You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG KADIR GEDONG, SIMUNJAN SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM INOVASI SEKOLAH

TAJUK: ROLY POLY

DIHASILKAN OLEH:
NAMA MURID:
1. AZIQ BIN HAMZAH
2. FITRI ALEEYA MAISYARAH BT ANUAR
3. NUR ADRIANA ANISSA BT KOSWADI
KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SEKOLAH

SK ABANG KADIR GEDONG, SIMUNJAN SARAWAK

TAJUK : ROLY POLY

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat
murid-murid di SK Abang Kadir Gedong untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.


2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk
baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para pereka cipta muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

3 orang murid Tahun 4

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kebanyakan murid sukar untuk memahami suku kata terbuka.


2. Tempat belajar yang kurang kondusif semasa belajar.
3. Tiada fokus dalam kalangan murid SK Abang Kadir Gedong.
4. Kekurangan daya tarikan semasa sesi pengajaran guru dalam kelas.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah dan juga
bahan-bahan yang sedia ada bagi menyiapkan projek.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk pembelajaran melalui aktiviti
inovasi.
2. Membuka peluang serta menanam minat rekacipta kepada murid .
3. Dapat menghasilkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran RBT.

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM450.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan
ialah :

-membeli barang-barang di kedai di SK Abang Kadir Gedong.(Rujuk Lampiran)

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HURAIAN JUMLAH


1 Kadario Glossy Photo Paper (210grm) RM 15.29 x 1 RM 15.20
2 Flourescent Paper SAM’S RM 4.80 x 8 RM 38.40
3 Polisterin Foam (tebal) RM 16.00 x 4 RM 64.00
4 Polisterin Cutter RM 8.90 x 1 RM 8.90
5 Bateri (Saiz C) RM 5.50 x 6 RM 33.80
6 Marker Hitam RM 1.60 x 5 RM 8.00
7 Marker Biru RM 1.60 x 5 RM 8.00
8 Mounting Board RM 9.80 x 3 RM 29.40
9 Kertas A4 (1 rim) RM 12.50 x 1 RM 12.50
10 Cattridge Printer HP 2060 (Black) RM 28.00 x 1 RM 28.00
11 Cattridge Printer HP 2060 (Colour) RM 32.00 x 1 RM 32.00
12 Plastik Liminate RM 30.00 x 2 RM 60.00
13 Kertas A4 Colour (Bright Colour) RM 20.00 x 1 RM 20.00
14 Kertas A4 Colour (Pastel Colour) RM 19.00 x 1 RM 19.00
15 Gam Kertas RM 8.90 x 1 RM 8.90
16 Double Sided 12mm RM 1.80 x 24 RM 43.20
17 Binding Tape 2 1/2 RM 3.50 x 5 RM 17.50
JUMLAH BESAR RM 446.80
TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak banyak murid yang kurang memahami konsep suku
kata terbuka mahupun suku kata tertutup. Keadaan ini sudah tentu boleh menyukarkan untuk guru
mengajar murid selain daripada murid sukar untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih lama.
Sehubungan itu, murid perlu didedahkan dengan satu pembelajaran dan pengajaran yang dapat menarik
minat serta fokus mereka semasa guru mengajar dan juga dapat menaikkan semangat mereka untuk
terus belajar dan memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku inovasi untuk
penghasilan satu bahan bantu belajar yang dapat memberi impak kepada permasalahan murid.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Julai - Perancangan projek dalam kalangan Guru


-pemilihan murid yang akan terlibat dalam pertandingan inovasi

2. Ogos -Penyediaan Bahan Projek

3. September -Pertandingan Inovasi

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid
demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran RBT. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat
rekacipta dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid,
sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… …….………………………….
(ENCIK MOHAMAD HARDY HELMY BIN AHMAD ) (ENCIK JULKIPLI BIN HJ SAHARI )
Guru Pertandingan Inovasi, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Abang Kadir Gedong, SK Abang Kadir Gedong,
94800 Simunjan, 94800 Simunjan,
Sarawak. Sarawak.

Disahkan Oleh:

………………………….
(BUJANG BIN HJ WEN)
Guru Besar
SK Abang Kadir Gedong,
94800 Simunjan,
Sarawak.

You might also like