You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV TAJUK : SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA TARIKH : 22 FEBRUARI 2014 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI 6.00 PETANG TEMPAT : SK PASIR AMBOR

ANJURAN : GURU-GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN FEB 2012 SEMESTER 5 IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN
1

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1.0 Nama Program 2.0 Pengenalan 3.0 Rasional 4.0 Tujuan 5.0 Objektif

ISI KANDUNGAN

6.0 Tarikh Cadangan Program/Aktiviti yang dijalankan 7.0 Kumpulan Sasaran 8.0 Cadangan Aktiviti dan Skop Tugas 9.0 Jawatankuasa Pelaksana 10.0 Jawatankuasa Aktiviti dan Kumpulan Mengikut Kawasan 11.0 Agihan Tugas Murid Mengikut Kelas 12.0 Tentatif Program 13.0 Anggaran Perbelanjaan 14.0 Penutup

1.0

NAMA PROGRAM Program Sayangi Kawasan Sekolah Anda

2.0

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru PPG ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat. Pada kali ini, program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini berteraskan kepada program Sayangi Kawasan Sekolah Anda. Fokus program ini bertumpukan kepada kawasan sekolah sebagai kawasan anak angkat. Ia meliputi pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekitar kawasan sekolah untuk diceriakan bersama-sama warga sekolah. Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan. Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Sehubungan dengan itu, guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) IPG Kampus Raja Melewar melalui program Bina Insan Guru (BIG) dengan kerjasama pihak sekolah dan jawatankuasa 3K telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bersama semua warga Sekolah Kebangsaan Pasir Ambor. Ia bagi syarat wajib lulus BIG bagi guruguru PPG yang melibatkan kerjasama antara guru dan murid. Fokus utama aktiviti yang akan dilaksanakan meliputi aspek keceriaan kawasan sekolah iaitu dengan membuat lukisan mural pada bangunan sekolah. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Persekitaran kawasan sekolah perlulah kondusif bagi mewujudkan semangat untuk belajar dalam kalangan murid. Adalah diharapkan agar program ini dapat menjadi platform kepada warga sekolah SK Pasir Ambor memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

3.0

RASIONAL Program Bina Insan Guru bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) diperkenalkan oleh BPG selaras dengan hasrat bekas Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pembangunan ilmu pengetahuan,

kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika yang tinggi. Selaras dengan hasrat itu, unit BIG, Jabatan Kokurikulum, IPG Kampus Raja Melewar berasa bertanggungjawab melaksanakan program BIG kepada pelajar PPG bagi membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti. 4.0 TUJUAN Tujuan program ini dicadangkan untuk memenuhi kursus wajib BIG serta dapat melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru

merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan adalah pembinaan generasi negara.

5.0

OBJEKTIF. 5.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. 5.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. 5.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah. 5.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan. 5.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

6.0

TARIKH CADANGAN PROGRAM / AKTIVITI YANG DIJALANKAN. Tarikh Tempat Masa Pakaian : 22 Februari 2014 (Sabtu) : SK Pasir Ambor : 8.00 pagi 6.00 petang : Sukan

7.0

KUMPULAN SASARAN i. Guru-guru SK Pasir Ambor ii. Murid SK Pasir Ambor iii. AJK PIBG SK Pasir Ambor iv. Pelajar PSV (Ambilan Februari 2012) IPG Kampus Raja Melewar

8.0

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

8.1

Aktiviti : Menceriakan dinding bangunan di kawasan Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau, makmal Sains, makmal komputer dan kantin SK Pasir Ambor dengan menghasilkan mural.

8.2

Skop tugas : Setiap kumpulan diberi kawasan untuk menghasilkan mural seperti di kawasan Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau, makmal Sains, makmal komputer dan kantin. Usaha ini adalah bertujuan bagi meningkatkan keceriaan sekolah serta mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. Melalui aktiviti ini, ia juga dapat meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

9.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi

: : : : :

Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

: : :

En Awang Abdullah bin Yaakob En. Nasarudin bin Zainal (Guru Besar SK Pasir Ambor) Pn Ruzimah binti Zainal (Guru penolong Kanan Kurikulum SK Pasir Ambor) Pn Zakiah binti Dol Rahman (Guru Penolong Kanan HEM SK Pasir Ambor) Pn Noor Idiana binti Adnan (Guru Penolong kanan Kokurikulum SK Pasir Ambor) Pn Nasurah bt Mazlan Pn Khatijah bt Bongkek Kumpulan 1 : Mohamad Faizal bin Ghazali (Ketua) Fahariah binti Mohd Amin Mohd Eizaruddin bin Abd Rahman Siow Voon Foo Norhidayah binti Sapuan
6

Kumpulan 2 : Mohd Razali bin Abu Bakar (Ketua) Naizah binti Abd Ghani Samarina binti Samon Noraini binti Mohamad Junaina binti Basiran Kumpulan 3 : Nasurah binti Mazlan (Ketua) Khatijah binti Bongkek Norijah binti Lok Mat Siti Asbah binti Bahraldin Siti Rohayu binti Rohan Kumpulan 4 : Zurriatina binti Zulkifli (Ketua) Rosniza A/P Gour Mahniza binti Mahamod Kamariani Suati binti Tapah Rosnah binti Manap Kumpulan 5 : Zakiah binti Dol Rahman (Ketua) Tan Bee Ching Chin Wee Yaw Chong Meewan Ruhaizah binti Pekeh

10.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT KAWASAN

Bil

Kawasan Mural Kumpulan 1 :

Kumpulan

Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Mohamad Faizal bin Ghazali (Ketua) Fahariah binti Mohd Amin Mohd Eizaruddin bin Abd Rahman Siow Voon Foo Norhidayah binti Sapuan

Kumpulan 2 : 2 Surau
7

Mohd Razali bin Abu Bakar (Ketua) Naizah binti Abd Ghani

Samarina binti Samon Noraini binti Mohamad Junaina binti Basiran

Kumpulan 3 : 3 Makmal Sains Nasurah binti Mazlan (Ketua) Khatijah binti Bongkek Norijah binti Lok Mat Siti Asbah binti Bahraldin Siti Rohayu binti Rohan

Kumpulan 4 : 4 Makmal Komputer Zurriatina binti Zulkifli (Ketua) Rosniza A/P Gour Mahniza binti Mahamod Kamariani Suati binti Tapah Rosnah binti Manap

Kumpulan 5 : 5 Kantin Zakiah binti Dol Rahman (Ketua) Tan Bee Ching Chin Wee Yaw Chong Meewan Ruhaizah binti Pekeh

11.0

AGIHAN TUGAS MURID MENGIKUT KELAS

Bil 1 2 3 4 5

Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) Surau Makmal Sains Makmal Komputer Kantin

Ahli murid PBSM Pandu Puteri Tunas Kadet Pengakap Pandu Puteri Tunas

12.0

TENTATIF PROGRAM

MASA 8.00 pagi 8.15 pagi

8.15 pagi 8.30 pagi 8.30 pagi 10.30 pagi

10.30 pagi 11.30 pagi 11.30 pagi 12.30 tengah hari

12.30 tengah hari 1.00 petang 1.00 petang 2.00 petang 2.00 petang 4.00 petang

4.00 petang 4.30 petang 4.30 petang 5.00 petang 5.00 petang 5.30 petang 5.30 petang 6.00 petang

AKTIVITI Ucapan Guru Besar SK Pasir Ambor : En. Nasarudin bin Zainal Perasmian program oleh Guru Besar SK Pasir Ambor : En. Nasarudin bin Zainal Taklimat kepada peserta program tentang kawasan mural Pembahagian kumpulan dan skop tugas Mengagihkan alat dan bahan untuk mural Aktiviti mural gotong royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan. Kudapan Sambungan aktiviti mural gotong royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan. Makan tengah hari Solat Zohor Sambungan aktiviti mural gotong royong dijalankan mengikut kumpulan dan kawasan yang ditetapkan. Minum petang Solat Asar Majlis penutupan program Ucapan wakil pelajar PPG unit PSV Penyerahan sijil penghargaan kepada peserta program Perasmian penutup oleh YDP PIBG SK Pasir Ambor : En Mohamad bin Saji Bersurai

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA 1. BAHAN DAN ALAT i. Berus warna ii. Warna mural/pelaka 2. MAKAN DAN MINUM i. Kudapan pagi ii. Makan tengahari iii. Kudapan petang iv. Air mineral 3. SIJIL

ANGGARAN PERBELANJAAN RM 60.00 RM 100.00 RM 2.00 X RM 5.00 X RM 2.00 X RM 20.00 RM1.00 X 35 = RM 70.00 35 = RM 175.00 35 = RM 70.00 25 = RM 25.00

4. LAIN-LAIN JUMLAH

RM 25.00 RM 520.00

14.0

PENUTUP

Dengan adanya program Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini diharapkan semua pihak yang terlibat seperti guru, murid dan masyarakat setempat mendapat manfaat yang berguna dalam menimba ilmu pengetahuan di samping dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan. Banyak pengalaman dapat diperoleh di dalam program ini. Semangat

silaturrahim antara guru dan masyarakat setempat juga dapat dieratkan. Ibu bapa juga dapat menggembelengkan tenaga bersama-sama guru dan muridmurid di sekolah demi menyediakan persekitaran kawasan pembelajaran yang ceria dan kondusif. Jutaan terima kasih dihulurkan buat semua warga SK Pasir Ambor, bermula daripada peringkat pentadbiran, guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja swasta sehinggalah kepada murid-murid yang telah terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Sayangi Kawasan Sekolah Anda ini.

10

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara serta mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................... (NASURAH BINTI MAZLAN) Setiausaha Program BIG Fasa IV, Unit PPG PSV Ambilan Feb 2012, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

............................................. (PN ZAKIAH BT DOL RAHMAN) Guru Penolong Kanan HEM SK Pasir Ambor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Setelah membaca dan meneliti objektif pelaksanaan program, maka dengan ini saya

Diluluskan / Tidak diluluskan

Disahkan oleh, ..................................................... (EN NASARUDIN BIN ZAINAL) Guru Besar SK Pasir Ambor, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
11

You might also like