You are on page 1of 36

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DCC6203 CIVIL ENGINEERING PROJECT 2

SESI DISEMBER 2020

SMART DUSTBIN MONITORING

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO PENDAFTARAN

MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH 13DKA18F2031

LINGESWWARAN A/L NEDUNSEZIAN 13DKA18F2067

AHMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD@MAMAT 13DKA18F2007

SITI NURDIANNA AKYRA BINTI MOHD 13DKA18F2065


NASIR

PENYELIA PROJEK:

ENCIK MOHD FIRDAUS BIN CHE SOH


POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

SMART DUSTBIN MONITORING

NAMA NO. MATRIK

MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH 13DKA18F2031

LINGESWWARAN A/L NEDUNSEZIAN 13DKA18F2067

AHMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD@MAMAT 13DKA18F2007

SITI NURDIANNA AKYRA BINTI MOHD 13DKA18F2065


NASIR

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam sebagai


memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DISEMBER 2021
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : SMART DUSTBIN MONITORING


SESI : DISEMBER 2021

1. Kami, 1. MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH


2. LINGESWWARAN A/L NEDUNSEZIAN
3. AHMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD@MAMAT
4. SITI NURDIANNA AKYRA BINTI MOHD NASIR

adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan


Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
yang beralamat di KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu

2. Kami mengakui bahawa Smart Dustbin Monitoring dan harta


intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya reka cipta asli kami tanpa mengambil
atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek Smart Dustbin Monitoring


kepada PSMZA bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;


a) MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH ) ……………………………..
(No. Kad Pengenalan : ) ) MOHD SYAHMI BIN ABDULLAH
b) LINGESWWARAN A/L NEDUNSEZIAN ) ……………………………..
(No. Kad Pengenalan : ) ) LINGESWWARAN A/L NEDUNSEZIAN

c) AHMAD SYAFIQ BIN MUHAMAD@MAMAT ) ……………………………..


(No. Kad Pengenalan : ) ) AHMAD SYAFIQ BIN
MUHAMAD@MAMAT
d) SITI NURDIANNA AKYRA BINTI MOHD ) ……………………………..
NASIR ) SITI NURDIANNA AKYRA BINTI MOHD
NASIR
(No. Kad Pengenalan : )

di PSMZA pada 20 Mei 2020

Di hadapan saya, ENCIK MOHD FIRDAUS BIN CHE SOH ) ……………………………..


( ) sebagai penyelia projek pada tarikh ) ENCIK MOHD FIRDAUS BIN CHE SOH

20 Mei 2020
PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, projek tahun akhir ini dapat disempurnakan dengan
jayanya. Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik
Mohd Firdaus Bin Che Soh (Penyelia Projek) atas dedikasi dan penat lelah beliau dalam
memberi tunjuk ajar, bimbingan serta dorongan sepanjang tugasan projek ini dijalankan.

Terima kasih juga di ucapkan kepada kedua ibu dan bapa kami selaku pembakar
semangat dan pemberi dorongan sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Seterusnya ucapan
penghargaan ini juga ditujukan kepada kesemua rakan dalam ahli kumpulan projek ini yang
sentiasa menjadi tulang belakang, pendorong semangat, dan kerjasama yang amat
memberangsangkan sehingga proses pelaksanaan projek ini telah berjaya disiapkan.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan kepada panel-panel
pensyarah pengajian Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang sudi berkongsi pendapat dan
cadangan untuk penambahbaikkan projek kami ini. Sumbangan anda amat dihargai dan tidak
mungkin mampu kami balas dengan kata-kata.
ABSTRACT

Garbage is waste materials from humans, causes foul smell and dirty environment that can
affect the environment and scenery around the area. The attitude of the residents who are not
aware of the importance of cleanliness and the garbage collection contractors who are often
slow and do not carry out their responsibilities properly. Hence, we create an IOT system
project to clean up garbage waste immediately without delay. The objective of the project is to
run the functionality of the product in detecting the waste in the dustbin. The smart monitoring
dustbin is size of 120Litre. The size of the bin is 480 mm × 480 mm × 870 mm. The components
are attached by drilled to the garbage bin. Based on the result, it is known that the ultrasonic
sensor will detect the level of garbage for every seconds. Later, the data will be sent to the
mobile phones through ‘Cayenne’ application in percentage form. As conclusion, the higher
the level of garbage, the higher the percentage of garbage level.
ABSTRAK

Sampah adalah bahan buangan dari manusia, ini menyebabkan bau busuk dan persekitaran kotor yang
boleh mempengaruhi persekitaran dan pemandangan di sekitar kawasan ini. Di samping itu, sikap
masyarakat yang tidak menyedari akan kepentingan kebersihan dan pekerja kontraktor pengutipan
sampah yang sering lambat serta tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul yang telah
diamanahkan telah menyumbang kepada masalah sampah ini. Oleh itu, kami membuat projek sistem
berasaskan IOT (Internet of Things) ini bertujuan untuk membersihkan sampah dengan kadar yang
segera dan juga memudahkan pekerja-pekerja malahan dapat menjimat masa mereka. Objektif projek
ini adalah untuk merekabentuk dan menjalankan fungsi produk dalam mengesan peratusan tahap
ketinggian sampah di dalam tong sampah. Seterusnya, rekaan ‘Smart Dustbin Monitoring’ ini
dihadirkan dengan saiz isipadu 120 liter dimana saiz dimensinya adalah 480mm × 480mm × 930mm
dan juga terdapat beberapa komponen yang dipasang di tong sampah tersebut. Berdasarkan hasil
kajian produk ini, diketahui bahawa sensor ultrasonik akan mengesan tahap ketinggian sampah pada
setiap masa. Kemudian, data akan dihantar ke telefon bimbit atau komputer melalui aplikasi ‘Cayenne’
dalam bentuk peratusan sekiranya tahap ketinggian sampah di dalam tong sampah bertambah.
Kesimpulan, semakin tinggi tahap ketinggian sampah, semakin tinggi peratusan tahap sampah di
dalam tong sampah.
SENARAI KANDUNGAN

NO. TAJUK HALAMAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Skop Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Bab 6

2.2 Konsep/Teori 6

2.3 Kajian Terdahulu 7

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab 8

3.2 Rekabentuk Kajian 8

3.3 Rekabentuk Produk 10

3.4 Kaedah Pengumpulan Data 12

3.5 Instrumen Kajian 12

3.5.1 Kaedah Experimental 12

3.5.2 Soal Selidik 13

3.5.3 Pemerhatian 13
3.6 Teknik Persampelan 14

3.7 Kaedah Analisis Data 14

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 Pengenalan Bab 15

4.2 Dapatan Kajian 15

4.3 Pengujian Penerimaan Input dan 16


Penghantaran Output

4.3.1 Output Nyalaan Lampu LED 16

4.3.2 Output Notifikasi pada Aplikasi


C Cayenne

4.4 Analisis Perbezaan Bacaan Ultrasonik Sensor 18


dengan Bacaan Sebenar

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan Bab 20

5.2 Kesimpulan 20

5.3 Cadangan 21

RUJUKAN 22

LAMPIRAN

A. Carta Gantt 24

B. Anggaran Perbelanjaan 25

C. Jadual Pembahagian Skop Tugasan Individu 26

D. Kerja-Kerja Proses Mereka Bentuk Produk 27


‘Smart Dustbin Monitoring’.
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sampah adalah bahan-bahan sisa buangan daripada manusia dalam sehari-hari.


Sampah-sampah ini dikategorikan kepada dua iaitu sampah domestik dan sampah bukan
domestik (Ridwan, 1994). Sampah domestik adalah sisa-sisa pepejal yang dihasilkan daripada
aktiviti-aktiviti isi rumah dan komersial seperti plastik, kertas, botol-botol dan sisa makanan.
Manakala, sampah bukan domestik atau juga dikenal sebagai sampah pukal adalah sampah
yang terdiri daripada sampah kebun, longgokan sampah sarap, kayu-kayu, dahan, ranting,
daun, rumput, kotak-kotak atau perabot lama.

Pada masa kini seiring dengan bertambahnya populasi rakyat Malaysia, peningkatan
penghasilan sampah harian makin bertambah iaitu 100.75 peratus kepada 38, 142 tan pada
tahun 2018, berbanding 19, 000 tan pada tahun 2005. Selain itu, menurut angka yang
dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), seorang
rakyat dianggar menghasilkan 1.17-kilogram sampah sehari pada tahun 2018, berbanding pada
tahun 2005 (Berita Harian, 2020).

Dengan bertambahnya penghasilan sampah harian ini, berlakunya isu longgokan


sampah di tong sampah. Hasil longgokan sampah ini menyebabkan bau busuk serta
persekitaran kotor yang boleh menjejaskan persekitan dan pemandangan disekeliling kawasan
tersebut. Ini terbukti berlakunya di Dataran Shahbandar dan Persisiran Payang, Kuala
Terengganu, keterujaan orang ramai memenuhi kawasan tersebut sedikit telah mencemarkan
persekitaran dan keindahan, dimana ada tindakan segelintir yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah dan sisa makanan berlonggokan di tepi tong sampah (Berita Harian, 2019).

Berlakunya kejadian sampah longgokan tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya


sikap penduduk yang tiada kesedaran terhadap kepentingan kebersihan serta pihak kontraktor
pengutip sampah yang sering lambat dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

1
Berkaitan dengan isu kontraktor yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan
sepatutnya, perlunya sistem untuk memantau aktiviti pemungutan sampah mereka, seperti
inisiatif yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman dimana mereka telah mencipta
suatu sistem dimana pengoperasiannya berintegrasikan dengan aplikasi web dan telefon pintar
serta melibatkan perlabelan sistem kod unik pada setiap tong sampah. Setiap data yang di imbas
menggunakan sistem kod, akan dipaparkan pada paparan dashboarad dan jadual kutipan. Jadi,
aktiviti-aktiviti kutipan ini dapat dilihat pada bila-bila masa dan pihak MPK dapat mengesan
sekiranya kutipan tidak dibuat. Justeru itu, pihak MPK akan membuat pemotongan bayaran
dan denda sekiranya terdapat sampah didalam tong-tong sampah yang tidak dipungut (Portal
Rasmi Majlis Perbandaran Kemaman, 2020).

Justeru itu pada kajian ini, sistem IOT (Internet Of Things) akan digunakan untuk
membuat inovasi tong sampah pintar. IOT ialah rangkaian alatan yang diterapkan dengan
komponen elektronik, perisian, dan sensor yang membenarkan alatan sebegini berhubung,
mengumpul serta bertukar data, lalu dihubungkan melalui internet untuk diperhatikan dan
dikawal dari jauh.

Oleh demikian, seiring dengan perkembangan kemajuan negara, seharusnya pelbagai


ciptaan inovasi tong sampah patut diperkembangkan lagi untuk menjadikan sistem pengurusan
sampah yang lebih bersistematik dan cekap demi untuk melestarikan persekitaran yang bersih
sekaligus menjaga keindahan pemandangan.

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah tentang longgokan sampah, dan ia bukanlah satu isu baru
yang harus diperkenalkan khusus kepada pelajar-pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin terutamanya di jabatan JKA. Hal ini, turut berlaku secara global dalam dunia yang
serba canggih pada hari ini. Daripada pemerhatian kajian yang dilakukan, terdapat beberapa
tong sampah yang sangat penuh dan terkumpul dalam masa satu hari yang berlaku di
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin khususnya di jabatan kami iaitu JKA. Oleh itu, sistem
yang akan dicipta ialah Sistem kutipan sampah dengan menggunakan IOT untuk mengatasi
masalah ini.

2
Sebelum datangnya idea sistem ini, beberapa tong sampah di bengkel jabatan JKA
boleh dikatakan telah mengalami masalah sampah yang penuh selama dua hari di dalam tong
sampah. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan kepada pelajar – pelajar serta kakitangan
jabatan tersebut kerana pelbagai jenis haiwan seperti lalat dan sebagainya yang berkerumun
di tempat rombolan sampah yang terkeluar dari tong sampah dan boleh menyebabkan penyakit
yang berbahaya kepada pelajar dan kakitangan jabatan tersebut. Oleh itu, sistem yang akan
dicipta oleh kami adalah sistem yang akan membuatkan kutipan sampah tepat pada masa yang
sesuai dan teratur.

Disamping itu, dari segi kos pengurusan sampah ini juga tinggi disebabkan operasi
pemungutan sampah ini menggunakan lori sampah yang menggunakan minyak diesel.
Dengan sistem yang akan dicipta ini, pihak kutipan sampah tidak perlu mengambil sampah di
kawasan tong sampah yang belum dipenuhi sampah. Dengan itu, ini dapat menjimatkan kos
pengoperasian pada pihak politeknik.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk:

a) Mereka bentuk produk “Smart Dustbin Monitoring”


b) Mengenalpasti maklumat yang diperlukan untuk dihantar ke aplikasi “Cayenne”
c) Menguji kefungsian produk “Smart Dustbin Monitoring” dalam menentukan peratus
tahap ketinggian paras sampah di dalam tong.

3
1.4 Skop Kajian

Berdasarkan objektif, skop kajian ditunjukkan dalam gambarajah 1.1 dan jadual 1.1.

Gambarajah 1.1: Skop Kajian

Jadual 1.1: Bahan-bahan

4
1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan projek kami mempunyai beberapa faedah yang boleh dimanfaatkan oleh
semua kakitangan di Jabatan Kejuruteraan Awam. Faedah tersebut adalah limpahan tong
sampah dapat dihentikan, faedah ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan
sistem dari projek kami yang menyediakan pelbagai fungsi untuk megetahui takat sampah di
dalam tong sampah. Ini kerana ia dapat membantu pekerja untuk mengetahui takat sampah.

Selain itu, faedah lain yang boleh dimanfaatkan oleh projek kami adalah limpahan dan
pembersihan sampah yang berlaku akan terus dipantau dan dapat dikendalikan dengan
berkesan sehingga menjadikan tong sampah bersih dan boleh digunakan dengan kadar segera.
Ini adalah niat kami di fikiran semasa kami membina projek ini. Projek ini akan menjadi salah
satu alat yang sangat berkesan dalam menjaga persekitaran. Penggunaan teknologi IOT adalah
teknik yang berkesan untuk membersihkan persekitaran tanpa perlu diawasi dari jarak yang
dekat kerana telah disediakan aplikasi yang membolehkan pihak yang terlibat supaya dapat
mengawasi keadaan tong sampah dari mana sahaja mereka berada.

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan Bab

Isu longgokan sampah menjadi isu yang kritikal pada masa sekarang. Longgokan
sampah akan membawa penyakit-penyakit kronik kepada manusia contohnya penyakit cirit-
birit, denggi, Malaria dan sebagainya. Masalah longgokan sampah ini telah berlaku di Port
Dickson pada tahun 2018. Masalah ini dipaparkan di dalam surat khabar Berita Harian pada 5
Mac 2018. Longgokan sampah yang beribu-ribu itu membawa penyakit kepada pekerja
pengutip sampah disitu dan orang sekitarnya. Rentetan daripada isu-isu seperti itu, terhasilnya
pelbagai inovasi tong sampah yang lebih efisien dan cekap untuk memudahkan sistem
pembuangan sampah. Dalam bab ini, akan menunjukkan antara inovasi-inovasi tong sampah
yang telah diketengahkan oleh penyelidik.

2.3 Konsep/Teori

Daripada isu-isu yang membebankan rakyat Malaysia ini kami membawa sesuatu
idea yang menangani isu tersebut.Kami ingin membuat Tong Sampah yang bersifat “IOT”.
Tong Sampah ini mempunyai solusi untuk isu-isu tersebut. “IOT” atau “Internet Of Things”
menerangkan rangkaian objek fizikal - "benda" - yang disertakan dengan sensor, perisian, dan
teknologi lain untuk tujuan menghubungkan dan bertukar data dengan peranti dan sistem lain
melalui Internet. Dalam projek kita IOT ini berfungsi untuk memberi maklumat (paras sampah)
di dalam tong sampah kepada pihak berkuasa melalui aplikasi “Cayenne”. Projek ini dijangka
dapat mengurangkan masalah longokkan sampah. Pihak berkuasa tidak perlu memantau tong
sampah tiap hari.

6
2.3 Kajian Terdahulu

Kajian kami adalah tentang mengurangkan longgokon sampah di bengkel Jabatan

Kejuruteraan Awam di PSMZA. Kami telah merancang untuk membuat sesuatu tong sampah

yang dapat memberi kesenangan kepada pemungut sampah dalam pemantaun paras sampah

tanpa pembaziran kos. Oleh itu kami dapat beberapa idea untuk membuat produk kami iaitu

“Smart Dustbin Monitoring” yang berasaskan IOT.

Antara-antara projek inovasi tong sampah yang berasaskan IOT yang menarik

perhatian kami adalah projek dari Korea. Pada tahun 2014, sebuah institusi yang bernama

“Korea Institute Of Energy Technology Evaluation and Planning” telah membuat sesuatu

sistem pembuangan sampah iaitu Sistem sampah pintar berasaskan IOT untuk pengurusan sisa

makanan yang cekap. Cara berfungsi dengan pengunaan kad RFID untuk membuang sisa

dalam SGB akan memindahkan maklumat SGB ke pihak pengurusan untuk memproses

bayaran.Komponen yang digunakan adalah tong sampah pintar(RFID), Router, Battery, dan

paparan LCD.

Selain itu, projek inovasi sistem pembuangan sampah yang keduanya ialah sistem

pemantauan sampah IOT pada tahun 2017. Sistem ini telah dikaji oleh Universiti Malaysia

Perlis. Cara berfungsi kajian ini ialah, sistem ini akan menunjukkan status empat jenis sampah

yang berbeza: iaitu, sisa domestik, kertas, kaca dan plastik. Dan juga mengasingkannya.

Komponen yang telah diguna adalah Ultrasonic sensor, LCD, ARM Microcontroller, ESP8266

WIFI Module. Oleh demikian, daripada projek kajian lepas ini, dapat dijadikan rujukan untuk

projek kajian “Smart Dustbin Monitoring” ini.

7
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Bab

Bab ini membincangkan kaedah metodologi yang digunakan oleh para pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan untuk memberi perjelasan bagaimana kajian ini
dijalankan, data-data yang diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat.

Bab ini akan merangkumi perkara-perkara antaranya reka bentuk kajian, reka bentuk
produk, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, teknik persampelan dan kaedah
penganalisaan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah penting bagi sesuatu kajian sebagai panduan untuk
memastikan objektif kajian tercapai seterusnya menjawab persoalan kajian. Kajian ini
dijalankan untuk menguji keberkesanan produk “Smart Dustbin Monitoring” dalam mengesan
dan menentukan peratusan tahap ketinggian sampah di dalam tong sampah dan seterusnya
manghantar maklumat tersebut kepada aplikasi “Cayenne”. Cara mengunakan aplikasi ini
sangatlah mudah kerana kami memprogramkan aplikasi ini untuk kemudahan pekerja untuk
mengetahui keadaan tong sampah pintar tersebut. Cara pengunaan aplikasi adalah yang
pertama pengguna perlu memasang aplikasi ini di smartphone. Setelah memasang aplikasi, log
masuk ke aplikasi tersebut dan akan muncul halaman utama aplikasi tersebut. Halaman tersebut
akan meunjukkan peratusan tahap ketinggian sampah yang berada di dalam tong sampah pintar
tersebut. Setelah sampah penuh dalam tong, “Smart Dustbin Monitoring” akan menghantar
notifikasi ke aplikasi ‘Cayenne’ mengatakan sampah sudah penuh. Aplikasi akan diberikan
akses sepenuhnye kepada pekerja yang terlibat iaitu pekerja pemungutan sampah.

8
Rajah 3.1: Carta alir reka bentuk kajian

9
Rajah 3.2: Aliran cara kerja produk “Smart Dustbin Monitoring”

3.3 Rekabentuk Produk

Dalam kajian ini, perancangan lakaran mereka bentuk produk amatlah penting untuk
memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana rupa dan susunan kedudukan komponen
untuk produk “Smart Dustbin Monitoring” ini. Rajah 3.2 menunjukkan rekabentuk produk
yang siap dihasilkan. Rajah 3.3 menunjukkan pandangan sisi belakang dan Rajah 3.4
menunjukan pandangan diatas. Lakaran-lakaran rekabentuk produk dihasilkan dengan
menggunakan perisian AutoCad.

10
Rajah 3.2: Rekabentuk produk yang siap dihasilkan

Rajah 3.3: Pandangan sisi belakang

Rajah 3.4: Pandangan sisi atas

11
3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Secara asasnya terdapat empat kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul data
iaitu temubual, soal selidik, pemerhatian dan experimental. Dalam membentuk sesuatu kaedah,
dua aspek perlu diambil kira iaitu kesahan(validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu
penyelidikan. Penyelidik perlu terlebih dahulu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan
yang ingin dijalankan (Mohd Majid Konting, 1998).

Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data yang akan digunakan adalah experimental,
soal selidik dan pemerhatian.

3.5 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Terdapat beberapa
instrument atau alat kajian yang akan digunakan untuk mendapatkan data iaitu kaedah
experimental, soal selidik dan pemerhatian.

3.5.1 Kaedah Experimental

Setelah produk ini dihasilkan, proses pengujian/experimental diperlukan untuk melihat


keberkesanan produk ‘smart dustbin monitoring’ dalam menghantar data tertentu ke aplikasi
Blynk.

12
3.5.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik yang akan digunakan pada kajian ini adalah soal selidik bentuk
tertutup. Dalam kaedah ini, responden akan diberikan soalan yang berstruktur dan masa yang
cukup untuk menjawab dengan memilih senarai jawapan yang akan disediakan.

Rajah 3.5: Contoh borang soal selidik

3.5.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara
langsung terhadap responden. Dalam kajian ini juga dilakukan kaedah pemerhatian untuk
mendapatkan data mengenai reaksi dan tindak balas responden terhadap produk ‘smart dustbin
monitoring’.

13
3.6 Teknik Persampelan

Persampelan adalah suatu proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi
tujuan mewakilli populasi sesebuah kajian. Sampel yang dipilih sekurang-kurangnya
mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan (Mohd Majid Konting,
1998). Dalam kajian ini, teknik persampelan yang akan dilakukan adalah teknik Persampelan
Bertujuan dimana responden yang dipilih hanya daripada kalangan pekerja pembersihan dan
pemungut sampah yang terlibat di kawasan kajian iaitu di bengkel JKA.

3.7 Kaedah Analisis Data

Data yang dikumpulkan terdiri daripada soal selidik dan pemerhatian. Perisian
Microsoft excel akan digunakan untuk menganalisis data ini. Penganalisaan data melibatkan
jenis Statistik Deskriptif. Statistik Deskriptif akan digunakan untuk menunjukkan
keberkesanan produk kajian dalam memberi input data amaran sampah penuh kepada
responden. Data-data ini akan diperolehi terutamannya daripada borang soal selidik,
pemerhatian dan experimental.

Minggu Pertama Minggu Kedua

Rajah 3.6: Contoh Statistik Deskriptif Grafik

14
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 Pengenalan Bab

Dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian sangat memainkan
peranan yang penting kerana segala dapatan kajian akan ditunjukkan dalam bab ini. Hal ini
demikian kerana, melalui dapatan data yang diperolehi oleh pengkaji semasa projek ini
dilakukan, ia dapat menjawab segala objektif kajian dalam bab 1.

Oleh itu, dalam bab ini pengkaji membincangkan dapatan kajian bagi mengukuhkan
segala persoalan dan objektif kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

4.2 Dapatan Kajian

Seperti diterangkan di dalam metodologi, produk ini dilengkapi dengan satu sistem yang
menggabungkan komponen Arduino dan Ultrasonik Sensor dengan aplikasi “Cayenne” untuk
menjadikan ia satu produk tong sampah yang pintar yang dapat memberitahu status tahap
kandungan sampah di dalam tong sampah secara atas talian.

Setelah produk siap dibina, pengkaji akan menguji produk tersebut untuk mendapatkan
data-data tertentu untuk melihat prestasi cara kerja sistem ini adakah berjalan seperti yang telah
ditetapkan sistem pada produk “Smart Dustbin Monitoring” ini semasa awal pembinaannya.

Selepas itu, pengkaji akan membuat analisis tentang perbezaan bacaan parameter yang
di nilai oleh ultrasonic dengan bacaan parameter yang sebenar. Pengujian ini penting untuk
melihat sejauh mana ketepatan ultrasonik dalam mengeluarkan bacaan parameter.

15
4.3 Pengujian Penerimaan Input dan Penghantaran Output

Data input tahap kandungan sampah di dalam “Smart Dustbin Monitoring” akan diambil oleh
“ultrasonik Sensor” yang kemudiannya dihantar ke “Arduino” untuk menukarkan data tersebut
kepada 2 output iaitu nyalaan lampu LED dan memberi bacaan peratus tahap sampah pada
LCD dan aplikasi “Cayenne”.

4.3.1 Output nyalaan Lampu LED

Lampu LED yang diletakkan pada “Smart Dustbin Monitoring” adalah berfungsi sebagai
memberi perhatian kepada pekerja pembersihan untuk mengambil sampah di dalam tong. Ini
dapat menjimatkan tenaga dan masa mereka tanpa perlu selalu memantau kandungan sampah
di dalam tong tong sampah. LED lampu akan menyala apabila keadaan tong sampah telah
penuh.

Setelah pengujian dilakukan, output nyalaan lampu LED diberikan setelah tong sampah
telah penuh.

16
Rajah 4.1: Gambar Nyalaan lampu LED

Rajah 4.2: Notifikasi tahap peratusan sampah pada aplikasi “Cayenne”

17
4.3.2 Output Notifikasi pada Aplikasi Cayenne

Bacaan setiap peratusan tahap sampah di dalam tong sampah akan dipaparkan di dalam aplikasi
“Cayenne”. Setelah peratusan tahap ketinggian sampah di dalam tong menunjukkan telah
mencapai tahap penuh, satu notifikasi amaran akan dihantar kepada pihak pembersihan untuk
memungut sampah dengan kadar yang segera. Selain itu, notifikasi ini juga dapat memberikan
pihak syarikat pembersihan merancang proses perjalanan kutipan sampah dimana mereka
hanya perlu pergi mengambil sampah di kawasan yang mempunyai tong sampah yang penuh
sahaja. Ini dapat menjadikan proses kutipan lebih cekap dan menjimatkan kos terutamanya
pada minyak kenderaan.

Setelah pengujian di lakukan, output notifikasi bacaan peratusan sampah berjaya


dipaparkan kepada aplikasi “Cayenne”.

4.4 Analisis Perbezaan Bacaan Ultrasonik dengan Bacaan Sebenar

Dalam pengujian ini, pengkaji akan membuat analisis perbezaan bacaan nilai parameter yang
diambil melalui ultrasonik dengan bacaan sebenar. Bacaan sebenar ini akan diambil secara
manual iaitu pengkaji akan mengukur ketinggian tahap sampah di dalam tong dengan pembaris.

Setelah bacaan diambil, perbezaan bacaan yang diambil oleh ultrasonic dengan bacaan
sebenar adalah tidak begitu berbeza iaitu hanya berbeza 2 cm seperti yang ditunjuk dalam
jadual 4.1 dan rajah 4.3. Oleh demikian, pengkaji membuat analisis bahawa bacaan parameter
peratus tahap ketinggian sampah yang dikeluarkan oleh ultrasonik sensor masih boleh diterima.

18
𝑃𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑛 1 𝑐𝑚
Formula yang ditetapkan untuk parameter = 80 𝑐𝑚 (𝑇𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 𝑀𝑎𝑘𝑠𝑖𝑚𝑢𝑚) 𝑥 100%

Peratus Tahap Ketinggian Bacaan Jarak pada Bacaan Jarak sebenar,


Sampah, (%) Sensor, (cm) (cm)

20 18 16

40 34 32

60 50 48

80 66 64

100 82 80

Jadual 4.1: Perbezaan bacaan jarak pada sensor dengan bacaan jarak sebenar.

Rajah 4.3: Graf garis lurus menunjukkan perbezaan bacaan jarak pada sensor dengan bacaan
jarak sebenar.

19
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan Bab

Dalam bab ini, semua kesimpulan yang dikeluarkan mesti berpandukan kepada objektif
kajian yang dinyatakan dalam bab pertama kajian ini beserta dengan dapatan dan analisis yang
diperoleh ketika projek ini dijalankan. Dalam bab ini juga dinyatakan cadangan untuk
penambahbaikan produk ini untuk inovasi masa akan datang.

5.2 Kesimpulan

Produk kajian ini dapat diselesaikan dengan proses merekabentuk, pembuatan coding dan
pemasangan. Produk kajian ini berjaya dihasilkan dan berfungsi sepenuhnya ketika beberapa
pengujian dilakukan. Dari hasil analisis dan eksperimen, perbezaan bacaan jarak tahap
ketinggian yang diambil oleh ultrasonik dengan bacaan jarak sebenar adalah sebanyak 2 cm.
Walaubagaimanapun, perbezaan ralat 2 cm ini tidak begitu signifikan dan justeru itu, bacaan
parameter peratus tahap ketinggian sampah yang dikeluarkan oleh ultrasonik sensor masih
boleh diterima.

Oleh demikian, produk “Smart Dustbin Monitoring” ini mampu menjadi satu sistem
pemantaun tahap kandungan sampah di dalam tong, di mana ia dapat memberi notifikasi
amaran secara online melalui aplikasi “Cayenne” untuk diambil tindakan yang segera oleh
pihak pembersihan. Produk ini juga dilengkapi lampu nyalaan lampu LED untuk memudahkan
kerja-kerja pemantaun tahap kandungan sampah oleh pekerja-pekerja pembersihan di
sekitarnya.

20
5.3 Cadangan

Pengkaji mencadangkan bahawa pada masa akan datang sekiranya terdapat penambahbaikan

pada projek tersebut, ada beberapa perkara yang boleh dicadangkan untuk meningkatkan dan

memperbaiki projek tersebut. Cadangan pertama, mengunakan sensor ‘laser’ supaya dapat

mengambil data dengan lebih tepat lagi. Sensor ‘laser’ ini juga mempunyai ketahanan yang

lama dan tidak mudah terbakar. Seterunsya cadangan kedua, menambah ciri-ciri

pengubahsuaian pada penutup tong sampah yang mampu menngunci secara automatik ketika

sampah telah mencapai tahap penuh untuk mengelakkan limpahan sampah yang berlebihan.

Dan untuk cadangan yang terakhir, menambahkan satu sensor yang dapat membaca

kelembapan sampah didalam tong untuk mengenalpasti kehadiran sampah organik atau

dikenali juga sebagai sampah basah.

21
RUJUKAN

Ridwan Lubis (1994). Peningkatan Peranan Serta Masyarakat dalam Mensukseskan


Program Medan Bestari. Ucapan Sarasehan Hari Lingkungan Hidup Sedunia,
Medan. 25 Julai.

Portal rasmi Majlis Daerah(2019). Pengurusan sisa, from


(http://www.mdks.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa.
Portal rasmi Majlis Daerah Maran(2018). Kebersihan dan Pungutan Sampah, from
http://www.mdmaran.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa.

Berita Harian(2020). Pembuangan Sampah Negara Meningkat 100.75 Peratus, from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuangan-sampah-
negara-meningkat-10075-peratus.

Berita Harian(2019). Longgokan Sampah Cemari Dataran Shahbandar dan Pesisir Payang,
from https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/05/567521/longgokan-
sampah-cemari-dataran-shahbandar-dan-pesisir-payang.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kemaman(2020). Smart Bin Waste Management, from
http://mpk.terengganu.gov.my/ms/rakyat/smartbin-waste-management.

Laman web careta.my (2018). Fakta tentang pelekat RFID: Apa yang anda perlu tahu, from
https://careta.my/article/fakta-tentang-pelekat-rfid-apa-yang-anda-perlu-tahu

Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. c. 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 96.

22
Mohd Majid Konting (1998), Kaeda Penyelidikan Pendidikan. c. 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 86.

23
LAMPIRAN

Lampiran A. Carta Gantt

Carta Gantt Projek 1

Carta Gantt Projek 2

24
Lampiran B. Anggaran Perbelanjaan.

Bahan Kos 1 unit(RM) Bilangan Unit Jumlah(RM)

Tong Sampah 145 2 290

(74cm x 58cm x 113cm)

Ultrasonic sensor 3.20 2 6.40

Wemos D1 WIFI 10.62 2 21.24

Jumper Wire 3 1 3

Resistor(Perintang) 1 1 1

Power bank(10000Mah) 15.80 2 31.6

Lampu LED 1.30 2 2.60

Cable wire 1.98 4 7.92

Jumlah 181.90 Jumlah 363.76

25
Lampiran C. Jadual Pembahagian Skop Tugasan Individu.

NO. NAMA PELAJAR BAB MUKASURAT


PENDAFTARAN TUGASAN
INDIVIDU

1 Perbincangan
Kumpulan

13DKA18F2067 Lingeswwaran A/L 6-7


Nedunsezian

13DKA1F2065 Siti Nurdianna 6-7


2
Akyra Binti Mohd
Nasir

13DKA18F2031 Mohd Syahmi Bin 8-12


Abdullah
3
13DKA18F2007 Ahmad Syafiq Bin 8-10
Muhamad@Mamat

13DKA18F2031 Mohd Syahmi Bin 15-18


Abdullah

13DKA1F2065 Siti Nurdianna 17


Akyra Binti Mohd
Nasir

13DKA18F2067 Lingeswwaran A/L 5 20-21


Nedunsezian

Lampiran Perbincangan
Kumpulan

26
Lampiran D. Kerja-kerja proses mereka bentuk produk “Smart Dustbin Monitoring”.

Pemasangan Komponen

Penempatan Komponen di Dalam ‘Kotak’

27
Pandangan Depan Dan Sisi Produk Yang Telah Siap

28

You might also like