You are on page 1of 2

CONTOH KARANGAN BERFORMAT

CATATAN HARIAN
AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Sabtu, 29 Julai 2023

7:00 pagi            

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan. Guru Besar menyampaikan ucapan.

7:30 pagi          

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A membersihkan longkang dan mengelap tingkap,
Kumpulan B menyapu sampah dan mengecat dinding, Kumpulan C melukis mural dan menghias kelas.

8:00 pagi              

Setiap kumpulan menyediakan peralatan yang hendak digunakan semasa menjalankan aktiviti gotong-royong. Selepas
itu, kami terus menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.

9:30 pagi                        

Kami  berehat  sekejap kerana terlalu   penat. Pihak sekolah  juga menyediakan makanan untuk kami semua. Kami
minum minuman yang sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga kerana cuaca sungguh panas.

10:00 pagi              

Murid-murid meneruskan aktiviti  gotong-royong. Cikgu Goh mengambil gambar   dengan kamera digital yang
canggih untuk dijadikan sebagai kenangan dan dimasukkan ke dalam laporan aktiviti.

11:30 pagi            

Aktiviti gotong-royong selesai dijalankan. Murid-murid menyimpan peralatan ke dalam stor. Murid-murid berkumpul
di dewan. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-
royong ini.

12:00 tengah hari

Aktiviti gotong-royong pun tamat. Murid-murid pun balik ke rumah masing-masing. Kami berasa gembira  kerana
sekolah kami kelihatan bersih dan cantik.

CONTOH KARANGAN TIDAK BERFORMAT

Karangan Jenis Keperihalan

Tajuk : Pengalaman Menyertai Aktiviti Gotong-Royong Di Kawasan Sekolah

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan gotong- royong. Murid-murid tahun enam dan
beberapa orang guru ditugaskan membersihkan kawasan sekolah.

Pada pagi itu, kami berkumpul di dewan sekolah. Cikgu Su membahagikan kerja kepada kami. Cikgu
Kong memberi peralatan kepada kami. Kami mula menjalankan tugas masing-masing.

Saya dan rakan-rakan mengutip sampah-sarap. Kami memasukkan sampah-sarap ke dalam tong sampah.
Murid-murid yang lain mencabut rumput dan mencuci longkang. Beberapa orang murid perempuan sibuk
menanam pokok bunga.

Kerja gotong-royong itu tamat kira-kira tiga jam. Selepas itu, kami menyimpan peralatan ke dalam stor.
Kemudian, kami berehat sambil minum.
Saya dan kawan-kawan berasa sangat gembira dan puas hati. Kini, kawasan sekolah kelihatan bersih dan
indah. Murid-murid balik dengan hati yang gembira.

You might also like