang. Membaiki jalan berlubang adalah satu
cara untuk menggunakan sisa plastik di turapan jalan sebagai salah satu bahan untuk
menggantikan bitumen sebenar. Penggunaan sisa plastik dalam penurapan jalan
berlubang boleh menjadi salah satu penyelesaiannya. Dan hal ini juga dapat
mengurangkan pembuangan sisa plastik yang telah digunakan.

Pembuangan minyak secara tidak terancang menyumbang kepada pencemaran


alam sekitar terutamanya pada air. Hal ini menyebabkan hidupan didalam air
kekurangan oksigen dan manusia akan mengalami sumber air. Dengan ini kami
menjadikan minyak sebagai bahan tambahan dalam bitumen bagi mengurangkan lagi
pencemaran yang disebabkan oleh minyak.

Rajah 1.2 Penggunaan Plastik

2
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek yang kami hasilkan ialah menurap jalan berlubang mengunakan


campuran daripada plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai dalam
mengurangkan kos penyelenggaran jalan di Politeknik Mukah. Dimana bitumen agak
mahal berbanding campuran yang kami hasilkan. Melalui projek kami ini juga kami
dapat memanfaatkan sisa plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai
yang telah digunakan. Melalui projek ini juga kami dapat mengurangkan pencemaran
alam sekitar.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Masalah utama untuk menjalankan penyelenggaran jalan raya di kawasan


Politeknik Mukah adalah kos bahan yang diperlukan sangat tinggi seperti kos
bitumen. Hal ini menyebabkan pihak berkenaan sukar untuk menyelenggara jalan
yang berlubang. Selain daripada itu, jalan raya berlubang adalah disebabkan oleh
kenderaan berat yang melalui jalan Politeknik Mukah seperti lori sampah dan lori
yang digunakan untuk mengambil sisa kumbahan di kawasan Politeknik Mukah.
Seterusnya masalah dari segi pembuangan sisa plastik yang tidak teratur di Politeknik
Mukah. Pekara ini berlaku kerana pihak Politeknik Mukah kurang menerapkan
amalan kitar semula dikalangan pelajar.

Rajah 1.3 Penggunaan Plastik di Politeknik Mukah

3
1.4 OBJEKTIF PROJEK

Tujuan projek ini adalah untuk :

i. Menghasilkan bitumen daripada campuran plastik terpakai, getah terpakai dan


minyak enjin terpakai sebagai bahan alternatif turapan jalan

ii. Membandingkan kos bitumen sebenar dengan campuran plastik terpakai, getah
terpakai dan minyak enjin terpakai sebagai bahan alternatif turapan jalan

iii. Menguji kekuatan bitumen sebenar dengan campuran plastik terpakai, getah
terpakai dan minyak enjin terpakai sebagai bahan alternatif turapan jalan

1.5 SKOP PROJEK

Di bahagian skop projek ini, tumpuan diberikan sepenuhnya kepada jalan raya
yang berlubang yang terdapat di Politeknik Mukah. Hal ini kerana jalan yang berada
di Politeknik Mukah banyak berlubang. Selain itu skop projek ini juga memberi fokus
terhadap kos penyelenggaran yang digunakan untuk membaiki jalan berlubang di
sekitar kawasan Politeknik Mukah.

4
1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Jalan raya merupakan tempat perhubungan antara suatu tempat ke suatu tempat
yang lain. Kerosakan yang berlaku di jalan raya dapat menyebabkan sesuatu yang
tidak diingini berlaku. Kerja penyelenggaraan juga mengambil kos yang banyak
dan masa yang lama untuk membaiki jalan raya. Penggunaan agregat dan plastik
yang diubah suai ini dapat menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan jalan
supaya pengguna jalan raya tidak membuang masa atas sebab kesesakkan jalan
raya yang sedang dibaik pulih. Dari sudut keselamatan, reka bentuk produk tidak
boleh berbahaya dan bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya. Projek
kami ini juga akan menjimatkan kos penurapan jalan kerana menggunakan
bitumen dengan campuran plastik. Dimana pengguna bitumen dapat dikurangkan.

1.7 JANGKA DAPATAN PROJEK

Pada akhir projek ini, kami mengharapkan dapat menghasilkan bitumen


daripada campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai
sebagai bahan alternatif turapan jalan berlubang di kawasan Politeknik
Mukah.Selain itu juga dapat mengurangkan kos untuk membaiki jalan. Melalui
projek kami ini juga dapat untuk memanfaatkan plastik dikitar semula. Kami juga
berharap jalan raya yang berlubang di politeknik mukah dapat di kurangkan dan
kualiti jalan akan menjadi lebih mesra pengguna.

1.8 RUMUSAN

Secara keseluruhan dalam bab pertama ini, dapat mengetahui beberapa


maklumat tentang projek yang akan kami lakukan berdasarkan pendahuluan, latar
belakang projek, penyataan masalah, objektif projek, skop projek, kepentingan
projek, pentakrifan istilah dan jangkaan dapatan yang telah kami senaraikan.
Kami berharap inovasi yang telah kami buat ini akan dapat memberikan banyak
manfaat kepada pengguna jalan raya di Politeknik Mukah.

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Kajian literatur ialah adalah gabungan maklumat yang diperoleh dari pelbagai
sumber iaitu surat khabar,buku,internet dan sumber lain yang sesuai. Maklumat ini
merupakan kandungan khusus yang berkaitan dengan tajuk atau isu yang berkaitan. Ia
mewakili idea yang teliti yang diperoleh daripada hasil nkajian atau penemuan orang
lain tentang sesuatu topik tertentu atau yang dianggap berkaitan dengan beberapa cara.
Sumber yang dipilih haruslah ditulis dengan baik dalam penggunaan tatabahasa yang
betul. Suber itu juga harus member penerangan yang lengkap mengenai kajian yang
dibuat. Matlamat utama Kajian Literatur adalah untuk memandangkan pandangan
yang dapat dibuat terhadap teoritis dan metodologi yang digunakan oleh penyelidik
pada masa lalu. Selain itu, Kajian literatur ini juga bertujuan untuk membezakan
kajian yang telah dikaji daripada kajian yang hendak dikaji berdasarkan latar belakang
projek penyelidikan yang sedang dijalankan.

6
2.2 JALAN RAYA

Jalan raya ialah jalan besar atau jalan utama yang menghubungkan satu
kawasan dengan kawasan yang lain. Biasanya jalan ini mempunyai ciri – ciri tersebut:

I. Digunakan oleh kenderaan bermotor berat dan ringan


II. Digunakan untuk orang awam
III. Dibiayi oleh badan awam
IV. Penggunaannya ditakluki oleh undang – undang pengangkutan

Diingatkan bahawa bukan semua jalan yang ada dapat dilalui oleh kenderaan
bermotor seperti denai – denai di dalam estet, jalan kebun dan sebagainya. Jalan yang
terdapat di kawasan denai dan estet mempunyai kelebaran yang kecil dan biasanya
digunakan oleh perjalan kaki dan motosikal sahaja. ( Muhammad Khairul Ikhwan
Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa, Narimah Kasim, Rozlin Zainal &
Hamidun Mohd Noh, 2021 )

2.3 PIAWAIAN JALAN RAYA PIAWAIAN

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh ( 2021 ) menyatakan JKR
menggeolongkan jalan raya yang merentasi kawasan desa kepada tujuh heararki, iaitu
R6, R5, R4, R3, R2, R1 dan R1a. Manakala jalan raya yang merentas kawasan bandar
kepada tujuh heararki juga iaitu U6, U5, U4, U3, U2, U1 dan U1a. Piawaian ini
bertujuan untuk:

I. Mewujudkan keseragaman dalam reka bentuk berdasarkan keperluan


II. Menyediakan kemudahan jalan raya yang konsisten, selamat dan boleh
dipercayai
III. Dijadikan panduan untuk membuat keputusan yang kurang subjektif
mengenai reka bentuk jalan raya

7
2.4 KONSEP PEMBINAAN

Tujuan pembangunan jalan raya pada umumnya adalah sebagai prasarana agar
kenderaan dan pengangkutan dapat mengangkut penumpang atau barang ke destanasi
masing – masing, bandar – bandar yang dilalui dan kos perjalanan serta kos
mengangkut barang boleh dikurangkan. Pembangunan jalan raya dapat memudahkan
pengguna jalan raya untuk bergerak melakukan pelbagai aktiviti dan tujuan. Semua
pembangunan ini adalah unruk memberi keselesaan terhadapt masyarakat ketika
menggunakan jalan raya iaitu melalui pelbagai jenis pengangkutan. Jika dapat dilihat
di bandar – bandar yang pesat membangun terdapat banyak jenis pengangkutan yang
digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai tuhuan.Jalan raya biasanya terdiri daripada
beberapa lapisan bahan binaan yang dibina di atas aras formasi. (Muhammad Khairul
Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa, Narimah Kasim, Rozlin
Zainal & Hamidun Mohd Noh, 2021 ).

Rajah 2.1 Struktur Lapisan Jalan

8
2.5 JENIS DAN PENYEBAB KEROSAKAN TURAPAN

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh ( 2021 ) menyatakan bahawa
jalan raya pada asasnya kerosakan turapan adalah berpunca daripada tiga faktor iaitu
faktor rekahan, faktor herotan dan faktor penyepaian ( Manual for the long term
pavement performance project – Dc, 1993). Lazimnya kerosakan yang berlaku kepada
jalan kampung adalah sama dengan apa yang berlaku pada jalan raya. Pada
kebiasaannya rekahan akan mula wujud di lapisan atas bahan bitumen. Bagi herotan
pula, ia biasanya wujud diatas permukaan berbitumen dan dikenali sebagai ‘rutting’,
dimana ia meninggalkan kesan kepada turapan hasil daripada cengkaman tayar. Faktor
penyepaian pula berlaku pada permukaan atas lapisan berbitumen dan jika ia
dibiarkan ia juga akan membawa kepada kehilangan bahan turapan yang lain seperti
agregat. Kerosakan utama yang kebiasaannya berlaku pada permukaan jalan raya
adalah:

I. ‘Rutting’
II. Kedutan (Corrugation)
III. Penyorongan (Shoving)

9
2.6 BITUMEN

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh ( 2021 ) menyatakan bahawa
bitumen adalah bahan likat bukan kristal, berwarna hitam atau coklat gelap, yang tidak
larut dalam air pada suhu 20 ºC, tetapi larut dalam pelarut organik alifatik dan larut
dalam karbon disulfida (CS2), kloroform, eter, dan aseton. Bitumen memiliki kualiti
pelekat dan kalis air (Tinavallie, 2013). Ketumpatan bagi bitumen terletak di antara
1.01 hingga 1.04 g / cm3 pada suhu bilik dan ia bergantung pada gred sumber kasar
dan paving (Baca dan Whiteoak, 2003). Bila merujuk kepada sumber semula jadi,
minyak mentah berat umumnya disebut bitumen apabila ketumpatannya melebihi 1 g /
cm3 pada suhu 15.6 ºC (Speight, 1999). Terdapat empat jenis bitumen iaitu:

I. Bitumen Gred Paving


II. Bitumen Teroksidasi
III. Bitumen Pemotongan
IV. Emulsi Bitumen

10
2.6.1 HOT MIX ASPHALT (HMA)

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh ( 2021 ) menyatakan bahawa
Hot Mix Asphalt (HMA) adalah gabungan kira-kira 95% batu, pasir, atau kerikil yang
diikat bersama oleh simen asfalt, produk minyak mentah. Asphalt simen dipanaskan
secara agregat, digabungkan, dan dicampurkan dengan agregat di dalam HMA. HMA
dicampur, diletakkan, dan dipadatkan pada suhu tinggi, maka namanya. Penurapan
konkrit aspal juga dapat ditempatkan pada suhu udara ambien, tetapi HMA adalah
kaedah penempatan utama untuk jalan dan jalan raya. HMA biasanya digunakan pada
lapisan tebal 4-8 inci, dengan lapisan bawah bertindak untuk menyokong lapisan atas,
yang dikenal sebagai permukaan atau geseran. Agregat di lapisan bawah dipilih untuk
mencegah kerosakan dan kerosakan, sementara agregat di permukaan dipilih untuk
sifat geseran dan ketahanannya (Industrial Resources Council, 2018). Terdapat dua
jenis aspalt lain iaitu:

I. Campuran Bergred Padat


II. Asfalt Matriks Batu

11
2.6.2 POLYMER MODIFIED BITUMEN (PMB)

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh (2021) menyatakan bahawa
Polymer Modified Bitumen (PMB) adalah salah satu gred bitumen yang direka khas
dan dinaiktaraf yang digunakan dalam pembuatan turapan jalan, jalan raya bagi
jentera berat, dan penyelesaian atap rumah untuk menahan keadaan cuaca yang
melampau. PMB adalah bitumen biasa dengan polimer tambahan, yang memberikan
kekuatan tambahan, kesepaduan yang tinggi dan ketahanan terhadapkeletihan,
pelucutan dan ubah bentuk bagi menjadikannya bahan yang baik untuk infrastruktur
(RAHA Bitumen, 2016). Apabila mengubah ciri-ciri yang ada dalam bitumen yang
normal dengan membuat penambahan polimer, sama ada sifat elastomerik atau
elastomer, bitumen tersebut akan menghasilkan campuran yang lebih padat dimana
akan meningkatkan kekuatan yang lebih banyak dan ketahanan yang lebih tinggi
terhadap parameter seperti rupa bentuk kekal untuk turapan jala raya (Bitumina,
2014). Jenis-jenis PMB yang digunakan adalah:

I. Elastomer
II. Elastomer Termoplastik
III. Plastik Thermoset
IV. Termoplastik

12
2.6.3 CUPLUMP MODIFIED ASPHALT (CMA)

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,


Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh (2021) menyatakan bahawa
Cuplump Modified Asphalt (CMA) adalah campuran gumpalan getah cawan, bitumen
dan asfalt, yang merupakan bahan komposit yang terutama digunakan untuk
penurapan permukaan jalan (Kumar, 2017). Getah asli dapat digunakan dengan
berkesan sebagai bahan tambahan dalam pengubahsuaian aspal. Dinyatakan bahawa
sifat elastomer getah asli berpotensi memberikan kestabilan yang tinggi, kekuatan
koyakan yang sangat baik dan ketahanan terhadap keletihan yang dapat meningkatkan
daya tahan turapan jalan (Kamal, 2019). Rajah 1 menunjukkan lapisan jalan raya
menggunakan CMA.

Rajah 2.2: Struktur Lapisan Jalan (Modul Kejuruteraan Jalanraya dan Trafik,
2006)

13
2.6.3.1 PROSES CUPLUMP MODIFIED ASPHALT

Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa, Narimah
Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh (2021) menyatakan bahawa penemuan
ini menyediakan kaedah untuk menyediakan getah beku yang diubahsuai berasaskan
getah dan cuplump, kaedah termasuk:

I. Menyediakan dan mencampurkan getah asli (cuplump) dan / atau getah sintetik
dalam pengadun dalaman sebelum mencampurkan dengan bahan kimia getah
tambahan untuk penyebatian pengisi, pengaktif dan pemecut untuk
membentuk sebatian,
II. Menambahkan jumlah bitumen yang telah ditentukan ke dalam pengadun
dalaman kerana suhu sebatian mencapai sekurang-kurangnya 60 ° C,
III. Menambahkan jumlah bitumen yang telah ditentukan lebih lanjut dalam
pengadunan dalaman sebagai sebaik sahaja suhu sebatian mencapai sekurang-
kurangnya 80 ° C dan membuang sebatian sebaik sahaja suhu sebatian tersebut
mencapai sekurang-kurangnya 90 ° C, di mana sebatian tersebut merangkumi
getah asli 100jam, bitumen 0-100 jam, 0-50 jam bahan karbon seperti itu
sebagai karbon hitam, karbon nanotube atau graphene dan 0-50phr stearic acid
(Said, 2017)

14
2.7 JENIS – JENIS BITUMEN

Jadual 2.1 Jenis – Jenis Bitumen ( Nurul Ain, 2020)

Jenis - Jenis Bitumen Penerangan


Modal hidrokarbon asal atau hidrogen yang asal atau
Bituminous atau Asphalt gabungan kedua – duanya. Derivatif logam yang
mingkin gas, cecair, separa pepejal atau pepejal.
Membuat penembusan pada 250’C di bawah beban
Bahan Bitumen Cecair 50 gram untuk 1 saat dan penembusan pada lebih
daripada 350 mm.
Membuat penembusan pada 250’C (770 F) di bawah
beban 1001 gram yang digunakan selama 5 saat,
Bahan Bituminus Semi Pepejal lebih daripada 10 mm dan penembusan pada 250’C
(770 F), di bawah beban 50 gram yang digunakan
untuk 1 saat, tidak lebih daripada 350 mm.
Bahan Bitumen Pepejal Membuat penembusan pada 250’C (770 F) di bawah
beban 100 gram yang digunakan selama 5 saat tidak
lebih dari 10 mm.

Rajah 2.3 Bitumen

15
2.8 AGREGAT

Agregat adalah bahan partikel kasar yang digunakan dalam pembinaan,


termasuk pasir, kerikil, batu hancur, terak, konkrit kitar semula dan sebagainya.
Gabungan adalah komponen bahan komposit seperti konkrit dan konkrit aspal.
Gabungan berfungsi sebagai penguatan untuk menambah kekuatan kepada bahan
komposit keseluruhan. Gabungan juga digunakan sebagai bahan asas, jalan raya dan
landasan kereta api.

Agregat semulajadi secara umumnya diekstrak dari pembentukan batu yang


leboh besar melalui penggalian terbuka (kuari). Biasanya batu diletupkan atau digali
dari dinding kuari kemudian mengurangkan saiz dengan menggunakan siri skrin dan
penghancuran.

Rajah 2.4 Agregat Semulajadi

Agregat buatan manusia, biasanya dibuat daripada campuran abu terbang,


pengikat, admixtures dan air. Terdiri daripada sanga letupan – relau, yang merupakan
produk bersama proses besi dan pembuatan besi yang mengalami penyejukan,
penyaringan, penghancuran dan pembasuhan. (Nurul Ain, 2020)

Rajah 2.5 Agregat Buatan Manusia

16
2.8.1 AGREGAT KASAR

Rajah 2.6 Agregat Kasar

Agregat kasar tidak akan melewati ayak dengan bukaan 4.75 mm (No. 4).
Lebih kasar agregat yang digunakan, lebih ekonomi campuran tersebut. Potongan-
potongan yang besar dapat menawarkan keluasan permukaan zarah yang lebih kecil
daripada jumlah yang sama dalam bentuk kepingan kecil. Penggunaan saiz maksimum
agregat kasar yang dibenarkan dapat mengurangkan keperluan simen dan air.
Klasifikasi bagi agregat kasar terbahagi kepada 2 iaitu dihancurkan dan tidak
dihancurkan. (Nurul Ain, 2020)

2.8.2 AGREGAT HALUS

Rajah 2.7 Agregat Halus

Agregat halus ialah bahan yang melepasi ayak 5 mm melalui ujian ayakan BS
410. Pasir umumnya dianggap mempunyai had saiz yang lebih rendah kira-kira 0.07
mm, bahan diantara 0.06 mm dan 0.02 mm dikelaskan sebagai lumpur, dan zarah yang
lebih kecil dipanggil sebagai tanah liat. (Nurul Ain, 2020)

17
2.8.3 CIRI – CIRI AGREGAT YANG BAIK

Jadual 2.2 Ciri – Ciri Agregat Yang Baik ( Nurul Ain, 2020)

Ciri - Ciri Penerangan


Kekuatan Untuk menahan penghancuran dan kesan semasa pembinaan
dan jugan beban trafik.
Ketahanan Ketahanan terhadap perpecahan di bawah cuaca.
Bentuk dan Membantu dalam saling, rintangan kepada gelongsor yang
Permukaan Tekstur menjejaskan kekuatan.
Affinity Betul dilapisi oleh pengikat.
Ketumpatan Relatif Perlucutan, masa pengeringan, reka bentuk campuran.
dan Penyerapan
Rintangan Memakai Dipolarisasikan di bawah trafik, rintangan tergelincir.
(Kekerasan)
Ketepatan Kualiti dan Kekuatan Turapan,

18
2.9 PLASTIK

Penggunaan plastik dapat menyelesaikan dan memudahkan pelbagai perkara,


tetapi pada waktu yang sama telah mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Penggunaan plastik yang berleluasa telah mengakibatkan kebergantungan yang tinggi
sehingga hampir semua barangan harian perlu menggunakan plastik walaupun dalam
kuantiti yang kecil.

Plastik merupakan komponen utama dalam kebanyakan pembuatan bahan


seperti botol air mineral, sikat, paip, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, terdapat
perbezaan antara jenis-jenis plastik yang dibahagikan mengikut kod “Society of the
Plastics Industry” (SPI). SPI telah membuat klasifikasi untuk memberi pendedahan
kepada pengguna dan seterusnya membantu pengguna terutamanya ketika melakukan
proses kitar semula. Pengetahuan berkenaan jenis-jenis plastik amat penting supaya
pengguna dapat menggunakan plastik dengan bijak tanpa mencemarkan alam sekitar. (
Dr Musfiroh Binti Jani , 2019 )

Plastik boleh dibahagikan kepada 7 jenis:

SPI 1: Polyethylene Terepthalate (PETE atau PET)

SPI 2: High-Density Polyethylene (HDPE)

SPI 3: Polyvinyl Chloride (PVC)

SPI 4: Low-Density Polyethylene (LDPE)

SPI 5: Polypropylene (PP)

SPI 6: Polystyrene or Styrofoam (PS)

SPI 7: Other (includes: polycarbonate, polylactide, acrylic, acrylonitrile butadiene,


styrene, fiberglass, and nylon)

19
Rajah 2.8 Jenis – Jenis Plastik

2.9.1 POLYETHYLENE TEREPTHALATE

Polyethylene Terepthalate merupakan salah satu plastik yang paling banyak


digunakan di dunia. 96% daripada botol plastik yang dihasilkan di Amerika Syarikat
adalah daripada plastik jenis PETE, malangnya hanya 25% yang telah dikitar semula.

Plastik kategori SPI 1 ini kadangkala menyerap bau dan rasa daripada makanan
dan minuman yang disimpan di dalamnya. Jenis plastik PETE biasanya digunakan
sebagai botol air mineral, botol minyak dan botol – botol yang bersifat lutsinar. Plastik
jenis ini tidak dicadangkan untuk digunakan lebih daripada sekali.

2.9.2 HIGH-DENSITY POLYETHYLENE (HDPE)

High-Density Polyethylene (HDPE) merupakan jenis plastik yang paling banyak


dikitar semula. Ia disebabkan sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan
suhu rendah. Menurut EPA, 12% daripada HDPE dikitar semula setiap tahun. HDPE
yang pertama telah digunakan sebagai bahan dalam sistem perpaipan.

20
2.9.3 POLYVINYL CHLORIDE (PVC)

Polyvinyl Chloride (PVC) merupakan jenis plastik yang paling sedikit dikitar
semula, iaitu kira-kira 1% setiap tahun. PVC dikenali sebagai plastik toksik
disebabkan ia mempunyai pelbagai toksin yang berbahaya kepada kesihatan manusia
dan alam sekitar. Plastik PVC digunakan sebagai paip plastik, lantai dan
seumpamanya.

2.9.4 LOW-DENSITY POLYETHYLENE (LDPE)

Low-Density Polyethylene (LDPE) 56% daripada jumlah plastik terhasil


daripada jenis LDPE. Beg membeli-belah, beg plastik, bekas makanan dan bekas
pakai buang merupakan produk yang dihasilkan daripada plastik jenis LDPE. Plastik
jenis ini juga tidak seharusnya digunakan kembali untuk mengisi sebarang makanan
atau minuman.

2.9.5 POLYSTYRENE OR STYROFOAM (PS)

Polystyrene or Styrofoam (PS) PS bersifat ringan dan senang dibentuk kepada


plastik. Memandangkan ia senang dileraikan, PS memberi kesan negatif kepada alam
sekitar dan mengancam lebih banyak hidupan laut kerana ia mudah dijumpai di
kawasan pantai. Bahan ini didapati memberi kesan kepada kesihatan otak, sistem
reproduksi, gangguan sistem saraf dan sebagainya.

21
2.9.6 MISCELLANEOUS PLASTICS

Miscellaneous Plastics polycarbonate, polylactide, acrylic, acrylonitrile


butadiene, styrene, fiberglass, dan nylon tergolong dalam jenis plastik lain yang
digunakan. Kebanyakan plastik jenis ini digunakan sebagai barangan harian di rumah
dan alat-alat elektronik.

2.10 MINYAK ENJIN TERPAKAI

Minyak adalah satu bentuk umum sebastian kimia yang tidak boleh bercampur
dengan air dan ia berada di dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan
tersebut dikatakan juga sebagai hidrofobik dan lipofik. Minyak terbina daripada satu
atau lebih cecair hidrokarbon sebastian. Sifat ketidakkutubannya, minyak susah
melekat pada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia beguna sebagai satu pelincir untuk
pelbagai tujuaan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum
mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan
persekitaran. ( Martinus Anak Liau, Christina Bulan Anak Nyawai & Geneseus Anak
Quat, 2017)

22
2.11 MINYAK ENJIN

Minyak motor, minyak enjin atau pelincir enjin adalah bahan yang terdiri
daripada minyak asas yang dipertingkatkan dengan bahan tambahan antioksida
ditambah detergen, dispersants dan untuk penambahbaikan indeks kelikatan minyak
pelbagai gred. Minyak motor digunakan untuk pelinciran enjin pembakaran dalaman.
Fungsi utama minyak motor adalah untuk mengurangkan geseran dan memakai
bahagian bergerak dan membersihkan enjin dari tercemar (salah satu fungsi
penyebaran) dan vanish (detergen). Ia juga meneutralkan asid yang berasal dari bahan
bakar dan dari pengoksidaan pelincir (detergen), meningkatkan pengedap cincin
omboh, dan menyejukkan enjin dengan membawa haba keluar dari kenderaan.

Sebagai tambahan kepada unsur – unsur asas yang dinyatakan dalam


perenggan yang terdahulu, hampir minyak pelincir mengandungi inhibitor kikisan dan
pengoksidaaan. Minyak motor boleh terdiri daripada bahan asas minyak pelincir
dalam hal minyak bukan detergen atau bahan asa pelincir ditambah bahan tambahan
untuk meningkatkan ketahanan minyak, pretasi tekanan yang melampau dan
keupayaan untuk menghalang kakisan bahagian enjin.

Minyak motor hari ini diadun dengan menggunakan minyak asas yang terdiri
daripada hidrokarbon berasaskan petroleum, polyalphaolefin (PAO) atau
campurannya dalam pelbagai perkadaran, kadang – kadang dengan sehingga 20%
berat ester untuk pembubaran yang lebih baik. ( Martinus Anak Liau, Christina Bulan
Anak Nyawai & Geneseus Anak Quat, 2017)

23
2.12 GETAH

Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid
yang juga dikenali sebagai susu getah atau lateks dimana ianya berada dalam sap
beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok getah. Terdapat juga getah tiruan yang
dihasilkan secara sintetik. (Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah
Meryam Shareh Musa, Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh, 2021 )

2.13 GETAH SINTETIK

Cikgu Naza, (2015) menyatakan bahawa getah sintetik (synthetic rubber) ialah
getah buatan manusia yang dihasilkan melalui proses pempolimeran (polimerisation)
monomer hidrokarbon yang diperoleh daripada pecahan petroleum.

Sifat-sifat umum getah sintetik adalah seperti berikut:

I. Tahan haba.
II. Tahan terhadap tindakan pelarut seperti asid dan minyak.
III. Tahan terhadap agen pengoksidaan.
IV. Lebih mudah dibersihkan dan dikendalikan.
V. Kedap udara.
VI. Penebat elektrik yang baik.
VII. Kalis air dan minyak.

24
2.10 RUMUSAN

Secara keseluruhan bab kedua ini adalah dimana kami mengkaji tentang
bahan – bahan yang digunakan untuk menurap jalan iaitu menggunakan campuran
plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai sebagai hal alternatif untuk
menurap jalan. Hal ini kerana kami ingin menghasilkan campuran yang merupai
bitumen akan tetapi dapat menjimatkan kos penyelenggaran jalan. Kami juga memilih
untuk menggunakan agregat halus kerana lebih mudah untuk di campurkan dengan
campuran yang kami hasilkan.

25
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,


mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang
dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi
ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian
kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip
yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah
kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak,corak dan sistem. Metodologi juga
bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada
kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara
yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

Pada Bab ini juga akan menerangkan kaedah atau teknik yang berkaitan
dengan penyelidikan metodologi yang akan digunakan sepanjang kajian berdasarkan
objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan di bab sebelumnya. Pada Bab ini juga
akan membincangkan dan menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci agar setiap
kajian yang dilakukan mempunyai pelbagai kaedah yang sesuai dan berkesan dalam
menjawab masalah kajian. Metodologi diketahui berkait rapat dengan kaedah - kaedah
serta penggunaan carta alir untuk menunjukkan perjalanan sesuatu projek yang
dijalankan. Oleh itu , kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan carta alir
metodologi mengenal pasti masalah , kaedah pengumpulan data , analisis dan reka
bentuk.

26
3.2 CARTA ALIR METODOLOGI

PERMULAAN

PERBINCANGAN TAJUK

PEMILIHAN TAJUK

TEMUBUAL

PEMILIHAN BAHAN

TIDAK BERJAYA

MENGUJI PROJEK

BERJAYA

PENILAIAN BERKESAN

TAMAT

Rajah 3.1 Carta Alir Metodologi

27
3.3 PERMULAAN

Untuk fasa permulaan, penilaian dibuat tentang penggunaan bitumen untuk


menurap jalan berlubang di Politenik Mukah Sarawak. Dari penilaian tersebut kami
dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi semasa proses menurap jalan
berlubang. Diantaranya ialah jalan berlubang di Politeknik terlalu banyak sehingga
pihak berkenaan perlu mengeluarkan kos yang banyak dan mereka juga menggunakan
konkrit untuk menurap jalan berlubang.

3.4 PERBINCANGAN TAJUK

Di fasa ini, kajian telah dibuat untuk mencari beberapa maklumat untuk
menggunakan bahan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin
terpakai sebagai bahan alternatif turapan jalan .Hal ini kerana kami ingin
menghasilkan campuran yang menyerupai bitumen. Fokus utama projek kami ini
dapat mengurangkan kos untuk menyelenggara jalan berlubang di kawasan Politeknik
Mukah dan menggunakan semula barang terpakai supaya dapat mengurangkan
pencemaran. Dalam projek kami ini juga kami akan menjalankan ujian makmal untuk
mendapat hasil perbezaan diantara bitumen sebenar dengan campuran plastik terpakai,
getah terpakai dan minyak terpakai menggunakan dua ujian makmal Ujian Titik
Perlembutan (Softening Point) dan Ujian Penembusan (Penetration Test).

3.5 TAJUK TELAH DITETAPKAN

Di fasa ini, keputusan telah dibuat untuk memilih tajuk projek iaitu
Menggunakan Bahan Campuran Plastik Terpakai, Getah Terpakai Dan Minyak Enjin
Terpakai Sebagai Bahan Alternatif Turapan Jalan.

28
3.6 SOAL SELIDIK

Kami telah menyediakan empat soalan untuk digunakan semasa proses soal selidik
bersama persona kami iaitu pekerja UPPF. Antara soalan yang kami sediakan adalah
seberapa kerap melakukan penurapan jalan berlubang di politeknik, bahan apa yang
selalu digunakan untuk menurap jalan berlubang di politeknik, berapa lama ketahanan
jalan berlubang yang telah diturap bertahan dan apakah cadangan/pandangan untuk
mengatasi jalan berlubang di politeknik.Soal selidik yang dijalankan ini adalah untuk
mengumpul maklumat daripada Pegawai Jurutera Awam dan Penolong Pegawai
Jurutera Awam Politeknik Mukah Sarawak di UPPF.

Rajah 3.2 Soal Selidik Bersama Pegawai Jurutera Awam Politeknik Mukah
iaitu Encik Shahrul Nazrin.

Rajah 3.3 Soal Selidik Bersama Penolong Pegawai Jurutera Awam Politeknik
Mukah iaitu Encik Hakim.
29
3.7 LAWATAN TAPAK

Kami akan membuat lawatan ke kawasan jalan berlubang di Politeknik Mukah


Sarawak yang mempunyai lubang yang perlu dibaiki, melihat keadaan mereka dan
melakukan ujian dengan keselamatan yang sewajarnya.

Rajah 3.4 Jalan Berlubang

3.8 PERMILIHAN BAHAN

Dalam projek yang kami jalan ini kami telah memilih beberapa bahan yang
kami akan guna iaitu bahan campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak
enjin terpakai sebagai. Semua bahan terpakai yang kami gun aini senang didapatkan
disekitar Kawasan Politeknik Mukah.. Sebagai bahan untuk tambahan mejadikan
plastik cair kami juga menggunakan ‘butane gas’.

Rajah 3.5 ‘butane gas’

30
3.9 MENILAI KEBERKESANAN

Hasil jangkaan untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 3 bulan. Hal ini
kerana kajian ini memakan masa untuk membuat campuran menggunakan bahan
campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak enjin terpakai.Ujian Makmal
akan dilakukan untuk mendapat hasil perbezaan diantara bitumen sebenar dengan
campuran plastik terpakai, getah terpakai dan minyak terpakai menggunakan dua ujian
makmal Ujian Titik Perlembutan (Softening Point) dan Ujian Penembusan
(Penetration Test).

3.10 RUMUSAN

Kesimpulan, bab ketiga ini menerangkan kaedah dan cara pelaksanaan


penyelidikan ini dilakukan dengan menunjukkan penerangan mengenai carta alir
metodologi. Di dalam carta alir metodologi terdapat perbincangan tajuk, pemilihan
tajuk, soal selidik, pemilihan bahan dan penilaian projek. Dalam bab ini juga
menunjukkan pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan projek
sebenar.

31
BAB 4

HASIL JANGKAAN

4.1 PENGENALAN

Bahagian ini harus memberikan pertunjuk yang baik tentang apa yang
pelajar harapkan untuk dicapai di akhir projek ini. Pada bahagian ini juga harus
memasukkan analisis data dan kemungkinan hasil daripadanya teori dan persoalan
yang dikemukakan oleh pelajar. Dalam bahagian ini, kepentingan kerja adalah
diringkaskan.

4.2 PROSES KAJIAN PROJEK

4.2.1 Ujian Penembusan (Penetration Test)

Ujian penembusan bagi bitumen adalah untuk menentukan kekerasan atau


kelembutan bitumen dengan mengukur kedalaman dalam milimeter yang mana jarum
yang dimuatkan standard akan menembus secara menegak dalam masa lima saat
sementara suhu sampel bitumen dikekalkan pada 25’C.

Rajah 4.1 Alat Ujian Penembusan (Penetration Test)

32
4.2.2 Ujian Titik Perlembutan (Softening Point)

Ujian “softening” digunakan untuk menentukan suhu kelembutan


bitumen.Ujian ini terdiri daripada dua cincin tembaga dan dua bola keluli, yang
menggunakan titik pelunakan pelbagai bahan bitumen yang ditentukan. Titik lembut
dianggap sebagai suhu bendalir apabila bola menembusi spesimen dan menyentuh plat
di bawahnya.

Rajah 4.2 Ujian Titik Perlembutan (Softening Point)

33
4.2.3 UJIAN MAKMAL UNTUK CAMPURAN PLASTIK TERPAKAI, GETAH
TERPAKAI DAN MINYAK ENJIN TERPAKAI

Untuk menguji campuran yang akan digunakan untuk menurap jalan. Ujian
makmal akan dilakukan untuk mendapatkan ratio campuran yang sesuai.

Jadual: 4.1 Jadual Kadar Nilai Campuran Plastik Terpakai, Getah Terpakai dan
Minyak Enjin Terpakai

Jenis Plastik Terpakai Getah Terpakai Minyak Terpakai


Campuran
A 40% 30% 30%
B 30% 30% 40%
C 30% 40% 30%

34
4.2.4 UJIAN MAKMAL UNTUK BITUMEN SEBENAR DAN CAMPURAN
PLASTIK TERPAKAI, GETAH TERPAKAI DAN MINYAK ENJIN TERPAKAI

Untuk mendapat hasil perbezaan diantara bitumen sebenar dengan campuran


plastik terpakai, getah terpakai dan minyak terpakai menggunakan dua ujian makmal
Ujian Titik Perlembutan (Softening Point) dan Ujian Penembusan (Penetration Test).

Jadual: 4.2 Jadual Hasil Ujian

JENIS UJIAN BITUMEN CAMPURAN CAMPURAN CAMPURAN


SEBENAR A B C
Ujian Titik
Perlembutan
(Softening
Point)
Ujian
Penembusan
(Penetration
Test).

4.3 RUMUSAN

Kesimpulan, bab keempat ini menerangkan hasil jangkaan yang akan kita
dapat pada akhir projek ini. Dalam bab ini juga kita dapat menentukan membuat
pengujian pada bahan projek seperti Ujian Penembusan (Penetration Test), Ujian Titik
Perlembutan (Softening Point) sebelum melakukan projek yang sebenar. Hal ini
penting supaya projek kita berkualiti dan campuran yang betul. Dalam bab ini juga
dapat mengetahui hasil awal turapan jalan.

35
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, mengringkaskan projek termasuk masalah, motivasi atau


kepentingan projek. Penyelesaian yang dicadangkan dan faedah kepada pengguna
yang disasarkan.

5.2 KEPENTINGAN PROJEK

Jalan raya merupakan tempat perhubungan antara suatu tempat ke suatu tempat
yang lain. Kerosakan yang berlaku di jalan raya dapat menyebabkan sesuatu yang
tidak diingini berlaku. Kerja penyelenggaraan juga mengambil kos yang banyak dan
masa yang lama untuk membaiki jalan raya. Penggunaan agregat dan plastik yang
diubah suai ini dapat menjimatkan masa dan kos penyelenggaraan jalan supaya
pengguna jalan raya tidak membuang masa atas sebab kesesakkan jalan raya yang
sedang dibaik pulih. Dari sudut keselamatan, reka bentuk produk tidak boleh
berbahaya dan bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya. Projek kami ini juga
akan menjimatkan kos penurapan jalan kerana menggunakan bitumen dengan
campuran plastik. Dimana pengguna bitumen dapat dikurangkan.

36
5.3 KESIMPULAN PROJEK

Kesimpulan daripada keseluruhan bab yang telah dihasilkan, kami telah


Memilih Menggunakan Bahan Campuran Plastik Terpakai, Getah Terpakai Dan
Minyak Enjin Terpakai Sebagai Bahan Alternatif Turapan Jalan. Projek yang kami
hasilkan dapat menjimatkan kos untuk menurap jalan di sekitar kawasan Politeknik
Mukah. Dengan ini, kita dapat mengguna semula plastik justeru mengurangkan
pembuangan sisa plastik, getah di politeknik Mukah. Manakala sisa minyak enjin
terpakai dari bengkel – bengkel luar. Dalam projek kami ini juga kami akan
menjalankan ujian makmal supaya keputusan hasil projek kami ini akan lebih tepat.

5.4 RUMUSAN

Kesimpulan, bab kelima ini menerangkan kesimpulan pada semua bahagian


bab yang telah dikaji.Dalam bab ini juga akan dapat mengetahui hasil akhir projek
yang kami jalankan.

37
RUJUKAN

Nazmi Ismail, (August 19, 2021) .Apakah Itu Bitumen? - NF Design &
Engineering (nfdesignengineering.com.my)
Nurul Ain ( 2020). Bahan Turapan Jalan.
Rokade S+ (2012). Use of waste plastic and waste rubber tyres in flexible
highway pavements. Institute of Technology (MANIT) , India.
Dr Musfiroh Binti Jani ( December 17, 2019 ). Jenis – Jenis Plastik dan
Penggunaannya.
Portillo Jerman (2016) . Termoplastik.
Vinoth.N – Use of Plastic Waste in Road Construction – Central Institutes of
Plastic Engineering and Technologi.
Nur Mustakiza Zakaria, Derma Nur Ashikin Nong Radzif, Muhammad Kamal
Hassan, Asmah Hamim (August 2015) . Penggunaan campuran plastik dan
kaca kitar semula sebagai agregat gantian dalam campuran berasfalt.
Advertorial, tirto.id (17 Okt 2018). Limbah Plastik untuk Pembuatan Jalan
Dream Civil ( August 2022). Softening Point Test of Bitumen
Shweta Sagar & Juhita (Mar 2019). Penetration Test
Muhammad Khairul Ikhwan Mohd Mashuri, Sharifah Meryam Shareh Musa,
Narimah Kasim, Rozlin Zainal & Hamidun Mohd Noh, 2021 ). Kajian
Keberkesanan Penggunaan Getah dalam Pembinaan Jalan Raya.
Mohamed Farid Noh, B. K. (2018, February 11). Jalan guna campuran getah
asli, manfaatkan pekebun kecil. Retrieved from Berita Harian Online
Chen, J. (2018, May 20). Bitumen. Retrieved from Investopedia
Cikgu Naza (2015). Sifat Umum Getah Sintetik

38
LAMPIRAN

LAMPIRAN A SOAL SELIDIK BERSAMA JURUTERA


JKA
LAMPIRAN B SOAL SELIDIK BERSAMA
PERNOLONG JURUTERA JKA
LAMPIRAN C LAPISAN SEBENAR JALAN
POLITEKNIK MUKAH
LAMPIRAN D KOS BAHAN
LAMPIRAN E CARTA GANTT

39
1. Soal selidik bersama Pegawai Jurutera Awam Politeknik Mukah Encik
Shahrul Nazrin.

40
2. Soal selidik bersama Penolong Pegawai Jurutera Awam Politeknik Mukah
Encik Hakim.

41
3. Lapisan sebenar jalan politeknik mukah.

42
KOS BAHAN

NO JENIS BAHAN JUMLAH HARGA JUMLAH


BAHAN SEUNIT HARGA
1 Bitumen + Batu Kerikil 2 unit RM 45.00 RM 90.00
2 Penyapu Konkrit Jalan 1 unit RM 30.00 RM 30.00
3 Tong Gas Refill 1 unit RM 26.60 RM 26.60
4 Periuk Stainless 1 unit RM 26.60 RM 26.00
JUMLAH RM 172.60

43
CARTA GANTT

1
2

You might also like