You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Gotong Royong SJK(C) Ave Maria Convent

Pada 27 Mei 2023, sekolah saya telah mengadakan gotong-royong membersihkan


kawasan sekolah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan
kawasan sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Murid-murid


membawa pelbagai alat. Antaranya ialah penyapu, baldi, kain buruk dan sebagainya. Pada
8.30 pagi, Guru Besar memberikan taklimat.

Selepas itu, aktiviti gotong-royong bermula. Kami diberi tugas untuk membersihkan
kawasan sekolah seperti memungut sampah, menyapu lantai, menanam pokok bunga,
membersihkan bilik darjah dan tandas. Kami bekerjasama menjalankan tugas bagai aur
dengan tebing.

Semasa kami membersihkan kawasan sekolah, kami juga diberi penerangan oleh
guru-guru kami mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Kami diajar
agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah dan juga menghargai harta benda
sekolah.

Semua murid dan guru memberi kerjasama dalam menyelesaikan tugas masing-
masing. Aktiviti gotong royong tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Guru besar
mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang terlibat. Kawasan sekolah menjadi
bersih dan cantik.

Pada puku 1.00 petang, murid-murid pun pulang ke rumah. Aktiviti gotong royong
amat bererti kerana mengeratkan hubungan antara guru dengan murid.

Disediakan oleh, 30 Mei 2023

(Mok Wei En)


Setiausaha,
SJK (C) Ave Maria Convent

You might also like