You are on page 1of 5

Contoh Karangan Peribahasa

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU


Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi abu bermaksud membuat sesuatu
perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh
dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di
Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun,
bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama
dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama
abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya.
Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan
masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan
untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang
sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya.
Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan
seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak,
tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anakanaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan
keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga.
Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual
buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah,
Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi
menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar
rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum
pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anakanaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anakanak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan
anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya
dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya
mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah,
mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab
masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada
orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya
agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat
kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau
berpegang kepada prinsip boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian
dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh
anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak
mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi
dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anakanaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi
sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung
Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga
melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anakanaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan
selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di
dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh
negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya

berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat
sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di
peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini
adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan
tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah
keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah
ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai Tokoh Bapa Cemerlang merupakan kejayaan besar
yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan
sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli
perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar
dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya
Anugerah Bapa Cemerlang dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk
mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa
genggam bara api, biar sampai jadi abu.

DI

MANA

ADA

KEMAHUAN

DI

SITU

ADA

JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku
apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan
30 peratus. Ini bermakna aku mendapat D bagi kedua-dua matapelajaran.
Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam
bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak
menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan
kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.
Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan
aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas
tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku
sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.
Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan intensif
sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku.
Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk memastikan aku mendapat maklumatmaklumat terkini teknik belajar yang berkesan.
Tiga bulan berlalu , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya
markahku telah melonjak hampir mencapai A. Walaupun aku masih ketinggalan jika
dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan
UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum.
Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku mampu tersenyum,
usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh
kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika akau terus meningkatkan
usahaku. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan .

HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT


Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di

seberang sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke
kampung tersebut.
Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya
penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan
itu siap dibina dan boleh digunakan semula.
Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotongroyong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai
raya dan sebagainya.
Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia ,
kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan
mengeratkanlagi hubungan antara penduduk.
Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap
mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk
memajukan desa yang tercinta , bak kata pepatah Hidup sepakat membawa berkat.
Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung terbaik
di peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu, kampung
tersebut telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia kejayaanya.

Bersatu Teguh Bercerai Roboh seterusnya menjadi amalan berguna untuk


menentukan kejayaan sesebuah negara.
Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.
Bersatu Teguh Bercerai Roboh merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya
untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini
menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu
pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana
yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan
mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.
Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum,
kita haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa,
agama, dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam
suasana aman dan damai.
Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui
semangat kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan
semakin luntur. Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan
kaum kerabat. Jadi, jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan
sedemikian, masalah-masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. Jiran
sepakat membawa berkat juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolongmenolong, dan saling menjaga kebajikan sesama mereka.
Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga
akan mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat
melahirkan perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti
bergotong-royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat

dijimatkan. Ini juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan
bersama, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan,
semangat bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini
diabaikan, maka sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada
kerjasama antara semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu
sahaja yang bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen,
maka kejayaan cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti aur
dengan tebing perlu dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat
bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan
setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan
berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas
positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka
kempen-kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar,
budaya membaca, dan lain-lain akan gagal.
Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu
rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk.
Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda
negara dirasai bersama-sama.
Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah Bersatu teguh bercerai
roboh amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat
berpecah-belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul
seperti kes jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya
keadaan sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara.
Oleh itu, marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa Bersatu teguh
bercerai roboh demi kebahagiaan kita semua.

Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga


Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga . Maksud peribahasa ini ialah
sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan
tekun.
Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika
dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah
putus asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa
ini
Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jarijari saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada
ibu bapa saya.
Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya
mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya
mendapat keputusan yanf cemarlang.
Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa dan guru piano saya juga

memuji saya. Saya tidak lagi akan melupakan peribahasa Belakang parang selagipun jika
diasah akan tajam juga .

You might also like