You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI MODEL BANDAR BESTARI

KATEGORI DANG ANUM

TARIKH

22-23 JULAI 2019

TEMPAT

IPG KAMPUS DARUL AMAN, KEDAH


KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI MODEL BANDAR BESTARI

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMMAD HILMI ISMAIL


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SK KEBAGU

MODEL BANDAR BESTARI

1.0 Pendahuluan
1. PENGENALAN

Definisi bandar lestari, menurut rumusan Persidangan URBAN21 di Berlin pada Julai 2000,

merujuk kepada gagasan untuk meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen

ekologi, budaya, politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan

datang.Dengan kata lain, bandar lestari merangkumi pemantapan nilai, sifat, dinamisme,

kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan sumber tenaga, bekalan air dan

pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana

mesra alam dengan dikelilingi kehijauan pelbagai flora dan fauna. Bandar lestari juga

seharusnya ditunjangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran minda,

penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan.

Projek inovasi yang telah dipilih ialah Model Pembangunan Bandar Lestari. Model ini

mempamerkan bagaimana pelajar membangunkan sebuah bandar yang seimbang dari segi

ekosistem, konsep hijau, bangunan mesra alam, penggunaan sumber yang minimum dan

sebagainya. Sistem logistik dan saliran yang moden juga digunakan dalam model ini bagi

menampilkan ciri-ciri bandar lestari yang tersusun.


2.0 Objektif
2. OBJEKTIF

 Memberi kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya membangunkan bandar

lestari.

 Membina keyakinan diri dalam kalangan murid.

 Memberi peluang kepada murid untuk mereka bentuk bandar lestari melalui idea sendiri.

 Membantu menyelesaikan masalah dalam isu pencemaran alam, terutama di kawasan

bandar

 Memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid.

 Memupuk dan menarik minat murid terhadap inovasi pembangunan bandar lestari

3.0 Rasional
3. RASIONAL

Rasional projek inovasi ini ialah untuk membantu memberi gambaran tentang bagaimana

bandar lestari yang dibangunkan dapan mengurangkan isu pencemaran, terutama di kawasan

bandar. Konsep hijau yang diterapkan memastikan kesihatan persekitaran di bandar besar

sentiasa terjamin dan terjaga.

4.0 Kumpulan
4. KUMPULAN SASARAN

Murid-muridsasaran
Tahap 2 SK Kebagu
5.0 Skop dan Limitasi Projek
8. SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Skop projek dijalankan di sekolaholeh kumpulan pelajar dan dibantu oleh guru pembimbing

yang memantau perjalanan projek.

6.0 Kepentingan dan Impak


9. KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Model Bandar Lestari Projek


ini dapat membantu dalam pembangunan bandar yang mesra alam dan

bebas daripada pencemaran. Model ini juga memberi gambaran bahawa bandar lestari ini boleh

dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri yang ditampilkan. Impak daripada projek ini adalah ia dapat

menyumbang idea kepada pihak yang bertanggungjawab membangunkan bandar lestari di

negara ini.

7.0 Peserta Terlibat


1. Majdiah Abdul Hamid (Guru pembimbing)

2. Nur Madihah (Guru pengiring)

3. Nur Syamimi

4. Mohd Zawir

5. Jaliati Jamar

6. Nur Farah Qasrina binti Matni


8.0 Anggaran Kos
8.1 Kos Inovasi

Bil Barang Kuantiti Kos per unit (RM) Harga


1. Kadbod keras 3 keping 5.00 RM 15.00
2. Pin 1 kotak 5.00 RM 5.00
3. Polisterine 2 5.00 RM10.00
4. Kain felt 5 5.00 RM 25.00
5. Rumput karpet 1 gulung 20.00 RM 20.00
8. Glue gun 1 12.00 RM 12.00
9. Laminating film 1 kotak 40.00 RM40.00
9. Pokok plastik 10 batang 1.50 RM15.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 142.00

8.2 Kos pengurusan

Bil.Item Kuantiti Kos per unit Harga


1. Tiket penerbangan 6 400.00 2400.00
2. Makan minum 5 80 400.00
3. Penginapan 1 450 900.00
(homestay)
4. Yuran penyertaan 1 100 100
JUMLAH KESELURUHAN RM3800.00

9.0 Pelan Tindakan Projek


11. PELAN TINDAKAN PROJEK

Mula
Kenal pasti masalah

Perbincangan bersama
pasukan

Pemilihan Projek Inovasi

Penyediaan Kertas Kerja Projek

PembinaanModel Bandar
Lestari

Pelaksanaan Projek Inovasi

Analisis Kelemahan Laporan Pelaksanaan

Penambahbaikan Analisis Kekuatan

Kesimpulan

Penghantaran Laporan ke IPG

Tamat

12. PENUTUP
Penutup
Secara keseluruhannya, Model Bandar Lestari ini amat penting dalam memberikan idea dan

gambaran kepada pemaju-pemaju bandar untuk merealisasikan bandar tersebut. Ia amat


penting agar persekitaran di kawasan bandar sentiasa terjamin dari segi kesihatan dan bebas

pencemaran. Diharapkan agar projek ini menyumbang kepada kelestarian bandar di Malaysia

seterusnya memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya membangunkan

bandar lestari tersebut.

Disediakan oleh :

...............................................................

(MOHAMMAD HILMI ISMAIL)


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Disemak oleh : Disahkan oleh :

......................................................... ....................................................

(EN. MUDIN OSMAN) (EN. MAZLAN BIN OSMAN)


PENOLONG KANAN KURIKULUM, GURU BESAR
SK KEBAGU SK KEBAGU

You might also like