You are on page 1of 2

SK SUNGAI KEMENA

LAPORAN GOTONG-ROYONG 3K

Hari : Khamis
Tarikh : 23 April 2015
Tempat : SK Sg Kemena
Masa : 8:30 –pagi 3:00 petang

Gotong-royong 3K di mulakan dengan kerja-kerja pembahagian tugas ahli-ahli PIBG . Antara aktiviti yang telah dijalankan
pada hari itu ialah aktiviti menanam anak pokok kelapa dan anak pokok buah di sekitar kawasan sekolah, pokok bunga
dan juga membantu dalam menyiapkan kawasan takungan air mandi untuk murid asrama. Program ini berhenti seketika
pada jam 12 tengah hari untuk merarau. Gotong-royong disambung semula selepas merarau sehingga jam 3 petang.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah;


 Mengadakan program keceriaan sempena bulan 3K peringkat sekolah.
 Mengeratkan lagi silaturahim diklangan warga sekolah dan PIBG.
 Menggalakkan murid-murid dan warga sekolah mengamalkantabiat cintakan kecantikan dan kebersihan di
mana-mana sahaja mereka berada.
 Menyedari pentinganya persekitaran cantik dan sihat membantu kehidupan yang lebih baik.

Respon peserta;
 Menggalakan di mana ramai warga sekolah dan penduduk setempat hadir membantu
 Meningkatkan kerjasama
 Gembira
 Meningkatkan semangat perpaduan diantara warga sekolah dan penduduk setempat

Program ini berjalan dengan lancar dan baik mengikut apa yang dirancangkan. Semoga ia dapat memberi manfaat
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sejuta penghargaan diucapkan kepada
seluruh warga SK Sg Kemena dan para ibu bapa yang hadir membantu.
2
Disahkan oleh,
Disediakan oleh,

_________________________ _________________________

(EN MOHD HAFIZ BIN DELI) (PN. ROKAYAH BINTI BAKI)

Pen. Kanan Hal Ehwal Murid,


Ketua Jawatankuasa 3K
SK. Sg Kemena
Unit Hal Ehwal Murid

S.K Sg Kemena.

You might also like