You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN BERGOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN LONGKANG-LONGKANG DI SEKELILING SEKOLAH

NAMA PROJEK : PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH CERIA, MURID GEMBIRA

NAMA SEKOLAH

: SK Palong 7

TARIKH PELAKSANAAN

: 9 / 3 / 2013

MASA PERLAKSANAAN

: 7.30 a.m.

Pengenalan Program kecerian telah diadakan di sekolah SK Palong 7.Salah satu aktiviti kecerian ini ialah bergotong-royong membersihkan longkang-longkang di sekeliling sekolah . Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah tahap dua SK Palong 7.

Aktiviti ini diadakan bertujuan melakukan penambahbaikan dan menceriakan kawasan sekolah.

Objektif:
1. Mewujudkan satu suasana persekitaran yang menarik,bersih,dan mampu memberikan keselesean kepada warga sekolah. 2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kebersihan di kawasan sekolah. 3. Memupuk sikap bertanggungjawab murid-murid dan seluruh warga sekolah terhadap mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan kondusif. 4. Mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan antara warga sekolah. 5. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan murid.

Laporan Aktiviti Menurut,pihak sekolah sering menerima aduan daripada pekerja-pekerja sekolah,berkaitan longkang-longkang sering tersumbat di kawasan sekolah.PIBG sekolah sentiasa memberi perhatian kepada perkara ini ,maka PIBG dan pihak sekolah telah merancang aktiviti kerja pembersihan. Pihak sekolah juga mengharapkan agar warga sekolah menghargai kebersihan sekeliling kawasan sekolah .Warga sekolah dilarang membuang sampah-sarap ke dalam longkang.

Kerja -kerja pembersihan telah dijalankan pada 9 Mac 2013 dengan berjaya. Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Kerja pembersihan ini dijalankan mengikut kumpulan .Setiap kumpulan melakukan tugasan bersama dengan tiga orang guru penasihat. Semua longkang yang tersumbat itu telah dibersihkan dengan kerjasama warga sekolah.

You might also like